C | ๐‚๐”๐๐ˆ๐ƒ

By leimonadd

252K 28.8K 7K

ALPHABET SERIES: C for CUPID #5 Bila Love-Cupid lepaskan sasaran, agaknya terkena tepat tak? C [Disember 2023] More

C1
C2
C3
C4
C5
C6
C7
C8
C9
C10
C11
C12
C13
C14
C15
C16
C17
C18
C19
C20
C21
C22
C23
C24
C25
C26
C27
C28
C29
C31
C32
C33
C34
C35
C36
C37
C38
C39
C40
C41
C42
C43
C44
C45
C46
C47
C48
C49
C50
C51
C52
C53
C54
C55
C56
C57
C58
C59
C60
C61
C62
C63
C64
C65
C66
C67
C68
C69
C70
C71
C72
C73
C74
C75
C76
C77
C78
C79
C80
C81
C82
C83
C84
C85
C86
C87
C88
C89
C90
C91
C92
C93
C94
C95
C96
C97
C98
C99
CUPID

C30

2.5K 298 60
By leimonadd

"DONE!" Sorok Nufa perlahan bila toto terakhir berjaya disidai kemas di ampaian. Senyum bangga Nufa di situ. Sesekali tangan naik menepuk perlahan toto-toto itu.

Menggeliat kecil, Nufa bawa langkah kaki ke bangku berdekatan tembok. Niat mahu lepas lelah sebentar sebelum dia turun ke bawah semula selesaikan apa yanh patut.

Sampai di bangku, Nufa baringkan badan. Mata yang tekenyit-kenyit dek terik matahari ditutup dengan lengan.

"Cantik warna langit hari ini." Komen Nufa sebelum telefon dibawa keluar dari poket bajunya.

Klik! Klik!

Beberapa gambar langit berjaya diambil. Puas hati, Nufa kongsikan keindahan ciptaan Tuhan itu di IG Story. Selesai, telefon dibiar sahaja atas badan. Mata sambung semula pandang langit.

Fikiran menerewang sendiri dan entah bagaimana tiba-tiba sahaja wajah geram Nadhif meluncur masuk dalam kepala. Terkebil-kebil terus Nufa dibuatnya. Bingung sendiri sebelum kepala digeleng untuk menyahkan bayangan Nadhif yang masuk.

Tarik nafas dan hembus, fikiran kembali menerewang. Dan sekali lagi, wajah geram Nadhif masuk semula dalam kotak fikiran. Siap dengan suara geram lelaki itu juga. Terus Nufa bangun dari baringnya. Dahi berkerut kehairanan.

"Dah kenapa pula tiba-tiba fikir pasal mamat tu pula, Nufa Huwainaa oi!" Dahi diurut perlahan untuk hilangkan kerutan yang muncul.

Menggeleng sekali lagi, Nufa merapat ke tembok. Tengok lah gelagat manusia di  bawah sana. Kalau baring semula, takut lagi sekali Nadhif masuk dalam fikiran semula. Sangat perlu dielakkan ya, kawan-kawan.

"Wahai manusia..." Perlahan Nufa tutur kata sambil mata ralit memandang pejalan kaki di bawah sana. 

Bosan, Nufa ingin berpaling. Namun niatnya mati bila mata tertangkap satu susuk tubuh yang baru sahaja keluar dari Whole Fruit. Terkebil-kebil mata Nufa mengekori susuk tubuh yang menghampiri sebuah lori yang berhampiran.

Nadhif Hamza.

Ya. Entah kenapa lelaki itu yang berjaya buat Nufa masih lagi berada dekat dengan tembok dan memerhati walhal tadi rasa bosan dah menguasai.

Samar-samar, namun Nufa dapat juga tangkap senyum kecil lelaki itu menyapa si pemandu lori yang baru sahaja keluar dari lori. Entah berbual apa dua manusia itu, tapi terlihat rancak pada pandangan mata Nufa. Makin buat kaki Nufa pasung dan mata terus memerhati.

"He seems fine." Komen Nufa sambil terangguk-angguk kecil. Sedikit sebanyak, risau dan serba salah yang bersarang sejak malam semalam hilang.

"He's in good mood too." Sambung Nufa lagi dengan kepala yang sekali lagi terangguk-angguk kecil. 

