Setegar Aisyah Humaira [COMPL...

By annursyakirah97

588K 21.3K 735

Tengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri mel... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30 ??

Bab 25

20.4K 668 30
By annursyakirah97

Matanya cuba dibuka meski terasa berat. Tangannya memegang kepala yang sedikit terasa berpinar. Dia cuba mengecam bilik tersebut. Oh, masih di hospital rupanya. Badannya cuba diangkat, namun terasa payah.

"Alhamdulillah, akhirnya Puan Aisyah sedar. Minum air ni, Puan," ujar seseorang. Aisyah tersenyum hambar dan mengangkat kepalanya sedikit dan meneguk air yang disuakan itu.

"Saya panggil ahli keluarga Puan ya? Mereka risau sebab Puan pengsan tadi," ujar Doktor Zahrah.

"Err, sebelum tu doktor, boleh tak saya nak minta tolong sikit?" soal Aisyah. Dahi doctor muda itu berkerut.

"Ya, apa dia?" soalnya.

"Tolong buat ujian DNA antara bayi saya dan suami saya?" pinta Aisyah. Puan Zahrah sedikit terkejut namun mengangguk. Selepas iu, dia melangkah membuka pintu wad memerhatikan wajah-wajah yang masih gusar itu.

"Alhamdulillah, Puan Aisyah dah sedar. Tadi tu, beliau pengsan kerana tekanan terlalu kuat yang digunakan untuk mengeluarkan bayinya." Bicaranya mebuatkan semua orang mengucapkan rasa syukur.

"Jadi, boleh kami masuk, doktor?" soal Adam tidak sabar.

"Boleh, tapi Encik Adam tolong ikut saya sekejap? Ada sesuatu yang perlu saya uruskan tentang awak," balas Doktor Zahrah dan melangkah ke wad lain. Adam menggaru kepalanya yang tidak gatal. Yang lain, semuanya cepat serbu masuk ke dalam wad Aisyah termasuklah Usman dan Syakirah yang baru sahaja sampai. Adam membuntuti doktor itu masuk ke sebuah bilik. Kelihatan doktor itu embisikkan sesuatu pada seorang jururawat dan jururawat itu mengangguk faham.

"Tangan encik?" pinta Doktor Zahrah. Adam menghulurkan tangannya. Jarum suntikan itu masuk ke bahagian belakang telapak tangan. Adam mengetap bibir menahan rasa yang tidaklah berapa sakit buatnya.

"Untuk apa ni doctor? Bukannya saya yang beranak pun," soalnya membuatkan doctor itu tergelak.

"Awak akan tahu nanti," balasnya dan mengemas peralatan yang digunakan tadi dan menyuruh jururawat tadi menyambung kerjanya.

"Mari, saya tunjukkan baby girl awak," tutur doktor itu pula membuatkan hati Adam berbunga bahagia. Baby girl! Mereka memasuki bilik yang menempatkan ramai bayi. Mereka mendekati satu bayi yang berbalut dengan kain berwarna merah jambu. Adam tersenyum.

"Anak papa..." dia mengangkat perlahan tubuh kecil itu. Doktor Zahrah tersenyum.

"Encik iqamatkan dia dululah. Lepas tu, serah pada Puan Aisyah untuk disusukan. Saya minta diri dulu". Doktor Zahrah berlalu pergi setelah melihat anggukan Adam. Adam mengiqamatkannya di situ dengan titisan air mata terharu dan penuh kegembiraan. Inilah rasanya apabila mendapat anak sulung. Dia mengendong bayinya itu penuh berhati-hati dan membawanya masuk ke bilik Aisyah. Semuanya kelihatan teruja, terutamanya Puan Suraya.

"Comel macam neneknya!" ujarnya membuatkan semua orang tergelak termasuk Aisyah. Aisyah tersenyum sebaik sahaja bayi itu diletakkan di dalam lengannya untuk disusukan. Dia menyusukan bayinya yang masih enak tidur itu. Adam tersenyum mengusap pipi kecil itu. Kasihnya jelas tertumpah di situ.

