𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 14

181 10 0
                                    

'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

Deze afbeelding leeft onze inhoudsrichtlijnen niet na. Verwijder de afbeelding of upload een andere om verder te gaan met publiceren.

" Ya Allah kau permudahkanlah urusan ayahku.Kau lindungilah ayahku.Kau berikanlah dia kekuatan ya Allah.Dia seorang ayah yang baik.Kau berikanlah dia kesihatan yang baik.Sesungguhnya aku takut untuk kehilangan orang yang aku sayangi.Kau lindungi keluarga kami daripada sebarang penyakit yang berbahaya.Hanya padamu aku memohon. " selesai sahaja solat Lisa mengambil yassin untuk di baca.

Telefon yang berada di atas katil berbunyi menandakan ada orang yang menghubunginya.Telekung yang masih tersarung di badan belum di buka.Tentera nama ibunya di skrin telefon.

" Hello assalamualaikum ibu.Macam mana dengan ayah? "

" Waalaikumussalam.Ayah kena tahan ward.Doktor baru je bagitahu ibu tadi.Tapi belum masuk lagi ward.Sekarang ada dekat unit kecemasan lagi.Mungkin ibu balik lewat malam sikit.Adik duduk rumah baik baik.Malam ni tidur dengan ibu. " sempat Puan Hani berpesan kepada anak tunggalnya.

" Ye baik ibu.Kalau ada apa apa nanti ibu bagitahu adik ya.Assalamualaikum."

" Waalaikumussalam. "

Selesai berborak bersama ibunya.Lisa mencari kelibat kucing kesayangannya.

" Leo sayang ! Leo dekat mana? Meh sini datang dekat mommy. " kelibat Leo yang datang dari arah dapur menyapa pandangan Lisa.Lisa tersenyum apabila melihat kelibat Leo dari arah dapur datang kepadanya.

" Teman mommy duduk luar ya.Kita borak dengan bulan nak ? "

" Meow. " Leo yang seakan faham apa yang dikatakan oleh mommynya.

" Hai bulan.Rindu aku dekat kau.Hm dah lama aku tak cerita dekat kau kan.Aku ada berita baik nak kongsi dengan kau. "

Lisa menarik nafas buat seketika sebelum mula bercerita.

" Berita gembiranya ialah orang yang aku cerita kan dekat kau selama ni rupanya simpan perasaan terhadap aku.Aku tak sangka benda ni boleh terjadi.Tak pernah aku terfikir yang dia akan suka aku.Aku rasa seperti semua ini sebuah mimpi.Perancangan Allah itu hebat kan. " ada air mata yang mengalir di pipi Lisa.Leo yang berada di pegangannya hanya diam mendengar mommynya bercerita kepada bulan.

Ting !

Ting !

Bunyi notifikasi daripada telefon Lisa membuatkan percakapan antara Lisa dan bulan terbantut.Telefon dikeluarkan dari poket seluar.Leo diletakkan di ruang sebelahnya di atas buaian.Hatinya berdegup kencang apabila melihat skrin telefon.Mesej daripada Rayyan.

𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu