Ziyad Hayder

By _EISHA

848K 85.1K 13.9K

⚠️Beware⚠️ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tun... More

𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐙𝐈𝐘𝐀𝐃 𝐇𝐀𝐘𝐃𝐄𝐑
𝐏 𝐑 𝐎 𝐋 𝐎 𝐆 𝐔 𝐄
Chapter -1
Chapter -2
Chapter -3
Chapter -4
Chapter -5
Chapter -6
Chapter -7
Chapter -8
Chapter -9
Chapter -10
Chapter -11
Chapter -12
Chapter -13
Chapter -14
Chapter -15
Chapter -16
Chapter -17
Chapter -18
Chapter -19
Chapter -20
Chapter -21
Chapter -22
Chapter -23
Chapter -24
Chapter -25
Chapter -26
Chapter -27
Chapter -28
Chapter -29
Chapter -30
Chapter -31
Chapter -32
Chapter -33
Chapter -34
Chapter - 35
Chapter -36
Chapter -37
Chapter -38
Chapter -39
Chapter -40
Chapter -41
Chapter -42
Chapter -43
Chapter -44
Chapter -45
Chapter -46
Chapter -47
Chapter -48
Chapter -49
Chapter -50
Chapter -51
Chapter -53
Chapter -54
Chapter -55
Chapter -56
Chapter -57
Chapter -58
Chapter -59
Chapter -60
Chapter -61
Chapter -62
Chapter -63
Chapter -64
Chapter -65
Chapter -66
Chapter -67
Chapter -68
Chapter -69
Chapter -70

Chapter -52

10.8K 1K 35
By _EISHA

MASING-masing pilih untuk mendiamkan diri. Namun, tautan tangan mereka tidak dilepaskan. Sarah pandang Ziyad sekejap sebelum dia kembali menundukkan wajahnya. Dia pula naik malu.

Melihat tudung Sarah yang berada di atas lantai, mereka sama-sama tergelak. "Kau brutal gila." Ujar Ziyad secara tiba-tiba. Sarah pukul lengan Ziyad kerana geram.

"You yang cabut semua pin tudung I." Ziyad ketawa lalu dia mengucup Sarah. "Nice lips. Manis, ranum, silky and... delicious." Ibu jari Ziyad mengusap bibir Sarah.

"I... I nak..." Sarah terus gementar apabila dia direnung oleh Ziyad. Terkunci lidahnya hendak berkata-kata. Ziyad senyum sinis.

"Nak abang? Hm?" Jari Ziyad mula hendak melangsaikan butang baju Melayu yang dipakainya. Sarah terus jalan laju dan mendapatkan Ziyad. Digenggam tangan Ziyad lalu dia gelengkan kepalanya.

"Orang masih ada dekat luar. Tak boleh."

"Diaorang faham." Ziyad usap pipi Sarah. "Last offer, nak abang ke tak?" Sarah anggukkan kepalanya. Dia terus angkat jari telunjuknya.

"Malam! Nan—nanti malam. Kita jumpa tetamu kita dulu." Sarah duduk dikerusi yang berhadapan dengan cermin. Dia terus mengambil berus solek.

"Lap dulu mukanya ni baru touch up balik." Ziyad ambil kapas dan juga pencuci solekkan. Disapu lembut pada wajah Sarah.

"Pandai MUA kau, tak pakaikan bulu mata. Make up pun just nice, tak tebal sangat. Boleh bayar lebih dekat dia ni. Dah bayar habis ke little girl?" Sarah gelengkan kepalanya menjawab pertanyaan Ziyad.

"Dia minta duit deposit je dulu. Dia kata bayaran full boleh buat malam or esok nanti."

"Malam kita sibuk. Bayar sekarang." Ziyad keluarkan telefonnya dari dalam kocek baju Melayu lalu diserahkan kepada Sarah.

"Password phone, 2369."

"Buka apps Maybank. Username ziyadhayder, tak ada jarak, semua kecil. Password, Zydadr0707." Sarah terpaku disitu. Mudah betul bagi username dan password bank. Tak takut duit dikebas agaknya.

"Jangan comment pasal balance, terus ke transfer. Bayar 10K."

"You! I mana ingat nombor akaun dia." Mata Sarah tiba-tiba tertancap pada akaun bank Ziyad. Terbeliak besar matanya.