"Comel macam umminya," tutur Adam membuatkan Aisyah tersenyum.

"Hidung dia macam abanglah," balas Aisyah. Adam tergelak. Oh, inilah bahagia. Dan moga berkekalan.

"Wah wah, nampaknya Hariz dah ada kawan ni," ujar Usman yang sedang mengendong anaknya yang baru menginjak empat bulan. Syakirah di sampingnya hanya tersenyum.

"Aah, nanti Hariz kawan dengan Damia," ujar Aisyah menarik perhatian semua orang.

"Wah, cepatnya bagi nama," ujar Tengku Imran.

"Apa salahnya pa. Kami dan plan awal-awal. Nama dia Damia Afira," balas Adam.

"Wah sedapnya nama, Damia Afira," ujar Hajah Mardhiah pula. Bunyi pintu dibuka menarik perhatian semua. Doktor Zahrah masuk dengan sekeping kertas di tangannya. Aisyah mula cemas. Alamak, takkanlah doktor nak umumkan kat sini. Habislah semua orang tahu.

"Maaf mengganggu. Saya cuma nak periksa tekanan darah Puan Aisyah sekarang," ujar Doktor Suraya mendekati Aisyah.

"Doktor, terus serah pada abang Adam. Dan abang simpan terus ya?" ujarnya merendahkan suara. Doktor itu mengangguk faham dan menghulurkan kertas itu pada Adam yang masih terpinga. Semua orang tidak perasan akan hal itu. Adam membaca kertas itu. Oh, patutlah suruh aku buat blood test tadi.

"Puan Aisyah boleh discharge esok. Dan pastikan Puan jaga kesihatan badan dan bayi puan ya? Saya minta diri dulu." Doktor itu berlalu pergi. Adam mencium pipi bayinya dan cepat-cepat juga mencium pipi Aisyah. Aisyah tergamam dan mukanya memerah.

"Mayra, tak perlu lagi suruh doctor buat DNA test ni sepatutnya. Aku...aku percayakan kau sepenuhnya, sayang," ujar Adam. Aisyah mengangguk.

" Mayra faham...cuma Mayra nak abang yakin dengan cinta Mayra," balasnya. Adam menggenggam kuat jemari itu.

"Aku ...aku pun nak kau faham yang cinta ini hanya untuk kau." Aisyah tersenyum dengan kata-kata itu. Terima kasih, ya Allah.

*******************

Setelah Aisyah keluar dari hospital, mereka telah tinggal selama empat puluh empat hari di rumah Tengku Imran dan Puan Suraya iaitu selama Aisyah berpantang dan sihat sepenuhnya. Peluang ini juga digunakan oleh mertua Aisyah itu untuk menjaga cucu mereka yang kedua itu. Aisyah sangat bersyukur kerana dikurniakan mertua yang sungguh baik hati. Ada juga uumi dan walidnya datang menjenguk ke rumah itu dan menghulurkan hadiah-hadiah buat si kecil Damia Afira. Alhamdulillah, semuanya selamat. Damia kelihatan sangat comel meski baru menginjak ke bulan kedua dan masih sangat kecil.

            "Mayra, mengelamun nampak." Ujaran seseorang di sebelahnya mematikan lamunannya. Wajah suaminya itu dipandang sambil tersenyum sebelum beralih semula ke wajah si kecil yang masih tidur.

            " Tak adalah bang. Rasanya semuanya terlalu cepat. Tup tup, dah balik rumah semula," balas Aisyah. Adam yang sedang memandu memberhentikan kereta apabila sudah sampai ke rumah mereka.

            "Oh, jadi sayang nak duduk rumah mama lagi?" soalnya. Ya panggilan yang telah sebati semenjak Aisyah berpantang di rumah mamanya.

            "Eh, bukan macam tu. Mayra tak kisah pun. Cuma, Mayra rasa semuanya jadi terlalu cepat. Walhal, Mayra rasa macam baru semalam kita menikah," terang Aisyah. Adam tersenyum memandang wajah yang tersembunyi di sebalik purdah itu.

