1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
EPILOG
THANK YOU!

BAB 39

1.1K 143 64
By yoshihoshiss

Malam tanpa bulan. Tanpa bintang. Hanya kegelapan tanpa disinari sebarang cahaya.

Jelas sekali tidak dapat menutup raut kekesalan dan kegusaran dihati nenek. Wanita berusia ini dalam diam menangis diatas katil, mengenangi nasib diri.

Yang riak, sombong dan bongkak.

Sehingga memakan diri.

Akibatnya, dia kehilangan Heeso, dan meragut nyawa Heena, dua cucu kesayangannya, yang sangat dia jaga dan sayangi sejak kecil.

Menjadi ibu tunggal sewaktu usia ibu Heena dan Heeso baru sahaja 5 tahun jelas merubah watak nenek. Wanita ini lebih bengis dan memilih soal lelaki.

Dia ditinggalkan suami kerana wanita lain.

Sejak dahulu, nenek berada dibelakang atuk. Menyokongnya, memberi modal, segalanya dilaksanakan, hanya untuk menyaksikan perniagaan yang dijalankan suaminya berjaya.

Dan syukur, perniagaan milik atuk berada dipuncak kejayaan. Menjadi salah satu usahawan terkenal membuatkan atuk alpa dan leka.

Alpa untuk memuja wanita yang sentiasa menyokongnya.

Iaitu nenek.

Lantas atuk curang, demi wanita lebih muda, meninggalkan nenek sendiri setelah diceraikan. Kerana itulah hati wanita ini seakan beku dengan lelaki.

Lelaki yang dia sokong, akhirnya menghampakan.

Satu kemalangan meragut nyawa atuk, menyebabkan dia meninggal ditempat kejadian. Lantas kesemua harta jatuh ke tangan nenek, sebagai waris terdekat.

Dan sejak daripada itu, nenek menyambung perniagaan itu, membesarkan anak tunggalnya, iaitu ibu Heena dan Heeso.

Mengharapkan anak gadisnya bahagia, namun sebaliknya selepas sahaja dia memilih seorang ketua anggota Air Force sebagai suami.

Ya, sama seperti Park Jihoon.

Pada mulanya semua biasa. Mereka dikurniakan dua anak iaitu Heena dan Heeso. Namun, selepas sahaja Kim Hechul memperoleh jawatan ketua Air Force, dia mulai leka dan sibuk.

Sehingga dia ditangkap sedang tidur bersama wanita lain.

Heena dan Heeso tahu, itu merupakan perangkap. Mereka tahu ayah mereka tidak akan curang. Tetapi, ibu tidak tahu.

Sehingga ibu pergi, meninggalkan mereka selamanya.

Disusuli ayah yang tidak dapat menerima kenyataan.

Kedua insan itu pergi, meninggalkan Heena dan Heeso dalam dunia gelap ini.

Ditemani nenek.

Yang mulai berubah kerana kehilangan anak gadis yang paling dia sayangi. Sehingga menjadi seperti sekarang. Mengekang dan mengawasi.

Tanpa menyedari, perbuatannya ini jelas memakan cucunya untuk menjadi lebih menderita. Menjadi lebih sakit.

Nenek mengerling kesisi, memandang tiga sosok tubuh yang utuh menjaganya.

Booji, Ji dan Hea.

Meskipun dia punca isteri serta ibu mereka pergi, masih tiga insan ini utuh menjaga dan merawat. Kerana itulah nenek tahu, disini wujud cinta sejati.

Meskipun Heena sudah pergi.

Cinta Booji masih sejati.

Nenek mengesat air matanya yang tumpah. Dia mengeluarkan pen dan kertas yang dijumpainya berdekatan meja sisi.

Perlahan jari tua itu menulis, satu persatu bait yang sudah lama ingin dia sampaikan.

Sehinggalah usai, kertas itu dilipat, mengundang perhatian satu anak kecil yang terjaga sedari tadi.

Hea.

" Nenek tulis apa? " Soalan si kecil mengundang senyuman si tua. Wanita itu memandang Hea dengan raut wajah yang sedih.

Cantik.

Anak gadis Heena ini sungguh mirip dengan ibunya.

Seperti klon Heena.

Dan perilakunya juga seperti Heena.

Memahami dan mengerti.

Nenek menghulurkan kertas itu kepada Hea dengan perlahan. Tangan itu naik mengelus lembut rambut Hea yang mulai kebingungan.

" Beri ni kepada papa ya bila dia dah bangun. " Balas nenek. Hea mengerti, lantas kertas itu dilipat dan disimpan.

Dan perlahan, insan bergelar nenek kembali merebahkan diri. Memandang siling dengan senyuman.

Sebelum mata yang selama ini menyimpan seribu satu kesakitan perlahan tertutup.

Nenek telah pergi.


-----------------------

Marie melabuhkan punggungnya dihadapan ruangan pembedahan. Matanya tidak berhenti mengalirkan air mata.

Tuhan, tolonglah..

Selamatkan Jaemin.

BRAK!