Menjauh dari tembok, Nufa duduk bersila di atas bangku semula. Berfikir sejenak, telefon dibuka sebelum nombor Halwa dicari. Dah jumpa nombor Halwa, namun teragak jari mahu tekan ikon ganggang telefon. Berkira-kira seketika mahu teruskan niat mahu telefon Halwa ataupun tidak.

Gigit bibir bawah, tangan naik menggaru kepala perlahan.

"Kenapa pula nak kena call Halwa? Kalau Halwa tanya nak jawab apa?" Monolog Nufa dengan rasa hairan.

Entah kenapa tiba-tiba mahu tahu lebih lagi keadaaan Nadhif. Yalah. Cadangnya dia mahu minta maaf. Tapi, bayang wajah garang Nadhif yang berkali-kali masuk dalam kepala buat niat murni yang satu itu terbantut.

Nafas berat dilepaskan perlahan.

"Tu lah. Bantai anak orang tak ingat dunia sangat." Nufa membebel kecil kepada diri sendiri. 

"Tapi, salah Sayf lah. Gedik nak menyorok belakang mamat tu pula." Kali ini, tercebik-cebik bibir memarahi Sayf kembali. Tak puas hati dengan lelaki itu.

Skrin telefon yang menyala dilihat. Sudah hampir waktu makan tengah hari dan ingatan tertumpu semula kepada Sayf yang kata ingin ke mari menemaninya makan tengah hari nanti. Entah betul, entah kan tidak. Tapi firasat Nufa jelas kata lelaki itu memang akan datang.

Sekali lagi, kepala digaru perlahan. Bingung sekejap dengan perangai si Sayf.

"Sejak bila pula dia kawtim dengan mamat tu entah." Kepala menggeleng dan badan kembali kepada tembok. Mahu lihat Nadhif di bawah sana.

Menjengah ke bawah, Nufa terpana sendiri bila dia lihat Nadhif yang sedang tertawa di bawah sana. Jelas dengar gelak besar lelaki itu. Tambah terpana bila lihat Nadhif membetulkan topi di kepala berkali-kali. Bila topi terangkat, elok pula jemari lelaki itu menyusur lembut ke rambutnya.

Nufa telan liur sendiri. Mata terkelip-kelip laju. Tambah lagi bila sedar yang dadanya sudah mula berdebar sedikit dari kebiasaannya.

"Nufa?" Suara Warda kedengaran, tapi bagai angin lalu kerana tumpuan Nufa masih lagi dengan lelaki kacak di bawah sana.

'Wait, what? Kacak?'

Terkelip-kelip mata Nufa dengan fikiran sendiri.

"Nufa Huwainaa!" Dan kali ini suara Warda kedengaran lebih kuat, langsung menyentakkan Nufa dengan fikiran kelirunya sendiri.

Menoleh, Nufa nampak Warda dah bercekak pinggang di pintu.

"Hah?"

Warda menggeleng.

"Kau fikir apa hah?"

Nufa menggeleng sebelum dia kembali memandang ke bawah dan zzup! Mata bulat, mulut ternganga. Semua gara-gara tanpa sengaja dia bertembung empat mata dengan Nadhif yang elok mendongak memandang ke arahnya.

Terkelip-kelip mata Nufa sendiri. Ralit berbalas pandangan dengan Nadhif di bawah sana. Nufa lihat mulut lelaki itu terkumat-kamit seperti berkata sesuatu namun mata masih tetap kepadanya. Buat dahi Nufa berkerut kehairanan.

"Weh, Nufa!" Panggilan Warda sekali lagi menyentakkan Nufa. Kepala menoleh pandang Warda sebelum dia menggeleng perlahan.

'Apa benda kau ni, Nufa?'

"Hah? Jap, aku datang." Kata Nufa seperti baru sedar seraya kaki laju melangkah menuju ke arah Warda yang dah berkerut pelik menyambutnya di muka pintu.

"Kau okey tak?" Soal Warda. Bahu Nufa dipaut dan Nufa hanya jawab dengan sengihan kekok.

Kepala masih mengulang tayang apa yang baru sahaja terjadi tadi. Hairan sendiri dengan diri sendiri yang seperti terpaku melihat Nadhif di bawah sana tadi. Walhal lelaki itu macam biasa sahaja. Masih selekeh yang simple. Tapi, menarik.