            "Ya, masa berlalu terlalu cepat. Sehinggakan baru saat ini abang sedar yang kesilapan selama ini semuanya berpunca daripada abang. Mayra tak salah apa pun. Maafkan abang tau, abang rasa berdosa sangat sebab tak laksanakan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang suami." Aisyah tersenyum terharu. Tangan sebelahnya memegang muka Adam membuatkan Adam tersentak namun tersenyum sebelum dia turut memegang tangan Aisyah.

            "Abang, abang tak pernah salah apa-apa. Abang adalah Adam yang terindah yang Allah utuskan untuk Mayra dan Mayra sangat bersyukur tentang tu. Mayra ikhlas terima abang walau sebesar mana pun kesalahan abang sebab pasti ada hikmahnya atas semua ni. Dan abang kena yakin dengan cinta Mayra, yang tak pernah sesaat pun putus daripada mencintai abang. Mayra cintakan abang kerana Allah," tutur Mayra membuatkan Adam makin sebak dan tersentuh. Dia merapati tubuh itu.

            "Abang pun cintakan Mayra dan juga Damia kerana Allah." Dia memeluk kejap tubuh Mayra dan mencium pipi Damia. Damia menggeliat sedikit kerana tidak selesa.

            "Dah, jom masuk. Kesian Damia, tak lena tidur lepas tu layan drama cinta kita pulak." Adam tergelak mendengar kata-kata Aisyah. Dia menekan butang kawalan pagar dan memarkir keretanya di garaj rumah.

            Seseorang memerhatikan mereka dengan perasaan tidak berpuas hati dari jauh. Fasha mendengus geram melihat kemesraan mereka dalam kereta tadi. Rasa macam nak muntah ! Nak tunjuk sweet konon.

            "Is, Is. You ingat, you dah bahagia ke? Maaflah, tapi I akan tarik ops bukan, tapi rentap kebahagiaan you tu! Just wait darling. Seperti yang I pernah cakap. Ending of your life will not as same as the fairytale story. No such ending like 'they lived happily ever after'!" ujar Fasha tersenyum sinis. Cermin mata di atas kepala diturunkan di atas hidung semula. Langkah diatur ke keretanya dan memandu pergi.

*******************

Aisyah melipat telekungnya setelah usai menyempurnakan solat subuhnya. Dia bangun menjengah bayinya yang masih lena. Sambil tersenyum, dia menghadiahkan ciuman pada pipi yang kemerahan itu. Damia, anak ummi! Getusnya bahagia. Kemudian dia beralih pula ke arah suaminya yang masih tidak sedar dari tidur. Penat barangkali mengangkat beg-beg pakaian mereka yang telah sebulan lebih bermukim di rumah mamanya. Dia melabuhkan punggung di tepi katil, sebelah Adam. Terdetik di hati untuk menganggu lelaki itu. Dia merapati telinga Adam sambil membisikkan sesuatu. Adam menggeleng perlahan. Mengigau barangkali. Aisyah tergelak sedikit. Dinyanyikan pula lagu nasyid di telinga Adam.

            "Ya Allah!" jerit Adam kuat, dan dia terduduk di katil itu. Aisyah tersengih. Adam memandang wajah Aisyah.

            "Mayra, abang takut Mayra!" ujar lelaki itu menarik Aisyah dalam pelukan. Aisyah tersentak.

            "Kenapa bang?" soalnya. Adam mengeratkan pelukan.

            "Abang mimpi abang ada dalam tempat gelap gelita sangat. Lepas tu, ada suara cakap 'Ma rabbuka, ma rabbuka'. Lepas tu, lagu 'Bila izrail datang memanggil' kedengaran kat tempat tu. Abang takut Allah nak tarik nyawa abang, sedangkan Damia kecil lagi dan abang tak nak tinggalkan Mayra," ucap Adam sedikit tercungap. Dadanya masih berdebar. Aisyah terkedu, dan berasa menyesal. Dia meleraikan pelukan tersebut.

            "Mayra minta maaf ya bang?" ujarnya. Dahi Adam berkerut pelik.

            "Kenapa sayang?" soalnya.