" PAPA DAHLAH! " teriak Marie, menghalang tindakan si ayah yang kejam menghempas tubuh Jaemin ke dinding lagi. Bunyi tulang yang Marie dengari tadi sudah dia yakini bakal meninggalkan kesan besar.

Tambahan lagi, papa menambah.

Marie tidak mahu Jaemin tersakiti.

" Lelaki Korea tak guna! "

PANG!

Papa melempang kuat pipi Jaemin. Tertoleh lelaki itu kesisi menghadirkan darah yang mengalir membasahi mulut. Jaemin sudah lemah, Marie tahu.

Namun lelaki ini masih kuat ingin melawan.

" Aku doakan selepas ini, Marie takkan dilahirkan menjadi anak kepada lelaki syaitan macam kau! "

Balasan Jaemin jelas mengundang amarah papa. Dia menolak tubuh Jaemin sehingga rebah ke tanah, lantas dia memijak dada Jaemin.

BRUK!

BRUK!

BRUK!

BRUK!

" PAPA! DAH! " Marie histeris. Berlari dia memegang lengan papa, mengharap lelaki ini berhenti. Hancur hatinya melihat Jaemin hancur begini.

" JANGAN GANGGU URUSAN AKU, MARIE! "

PLAK!

Terpelanting tubuh Marie kebelakang usai menerima tolakan si ayah. Terhentak kepala si gadis, lantas dahinya berkerut menahan tangisan.

" Marie! "

Membulat matanya melihat Jaemin cuba menghampirinya. Menggeleng kepalanya kerana matanya bertentang dengan papa yang mulai mengeluarkan pistol.

" JAEMIN, JANG-- "

BANG!

BANG!

" Jaemin!! "

" Jangan bergerak, kami polis! "

Dan disinilah Marie kini.

Hospital.

Usai memberi kenyataan berkenaan papa dan mama, kedua orang tuanya ditangkap oleh pihak berkuasa kerana menjadi dalang utama kegiatan haram Haechan.

Dan Marie tahu, Haechan di Korea juga pasti akan tertangkap.

Sudah dua jam gadis ini menunggu. Setia menanti Na Jaemin untuk keluar.

Tersenyum kepadanya.

Senyuman manis itu. Yang sungguh Marie rindui.

Tolonglah Jaemin..

Tolonglah selamat.

" Jangan suka saya Jaemin. Saya banyak kekurangan. "

" Saya pun banyak kekurangan. Apa salahnya kita saling melengkapi kekurangan kita? "

" Awak sempurna, Jaemin. Saya ni? Cuba orang Afrika biasa. Saya tak sempurna. "

" Saya tak cari yang sempurna, Marie. Saya cari yang sanggup susah senang bersama. Yang terima saya seadanya... "

Jaemin memandang telus mata Marie.

Senyuman lembut itu hadir.

" Dan orang itu ialah awak, Marie. "

Marie mengelap air matanya yang mengalir sebaik sahaja situasi itu berputar. Sungguh dia rindu. Namun apa perlu dia buat?

Hanya mengharapkan keajaiban Tuhan yang Jaemin akan selamat.

KLEK!

Tersentak, Marie memandang pintu wad pembedahan yang terbuka. Pantas dia memandang wajah doktor yang baru sahaja menapak keluar.

" Doc... Jaemin? " Gigil nada Marie.

Dadanya berdegup kencang, tidak bersedia menghadapi segala kemungkinan.

Tidak.

Dia hanya mahu mendengar yang Jaemin selamat.

" Encik Jaemin... "

" Dah tiada. Maafkan kami. "

--------------------

Jihoon mendengus.

Gotcha!

Senyuman sinis dilirik sebaik sahaja dia selesai mencabut ikatan ditangannya. Jangan digelar anggota tentera udara Air Force jika situasi ini pun dia gagal hadapi.

Matanya mengerling mencari Haechan yang tiada bayang.

Hanya anak buahnya disini, memerhatikan Jihoon.

Mana lelaki itu?

Tanpa menyoal lebih, pantas Jihoon bingkas dan melawan satu persatu anak buah Haechan. Tendangan bahkan pukulan diberi sepenuh tenaga, menandakan betapa membaranya seorang Park Jihoon ingin memusnahkan Lee Haechan.

PRAK!

" ARGHH!! " Dan teriakan terakhir yang bergema lahir daripada bibir anak buah terakhir Haechan yang Jihoon tumpaskan.

Pantas tangannya Jihoon pusingkan sehingga bunyi krak kedengaran.

Dan kini, fokus Park Jihoon,

Mencari Lee Haechan.

Mana lelaki sialan itu?

Sungguh ingin Jihoon kerjakan sekarang.

" Cari aku? "

Tersentak, pantas mata Jihoon tajam memandang punca suara. Dan daripada dalam kegelapan, perlahan satu sosok keluar.

Menampilkan insan yang ingin Jihoon hapuskan.

" Aku beri kau peluang untuk menyerah sebelum aku yang hapuskan kau. " Ujar Jihoon. Namun sedikit pun tidak menggetarkan Haechan. Kening sebelahnya terangkat.

Lantas isyarat tangan diberi.

PAK!

