The Bad Boy's Wife | OG

By pnuz_maa

80.1K 3.9K 1K

Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwa... More

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35

BAB 36

782 43 7
By pnuz_maa

Bab ni takde Harris dan Sara. Saya dah muak dengan kesawitan dorang jadi bab ini hanya penuh dengan orang tersakiti sahaja.

Maaf late update. Busy kejar masa hadapan yang sibuk nak main kejar-kejar.

Enjoy.

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."

" Huh! Huh! " Nafas cuba diatur sebaik mungkin. Peluh di dahi di kesat kasar. Anak mata hitam pekat itu jatuh ke bola yang berada di kaki.

Tiang gol di hadapannya dipandang tajam sebelum laju kaki panjang itu menyepak bola kearah tiang gol.

Dan..

Pwittt!

Seiring jaringan gol di buat, seiring itu juga bunyi wisel berbunyi menandakan permainan sudah tamat.

Bibir ukir senyum apabila jaringan bola yang dibuatnya berjaya masuk ke dalam gol sebelum bunyi wisel berbunyi.

" Yeaaaa! " sekelip mata, tubuh jejaka itu diraih ke dalam pelukan rakan sepasukannya. Wajah mereka jelas memaparkan riak gembira.

Tawa kecil terletus keluar dari bibir Tengku Iman Danish. Rambutnya yang serabai kerana mereka di betulkan menggunakan jari jemari runcing miliknya.

Danish kan. Pantang rambutnya diusik sikit, mula lah melalak persis orang gila.

Pujian yang diberi di balas dengan ucapan terima kasih. Kaki diatur pergi dari situ. Tempat duduk penonton menjadi tempat dia melabuhkan punggung.

Penat.

Nafas di hela perlahan. Rambut keperangan yang jatuh ke dahi disebak ke belakang. Peluh di muka di lap menggunakan tuala kecil yang berada di dalam beg sukan miliknya.

Buat seketika, anak mata hitam pekat itu jatuh kearah pasangan yang sedang bergelak tawa. Bibir dikemam menahan rasa. Wajah gembira gadis idamannya dipandang lama.

Sakit.

Satu perasaan yang dia dapat ungkapkan. Hatinya sakit bagai dirobek dengan pisau yang tumpul.

" Sampai bila? "

Sapaan dari seseorang membuatkan Danish tersentak dari lamunan. Aqil yang sedang menghulur botol air mineral menjadi tatapannya.

Huluran itu di sambut. Botol di tangan di pandang lama olehnya. Alangkah indahnya kalau yang menghulur botol itu adalah gadis yang di idamkannya selama ini.

Aqil hela nafas perlahan. Tempat duduk di tepi Danish di ambil. Wajah rakannya yang sedang termenung di tatap lama.

" Sampai bila kau nak pendam perasaan kau? "

Buat seketika, bibir Danish melorek sengih kecil. Mata hitam pekat miliknya kembali memandang kearah pasangan itu.

" Sampai Allah pertemukan aku dengan dia pada waktu yang tepat."

Aqil hela nafas kecil. Kepala digeleng perlahan melihat Danish yang sedang meneguk air yang di hulurnya sebentar tadi.

Mencintai dalam diam?

Satu hal yang tidak akan dia lakukan.

Kerana ketika kita mencintai dalam diam, kita perlu bersiap sedia dengan rasa sakit yang akan datang menimpa.

Dia tidak sedia untuk lalui semua itu.

Dia tidak kuat seperti Danish.

Lihatlah apa yang kawan dia rasakan sekarang ini. Melihat si gadis yang dicintai gembira bersama yang lain?

Sakit.

" Dah tujuh tahun. Kau masih nak berharap dekat dia? " soal Aqil lagi. Dalam masa yang sama, terbit rasa kagum terhadap Danish.

Lelaki itu seorang yang setia. Bayangkan, tujuh tahun memendam rasa cinta. Tujuh tahun menyebut nama si gadis di dalam doanya. Tujuh tahun memerhatikan si gadis tanpa gadis itu sedar.

Mana nak jumpa lelaki seperti itu?

Penantian dia panjang, kesabaran dia tinggi, kesetiaan dia tak berpenghujung. Itulah dia, Tengku Iman Danish.

" I don't really know why i'm still hoping... but love her in silence it's enough for me to feel."

Jawapan dari Danish membuatkan Aqil terdiam seribu bahasa. Langit yang sudah bertukar warna di pandang lama.

" Why sunset is colorful than sunrise? " soal Aqil tiba-tiba. Entah kenapa, soalan itu kerap bermain di benak fikirannya.

Danish diam buat seketika. Kepala di dongak memandang awan senja yang cantik terhias di dada langit. " Because--"

" Because sometimes good things happen in goodbyes."

Belum sempat Danish membalas, suara asing seseorang memintas percakapannya terlebih dahulu. Serentak Aqil dan Danish menoleh ke belakang. Tubuh seorang jejaka yang tidak dikenali oleh mereka memenuhi ruang mata.