"Hah?"

Warda berkerut. Terhenti kaki yang mahu mengekor langkah Nufa turun ke bawah. Nufa yang dah tergeleng kecil sambil garu kepala dipandang penuh kehairanan. Tembok tempat Nufa melepak tadi dipandang sama.

"Ada apa-apa ke kat tembok tadi sampai kau jadi medium aneh hari ini?" Soal Warda. Berura-ura sudah dia mahu ke tembok tadi namun lengannya dipeluk oleh Nufa, sekali gus menghalang dia meneruskan apa yang ingin dilakukan.

Nufa sengih sambil menggeleng kecil.

"Takde, takde. Jom, turun bawah. Takde siapa jaga kaunter." Ajak Nufa.

Warda diam. Atas bawah Nufa dipandang sebelum kaki mula melangkah semula perlahan-lahan. Terpujuk namun jelas dia nampak Nufa bagai melepaskan nafas lega. Buat dia percaya pasti ada sesuatu di tembok tadi.

Tembok itu misteri ya, kawan-kawan!

"Kau nak makan mana hari ni?" Soalan Warda buat Nufa sekali lagi melepaskan nafas lega. Huh! Mujur juga Warda terpujuk. Kalau betul-betul Warda meluru ke tembok tadi, pasti seronok Warda senyum senget sebab dia kantoi pandang-pandang dengan Nadhif.

Fuh! Selamat! Dan perbualan disambung seperti tiada apa-apa yang terjadi.

˚₊· ͟͟͞͞➳❥

LANGKAH kaki mati bila lihat Sayf elok berbual dengan Nadhif di parkir hadapan dobi. Warda yang rancak berbual pun, ikut sama diam bila lihat gabungan dua manusia yang makin seronok berbual. Tak pandang kiri kanan, malah mereka berjaya buat orang yang tertoleh-toleh memandang ke arah mereka.

Orang kacak. Biasa lah.

"Bless my eyes! Dua orang kacak sedang berinteraksi!" Bisikan gatal Warda jelas di telinga Nufa buat Nufa menoleh laju pandang Warda dengan riak jelek di wajah. 

"Jijik kau ni." Selamba Nufa mengutuk tapi Warda buat tak tahu malah langkah kakinya panjang seperti mahu menghampiri dua lelaki itu. Namun, pantas Nufa menghalang.

Lengan Warda dipeluk erat dengan mata yang dah bulat memberi amaran.

"Kau dah kenapa nak ke sana pula?" Soal Nufa. Tangan berkali-kali menarik Warda, ingin menukar arah kaki masing-masing tapi entah kekuatan apa yang ada pada Warda, mudah sahaja gadis itu menepis halangannya dah berusaha kembali menghampiri dua lelaki itu.

"Hei!" Suara Nufa ternaik. Dan itu sangat tidak bijak.

'Bagus Nufa. Peluang untuk kau pergi dengan aman sudah tiada.' Mata terpejam rapat. Mulut menghela nafas berat.

Warda sengih kecil. Pandang depan, sengih bertukar jadi senyuman bila lihat dua pasang mata cantik sudah terarah kepada mereka berdua. Tak perlu dia susah-susah tegur Nadhif dan Sayf, Nufa dah buat kerja dahulu. Terima kasih, Nufa!

"Hai, Warda!" Sayf menyapa. Tangan naik melambai kecil kepada Warda yang dah menghampiri tempatnya dan Nadhif berdiri.

"Hai, Nunu." Mata pandang Nufa yang dah mengurut perlahan pelipis kepala. Stress sungguh muka tu, kawan. Tapi, ada Sayf kisah? Sangat tidak!

"Hai!" Balas Warda dan kepala ditunduk sedikit menyapa Nadhif dalam diam. Lelaki itu pun sama, hanya membalas dengan isyarat angguk kecil juga. 

"Korang buat apa kat depan dobi ni?" Soal Warda ceria. Tangan menarik Nufa yang sedari tadi hanya berdiri bosan di belakangnya. Eh, macam dia pula yang kenal lebih dengan dua lelaki ini. Padahal jelas hubungan mereka lebih rapat dengan Nufa.