Dan seorang lagi anak buahnya tiba membawa seseorang dalam pegangan. Diikat dan mulutnya ditutup.

Mata Jihoon terbuntang.

Bibirnya kelu. Memandang insan itu dengan sayu.

" He--Heeso... "

" Tada! Saya bawa kekasih awak kesini. " Tawa Haechan. Jihoon mengetap rahangnya, memandang Haechan tajam.

Tidak.

Kali ini, Jihoon tidak akan lepaskan lelaki ini.

" Lawan aku, jangan libatkan perempuan, pengecut. " Tutur Jihoon. Namun, sedikit pun Haechan tidak gentar.

Bahkan lelaki Lee ini makin kuat tertawa.

PANG!

" JANGAN SENTUH HEESO, SIAL! "

" Kalau aku sentuh kau nak buat apa? "

Tanpa dalih, Jihoon berlari kearah Haechan. Sedia untuk bertempur.

Dan seperti sudah lama menanti, Haechan menyiapkan langkah, dan berlakunya perlawanan antara dua insan ini.

Jihoon dan Haechan.

Takdir tidak menemani Jihoon apabila Haechan bermain kotor. Pisau lipat yang dibawa lantas dikeluarkan sebelum dihiris peha Jihoon sebelum sempat lelaki ini menendang.

Menghentikan perbuatan Jihoon seketika.

" Sakit, bodoh! Pengecut ke main senjata?! " Teriak Jihoon, meringis kesakitan apabila pehanya semakin hebat mengalirkan darah.

" Tiada peraturan tak boleh guna pisau kan? " Ejek Haechan.

Jihoon mendengus, dan kembali melawan Haechan dengan langkah pincang. Namun, kesemuanya beralih kebuntuan apabila setiap langkah dan pukulan Jihoon pasti bakal dibalas Haechan dengan hirisan pisau.

Meninggalkan kesan hirisan yang jelas menyakiti tubuh Park Jihoon.

Tidak mahu hanya menyaksikan, Heeso menendang lelaki yang utuh memegangnya. Pantas kelengkang si lelaki ditendang kuat, sehingga terjatuh.

Heeso membuka ikatannya dengan tergesa, lantas kain yang menutupi mulutnya diludah kasar.

Wanita ini memandang Jihoon yang seperti bakal tumpas ditangan Haechan.

Dan matanya tertancap pada pistol yang terselip pada pinggang si jejaka yang baru sahaja dia sepak tadi.

Tanpa berdalih, pantas ia rampas dan dihala kepada Lee Haechan.

" Berhenti sebelum aku tembak kau! "

Teriakan Heeso menghentikan perbuatan dua manusia yang masih bergelut. Terbutang mata Haechan memandang Heeso yang kini mengacu pistol kepadanya.

" Kau nak tembak aku, Heeso? " Tawa Haechan. Heeso mengetap bibirnya, masih utuh mengacukan pistol.

" Kau lupa ke siapa yang ada dengan kau? Yang dengar cerita kau? Aku atau Jihoon, Heeso? "

Kaku, Heeso terdiam. Matanya bergetar memandang Haechan yang kini tersenyum. Meminta agar Heeso menurunkan pistolnya.

" Turunkan pistol tu, Heeso. Jihoon layak dapat semua ni. Dia dah bunuh keluarga aku. Dia tinggalkan Hyunjoo. Dia layak dapat semua ni... "

" Dia layak dapat semua ni... "

" Heeso, jangan dengar cakap dia... " Rayu Jihoon, lemah. Dia memegang hirisan yang semakin mencengkam.

Rasa sakit itu...

Perlahan Haechan menghampiri, memegang erat lengan gadis itu. Memujuk, merayu, sebelum...

BRAK!

" GOTCHA! "

" Heeso!! " Teriak Jihoon. Bergetar dirinya melihat kini Heeso dirangkul erat oleh Haechan dalam keadaan pistol diacu kepada kepala gadis itu.

" MATI KAU, PARK JIHOON!!! "

BANG!

BANG!

Jihoon rebah. Dia memandang siling yang perlahan memudar sebelum tubuhnya dirangkul.

Oleh Heeso.

" Ji! "

Kaget.

Tembakan tadi merupan tembakan oleh Leftenan Lee Jeno yang tiba dan menyelamatkan keadaan. Pantas lengan kiri Haechan ditembak, sebelum bakal digari dan ditangkap.

Namun, hidung Jihoon tiba tiba sahaja mengeluarkan darah yang lebat. Sehingga lelaki ini jatuh rebah.

" Ji! Kenapa ni? " Gigil Heeso.

Kenapa hidung Jihoon berdarah?

Apa yang terjadi?

" Heeso... Saya sayang awak. Sangat-sangat. "

" Tak, Ji! Jangan tutup mata! "

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 323 15
THIRD BOOK TREASURE 🐼 Dia pelukis misteri.Tiada siapa tahu wajah sebenar dia melainkan orang atasan galeri 'Art Fantastic'.Lukisan dia muncul secara...
25.7K 566 33
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
5.7K 306 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
8.7K 1.2K 4
"atas nama siapa, ya? "atas nama cinta." r's | 2023, @mintytxt