HYDRA 187

By eynaasarah

22.2K 2K 575

#1 𝗖𝗢𝗗𝗘 𝟭𝟴𝟳 𝘼𝙚𝙡𝙚𝙖𝙨𝙝𝙖 𝘿𝙮𝙧𝙖 yang berumur 22 tahun kini sedang menjalani kehidupannya sepert... More

❝HYDRA 187❞
❝BAB 2❞
❝BAB 3❞
❝BAB 4❞
❝BAB 5❞
❝BAB 6❞
❝BAB 7❞
❝BAB 8❞
❝BAB 9❞
❝BAB 10❞
❝BAB 11❞
❝BAB 12❞
❝BAB 13❞
❝BAB 14❞
❝BAB 15❞
❝BAB 16❞
❝BAB 17❞
❝BAB 18❞
❝BAB 19❞
❝BAB 20❞
❝BAB 21❞
❝BAB 22❞
❝BAB 23❞
❝BAB 24❞
❝BAB 25❞
❝BAB 26❞
❝BAB 27❞
❝BAB 28❞

❝BAB 1❞

1.9K 119 16
By eynaasarah

────❝ HYDRA 187 ❞────

DYRA berjalan laju menuju ke tangga besar. Pantas dia melangkah melepasi orang sekeliling yang sedang menggunakan tangga untuk turun naik. Disebabkan lif penuh, Dyra terpaksa menggunakan tangga untuk ke kelas yang berlokasi di tingkat 9.

Dyra sanggup menaiki tangga kerana kelas tinggal 1 minit lagi untuk bermula. Sebentar tadi Dyra terlepas untuk menaiki bas Smart Selangor mengikut jadual yang ditetapkan berhampiran kawasan rumah sewanya. Dia terpaksa menunggu dan menaiki bas sesi seterusnya dan ini menyebabkan dia terlewat.

Setelah kaki berterusan memijak anak tangga, akhirnya Dyra sampai ke tingkat 9. "Tak boleh tinggi lagi ke lokasi kelas?" kata Dyra perlahan pada dirinya sendiri sambil mengeluh keletihan dan terus berjalan menuju ke kelas.

Dyra mengalihkan pandangannya ke skrin telefon dan melihat masa yang dipapar menunjukkan lewat 11 minit. Dyra yang sudah berada di hadapan pintu kemudian mengetuknya sebelum membuka pintu. Beberapa rakan sekelasnya mengalihkan pandangan termasuk pensyarah yang berhenti mengajar apabila melihat kehadiran Dyra. Dyra tersengih malu dan meminta maaf kepada pensyarah itu kerana lewat lalu masuk dan duduk di kerusi yang kosong. Di dalam kelas itu, terdapat kira-kira 18 orang yang hadir dimana segelintir mereka adalah rakan sekelasnya yang juga mengambil bidang perakaunan.

Tanpa membuang masa, Dyra mengeluarkan buku dan alat tulis lalu diletakkan di atas meja. Ada masa Dyra membetulkan tudung yang sedikit senget setelah penat memanjat tangga dan menanggalkan kaca mata yang dipakainya untuk mengelap daripada wap yang berterusan melekat di kaca matanya. Kemudian, Dyra terus fokus ketika pensyarah mengajar selama 1 jam.

Sementara masih berbaki lagi sejam sebelum kelas tamat, Dyra memandang ke kiri yang berhampiran tepi dinding di mana sekumpulan rakan sekelasnya yang sangat dikenali sedang duduk bersama di meja mereka. Kornea mata Dyra tepat memandang ke arah salah seorang dalam kumpulan itu dengan hanya beberapa saat kemudian dia mengalihkan semula pandangannya dan fokus semula ke hadapan.

"Baiklah, jangan lupa hantar assignment minggu depan." Kata madam Ismah kepada semua pelajar di dalam kelas itu. Setelah selesai waktu kelas, mereka bergegas keluar termasuklah Dyra selepas dia mengemas buku dan alat tulisnya yang disimpan di dalam bag sandang.

"Dyra!" Panggil Ayuni yang sedang berlari menuju ke arahnya. Dyra memandang kebelakang lalu menayangkan senyuman manis kepada sahabat rapatnya Ayuni yang telah dikenali olehnya sejak 4 tahun lepas sewaktu mereka bersama-sama mengambil jurusan Asasi dalam perniagaan.

"Baru habis kelas ke?" Tanya Dyra.

"Ha'ah, baru habis. Dyra jom kita pergi makan. Saya lapar lah. Tengok ni perut pun dah kempis." Tapak tangan Ayuni menggosok-gosok pada bahagian perut yang berlapik dengan bajunya lalu memandang Dyra dengan mata yang berkelip-kelip, "Hari tu awak kata nak belanja kan?"

