BAJU melayu yang telah diserika kemas itu dipandang lama. Hatinya terasa kian sebak dengan apa yang akan terjadi pada esok hari. Dia bakal menjadi seorang suami buat kali keduanya. Dan dia juga berharap agar tiada pengakhiran yang akan berlaku melainkan takdir yang akan memisahkan mereka. Dia juga akan cuba membimbing gadis yang telah bertakhta di hatinya, Eyrah Elyana.
"Tahniah, bro. Kali kedua kau akan berjabat tangan dengan tok kadi. Time lafaz tu tolong ejas sikit. Sebab aku takut nanti kau sebut nama aku. Tak fasal-fasal kita gay", pesan Razzin sambil menampar lembut bahu lelaki itu.
"Dari aku sebut nama kau, baik aku sebut nama beruk dekat zoo nanti", balas Tengku Rayqal protes. Sakit otak dia melayan karenah ketua mafia ni.
Razzin hanya berdecit. Tak relax betul mamat ni. Dah nak kahwin pun boleh lagi nak melawak dengan aku.
Let it go, let ig go!
Can't hold it back anymore!
Telefon canggih milik Razzin menangis minta diangkat. Tengku Rayqal yang tersentak itu, memandang pelik ke arah ketua mafia. Muka ganas, lagu Frozen. Zaman bila ni!
"Hello? Ha, kau nak apa mat?", Tanya Razzin mendatar di sebalik talian.
Tengku Rayqal tidak bercampur mulut ingin bertanya. Dia hanya fokus membaca apa yang tertulis di atas kertas untuk dia lafazkan pada esok hari.
"Apa?! Markas kena serang?!!", Nyaring suara Razzin bertanya di sebalik talian.
Tengku Rayqal terus menoleh ke arah jejaka yang sedang bercakap di telefon.
"Lagi 5 minit aku sampai sana", ujar Razzin. Lalu, dia mematikan panggilan itu. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari bilik Tengku Rayqal, tak semena-mena kolar baju kemejanya ditarik dari belakang.
"Kau nak apa babi?! Aku nak pergi markas ni! Markas aku kena serang dengan setan!", Marah Razzin.
"Aku ikut",
"Tak payah! Kau duduk rumah, practice ayat yang kau kena hafal untuk esok. Nama Eyrah, tak fasal-fasal nanti kau sebut Jamilah. Cau", pesan Razzin.
Lalu, kelibatnya hilang di sebalik pintu bilik Tengku Rayqal.
BEBERAPA das tembakan dilepaskan oleh konco-konco Ethan. Beberapa anak buah Razzin juga turut mengelak dan separuh daripadanya juga telah tumbang ke tanah. Semakin lama, semakin kuat serangan mereka. Entah apa yang mereka mengamuk sangat pun aku tak tahu. Nak ajak main, tapi tak bagitahu dulu. Sial betul.
Pistol nya yang bewarna kuning keemasan itu dihalakan tepat pada kepala salah seorang konco Ethan. Lalu, dilepaskan peluru berharganya.
BANG!
Lelaki itu jatuh ke tanah. Darah mengalir keluar dari kepalanya. Razzin tersenyum melihat itu.
Easy.
Kcik!
Bunyi picu ditarik dari arah belakang. Razzin tidak terus menoleh. Malah hanya tenang mengangkat kedua-dua tangannya ke udara.
"Letak senjata kau, bitch",
"Kasar betul bahasa kamu wahai, setan. Eh, silap. Maksud aku, Ethan. Sorry lah ya. Nama kau hampir sama dengan perkataan setan. Mesti waktu sekolah rendah dulu, kawan-kawan kau selalu ejek kan? Lepastu, mak kau tersasul panggil kau. 'Setan! Mari makan!' hahaha..", loyar buruk Razzin.
"Tak lawak lah sial!",
"Ouh, tak lawak eh. Okay, aku akan cuba buat lawak lagi lepas ni", balas Razzin selamba.
Tiba-tiba belakang lutut Razzin disepak sehingga kan lutut lelaki itu menjadi lembut. Dia melutut di permukaan tanah dan membiarkan sahaja lelaki Italy itu bertindak ke atas dirinya.
"Such a fucking dude", decit Razzin.
Tangannya naik menumbuk wajah kacak Ethan. Ethan terundur ke belakang dan menyentuh cecair merah yang mengalir keluar dari hidungnya.
"Alamak! Berdarah lah! Jom pergi klinik, nak? Dah alang-alang tu, aku nak suruh doktor matikan kau. Jadi, cepat-cepat lah bertaubat ya", kata Razzin lagi. Dia masih lagi tenang.