Sayf senyum seraya memuncung ke arah Nufa. Nufa tak pandang malah sibuk dengan telefon di tangan. Acah ya kawan-kawan. Mentang-mentang someone dia ada kat depan ni. Acah-acah tak mahu pandang pula. Walhal pagi tadi  bukan main kantoi duk menunggu Nadhif.

Warda pandang Nufa sebelum dia kerling kepada Nadhif. Sorok rasa teruja sekejap bila lihat mata Nadhif tak lepas daripada memandang Nufa di sebelahnya.

Elelele. Kapal berlayar dalam diam!

"Nak jemput princess lunch. Princess, jom." Sayf beritahu. nufa yang dah tayang muka jelek ke arahnya dipandang dengan senyum mesra. Tak terkesan langsung dengan riak Nufa yang satu itu. Berapa tahun dah dia nampak. Dah naik imun. 

"Aku nak makan dengan Warda. Lagipun, aku kata dah kan jangan datang. Yang kau datang juga kenapa?" Nufa menyoal. Kan dia dah kata, Sayf datang walau dia menghalang.

Pandang Sayf, tahan geram dia bila mata lelaki itu tak sudah-sudah menjeling kepada Nadhif di sebelah. Makin tahan geram bila lihat Warda, gadis itu juga sama seperti Sayf. Naik tangan dia mengurut perlahan pelipis kepala. Stress dengan perilaku anak-anak tak cukup umur dua kawannya.

"Encik Nadhif?" Warda menyoal. 

Nufa malas mahu ambil tahu. Mata tertacap semula kepada telefon namun sedikit hairan jadinya bila soalan Warda tadi berlalu dengan diam yang lama. Buat Nufa perlahan-lahan angkat kepala, mahu lihat situasi yang terjadi.

Angkat pandangan, Nufa terkelip-kelip sendiri. Terkejut bila semua mata memandang ke arahnya.

"Huh? Apa jadi?" Hairan Nufa menyoal.

Warda dan Sayf saling menukar pandangan. Masing-masing gigit bibir kemudiannya untuk simpan senyum yang terasa mahu melebar.

Uh-oh. Sangat comel apa yang mereka saksikan tadi.

Yang mereka saksikan tadi adalah Nadhif yang tak sudah-sudah memandang Nufa. Makin comel bila Nufa tunduk pandang telefon, Nadhif seperti tanpa sengaja juga sedikit menunduk, ingat lihat wajah Nufa yang sudah menunduk. Dan bila Nufa angkat wajah, Nadhif berpura-pura pandang ke arah lain. Dengar sahaja suara Nufa, laju semula kepala memandang Nufa. Siap sorok senyum lagi.

"Amboi Encik Nadhif..." Warda menyiku Nufa. Buat Nufa kebingungan sendiri.

"Dhif, Dhif." Berkerut dahi Nufa bila dengar panggilan mesra Sayf buat lelaki itu. Amboi, kawtim sungguh ni!

Nadhif mati senyum. Nufa dijeling, begitu juga dengan Sayf. Agak jengkel pula dia tiba-tiba.

"Encik Nadhif kenapa ke dobi? Kami nak lunch. Jadi tutup sekejap. Yang buka coin dobby aje." Beritahu Warda. 

Nadhif angguk. Nufa yang main mata dengan Sayf dijeling sekilas.

"Jumpa Sayf tadi." Kerling Nufa, mata gadis itu tertumpu kepadanya. Buat Nadhif pandang Sayf pula.

"Lepas tu Sayf ajak lunch sekali." Kembali mata mengerling kepada Nufa, dan tahan ukir senyum bibirnya bila lihat riak geram di wajah Nufa.

"Aku keluar makan dengan Warda. Kau keluar lah makan dengan..." Nufa matikan kata. Tangan tunjuk kepada Nadhif sambil senyum tak ikhlas. Tak mahu lah sebut nama lelaki itu. Seperti dia, Nufa yakin Nadhif akan sama jengkel bila namanya disebut.

"Warda, jom." Tangan menarik tangan Warda untuk berlalu tapi, Sayf laju sahaja menghalang jalan. Siap dengan senyum dan gelengan kecil.

Atas bawah Nufa pandang Sayf.

