𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 31

194 9 5
                                    

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵
𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽 𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku mengenakan blouse berserta skirt berwarna hitam. Aku membelek diri sendiri di cermin.Setelah puas hati dengan pakaian yang dikenakan , aku mengorak langkah keluar dari bilik.

" Nanti lepas maghrib ibu dengan ayah pergi ambil.Jangan bercakap dengan orang yang tak kenal.Jangan pergi merata rata. " pesan ibu semasa aku menyalami tangannya.

Hari ini Aria mengajak aku keluar berjalan jalan di mall.Entah apa yang merasukinya mengajak aku untuk keluar berdua.Katanya sudah lama tidak meluangkan masa bersama aku.

" Ya baik ibu.Lis pergi dulu.Assalamualaikum. "

Aku melihat kereta ibu Aria sudah berada di hadapan rumah.Aku melambai ibu sebelum kereta mencecah jalan raya.

Sampai sahaja di mall Aria terus mengajak aku untuk membeli tiket wayang.Aku hanya mengekorinya dari belakang.

" Aku cakap ni kali terakhir aku tengok cerita seram Lis.Lepas ni kalau kau ajak lagi aku tengok , kau pergi la masuk tengok sorang kau.Aku tak akan ikut masuk dah Lis.Serik dah kali ni. " Aria menghirup air di hadapannya dengan rakus.Padah selepas tengok cerita seram sebentar tadi.

" Penakut rupanya kau ni.Semalam beria sangat ajak aku tengok wayang.Sekarang macam orang baru lepas jumpa hantu. " aku tergelak kecil melihat telatah Aria.

" Aku pun manusia jugak.Apa kau ingat aku ni tak ada perasaan takut ke.Dah la cerita tu banyak jumpscare.Sumpah macam nak tercabut jantung aku tadi.Kalau lama lagi dalam panggung wayang tu rasanya dalam ward la aku sekarang. " Aria mengurut dadanya perlahan.

" Ala best apa cerita seram.Baru la mencabar sikit.Kalau tengok cerita romantik nak mencabar apanya. "

" Banyak la kau punya mencabar.Ni jantung aku macam nak luruh tahu tak.Gila kau ni Lis.Aku dalam panggung wayang tu macam nak nangis je.Nasib tak terkencing dalam seluar. "

Aku hanya ketawa.Terhibur dengan perangai Aria.Muka tembok tapi penakut.

" Kau ni tak ada angin tak ada ribut tiba tiba ajak aku keluar kenapa? " aku menyuap kentang goreng ke dalam mulut.

" Dah lama tak lepak dengan kau.Lagipun paklang kau baru je meninggal.Aku taknak la kau sedih dekat rumah tu.Sebab tu aku ajak kau keluar release stress.Tengok kau cengkung semacam je.Muka pun pucat macam mayat hidup. "

" Aku okay je la Aria.Benda dah lepas.Aku terima dengan hati terbuka apa yang jadi dalam hidup aku.Siapa aku nak halang kerja tuhan.Lagipun aku tahu akan ada kebahagian untuk aku.Aku nak rawat diri aku balik Aria.Aku dah taknak fikir benda yang dah lepas.Aku cuma nak hati aku tenang je.Lepas apa yang aku hadap aku taknak hati aku terluka buat kali yang kedua. "

𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now