His Imperfect Memory

By LiyaaLyn

5.3K 538 58

⋇⊶⊰❣⊱⊷⋇ ➷ KNOWN AS HIS FAVORITE COMFORT PLACE [𝒜𝓏𝒶 𝒬𝒶𝓇𝒾𝓏𝒽 𝓍 𝒩𝓊𝓇𝒶𝒾𝓃 𝓜ℯ𝒹𝒾𝓃𝒶] ❝I will alway... More

𝓗𝓲𝓼 𝓘𝓶𝓹𝓮𝓻𝓯𝓮𝓬𝓽 𝓜𝓮𝓶𝓸𝓻𝔂
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 01
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 02
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 03
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 04
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 05
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 07
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 08
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 09
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 10
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 11
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 12
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 13
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 14
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 15
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 16
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 17
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 18
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 19
𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 20

𝓠𝓪𝓻𝓲𝔃𝓱 𝓝𝓾𝓻𝓪𝓲𝓷 06

163 22 0
By LiyaaLyn

Aku termangu sendiri. Memandang ke arah Zakwan yang masih setia dihadapan komputer ribanya. Naik turun dadaku menahan amarah. Aku masih tak tahu apa yang cuba disembunyikan Zakwan. Tapi malas lah aku nak tanya.

"Zakwan." Panggil aku membuatkan lelaki itu menoleh ke arah aku dengan senyuman menampakkan gigi dia yang tersusun rapi. Lelaki bernama Zakwan ini memang sangat murah dengan senyuman kah?

"Yes, chérie?" Sahut Zakwan sebelum dia menghampiri aku dengan wajah tak bersalah. Aku rasa nak lempang sahaja wajah kacak Zakwan ni. Biar siapa yang jadi teman wanita dia merana seumur hidup sebab gigi teman lelaki dia hilang. Aku tak main-main okay!

"Mana mamat beku tu?" Soalku ingin tahu. Sekarang ini aku rasa bosan. Apa yang aku tahu bila aku rasa bosan aku nak kacau semua orang. Walaupun waktu aku kacau Zakwan tadi muka dia macam nak makan aku. Haha.

Berubah muka Zakwan sebelum dia ketawa dengar aku gelar bos dia mamat beku. Apa? Sesuai lah gelaran tu dengan muka dia yang ketat 24 jam tanpa henti. Susah sangat nak tengok muka dia senyum. Tapi, aku pun tak hingin lah nak tengok dia senyum!

Seriously Nurain Medinah?

"Mamat beku? Kenapa mamat beku?" Soalnya dengan gelak ketawa yang masih belum ada tanda-tanda nak berhenti. Aku merengus geram. Dia tak sedar ka kerja di bawah lelaki yang boleh tahan dingin dia. Jujur, masa mula-mula aku nampak mamat beku tu aku takut jugak lah.

"Gelaran tu memang sesuai untuk dia." Balasku tanpa ragu-ragu. Kesah pulak aku. Lagi pun aku tak tahu nama dia apa jadi aku panggil dia mamat beku. Adil betul tak?

"Kenapa chérie? Nak kacau dia? Pergilah. Bilik tingkat atas sekali." Halau Zakwan dengan senyuman misteri buat aku musykil dengan lelaki dihadapan aku ni. Aku angkat kening.

"Dia tak marah ke?" Soalku ingin tahu.

Zakwan senyum lagi. Dia menggeleng. "Dengan you confirm dia tak marah." Kata Zakwan yakin buat aku kerut dahi.

"Apa maksud awak?" Soalku lagi. Sorry lah Zakwan, saya jadikan awak sebagai kaunter pertanyaan. Hanya awak yang saya selesa sekarang ni.

Zakwan angkat bahu sebelum menyambung kerjanya. Kembali menghadap komputer ribanya. Terus Zakwan dalam dunia dia sendiri. Tidak hiraukan keadaan sekitar dia. Betul-betul khusyuk.

Aku terkesima seketika. Kenapa Zakwan rasa macam tu? Aku tak tahu. Misteri. Terus kaki aku diaturkan menuju ke tingkat yang dikatakan Zakwan tadi. Dia buat macam dekat tingkat atas sekali tu ada satu ja bilik. Ah takpalah. Aku boleh nak jalankan misi mengusyar-mengendap bilik-bilik kat atas tu. Haha.

Setiba sahaja aku di tingkat atas, aku ternganga. Jantung macam nak berhenti berdegup. Bilik dekat tingkat atas ni ada satu ja! Sungguh, aku tak tipu. Koridor punya panjang tapi bilik ada satu ja? Aku melangkah perlahan-lahan menuju ke arah pintu yang aku nampak. Tangan aku menyentuh tombol pintu. Nafas aku hembus perlahan.

Rasa macam nak serang hendap mamat beku tu pulak. Haha. Aku rasa teruja dan dalam masa yang sama aku rasa gelabah. Tak rasa macam yang aku ni ganggu privasi orang ke?

