HYDRA 187

By eynaasarah

22.3K 2K 575

#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya sepert... More

❝HYDRA 187❞
❝BAB 1❞
❝BAB 3❞
❝BAB 4❞
❝BAB 5❞
❝BAB 6❞
❝BAB 7❞
❝BAB 8❞
❝BAB 9❞
❝BAB 10❞
❝BAB 11❞
❝BAB 12❞
❝BAB 13❞
❝BAB 14❞
❝BAB 15❞
❝BAB 16❞
❝BAB 17❞
❝BAB 18❞
❝BAB 19❞
❝BAB 20❞
❝BAB 21❞
❝BAB 22❞
❝BAB 23❞
❝BAB 24❞
❝BAB 25❞
❝BAB 26❞
❝BAB 27❞
❝BAB 28❞

❝BAB 2❞

1K 94 0
By eynaasarah

────❝ HYDRA 187 ❞────

PADA waktu malam pada hari yang sama, Fina mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya dan mengambil sebatang rokok sebelum menyalakan api. Dia menghisap dan menghembusnya seolah-olah itu satu tabiat baginya. Fina yang sedang duduk di atas kerusi reput yang terbiar di kawasan mereka melihat jam tangan yang menunjukkan tepat pukul 10:15 malam.

"Fina, aku rasa kita kena scam la dengan si Sophia tu." Ujar Lya, salah seorang kawan Fina yang turut duduk di atas kerusi tetapi agak jauh dari Fina. "Mana pulak orang yang nak jumpa kita ni. Dah penat tunggu. Janji pukul 10:00 malam."

Fina mendapat sehelai kertas daripada Sophia semasa di universiti petang tadi. Sophia teragak-agak untuk menyerahkan kertas itu kepada Fina di mana Sophia secara tidak sengaja menjumpai kertas itu di atas lantai. Ianya ditujukan khas kepada Fina kerana namanya tertulis di situ.

Dalam kertas itu tertulis seseorang meminta Fina dan rakan-rakannya datang ke tempat lepak mereka pada pukul 10:00 malam. Terdapat juga amaran jika mereka tidak datang seperti yang diminta.

"Berapa lama lagi kita nak tunggu ni weh? Kalau orang tu tak datang jugak memang aku syak Sophia tipu pasal kertas ni. Memang aku belasah dia cukup-cukup esok." Kata Elysh yang juga salah seorang kawan Fina.

Fina menghembus asap keluar dari mulutnya dan memandang kedua-dua wajah rakannya. "Kita tunggu lagi 5 minit. Kalau tak ada, kita blah."

Semasa mereka menunggu, Lya teringat sesuatu dan berkata, "Kau tak nampak ke muka Sophia masa kita dekat uni tadi? Muka baik sangat menyampah aku tengok. Makin aku buli la dia sampai tak bermaya dah budak tu.

Fina tersenyum sinis, "Hari tu dia berani buat report polis nak saman aku. Kali ini kita buli dia dua kali lebih teruk."

"Apa kata kita suruh dia telan benda tu." Cadang Elysh.

"Aku dah cadang dah nak paksa dia telan dadah tu. Cuma tengah fikir nak paksa secara terang-terang ke atau nak bagi secara senyap." Fina ketawa besar mengekori Lya dan Elysh yang turut ketawa dan tersenyum penuh makna.

Tiba-tiba segalanya berlaku dengan pantas sehingga tawa mereka terhenti. Terdapat tali nipis di leher Fina yang ditarik seseorang dari belakang menyebabkan Fina tersedak.

Elysh dan Lya terkejut dan terkaku seketika sebelum mereka memanggil Fina dan melangkah ke hadapan ke arahnya.

One Knight menarik tali itu dengan kuat sekali lagi membuatkan langkah Elysh dan Lya terhenti. "Selangkah ke hadapan, aku tak akan teragak-agak untuk menarik tali ni dengan lebih kuat lagi."

Air mata Fina sudah pun jatuh membasahi pipi sambil tangannya berada di paras leher untuk cuba melepaskan tali itu. Nafasnya tersekat-sekat kerana tali di lehernya ditarik kuat. Putung rokok yang dipegangnya telah jatuh ke jalan tar di tepi kakinya.

Elysh dan Lya sudah menutup separuh muka dengan tangan kerana terkejut melihat Fina dalam keadaan begitu.

One Knight mendekatkan mukanya ke telinga kanan Fina, "Selepas ni, aku tak nak tengok kau ketawa lagi. Setiap kali kau ingat untuk ketawa, aku akan pastikan kau akan sentiasa ingat macam mana rasanya dijerut leher macam aku tengah buat sekarang ni."

