𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎�...

By izatulnatasya09

8.1K 358 32

Lisa Erica seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai s... More

𝓜𝓻 𝓣𝓮𝓵𝓮𝓰𝓻𝓪𝓶
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 1
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 2
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 3
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 4
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 5
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 6
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 7
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 8
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 9
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 10
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 11
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 12
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 13
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 14
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 15
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 16
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 17
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 18
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 19
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 20
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 21
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 22
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 23
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 25
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 26
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 27
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 28
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 29
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 30
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 31
𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 32 ( END )

𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 24

136 8 0
By izatulnatasya09

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

Aku duduk di taman sains keseorangan.Aria katanya ingin pergi ke kantin tadi.Aku biarkan sahaja dia pergi seorang.Tidak pulak dia tanya kenapa aku tidak makan harini.Selalunya hari hari boleh katakan waktu rehat sahaja soalan yang sama dia tanya.

Hari ini merupakan hari terakhir peperiksaan.Lega sedikit hati aku.Dapat rehat kan otak buat sementara waktu.Oleh sebab sekarang berada di hujung tahun , sekolah akan mula bercuti minggu hadapan.

Al-Quran yang ada di hadapan mata aku tenung.Fikiran aku entah ke mana.Sampaikan Aria datang pun aku tidak sedar.

" Lisa Erica ! Kau termenung apa ni.Aku panggil banyak kali tak dengar. " Aria meletakkan air serta roti di hadapan aku.

" Sorry.Dah lama ke kau sampai? "

" Makan ni.Aku beli untuk kau. "

" Aku puasa lah Aria. " aku menolak air serta roti kepada Aria.

" Kau tak payah tipu aku Lis.Aku tahu kau rajin puasa sunat Isnin dengan Khamis.Tapi takkan sampai hari hari kau puasa.Kau sebenarnya kenapa Lis? Aku tanya kau taknak bagitau.Apa masalah yang ada dalam kepala otak kau sebenarnya ni? " desak Aria.

" Takda apa pun.Cuma penat study.Benda biasa ja. "

" Aku kenal kau bukan sehari dua.Kita kawan dah lama.Aku tak suka tengok kau macam ni.Tolong Lis , bagitau aku apa kau hadap sekarang ni.Kenapa kau perlu rahsia daripada aku? "

Aku hanya diam mendengar kata kata Aria.Aku tak tahu hendak mula daripada mana.Aku menarik nafas sedalam yang boleh.

" Aria kalau aku cakap dia hilang kau percaya? "

" Siapa hilang pulak ni? " soal Aria hairan.

" Rayyan. "

Aria seperti terkejut dengan jawapan aku.

" Hilang pergi mana? "

" Aku tak tahu Aria.Dia pergi macam tu je.Apa apa pesanan pun takda tinggal untuk aku.Dia dah delete bot tu.Aku dah tak boleh borak dengan dia. "

" Dah lama ke dia hilang? "

" Seminggu sebelum sekolah buka.Sekarang dah tiga minggu.Aku tak tahu dah nak buat apa Aria. "

" Kau tak cuba tanya kawan perempuan dia? "

" Kawan dia ada chat aku.Dia cakap Rayyan tengah buat bot baru.Tapi sampai sekarang pun takda satu berita.Rayyan pernah pesan dekat aku.Kalau dia hilang jangan cari dia dan jangan ingat pun dia. " aku senyum lemah kepada Aria.

" Ya Allah kenapa sampai macam tu Lis.Habistu kau taknak terus cari dia? "

" Aku serah pada Allah je Aria.Aku hanya mampu doa.Itu je yang aku boleh buat untuk jaga dia daripada jauh.Hati kita ni Allah yang pegang.Semua yang hati aku rasa sekarang aku luah dengan Allah.Aku tahu dia dengar doa aku.Aku tahu dia dengar suara tangisan aku.Tak ada apa yang aku boleh buat Aria. " luah aku lemah.

" Kau sabar banyak banyak Lis.Aku tahu dia menghilang tu bersebab.Mungkin dia ada problem.Kita je tak tahu apa yang dia hadap.Kau kena kuat Lis.Aku tahu kau perempuan yang kuat.Aku tak rasa Rayyan menghilang tu sebab sengaja.Aku tahu dia sayang kau.Cuma dia perlukan masa.Kau doa banyak banyak ya. "

Aku cuba menahan air mata daripada mengalir di pipi.

Kadang kala aku tersenyum apabila membaca perbualan antara kami di telegram.Ada kalanya dia mengusik aku , ada kalanya dia merajuk dengan aku.Sayangnya semua itu telah menjadi kenangan.

Sampai sekarang aku masih berdoa , memohon kepada tuhan agar dia dalam keadaan yang baik baik sahaja.Katakan suatu hari nanti dia kembali mungkin aku akan selesaikan semuanya dengannya.Kalau perasaan sayang dalam hatinya sudah tidak ada untuk aku , aku sendiri yang akan undur diri.