Dyra tersenyum melihat gelagat sahabat baiknya itu. "Ha, awak nak makan apa? Saya belanja."

Ayuni tersengih menampakkan giginya yang rata. "Starbucks."

"Eh, tinggi betul demand awak hari ni." Dyra ketawa sambil meneruskan perjalanannya ke bahagian kedai yang menjual makanan dan minuman di dalam universiti itu.

Ayuni turut ketawa dan mengikut langkah Dyra sambil berkata, "Gurau je la wak. Dah la mahal, memang tak la nak demand tinggi-tinggi sekarang ni. Kita makan nasi berlauk dekat luar kawasan uni ni je la jom." Ayuni tahu kawannya itu berasal dari keluarga yang bukan senang dan walaupun dia tidak pernah bertemu dengan keluarga Dyra, Dyra sering mengelak daripada bercakap tentang keluarganya. Sepanjang perkenalan antara Ayuni dan Dyra, Dyra banyak mengajarnya untuk berjimat cermat dan menguruskan perbelanjaan supaya tidak keterlaluan.

Langkah Ayuni turut terhenti apabila Dyra tiba-tiba sahaja berhenti. Ayuni memandang ke hadapan seketika lalu beralihkan pandangannya ke arah Dyra yang sedang berdiri disebelah kanannya, "Eh, Dyra! Saya gurau je la. Awak ni, tak tahu ke beza gurau dengan betul?"

"Sekali sekala. Saya memang nak belanja awak pun cuma selalu tak ada kesempatan. Hari ni hari awak tau, tiba-tiba mood saya baik nak belanja awak Starbucks." Dyra menghadiahkan senyuman manisnya lalu melangkah masuk ke dalam kedai diikuti Ayuni untuk beratur. Dyra terus mengeluarkan dompetnya lalu memesan air Caramel Macchiato dan Cappuccino serta beberapa kek dan roti.

Universiti mereka memang mempunyai makanan yang mahal, salah satunya ialah Starbucks. Pelik? Ia sebenarnya tidak pelik kerana universiti yang mereka hadiri adalah universiti swasta. Dyra dapat menyambung pelajaran dalam Ijazah Perakaunan dengan mendapat biasiswa manakala Ayuni membayar pengajiannya secara persendirian. Selalunya mereka akan makan di luar kerana harga di sana lebih murah berbanding di dalam universiti mereka.

Sementara menunggu makanan dan minuman mereka siap, Dyra memandang wajah Ayuni yang menunjukkan wajah yang sangat bersalah tetapi Dyra hanya tersengih. Memang niat Dyra ikhlas untuk berbelanja kawannya seorang itu kerana Ayuni banyak membantunya dan menemaninya dalam suka dan duka sepanjang mereka mengenali antara satu sama lain.

Selepas nama mereka dipanggil menandakan pesanan mereka sudah siap, mereka membawa makanan dan minuman ke arah meja kosong. Semasa mereka sedang makan, mereka berbual-bual sebelum Ayuni kemudiannya bertanya kepada Dyra, "Itu bukan Sophia?"

Dyra mengalihkan pandangannya ke arah yang ditunjukkan Ayuni. Sekumpulan yang dikenalinya sedang duduk di meja yang agak jauh dari mereka. Mereka adalah kumpulan yang berada di dalam kelas Dyra sebentar tadi yang boleh dikatakan rakan sekelasnya.

"Selepas kes 2 minggu lepas, dia masih bergaul dengan geng Fina ke?" Ayuni mengerutkan dahinya dan menyambung kata-katanya, "Tak faham betul. Kalau Yuni, memang lama dah lari. Kes berkait dengan mahkamah tu. Ini dah semester akhir diaorang masih buat perangai. Kita tinggal lagi berapa bulan je nak habis."

Dyra tekun mendengar kata-kata Ayuni sambil menghirup minumannya menggunakan straw.

Fina.

Fina adalah pelajar biasa seperti pelajar lain tetapi kerana kata-kata dan perbuatannya yang tidak disenangi orang lain seperti menghisap vape, bebas bergaul, menutup aurat sekali-sekala sahaja, menggunakan kata-kata kesat, dan mengajak orang yang tidak bersalah melakukan sesuatu yang tidak baik membuatkan dia dan kumpulannya kelihatan seperti pembuli di universiti itu.