Siapa pulak ni?

Tidak diendahkan pandangan hairan Aqil dan Danish, jejaka itu hanya selamba meneguk air mineral di tangan.

" Mencintai dalam diam memang sakit, tapi..." botol air di tutup. Matanya naik memandang pemilik mata berwarna hitam dan coklat cair itu.

" ... No one's going to talk about how hard it is when you have to force yourself to move on from someone you never dated? "

Cukup perlahan suara itu menyoal. Terdiam Aqil dan Danish dibuatnya. Hendak membalas, tapi mereka pun tidak tahu bagaimana.

" Korang pun tak boleh jawab kan? Aku apatah lagi. Entah lah Author korang tu. Buang tebiat gamaknya. Dah lah cipta watak aku tanpa nama, lepastu dia gunakan aku untuk tanya soalan macam tu kat korang. Ish nasib Author korang tu baik dan tinggi je."

Kerut kening Aqil dan Danish memandang jejaka itu. Mereka menoleh memandang satu sama lain. Apa yang mamat ni merepek?

Kepala di toleh semula memandang lelaki misteri itu. " Siapa--"

Eh hilang?

Kelibat jejaka tadi sudah hilang entah ke mana. Biasalah, nama pun pelakon tambahan. Sekejap je masuk scene.

" Dah lah. Jom balik. Dah nak magrib dah ni." bahu Danish di tepuk Aqil. Mereka mula bangun mahu melangkah pergi dari situ.

" By the way, gempak doe waktu kau sepak bola masuk gol tadi."

" Latihan je pun. Bukan main betul-betul." ujar Danish merendah diri. Bibir merah itu menarik sengih lucu melihat Aqil.

" Memang lah. Tapi dengan gaya kau jaringkan gol tadi tu, kita ada peluang nak menang nanti! " penuh semangat Aqil berkata. Bayangan dirinya memegang piala emas mula memenuhi ruang fikiran.

Terletus tawa Danish. Kepala Aqil di ketuk perlahan. " Kau pun ponteng latihan. Ada hati nak menang. Cover sikit muka tu. Buruk sangat aku tengok."

Danish tertawa kecil melihat wajah masam mencuka milik sahabatnya. Anak mata mengerling sekilas kearah pasangan yang turut bangun mahu pergi dari situ.

Bibir ukir senyum kecil.

Dia akan tetap mencintai gadis itu sehingga Allah mematikan rasa cintanya terhadap si dia.

Langit yang cantik terhias dengan burung-burung yang terbang bebas di pandang lama.

Cantik.

Senja yang Indah.

The sunset is beautiful isn't it?

|...|...|...|...|...|

" Apahal kau tak datang latihan tadi? "

Iqbal tarik sengih mendengar soalan daripada Danish. Teh ais yang di pesannya sebentar tadi di sedut perlahan.

Sekarang sudah pukul sepuluh malam. Mereka kini berada di kedai mamak.

" Malas." maggie goreng disuap ke dalam mulut. Pandangan tajam daripada Danish tidak dihiraukan.

Kau fikir dia takut?

Kalau Harris yang pandang macam tu, memang lah dia takut. Boleh menangis dia lihat pandangan tajam si jejaka itali itu. Tapi ni Danish? Heh kisah apa dia dengan pandangan tajam lelaki kacukan Arab itu.

" Bila je kau rajin? "

Jelingan tajam diberikan pada Aqil yang sakan ketawa. Nak marah, tapi tak boleh.

Kita kena SD.

Sedar diri lorh.

Garfu di letakkan kembali pada pinggan. Hilang selera apabila perbualan dia dan Yana mula menerjah ke fikiran.

" Aku handsome kut. Apahal kau tak terima aku? Perempuan kat luar sana semuanya berebut nak aku, tapi kau? Senang-senang je kau reject aku! " geram Iqbal dibuatnya.

Kenapa gadis itu susah sangat nak terima cintanya? Apa je yang dia takde?

Rumah sendiri? Ada.

Kereta sendiri? Berlambak dalam garaj.

Duit sendiri? Tujuh keturunan pun tak habis.

Rupa? Bak kata Danish, petik jari je berebut perempuan mahu dengan dirinya.

Dah tu? Apa yang gadis itu mahu?

" Tch, lelaki memang macam ni eh? Bodoh? Kau fikir semua perempuan gilakan rupa je ke? Memang rupa korang tu boleh buat kitaorang bahagia pun." sinis nada gadis itu berbicara.

Apakah lelaki di luar sana semuanya berfikiran yang perempuan itu sifatnya sebegitu rupa?

Gilakan harta? Rupa? Heh! Kalau begitu nampak sangat lelaki di luar sana berfikiran sempit!

" Kebahagian tak terletak pada harta mahupun rupa. Kau fikir perempuan ni hamak sangat ke dengan lelaki berupa? Di luar sana, lelaki yang tak berupa pun boleh buatkan perempuan bahagia." jelas suara itu bergetar ketika menuturkan bicara.