            "Sebenarnya, Mayra dah kejut abang banyak kali, tapi tetap tak bangun. Jadi, Mayra bisiklah 'Ma rabbuka' dan nyanyi lagu tu kat telinga abang. Tak sangka pula boleh terbawa dalam mimpi dan menakutkan abang," tutur Mayra, tertunduk. Dia takut lelaki itu marah. Adam tersentak. Degupan jantungnya kembali normal.

            "Alhamdulillah, nasib baik bukan mimpi buruk. Abang maafkan Mayra, tak perlu takut sayang," balas Adam sambil menaikkan dagu wanita itu. Mereka saling berpandangan. Wajah Adam semakin mendekat.

            "Eyp abang! Solatlah dulu." Aisyah pantas menutup mulutnya dengan pipi memerah. Wajah Adam bertukar kecewa.

            "Ala sayang ni, merajuklah abang macam ni." Aisyah menggaru kepalanya yang tidak gatal.

            "Ish, buruklah merajuk macam tu. Yelah yelah, nah." Aisyah mencium pipi Adam lantas pantas berlalu pergi.

            "Abang solat Subuh dulu, nanti terlepas. Mayra nak buat sarapan dulu!" tutur Aisyah sedikit kuat. Adam tersengih. Pipi pun okay. Dia melihat anaknya di dalam katil bayi itu sekilas sebelum mengambil tuala dan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri dan menunaikan solat Subuh.

            Setelah mengaminkan muka dan meraup wajah, dia meletakkan songkoknya di atas almari bajunya. Adam menukar kain pelikatnya dengan seluar sebelum melangkah ke arah katil bayinya. Dia tersentak melihat katil itu kosong, namun langkah diatur ke dapur dan merangkul erat tubuh yang sedang memegang sudip itu.

            "Abang, Mayra tengah masak ni. Damia mana?" Soalan itu membuatkan Adam tersentak. Dia memandang Aisyah yang sedang menutup api dapur sambil melepaskan pelukan.

            "Damia bukan pada sayang ke?" soalnya. Dadanya berdebar. Aisyah tersenyum.

            "Abang ni, kan Mayra kata nak siapkan sarapan. Takkanlah Mayra nak bawa masak sama-sama. Damia kan dengan abang, dalam bilik kita," balas Aisyah. Adam terkedu. Ya Allah, tak mungkinlah. Dia berlari pantas ke ruang tamu dan terkejut melihat pintu rumahnya yang terbuka besar. Pintu pagarnya pula masih tertutup. Barangkali, orang itu melompat di pagar itu.

            "Ya Allah..." Aisyah merapati suaminya itu.

            "Kenapa bang?" soalnya. Adam meneguk air liur, tidak sanggup menucapkan ayat itu.

            "Anak kita, Damia....hilang." Dan ayat itu membuatkan jantung Aisyah bagai direntap kasar.

***************

P/s : Oh tidak...Siapa yang dah culik Damia ni? Jahatnya dia, kan? Hihihi, thanks for reading.....and for those who stay loyal and wait eagerly for the update! *sorry for the typos and grammar error

Continue Reading

You'll Also Like

16.2K 585 31
-Atiyah seorang peg. Muda yg brstatus brkhwin tetapi prkhwinn mereka x sprti org lain ade rahsia di balik perkhwinan dia dan jugak kenapa dia boleh t...
230K 7.4K 49
Permintaan akhir Zamri membuatkan Qiswany bersatu dengan orang yang dia tidak sangka akan kahwin. Senyum tidak, apatah lagi ketawa. Suaminya berkahwi...
2M 48.6K 44
Perkahwinan yang terjadi hanya kerana satu amanat. Perkawinan yang dirahsiakan oleh pengetahuan keluarga. Demi melanjutkan pelajaran mereka terpaksa...
436K 14.7K 105
#2019 Coverby:@nurshaziera 🎀SIRI KEDUA ADIK BERADIK TIRI🎀 Kemasukkan dia ke sekolah mereka membuatkan mereka tidak tentu arah. Lagi-lagi apabila me...