Naik turun dada Ethan dibuatnya. Siapa yang lahirkan dia ni?! Suka sangat menganjing orang!
Mak aku lah anjing. Takkan mak kau kot. Agak-agak lah. Aku tak ada adik berperangai setan macam ni. Perangai anjing adalah. Macam si Ash tu. Menyusahkan orang saja kerjanya.
Kcik!
Razzin menoleh ke arah lelaki bertubuh sasa yang baru sahaja tiba di sebelahnya.
"Woi babi! Kau buat apa dekat sini huh!?! Kau nak kahwin esok lah bodoh! Kalau jadi apa-apa nanti, macam mana?! Takkanlah aku kena ganti kau kot waktu akad nikah nanti!", Bebel Razzin apabila mendapati empunya susuk tubuh itu adalah milik Tengku Rayqal Raiz.
"Kau diam sikit boleh tak? Musuh pun boleh sakit telinga dengar kau bebel", balas Tengku Rayqal.
"Lantaklah! Telinga dia bukan telinga aku!", Ujar Razzin sebelum dia mula melepaskan tembakan ke arah Ethan yang pening melihat mereka berdua.
BANG!
"Arghh! Telinga aku?!!",
Ethan menggelupur kesakitan. Telinganya terpisah dan terpelanting entah ke mana. Darah merecik keluar.
"Pekak lagi tak telinga kau? Huh? Nak aku tambah?", Tanya Razzin sinis.
"Bodoh lah kau ni. Kau apa hal pergi tembak telinga dia?!", Tanya Tengku Rayqal tidak puas hati.
"Dah kau cakap tadi yang telinga dia sakit. Aku tembak lah! Kau apahal nak marah-marah aku! Dia scandal kau ke hah?!",
"Kepala otak kau lah dia scandal aku! Aku cuma nak kau tembak saja dekat kepala bujur dia tu! Tembak telinga, tak mati pun", balas Tengku Rayqal.
"Okay fine!",
"Tungg-",
BANG!
Berkecai kepala Ethan dikerjakan peluru Razzin. Lelaki itu sudah tidak bernyawa lagi.
"Puas hati kau?!",
"Puas gila!",
"Dah, sekarang ni aku nak kau balik! Tengok jam dah pukul berapa sekarang ni?!",
Jam tangannya dikerling sekilas.
"Alah, baru pukul 5 pagi. Awal lagi lah. Aku nak pergi bunuh anak-anak buah si setan ni kejap", kata Tengku Rayqal sambil menapak masuk ke dalam markas mereka yang kelihatan tunggang-langgang itu.
"Kepala botak kau lah awal lagi! Pukul 8 pagi nanti kau nak akad nikah lah babi!", Razzin terus mengejar langkah Tengku Rayqal yang telah meloloskan diri ke dalam markas.
Mamat ni sumpah gila. Empat jam lagi dia nak akad nikah. Tapi, masih selamba duduk dekat markas. Memang babi!
Masuk sahaja ke dalam markas, memang semua barang dan harta benda nya berantakan. Ada juga beberapa mayat konco Ethan terbaring di lantai. Tak fasal-fasal markas aku juga yang jadi tempat diaorang mampus.
"Weh, Rayqal! Balik lah! Biar aku yang uruskan semua benda ni!", Jerit Razzin ke arah Tengku Rayqal yang sedang melangkah masuk ke dalam bilik hackers.
"Kalau aku tak nak?",
"Aku nak!",
"Nak apa?",
"Nak kau!",
"Babi. Jangan main-main dengan aku babi",
"Aku tak main-main lah babi. Aku nak kau balik sekarang! Pergi bersiap! Sekejap lagi kau nak kahwin!",
"Alah kau ni pun, tok kadi tu tak lari lah. Lambat ke cepat sama saja. Kahwin juga", balas Tengku Rayqal selamba.
Razzin menggaru kepalanya dengan kasar. Stres dengan perangai mamat tua ni. Silap hari bulan, aku yang kena mental dekat sini.
"Kasihan Eyrah. Dapat suami macam kau. Langsung tak pentingkan apa yang akan jadi esok. Malahan, terus berada di markas untuk buat dosa", kata Razzin dengan bahasa yang hiba.
"Eh, aku tak buat dosa sejak aku datang sini. Kau jangan nak menfitnah aku",
"Siapa cakap? Itu yang kau carut tu, dosa juga lah sial!",
"Carut, bukan membunuh macam kau!",
"Sama sahaja! Tetap dosa!",