Sudah lah dia runsing memikirkan sesuatu, lepastu tiba-tiba di terjah dengan soalan yang membuatkan darahnya menggelegak panas.

" Jangan di sebabkan satu kaum kami memilih rupa, terus semua wanita di luar sana di cop memilih rupa juga."

Kelu lidah Iqbal mahu membalas. Wajah cantik milik Yana di pandang bersalah. Tu lah kau! Kacau lagi perempuan yang tengah tiada mood. Memang kena lah setepek.

Niat asalnya berjumpa dengan Yana hanya kerana risau apabila gadis itu tidak hadir ke sekolah. Tetapi, entah kenapa darahnya tiba-tiba naik apabila melihat gadis itu dengan lelaki yang tidak dia kenal.

Cemburu? Ye, dia cemburu!

Pergi sahaja lelaki itu, terus di serangnya si gadis dengan beberapa soalan.

" Maaf."

Yana hela nafas perlahan. Wajah bersalah milik Iqbal di tatap sebelum kepada diangguk kecil. " Aku pun mintak maaf. Sorry lah, mood aku macam... nevermind."

Kerusi di hadapan gadis itu menjadi tempat Iqbal melabuhkan punggung. " Liyana Darwisha."

Kening diangkat sebagai jawapan.

" Siapa lelaki tu? " berhati-hati Iqbal menyoal. Wajah Yana di tatap meminta jawapan.

Isi pipi di gigit. Bayangan wajah lelaki itu muka bermain di benak fikirannya. Dia benci. Dia benci wajah itu. " Seseorang yang aku tak nak jumpa atau ingat lagi."

Iqbal mengangguk perlahan. Jari jemarinya di mainkan antara satu sama lain.

Tiba-tiba dia rasa gementar.

" Kenapa? "

" Ish! Banyak tanya lah kau ni! "

Busy body mengalahkan perempuan!

Iqbal juih bibir kehadapan. Orang tanya pun tak boleh!

" Dia cuma lelaki biasa. Lelaki yang datang dengan sebuah harapan dan pergi dengan sebuah janji."

" Lelaki. First put their efforts to make a girl fall in love and then start avoiding them."

Dan buat kali kedua, Iqbal terkelu untuk berbicara.

" Hah termenung! "

Tersentak Iqbal dari lamunan. Wajah Aqil dan Danish memenuhi ruang mata.

" Orang dah nak balik dah. Kau punya maggie langsung tak terusik. Apahal kau ni? " soal Aqil geram. Wajah terpinga rakannya di tatap tajam.

Iqbal raup wajahnya kasar. Tangan diangkat memanggil pelayan mamak untuk membungkus makanannya yang lansung tidak terusik.

" Nothing."

Sementara menunggu, Iqbal hanya diam memandang langit yang cantik ditaburi bintang-bintang yang berkelipan dan bulan yang mengembang indah di langit malam.

Cantik.

Terlampau cantik.

" The moon is beautiful isn't it? "

Serentak Aqil dan Danish menoleh memandang Iqbal. Kening di kerut. Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh rakannya. Bulan yang cantik menghiasi langit di pandang.

Kini, bulan itu menjadi tatapan para jejaka-jejaka itu.

" Cantik. Terlampau cantik sehingga sukar untuk dimiliki." tenang suara Aqil membalas.

" Maybe the moon is beautiful only because it is far."

Terlorek senyum kecil di bibir masing-masing apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Danish.

Di sebalik ayat itu membawa seribu satu makna.

Di sebalik senyuman yang di lorek oleh mereka terpendam seribu satu kesakitan.

Dan hanya mereka yang tahu apa yang cuba di sampaikan.

To Be Continue

' Mengapa tuhan pertemukan, kita yang tak mungkin menyatu.' - Afgan

1737 Words

شكرا لكم على كل الذكريات .

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
Semoga kita masuk syurga dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Continue Reading

You'll Also Like

255K 11.7K 17
Level tertinggi dalam cinta adalah ketika kamu melihat seseorang dengan keadaan terburuknya dan tetap memutuskan untuk mencintainya. -𝓽𝓾𝓡𝓲𝓼π“ͺ𝓷�...
GEOGRA By Ice

Teen Fiction

2.3M 97.7K 57
Pertemuan yang tidak disengaja karena berniat menolong seorang pemuda yang terjatuh dari motor malah membuat hidup Zeyra menjadi semakin rumit. Berha...
1.3M 119K 60
"Jangan lupa Yunifer, saat ini di dalam perutmu sedang ada anakku, kau tak bisa lari ke mana-mana," ujar Alaric dengan ekspresi datarnya. * * * Pang...
2.6M 264K 62
Gimana jadinya lulusan santri transmigrasi ke tubuh antagonis yang terobsesi pada protagonis wanita?