6 bulan lalu, Fina dan kawan-kawannya sering membuli rakan sekelas yang nampak naif. Sophia adalah salah seorang mangsa mereka untuk melepaskan kepuasan. Selepas terjadinya hari dimana mereka memaksa Sophia membeli barang haram seperti rokok, arak, dan dadah, keluarga Sophia mengambil keputusan untuk melibatkan polis dan menyaman Fina. Bagaimanapun, keputusan mahkamah tidak dapat diteruskan selepas didapati keluarga Fina merasuah secara rahsia dan akhirnya keluarga Sophia tidak mendapat keadilan.

Beberapa bulan kemudian selepas kes itu ditutup, Dyra sering menyedari bahawa Sophia masih dipaksa untuk duduk bersama mereka.

"Awak tengoklah cara diaorang bergaul tu, nampak sangat Sophia dipaksa. Itu bukan kehendak dia." Balas Dyra kepada Ayuni. Bukan Dyra tidak perasan semasa di dalam kelas tadi, wajah Sophia kelihatan pucat.

Ayuni yang mendengar hanya mengeluh mengetahui nasib Sophia tidak menyebelahinya. "Haih, kan best kalau One Knight boleh tolong kali ni."

Dyra mengangkat kening, "One Knight?"

"Ala, Hero Campus la awak. Tak kan awak tak tahu yang dia tu famous dalam satu uni kita tau." Kata Ayuni teruja. Dyra hanya menggaru kepalanya yang bertudung.

"Tak silap saya One Knight muncul lagi dalam 3 bulan lepas. One Knight lah yang tolong buat pelajar yang dulu suka cyberharrass berhenti buat benda jahat dekat orang. Hanya dengan kejadian satu malam, esoknya budak tu berhenti. Nampak macam kena seksa, sebab tu dia tak berani nak buli orang lagi." Ujar Ayuni sebelum dia memasukkan makanan ke dalam mulutnya.

"Dia digelar One Knight sebab datangnya dari maksud Hero dalam satu malam. Knight bermaksud seseorang yang diberi gelaran kehormat, bercampur (+) dengan One night bermakna dia menyelesaikannya dalam satu malam sahaja." Lantas disambung oleh Ayuni sambil mengunyah makanan seperti makan popcorn. Seronok betul dia bercerita.

"Siapa yang bagi nama gelaran tu?" Tanya Dyra.

"Tak tahu la, semenjak Hero Campus kita dah famous, orang main bagi je nama gelaran tu. Kemudian, baru heboh satu uni." Lalu Dyra mengangguk mendengar penerangan Ayuni.

"Dengar cerita, banyak juga lah One Knight tolong demi menghentikan pelajar bermasalah yang menjejaskan orang lain yang tak dapat keadilan sepenuhnya. Saya dah jatuh hati lah dengan One Knight." Ayuni menekup pipinya dengan kedua tapak tangan sambil tersenyum."

Dyra menggeleng dan tersenyum apabila melihat Ayuni seperti Pakcik Google Binti Wikipedia. Ibaratkan semua perkara dia tahu.

"Dia tu lelaki ke perempuan?"

"Entahlah, sebab cerita ni keluar daripada mulut-mulut orang, jadi ada yang kata One Knight lelaki, ada yang kata perempuan. Tapi mesti dia tu lelaki plus hensem sebab orang kata dia pandai lawan dan pernah tolong hentam geng kaki mintak duit masa kita semester 2 dulu." Terang Ayuni setelah selesai menyedut minumannya yang mahal itu.

Dyra tertanya-tanya, "Ada orang pernah nampak ke muka dia?"

"Tak, kebanyakan orang kata One Knight pakai mask dengan hoodie. Kadang-kadang dia pakai topi juga. Jadi orang pun tak boleh tahu dia tu siapa." Ayuni juga tertanya-tanya siapa sebenarnya wira univerisiti mereka. Hanya sering mendengar nama yang membuatkan semua warga universiti ingin mengetahui siapa disebalik identiti tersebut.

Setakat ini jarak One Knight muncul sangat jarang. Ramai orang beranggapan One Knight hanya muncul apabila ada isu yang tidak diingini. Seperti 3 bulan lepas, One Knight bantu membuatkan pelajar yang sering melakukan perbuatan cyberharrasment itu trauma, dari situ pelajar itu mula berhenti. Kemudian, tiada lagi jejak One Knight muncul.

"Tapi peliklah kalau dah selalu jadi kes besar macam ni mesti boleh melibatkan pihak polis jugak kan?"

"Dah penjahat dekat campus kita ni tahu diaorang sendiri ni memang jahat, diaorang tak nak la pergi adu dekat abang polis yang One Knight ni hentam diaorang sebab diaorang buat benda jahat. Lepas tu pihak universiti pun tak nak memperbesarkan isu ni. Maklumlah nak jaga nama baik uni kan."