"Makan sekali lah, Nunu. Semalam kata nak makan sate kan? Tapi tak dapat kan? Jom, jom aku bawa." Sayf bersungguh mengajak. 

Nufa telan liur dengar sate. Tapi, kecil mata pandang Sayf bila dengar perkataan 'semalam' yang disebut Sayf. Huh! Siapa juga penyebab semalam dia tak dapat sate. Bukan itu sahaja. Siap jadi dia jadi penjenayah kecil semalam. Huh!

"Wah, sate! Jom! Jom! Warda dah lama tak makan sate." Suara teruja Warda buat laju kepada Nufa menoleh. Eee, perempuan ni! Gedik sungguh bila ada Nadhif! Pang karang baru tahu!

Warda dan tarik-tarik tangan Nufa, mahu mengajak sama. Pada masa yang sama, main mata dengan Sayf dalam diam. Menghantar isyarat kepada plan telepati dalam kepala. Sangat kawtim bila masuk bab Nufa-Nadhif.

Rasa takut dengan Nufa, tapi rasa suka lihat Nadhif dengan Nufa lebih mendominasi buat mereka ketepikan sahaja rasa takut itu. Lagipun, Nufa sahaja kut. Hahaha!

"Jom lah, Nufa. Bukan selalu kita makan sate tengah hari macam ni." Warda memujuk.

Nufa garu dahi. Nadhif yang hanya diam melihat sesi pujuk memujuk sedari tadi dipandang. Dan buat seketika, mereka berbalas pandangan tanpa suara. Sayf dan Warda yang melihat dah kemam bibir, sorok rasa teruja.

Uh... mereka berkomunikasi.

"Halwa mana?" Nufa menyoal Nadhif.

"Kat kedai." Balas Nadhif tanpa nada.

"Dia tak keluar lunch?" Prihatin Nufa bertanya. Yalah. Kalau Nadhif ikut sama, pasti Halwa tinggal di belakang untuk jaga kedai. Rasa kasihan muncul pula buat gadis remaja itu. Makan sorang-sorang. Tak best sungguh.

Nadhif angkat bahu. Nufa kerutkan dahi, tak faham dengan jawapan Nadhif.

Sayf pandang Nufa dan Nadhif. Hantar isyarat kepada Warda, laju gadis itu mengangguk. Seperti faham dengan rancangan yang ada dalam kepalanya kini.

"Halwa tinggal? Tak best lah kalau macam tu. Kan, Nufa?" Warda mulakan skrip lakonan spontannya.

Sayf angguk laju. Setuju.

"Kan?" Nufa termakan. Whole Fruit dipandang. Terjengket-jengket sedikit dia mengintai Halwa yang entah ada di ceruk mana dalam premis kedai itu.

Melihat Nufa begitu, Nadhif jongketkan kening sekilas. Hidung dicuit perlahan sebelum mata ikut sama memandang ke arah kedainya. Menoleh, senyum tak boleh tahan lagi. Terus terukir di bibir. 

'Faham kenapa Awa sibuk dengan kakak dia yang seorang ini.'

Sayf yang perasan senyum suka juga. Misi lepaskan panah bermula!

"Kalau macam tu, apa kata kau pergi dengan aku beli sate. Lepas tu kita makan kat kedai sana dengan Halwa?" Sayf bersuara. Tawaran dibuka kepada Nufa.

"Eh, eh! Tak. Sayf pergi dengan Warda. Jom!" Tak sempat Nufa nak mengangguk setuju, Warda potong kata dahulu. Laju! Selaju langkah gadis itu bergerak ke kereta Sayf. Tangan pula tak sudah-sudah menggamit Sayf untuk segera ke kereta.

Eh, minah ni! Dia tak nampak aku ke kat sini?

"Oh! Okey, jom!" Laju juga Sayf bersetuju. Sebelum pergi, badan dibawa menghampiri Nufa, ingin berbisik.

"Terima kasih bagi aku peluang dengan crush aku. Sebagai balasan, aku bagi peluang kau dengan Nadhif. Jangan lupa minta maaf! Minta sekali dia jadi someone kau!" Bisikan Sayf buat Nufa sekali lagi tahan geram.

"Sebab siapa juga aku kena minta maaf, babun!"