Air mata Fina semakin laju jatuh malah tangannya masih tergapai-gapai di leher dan dia cuba mengangguk sepuas-puasnya sebagai tanda memahami amaran yang diberikan oleh One Knight.

Kemudian, One Knight melepaskan tali itu menyebabkan Fina jatuh terduduk di atas lantai dan batuk, menarik nafasnya kembali.

Selepas itu One Knight bergerak dan mencangkung di hadapan Fina yang kini separas dengannya. One Knight memakai mask dan hoodie hitam yang benar-benar menutupi hampir paras mukanya sehingga menyukarkan untuk melihat wajah dan bentuk badannya.

Sebelum Fina yang masih tercungap-cungap hampir mendongak untuk melihat siapa yang berada di hadapannya, One Knight lantas mengambil puntung rokok yang masih berasap milik Fina yang jatuh sebentar tadi lalu mencucuknya ke arah kelopak mata kiri Fina.

Kemudian Fina menjerit kesakitan akibat kepanasan di hujung rokok dan pantas menundukkan mukanya. Dia tidak berani dan tidak sempat melihat siapa yang berada di hadapannya.

"Jangan sesekali kau berani pandang aku. Aku jamin kalau kau berani pandang tepat ke mata aku, aku akan pastikan aku akan menghantui kau ke mana sahaja kau pergi." Ujar One Knight memberi amaran. "Lagi satu, kau ingat kau sorang je ke boleh buli orang sesuka hati kau?"

"Kalau wujudnya kau untuk buli orang, maka wujudnya aku untuk buli spesies kau." Kata One Knight tegas sambil mamandang tepat ke dalam mata Fina yang masih menunduk.

"Ingat, selagi kau tak berhenti, aku akan selalu tambahkan kesan merah dan luka dekat leher kau." Mendengar amaran yang diberikan oleh One Knight membuatkan air mata Fina tidak berhenti jatuh. Kesakitan di leher membuatkan dia benar-benar trauma.

One Knight bangun, lalu memusingkan badannya menghadap Elysh dan Lya yang sedang berdiri kaku menggigil ketakutan. "Kau ingat kau pun boleh terlepas ke?" Ujarnya.

"One down, two more."

Terbeliak mata Lya dan Elysh mendengar kenyataan One Knight lalu mereka cepat-cepat merayu dan meminta maaf.

Namun, bukan mudah untuk One Knight melepaskan mereka begitu sahaja walaupun mereka sudah berkali-kali merayu dan memohon maaf. Baginya, salah tetap salah. Itulah prinsipnya. Padahal dia tahu sangat setiap orang yang bersalah akan dihukum di Akhirat kelak. Selagi masih ada peluang, dia cuma mahu menghukum mereka di dunia ini yang telah menyakiti orang lain sehingga tidak mendapat keadilan.

DUA hari sudah berlalu, Dyra dan Ayuni sedang duduk menyiapkan assignment di perpustakaan universiti.

Sedang tekun menaip di papan kekunci komputer riba, tiba-tiba kedengaran suara seseorang dari meja sebelah, "Weh, aku nampak Fina dengan kawan-kawan dia tadi. Diaorang datang minta maaf dengan Sophia dan budak-budak lain yang pernah diaorang buli dengan teruk dulu."

Sudah dua hari Fina, Lya dan Elysh tidak datang ke kelas mahupun di kawasan universiti. Kedatangan mereka selepas menghilangkan diri untuk meminta maaf membuatkan semua terkejut.

Dyra dan Ayuni yang sedang menaip berhenti seketika dan berpandangan sesama sendiri sambil mengangkat kening. Tertanya-tanya apa ceritanya. Mereka berdua membuka telinga untuk mendengar perbualan sekumpulan pelajar di meja sebelah.

"Seriuslah, betul ke ni?" Mereka tidak percaya. Kebanyakan pelajar sangat takut dengan kumpulan Fina dan tidak mahu menjadi salah seorang mangsanya. Namun kini, harapan mereka untuk Fina menghentikan kegiatan buli telah menjadi kenyataan.

Pelajar lelaki itu mengangguk dan memberitahu bagaimana dia melihat penampilan mereka yang tidak bermaya dan kelihatan seperti telah dikerjakan dengan teruk oleh seseorang. "Masa aku tengok tadi, orang sebelah aku cakap mungkin One Knight yang tolong lagi kali ini."

"Perh, aku betul-betul terhutang budi la dengan Hero Campus kita ni." Kata salah seorang kawannya. Mereka kemudiannya menyambung memuji keberanian dan kegagahan One Knight.