"Rasanya kalau saya dalam bahaya juga, One Knight nak datang selamatkan saya ke tak eh?" sambung Ayuni sambil tersengih menampakkan gigi.

"Tak akan punya. Muka macam ni dia nak selamatkan? Ni muka minta penampar ni." Dyra ketawa sehingga berair matanya. Suka sangat mendengar hasrat Ayuni untuk diselamatkan oleh wira penebat hatinya itu. Wajah Ayuni menunjukkan reaksi yang menjengkelkan. Ayuni sudah terbiasa dengan gurauan kasar Dyra malah adakalanya dia juga turut masuk air seperti Dyra.

Dyra mengalihkan pandangannya ke skrin telefon dan melihat masa yang dipapar menunjukkan pukul 1:30 petang. "Alamak lagi sejam. Kita ada kelas pukul 2:30 petang kan?" Tanya Dyra. Ayuni mengangkat kening menunjukkan dia juga baru sahaja teringat lalu dengan pantas mereka berdua menghabiskan sisa makanan dan minuman yang masih berbaki.

"Dyra nak pergi tandas sekejap, lepas tu kita pergi surau untuk solat zohor." Kata Dyra lalu meninggalkan Ayuni sebentar.

Selepas sahaja Dyra menyelesaikan urusannya di tandas, Dyra melangkah ke sinki untuk membasuh tangannya sebelum memandang kelibat Sophia yang juga berada di sinki sebelahnya. Dyra memandang sebentar wajah Sophia yang kelihatan pucat lalu Dyra mengalihkan pandangan ke arah kanan untuk mengambil tisu.

Selepas selesai mengelap tangan yang basah, Dyra ingin membuang tisu itu ke dalam tong sampah namun dihalang oleh kedudukan Sophia yang berada di hadapan sinki yang sebenarnya juga berhampiran dengan tong sampah.

Dyra mengeluh seketika sebelum teragak-agak untuk meminta pertolongan, "Boleh nak minta tolong buangkan dekat situ?" Sophia memandang sedikit kearah tangan Dyra, kemudian dia hanya mengangguk tanpa memandang tepat ke mata Dyra.

"Maaf." Sophia meminta maaf kerana menghalang laluan di hadapan tong sampah itu. Kemudian Dyra berpusing untuk keluar dari kawasan tandas dan pergi mendapatkan dirinya ke Ayuni untuk bergegas ke surau sebelum kelas bermula.

ᑕᕼᗩT OO (Online) :

Author (Eynaa) is typing...

Author (Eynaa) : So far, Bab 1 ni okay tak? Sorry tauu kalau awal2 bab dah bosan..lepas ni baru start climax sikit2..hehe sabar yee ni baru first chapter.

Author (Eynaa) : Rasa-rasa siapa One Knight ye?..Hero ke? Pikir la sendiri hehe.

Author (Eynaa) : Lagi satu, cara nak sebut nama 'Dyra = Dira' tau bukan Daira.

Notes :
①  Jangan lupa 𝘽𝙀𝙍𝙎𝙀𝙇𝘼𝙒𝘼𝙏 hari ini ;
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

Jangan lupa 𝙑𝙊𝙏𝙀
③ 𝘾𝙊𝙈𝙈𝙀𝙉𝙏
Follow TikTok : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃
Follow Instagram : 𝙀𝙔𝙉𝘼𝘼𝙎𝘼𝙍𝘼𝙃_

To be continued...

Continue Reading

You'll Also Like

2.2M 51.7K 33
Aira dan Haiqal... Pergaduhan mereka seperti anjing dengan kucing, kucing dengan tikus, tikus dengan tikus merebut keju... Dalam masa yang sama, Aira...
347K 34.7K 52
『 COMPLETED 』 🏆 WATTYS 2020 WINNER FOR YOUNG ADULT CATEGORY 🏆 🏅 THE BEST TEEN FICTION STORY FOR YOKINA HOSHI AWARD 🏅 Budak poyo lagikan sombong...
3.9M 3.4K 1
Tajuk: KAD Penerbit: Buku Fixi ISBN: 9789670042985 Bil mukasurat: 324 muka surat Harga RM24.90 Sinopsis: Setelah lama belajar di rumah, sudah sampai...
211K 16.6K 42
selamat datang ke penerbangan wany airlines ♡ + saya wanymadu, ketua juruterbang bagi penerbangan merentasi dunia alam persekolahan yang penuh drama ...