"You main casino ke?!"

"Kenapa?" Berkerut dahi Ziyad.

"Banyaknya duit you! 578,345 ringgit! Apa nak buat duit banyak macam ni?" Soal Sarah. Tak pernah duit berjumlah sebegitu wujud dalam akaun bank dia. Paling banyak pun sepuluh ribu. Itu pun tak berkekalan.

"Bagi kau lah."

"Ish tak reti I nak spend duit banyak-banyak macam ni." Sarah terus ambil telefonnya dari Ziyad. Beberapa minit kemudian, Sarah sengih.

"Dah siap. Thank you bayarkan."

"Siapa cakap for free? Aku nak hadiah. Malam ni aku tuntut. Aku masuk bilik lepas isyak, lepas aku balik dari masjid. Jangan nak tidur pula." Kedengaran menyeramkan buat Sarah.

"You— nak apa?"

"Nanti aku bagitahu. Dah diam kalau tak nak kena cium macam tadi. Nanti makin bengkak bibir kau. Diam. Fokus dekat aku je." Berkerut dahi Sarah. Lepas bangun tidur, makin pelik perangai Ziyad. Haritu rasa macam Ziyad tak suka, ni kenapa macam—

"Make up tak payah tebal-tebal, light pun dah okey." Ziyad ambil palet pembayang mata berjenama Dior itu. Dia renung sekejap, "ouh ni yang aku bagi eh?" Sarah anggukkan kepalanya.

"Asal ada satu je? Kau tak pakai make up?"

"Tak. I tak suka pakai. I selalu pakai compact powder, mascara and lipstick je."

"Okey la tu. Compact powder beli mana?" Soal Ziyad. Dia terus ambil berus yang sesuai untuk dia mengenakan pembayang mata.

"Watsons je."

"Okeylah tu. Watsons pun produk bagus. Ada yang untuk kulit sensitif, tak sensitif. Dah, close your eyes." Arah Ziyad.

"You pandai make up ke?" Soal Sarah. Risau juga dia. Tangan lelaki ni kalau dah keras, keras betul. Kalau lembut, lembut betul.

"Ingat muka Zayra masa dia graduate?" Sarah termenung sebentar. Kemudian dia menekup mulutnya, "jangan cakap itu you yang make up!" Ziyad gelak.

"Kebenaran yang dah tak boleh nak dinafikan... macam mana?" Ziyad gosok kepala Sarah persis anak kecil. Bersyukur dia kerana Sarah yang comel ini sudah menjadi miliknya.

***

ZAIN melambaikan tangannya kepada tetamu mereka yang terakhir. Penat sungguh dia harini. Macam dia pula yang kahwin. Tetamu yang datang, mereka hendak berjumpa dengan pengantin. Namun, pengantinnya hilang. Terpaksalah dia menjadi pengantin kedua. Nasib muka sama.

Zain langkah penuh longlai sehingga ke meja makan tetamu. Dia melabuhkan punggungnya dikerusi lalu dia meletakkan kepalanya ke atas meja.

"Nampak Zain tak Isaac?" Isaac yang sedang menikmati waffle coklat itu menggelengkan kepalanya. "Tak lah Fiqa. Cuba awak cari dekat meja tetamu. Eh tak payah, kita cari sama-sama. Awak nak waffle ni?"

"Tak nak. Awak suka waffle kan, habiskanlah."

"Kenyang dah."

"Tak senonoh bagi bini orang habiskan." Isaac ketawa. "Awak dah macam kakak saya Fiqa. Saya tak anggap awak bini orang. Saya anggap awak kakak saya. Biasalah kakak habiskan makanan adik." Isaac masih lagi menawarkan wafflenya itu.

"Tak nak. Saya tadi makan banyak gila. Awak pergi bagi Zain."

"Ouh kalau Zain nak kena baca-baca dulu ni biar dia ikut perintah saya." Fiqa tergelak. Ada aje akal si Isaac ini. Mereka terus bersama-sama memulakan misi untuk mencari Zain.

Mereka melihat ada seorang lelaki yang terlena di meja makan. "Tu Zain, dia tidur." Ujar Isaac sambil dia menghabiskan waffle miliknya itu. Dia membuang sampah ke dalam tong sampah yang berdekatan lalu dia mendapatkan Zain dan Fiqa.