Ayuni menepuk lengan Dyra sambil tersenyum teruja apabila mendengar mereka menyebut nama One Knight yang muncul membantu sekali lagi. Dyra pula mengesat lengannya yang terasa sakit apabila Ayuni menepuknya.

Ayuni mula meluahkan rasa gembiranya dekat Dyra. Dyra yang mendengarnya turut menunjukkan perasaan ingin bertemu dengan One Knight yang menjadi pujaan ramai dalam satu kampus.

Selepas peristiwa malam itu, benar Fina dan kumpulannya telah berhenti membuli dan mereka tidak ceria seperti biasa. Mereka sepertinya dihantui dan trauma. Khabar angin tentang One Knight sekali lagi diceritakan dan diperbesarkan oleh pelajar universiti.

SELEPAS Dyra memakai tudung, Dyra menyarung stokin dan mengambil begnya sebelum keluar dari surau.

Ayuni sudah pun pulang ke rumah sewa mereka kerana dia tidak ada kelas pada waktu petang. Ayuni dan Dyra mengambil kursus yang sama, namun ada satu subjek yang Ayuni tidak dapat ambil dengan Dyra kerana terpaksa mengulang subjek yang gagal pada semester lepas.

Selepas kelas tamat tadi, Dyra bergegas menunaikan solat Asar di surau universiti sebelum pulang ke rumah kerana dia takut dia akan pulang lewat dan tidak sempat solat akibat terpaksa menunggu bas awam tiba.

Semasa Dyra menuruni anak tangga, Dyra perasan jarum di tudungnya hampir tercabut. Dengan pantas Dyra menoleh ke kiri dan memasuki tandas wanita.

Ketika Dyra sedang melihat cermin sambil membetulkan jarum, salah satu pintu tandas terbuka menyebabkan kornea mata Dyra beralih ke arah bunyi itu menerusi pantulan cermin di hadapannya. Dyra memandang Sophia yang baru keluar dari tandas dan menuju ke singki untuk mencuci tangan di sebelahnya.

Dyra memandang wajah Sophia seketika. Walaupun wajahnya masih kelihatan sedikit pucat, Dyra berasa lega apabila teringatkan perbualan orang ramai yang mengatakan bahawa Fina dan kumpulannya telah meminta maaf dan tidak lagi membulinya.

Sophia yang perasan Dyra berada di sebelahnya menoleh ke kanan untuk bertemu pandangan mata Dyra dan dia memberikan senyuman kecil. Dyra juga membalas senyuman sebelum mereka berdua mengalihkan pandangan dan meneruskan hal masing-masing. Mereka berdua jarang bersembang walaupun sekelas.

Tiba-tiba, tangan kanan Sophia pantas menutup mulutnya dan memusingkan badannya untuk masuk semula ke dalam tandas. Terkejut Dyra melihat tindakan Sophia yang masuk semula ke dalam tandas itu sebelum terdengar bunyi muntah.

Pantas Dyra melangkah ke arah tandas yang dimasuki Sophia lalu menolak pintu tandas yang tidak berkunci itu. "Sophia, awak okay tak?"

Sophia yang masih muntah di dalam mangkuk tandas itu tidak menjawab lalu Dyra mengusap belakang Sophia dengan lembut. Sebaik sahaja dia berhenti muntah dan mencuci bibir, Dyra membawa Sophia keluar dari mangkuk tandas dan menuju semula ke singki.

"Awak kenapa ni? Salah makan ke?" Wajah Dyra kelihatan risau.

Sophia masih diam tanpa berkata apa-apa. Dia hanya menunduk membuatkan Dyra turut memandang tangan Sophia yang sedang menggenggam baju di perutnya.

Berkerut dahi Dyra seketika sebelum dia memandang semula wajah Sophia yang masih pucat. Dyra tidak tahu mahu berkata apa. Dia hanya teragak-agak untuk menanyakannya. "Sejak bila?"

Sophia yang masih menunduk, menitiskan air mata dan masih tidak berani untuk bersuara. Kebetulan hanya mereka berdua sahaja yang berada di dalam tandas di tingkat 2. Kebanyakan pelajar lain sudah pun pulang dan ada yang masih berada di dalam kelas petang.

"Siapa?" soal Dyra lembut tetapi Sophia masih tidak menjawab. Melihat Sophia menangis membuatkan Dyra tahu itu bukan kehendaknya.

Dyra memujuk Sophia untuk memberitahunya. Dia tahu bukan perkara mudah untuk berkongsi tentang perkara itu terutama dengan orang yang tidak rapat. Namun, selama ini, Sophia banyak menderita akibat dibuli. Dyra hanya mahu menjadi pendengarnya dan dapat membantunya walaupun sedikit daripada membiarkan Sophia menyimpan dan menanggungnya sendiri lagi.