Tapi, siapa suruh dia culik aku? Jadi aku nak balas dendam.

Perlahan tombol pintu berwarna kelabu aku pulas. Pintu perlahan-lahan terbuka. Saja bagi drama sikit. Aku mengendap di celahan pintu yang terbuka itu. Nampak bilik tu sedikit gelap dengan dinding yang dicat dengan warna kelabu, putih dan hitam.

Aku tergamam. Apa yang aku fikir langsung tak terjangkau dek akal. Apa yang aku nampak sekarang ni langsung mengubah persepsi aku terhadap lelaki yang berada dihadapan aku sekarang ini.

"What's wrong Grise?" Aku dengar mamat beku tu bersuara dengan seekor kucing berwarna kelabu yang sedap baring di atas dada lelaki itu yang turut sama baring. Mamat beku tu cat lover? Tanpa sedar bibirku mengukir senyum. Hatiku terasa sesuatu bila nampak dia bermanja dengan kucing tu. Rasa lain. Aku tak pasti apa dia.

Tiba-tiba mamat beku tu ketawa. Aku pandang dia lagi. Nampak dia cium hidung kucing yang bermama Grise itu, rasanya. "Such a naughty cat." Kata mamat beku tu lagi. Bibirku mengukir senyuman. Semakin lebar terbentuk di bibirku. Apa yang aku tahu, aku tak mahu ganggu lelaki itu.

Perlahan-lahan kaki aku mengundur kebelakang. Entah di mana silapnya aku terjelopok jatuh. Hatiku menyumpah seranah diri sendiri. Cuai sangat! Tapi apa yang lebih menakutkan adalah...

Aku mendongak pandang mamat beku tu. Jelas pandangannya kini tertancap ke arahku. Dengan pandangan yang tiada riak. Atau lebih tepat aku katakan, pandangan maut. Dia marah!

"What are you doing here?" Soalnya mendatar. Jelas sangat wajahnya itu tidak suka dengan kehadiranku disini. Dia bangun dari pembaringan. Meletakkan Grise di bawah. Berdiri dari katilnya. Mata coklat cairnya masih tajam memandang aku. Aku telan liur.

"Sa-saya jalan-jalan ja." Balasku terketar-ketar. Yalah, bila mamat beku dah naik suara cicak yang dengar pun lari berterabur. Aku balas pandang mata coklat cair miliknya. Tak mahu kalah walaupun aku agak takut sebenarnya. Aku nampak matanya yang tajam mula beransur lembut. Terdengar keluhan kecil dilepaskan. Dia memandang aku.

"Kau suka kucing?" Soalnya tiba-tiba buat aku tercekik nuget. Aku angguk kepala mengiakan. Tiba-tiba teringat pulak kucing aku yang ada dekat rumah tu. Alahai kesian betul mesti dia lapar. Maaflah Cracker, aku tahu kau lapar tapi aku tak mampu nak bagi kau makan.

Aku pandang mamat beku tu. Nampak bibirnya naik sedikit sebelum kembali tiada riak. Dia senyum ke? Aku tak salah tengok kan? Betul tak?

"Come." Ajaknya sebelum kembali masuk ke dalam ruangan tertutup itu. Aku dalam diam mengukir senyum.

"Tutup pintu. Aku tak suka cerah." Katanya lagi buat aku berhenti melangkah. Gila ka apa mamat ni? Mod membebel aku tiba-tiba teraktif.

"Takkan saya nak duduk berdua-duaan dengan awak dalam bilik ni dengan pintu tertutup? Saya ni perempuan. Awak tu lelaki. Saya ni Islam. Saya tak tahu lah pulak awak ni agama apa tapi saya tak nak tahu pun. Islam ke bukan Islam saya takkan duduk satu bilik-"

"Shh... Bebelan kau memekakkan telinga aku. Pergi keluar kalau kau tak nak duduk sini. Memekak." Potong lelaki itu buat aku automatik berhenti membebel. Aku cebik bibir tahan geram. Malas nak layan aku keluar dari bilik. Baru nak pusing mamat beku tu terlebih dahulu menutup kuat pintu bilik dia. Terkejut aku. Tak guna betul!

Continue Reading

You'll Also Like

135K 6.1K 52
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
44.7K 3K 56
"You drive me crazy, Yara Alyssa. Most people say that the cure for falling in love is marriage. And now I'm in love. Do you want to be the cure for...
511K 24.7K 75
"Yang disangka racun rupanya hanya la sekadar penawar" "Selamat datang, adik tiriku." - Tuanku Daeen Mateen Nakal, bebal, miang. Itu yang dapat Bunga...
665K 24.4K 61
❗️Tiada perubahan Adam Zayn Maccalen x Alisha Humaira She fell for his eyes, his green eyes. He fell for her very existence. ❗️Typo alert. (Tengah...