Sayf mengekek ketawa sebelum laju dia menghampiri Warda yang dah menunggu di sisi keretanya.

"Bye! Jumpa kat kedai Nadhif. Nufa, tunggu sana okey?" Sempat Warda menjerit sebelum bolos masuk ke dalam kereta.

Julingkan mata, Nufa pasrah sahaja. Sayf dan Warda dihantar dengan pandangan mata. Dan bila hilang sahaja kereta Sayf dari pandangan mata, Nufa lepaskan nafas berat. Okey. Sekarang nak buat tugas makin berat.

'Rebut peluang!' Nufa semangatkan diri. Mahu tak mahu, kesalahannya semalam walau tak sengaja perlu dimohon keampunan juga daripada Nadhif. Dia bersalah juga. Walau tanpa sengaja.

Nufa pusing badan menghadap Nadhif. Dan agak terkejut bila lelaki itu sudah sedia memandangnya. Buat liur tersekat di kerongkong. Tiba-tiba teringat mereka yang saling berbalas pandang tadi.

Err. Agak memalukan juga ya.

"So..." Mukaddimah kata.

Nufa pandang Nadhif. Wajah lelaki itu ditilik ingin cari ada atau tidak kesan akibat perbuatannya semalam. Lebam ke. Calar ke. Tapi, nampaknya wajah lelaki itu elok sahaja. Kacak.

'Hah?'

Nufa pejam mata.

'Not again!'

Tegakkan badan, Nufa buka mata pandang Nadhif semula.

"Emm, sorry sebab semalam." Kata Nufa. 

Nadhif diam. Tangan dibawa masuk ke dalam poket sebelum dia mengangguk kecil.

"Sakit tak?" Soalan paling bodoh kut Nufa rasa. Kalau tak sakit, takde lah lelaki itu nak menjerit geram kepadanya semalam kan? Tapi, apakan daya. Soalan dah terpacul keluar dah pun. Hadap sahaja lah.

Nadhif senyum kecil. Dahinya disentuh perlahan. 

"Nak aku buat kat kau? Tu purse kat tangan dah ada tu." Kerek Nadhif balas. Jari telunjuk lurus tunjuk dompet yang 'mencium' dahinya semalam.

Dengar sahaja balasan Nadhif, Nufa terus julingkan mata. Menyesal pula dia tanya. 

"Annoying." Kutuk Nufa selamba sebelum menjauh daripada Nadhif. Elok juga dia cari Halwa. Menghadap si abang boleh buat tekanan jiwa!

Nufa yang bergerak pergi hanya dipandang kosong oleh Nadhif. Takde niat nak menghalang sebab tahu gadis itu ingin ke kedainya. Tak lain tak bukan nak jumpa Halwa lah tu. Dia yakin, pasti Halwa suka jika Nufa yang ke sana dahulu.

Melihat Nufa yang menjauh, Nadhif betulkan topi kepala. Diturunkan sedikit muncung topinya seiring dengan kepala yang juga menunduk. Dan tanpa paksa senyum di bibir terukir. 

"Comel aje kata sorry. Heh."

*Sumpah tak tahu. Korang... ni okey ke? Terpaling panjang rasanya ni. Sebab aii tak tahuuuuuu

Continue Reading

You'll Also Like

233K 10.2K 47
Setelah 24 tahun hidup menggalas gelaran sebagai seorang duda, Raz tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta lagi, apatah lagi berkahwin. Tetapi lain p...
41K 5.1K 59
(Buku pertama) SIRI AE 1) AE : Dendam Kerana Cemburu 2) AE : Rahsia Belum Terungkap ***** ๐€๐ฉ๐š๐›๐ข๐ฅ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐š๐ฌ๐š๐š๐ง ๐œ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐›๐ž๐ซ๐ฅ๐ž๏ฟฝ...
865K 42.9K 58
ROMANCE SERIES โ€ขยฐ. *เฟ ยซ1st story ยป ยฉ2020โ€ข แถœแต’แตแต–หกแต‰แต—แต‰แตˆ หš เผ˜โ™ก ยทหš AFIQ RAIHAN X ANIS RAIHANNA หš เผ˜โ™ก ยทหš Afiq Raihan dan Anis Raihanna, dua insan yang tidak p...
157K 9.7K 58
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku femini...