𝓡𝓪𝔂𝔂𝓪𝓷 𝓔𝓻𝓲𝓬𝓪 19

155 7 3
                                    

" 𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼 "

" 𝓲'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼 "

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alhamdulillah kenduri kesyukuran yang diadakan di rumah nenek aku berjalan dengan lancar.Cuaca hari ini pun bagus.Baru sekarang aku dapat merebahkan badan di atas katil di dalam bilik nenek aku.

Kalau tadi punggung ini tak sempat merasa duduk di atas kerusi kerana sibuk menolong ahli keluargaku membuat kerja.Ada juga ayah dan ibuku memperkenalkan aku kepada kawan kawan mereka.

Reaksi pertama apabila mereka melihat aku adalah " Eh dah besar anak dara ni.Boleh kahwin dah ni. "

Aku yang berdiri di sebelah ibu aku memang menyirap.Bila diri ni kecil , tanya bila nak membesar.Bila diri ni besar , suruh kahwin.Tak faham betul aku.Aku memang anti betul bab kahwin ni.Aku hanya menayangkan senyuman yang paling terpaksa.

Disebabkan kesibukan melanda sehinggakan aku tidak sempat memegang telefon dari tadi lagi.Mata melilau mencari keberadaan telefon.Entah di mana aku campak tadi.

Baru sahaja aku ingin membuka app telegram.Pintu bilik di ketuk oleh seseorang.

" Lis , kau buat apa kat dalam bilik tu.Jom keluar makan.Kawan kau pun ada sekali ni. " kedengaran suara Azreen di luar bilik.

" Ya kejap lagi aku keluar.Aku nak solat maghrib kejap. "

Telefon aku campak semula di atas katil.Nanti nantilah aku chat Rayyan.Tanpa membuang masa aku terus menunaikan solat maghrib.

Aku mencari kelibat Aria dan Azreen.Entah mana dua ekor tu pergi.Tadi kalut sangat panggil aku suruh keluar bilik.Sekarang batang hidung diorang pun aku tak nampak.

Tiba tiba sepasang mata aku terpandang dua orang perempuan yang sedang berada di pondok.Hm patutlah.Tengah melantak rupanya.

" Amboi korang ! Nampak makanan terus tak ingat aku ya. " aku melabuhkan punggung di sebelah Azreen.

" Kau lambat sangat kitorang makan dulu la. " balas Aria lalu dia menyuapkan sesuap nasi ke dalam mulut.

" Ha Lis kau layan lah kawan kau ni.Aku nak masuk solat jap. " Azreen terus melangkah pergi.

" Weh kau tahu tak sekolah nak buka dah next month.Argh tak sabarnya aku nak pergi sekolah. " bukan main bersemangat minah ni nak ke sekolah.

" Tak sabar nak pergi sekolah ke tak sabar nak jumpa crush kesayangan kau tu. " aku menjeling Aria yang sedang merenung aku dengan pandangan membunuh.

𝐌𝐑 𝐓𝐄𝐋𝐄𝐆𝐑𝐀𝐌 | 𝐂𝐎𝐌𝐏𝐋𝐄𝐓𝐄Where stories live. Discover now