Hati manusia boleh berubah.Dan aku harus bersiap sedia untuk perkara itu.Aku harus terima apa yang bakal terjadi nanti

" Kalau satu hari nanti Lis diuji dengan sesuatu yang Lis tak sangka akan berlaku , ingatlah Allah uji kita untuk angkat darjat kita.Lis kena kuat. " pesanan ibu yang sekian lama menerjah minda aku.

Aku memandang bulan cerah di langit.

" Bulan , tak ada apa untuk aku berkongsi dengan kau lagi.Dia hilang entah pergi ke mana.Tinggallah aku sendirian di sini.Ya Allah rindunya aku pada dia. "

Aku tersenyum pahit dan air mata mengalir lagi.Kerap sungguh air mata ini mengalir.Aku merenung tasbih di tangan.

" Rayyan , saya tahu awak tak akan dengar suara saya.Tapi saya nak cakap jugak.Saya harap awak dalam keadaan yang baik.Saya di sini pun baik baik sahaja.Saya rindu nak borak dengan awak.Semoga awak sentiasa berada dalam lindungan Allah.Saya baru je habis exam.Alhamdulillah saya boleh jawab dengan baik.Saya cuba untuk lupakan awak.Semakin kuat saya cuba , semakin kuat perasaan sayang itu datang.Saya tak tahu kenapa. " suara aku semakin lama semakin perlahan.

" Kuatkan diri aku ya Allah.Aku terlalu lemah sekarang.Peluklah aku ya Allah.Jadikan aku seorang perempuan yang sabar dalam menempuh ujian ini.Semua yang terjadi adalah kehendak-Mu.Aku tahu kau melihat segalanya. " aku menangis teresak esak di atas buaian.

" Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku adalah dekat. Aku Kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran. "

( Surah Al Baqarah ayat 186 )

Tangan kanan aku letak pada dada kiri tepat di mana jantung berada lalu menggosoknya perlahan. " Aku tahu kau sakit.Bertahan sikit je lagi.Aku yakin semuanya akan beransur pulih. "

Aku melihat Aria yang sedang berborak dengan crushnya.Entah apa yang di borak dengan apek tu.Boleh katakan setiap masa di ganggunya apek tu.Bukan tahu malu Si Aria ni.Apek itu pun satu melayan perangai tak senonoh minah tu.

Melihat mereka berdua mengingatkan aku pada Rayyan.Aku tersenyum pahit.Hati ini hanya Allah yang tahu.

Aku perasan muka Aria tiba tiba berubah apabila dia melihat satu kertas yang dipegangnya.

Dia memberikan kertas itu kembali kepada crushnya lalu berjalan ke arah aku.

" Lis. " panggil Aria perlahan lalu dia memeluk aku.

" Eh kau ni kenapa tiba-tiba peluk aku? " soal aku hairan.

" Mamat tu nak pindah sekolah. " raut wajah Aria terus berubah kepada masam mencuka.

" Bila dia nak pindah? "

" Esok.Dahla esok hari last sekolah lepastu dia nak pindah pulak.Mesti esok dia tak datang sekolah kan. "

" Dia nak pindah pergi mana? "

" Johor. "

" Tak payah nak sedih.Kau still boleh chat dia.Lainla macam aku ni langsung tak boleh. " aku menggosok belakang Aria perlahan.

" Tahu.Tapi aku baru je crush dekat dia lepastu dah nak pindah.Kenapa jadi macam ni? "

" Hey kau jangan nangis dekat sini pulak.Kang orang tengok buat malu ja. "

" Sedih lah aku macam ni. "

" Aria setiap pertemuaan itu pasti akan ada perpisahan.Sama ada perpisahan itu bersifat selamanya dan tak akan kembali.Ada perpisahan yang bersifat sementara dan akan jumpa balik suatu hari nanti.Cuma kita kena percaya apa yang Allah aturkan dalam hidup kita itu dah cukup sempurna.Allah hadirkan seseorang dalam hidup kita bersebab dan Allah ambil seseorang dalam hidup kita juga bersebab. "

" Tapi aku tak nak dia pindah Lis. "

" Ya aku tahu.Semua orang tak suka kan perpisahan.Macam aku dengan Rayyan.Entah pengakhiran kisah kami macam mana pun aku tak tahu.Tak semua yang kita suka adalah baik untuk kita.Boleh jadi yang buruk itulah yang terbaik untuk kita.

" Kamu diwajibkan berperang sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya. "

( Surah Al Baqarah ayat 216 )

Continue Reading

You'll Also Like

823K 8.2K 67
𝐢𝐧𝐜𝐥𝐮𝐝𝐞𝐬 𝐚𝐥𝐥 𝐨𝐟 𝐭𝐡𝐞 𝐛𝐨𝐲𝐬 ✦ .  ⁺   . ✦ .  ⁺   . ✦ don't forget to vote, share and comment. 🤍
784K 79.4K 55
3 lives got entangled due to the twisted Destiny...... Vidyut Rajvanshi married his college sweetheart Sanjana and was leading a happy life ......bot...
10.2M 639K 168
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...
4.3M 286K 61
"Why the fuck you let him touch you!!!"he growled while punching the wall behind me 'I am so scared right now what if he hit me like my father did to...