"Abang, bangun bang. Apa ni tidur sini." Lembut suara Fiqa mengejutkan Zain.

"Dia ni, kalau gempa bumi pun belum tentu dia sedar. Sini saya kejut." Isaac toleh ke belakang. Kebetulan pula terdapat dua penutup tray yang belum diambil oleh pihak catering. Muncul idea nakal.

"Awak jangan macam-macam Isaac! Nanti dia lempang awak, berpusing kepala!"

"It's okay, you can trust me." Fiqa geleng kepalanya. Macam-macam lah si Isaac ni!

Pang! Pang! Pang!

"Kompang dipalu! Pengantin baru! Ewah ewah!"

"Woi! Kau ada masalah hati ke?!" Jerit Zain. Terasa bingit telinganya dan sedikit berdesing akibat pukulan tray dari Isaac yang sangat kuat itu.

"Apa yang kuat sangat bunyinya tu?" Soal Ziyad. Tangannya terhenti seketika ketika dia hendak memakaikan Sarah tudung.

"Isaac kot." Tebak Sarah. Ziyad pun malas hendak ambil tahu. Isteri dia belum siap lagi. Nanti keluarga kata apa pula.

Setelah siap, dia melihat Sarah dengan pandangan puas hati. "Cantiknya dia..." Puji Ziyad. Hidung Sarah dicuit manja. Malu terus Sarah apabila dipuji sebegitu. Bagi menghilangkan rasa janggal, Sarah terus bangun dan berdehem.

"Jom kita keluar." Sarah pegang tangan Ziyad. Dalam hatinya, dia berharap agar Ziyad akan membetulkan tautan tangan mereka. Namun, sebaliknya...

"You! Turunkan I! Apa ni dukung-dukung?!" Gelabah Sarah dibuatnya. Dipukul berulang kali dada suaminya itu. Terkejut yang amat sangat.

"Mana boleh. Aku ni dah lama tak exercise and dah lama gila tak masuk gym. Kau tak rasa ke aku ni makin gemuk? Kau kena tolong aku exercise everyday little girl. Dukung kau 10 kali sehari pun aku rasa cukup dah."

"I— I lebih berat dari you punya segala bagai gym tu! I tak tahu apa namanya sebab I bukan gym girl! I— I buat exercise biasa je dekat rumah." Wajah Sarah kemerahan. Ziyad ketawa kecil.

"Berat kau ada sampai 105kg?" Sarah terkebil-kebil apabila diajukan dengan soalan sebegitu. Laju dia gelengkan kepalanya.

"I paling berat 48kg."

"Not even half sayang. Aku pernah angkat dumbbell paling maximum 105kg. Aku buat masatu sebab aku almost depression and aku tak nak benda tu berlaku sebab aku fikir anak kita nanti macam mana dia nak membesar kalau dapat ayah yang sakit."

"Anak kita?" Soal Sarah. Buat seketika, dia tidak dapat berfikir dengan waras. Fikirannya penuh dengan perasaan malu.

"Hm, anak kita. You and me, together. Our child will grow up inside your cute tummy. Eryan akan dapat adik. Ouh, such a very happy ending. Macam dalam cerita Sleeping Beauty."

Ziyad pandang wajah Sarah lalu dia kucup dahi isterinya itu.

To Be Continue

marilah teman, kita— vote🥹

bye

Continue Reading

You'll Also Like

301K 19.3K 44
[ ON- GOING] Dia... Leftenan Zar Uzair, pemegang amanah yang teragung, pada fikiranya ini jalan yang dipilih, tanggungjawab yang dipikul asbab mengap...
729 66 19
𝘈𝘥𝘳𝘦𝘢𝘯 𝘌𝘮𝘪𝘳 seorang lelaki yang mempunyai auranya tersendiri. Dingin dan tidak petah bercakap. Walaupun dingin dia cair ditangan Amanda Sca...
2M 102K 43
School prince.. Alyaa seorang gadis biasa..hati beku.. benci lelaki..menyampah dengan carta school prince..rasa sakit hati dengan lelaki lelaki dalam...
436K 10.2K 6
[Cover by :: @SignorinaRoselle] Kisah Ramadhan dan Syawal bersama RED EVIL MAFIA.. Kepulangan mereka ke Malaysia kerana ingin menyambut Ramadhan dan...