"S-sir Azmi."

Terkejut Dyra apabila mendengar nama yang disebut oleh Sophia. Sir Azmi ialah pensyarah mereka yang mengajar subjek ekonomi.

"Beberapa minggu lepas...F-Fina bawa saya jumpa Sir Azmi..dia kata dia ada urusan penting nak dibincangkan. Dari situ.." Kemudian ayat Sophia terhenti dan tangisannya semakin kuat.

Fina?
Astaghfirullah al'azim, apa yang kau dah buat ni Fina.

Ya Allah, berat ujianmu Sophia.

Dyra mengusap lembut bahu Sophia untuk menenangkan tangisannya. Banyak persoalan bermain di fikiran Dyra tetapi Dyra tidak mahu membuatkan Sophia tertekan.

"Sebenarnya Sir Azmi minta saya datang ke pejabatnya pukul 10:00 malam ni tapi saya takut. Macam-macam dia ugut saya kalau saya tak datang." Sambung Sophia yang kelihatan tidak bermaya selepas melepaskan tangisan.

Dahi Dyra berkerut. Dia tidak menyangka Sir Azmi, pensyarah yang disegani ramai, seorang yang bermuka dua.

"Sophia, tolong janji dengan saya. Jangan datang malam ni. Biar kita sama-sama jumpa Sir Azmi esok atau lusa untuk bercakap dengan dia." Dyra tidak tahu apa yang difikirkannya asalkan permintaan Dyra itu boleh membuatkan Sophia menjauhkan diri dari berjumpa Sir Azmi buat seketika. Seperkara lagi ialah bahaya bagi seorang wanita untuk datang bersendirian terutama pada waktu malam.

Sophia yang mendengar nasihat Dyra mengangguk perlahan. Dyra berasa lega dengan anggukan Sophia dan kini tangisannya sudah reda.

Kemudian Dyra ingin mengajak Sophia keluar dan menawarkan diri untuk menemaninya pulang, tetapi Sophia menolak hasrat Dyra itu kerana tidak mahu menyusahkannya. Lalu, Dyra meminta izin untuk pulang terlebih dahulu sebelum memusingkan badannya dan bergerak keluar dari tandas bersama hati yang berat tidak mahu meninggalkan Sophia keseorangan.

Ketika Dyra baru sahaja melangkah keluar dari tandas, tiba-tiba Dyra terkejut kerana seorang yang berhoodie dan bertopi hitam berada di sebalik dinding di luar tandas itu.

Lelaki itu juga perasan akan kehadiran Dyra disebelahnya yang sedang keluar lalu dia cepat-cepat melarikan diri.

Dyra ingin mengejar lelaki itu tetapi kakinya tidak melangkah ke hadapan kerana lelaki itu sudah pantas meninggalkannya.

Siapa dia tu? Dia dengar ke perbualan tadi?

ᑕᕼᗩT OO (Online) :

Author (Eynaa) is typing...

Author (Eynaa) : Ayok, siapa orang yang curi-curi dengar perbualan Dyra dengan Sophia tu?

Author (Eynaa) : Eynaa nak pesan lagi sekali, ni hanyalah cerita fiksyen. Jadi, segala aksi jangan di ambil serious sehingga bawa ke dunia nyata ye.

Notes :
Jangan lupa amalkan 𝘿𝙊𝘼;
۞اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ۞
("Ya Allah jauhkanlah aku daripada Api Neraka, Ya Allah jagalah aku dari tergelincir ke dalam Api Neraka, Ya Allah janganlah jadikan aku daripada kalangan Ahli Neraka.")

Jangan lupa 𝙑𝙊𝙏𝙀
③ 𝘾𝙊𝙈𝙈𝙀𝙉𝙏
Follow TikTok : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Follow Instagram : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃_

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

207K 6.3K 68
Tengku Zarif & Mikayla. "You don't know me Zarif." - Mikayla "You are just outsiders, watching through glass window. You have no rights to judge me...
6.7K 914 1
"Tak guna punya jantan!" KEPERCAYAAN Jina punah serta-merta apabila hubungannya bersama Tengku Hayyan diputuskan atas pemakaiannya pada malam itu. R...
347K 34.7K 52
『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong...
479K 40.6K 98
Farish, Ariffin, Syafiq dan pasangan kembar Dani dan Danish. Para jejaka idaman kolej seni, Kolej Akustika. Kesemua prince charming tersebut normal...