1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 32

984 137 34
By yoshihoshiss

Booji pantas mendukung tubuh dua anak kembarnya. Hanya tawa mengiringi mereka berdua, lantas lelaki bergelar bapa ini mengelus lembut hidung si kembar.

Kini mereka berada di rumah agam nenek. Booji sudah selesai bermain dengan kedua anaknya. Meskipun berat untuk dia melepaskan, sekurangnya dia bersyukur kerana Heena masih membenarkan dia berjumpa anak-anak.

Seketika, dia berkerut melihat kesunyian rumah agam ini. Terutamanya suara isterinya.

Mana Heena?

Booji sudah pun memaklumkan tadi yang dia bakal tiba menghantar Ji dan Hea. Namun masih tiada balasan.

" Mama tidur kot, pa. Tadi kan mama sakit. " Respon Hea. Booji mengangkat keningnya dan tersenyum.

" Jom, kita jumpa mama. "

Pantas tubuh kembar itu didukung. Kaki menapak masuk, dan hanya kesunyian mengisi.

Mungkin benar, Heena tidur.

Booji menapak dalam lagi, matanya mengerling setiap sisi, cuba mencari sosok tubuh yang dicarinya.

Pantas dia meletakkan Ji dan Hea kebawah dengan lembut.

" Ji, Hea. Cari mama. "

Anggukan diterima, si kembar berlari mencari Heena. Dapur dan ruangan belakang masih tidak menunjukkan tanda.

Sehinggalah jeritan Ji menjadi penokhtah.

" AAAAAA PAPA!!! "

" Hah kenapa sayang? " Kaget, Booji berlari menghampiri tubuh anak lelakinya yang kini didepan tangga bersama Hea.

" Ji kena-- "

Tersentak. Mata Booji membulat, memandang figura yang terbaring terlentang dilantai. Bibirnya menggeletar diiringi tangisan si kembar.

" Kepala mama darah! Papa, tolong! " Teriak Hea. Booji mengangguk, menampung tubuh bekas isterinya, ingin dibawa ke hospital.

Apa yang terjadi pada Heena?

" Apa bising ni?! "

Teriak satu suara. Booji mendongak, memandang tingkat atas yang kini utuhnya berdiri seorang wanita. Angkuh dan bongkak, seperti dahulu.

" Nek! Heena jatuh, nenek tahu tak?! " Booji mendengus. Dan wajah si tua itu yang tidak bersalah mahupun gelabah, membuatkan Booji ingin sahaja mengeluarkan kata kesat.

" Siapa beri kau hak masuk rumah aku? "

" Ini bukan masanya! Heena dah lama ke terbaring berdarah macam ni?! "

" Aku yang tolak dia. "

" Huh? "

Damn. Apa yang dia baru dengari? Nenek tolak isterinya jatuh?

" Nenek tolak Heena? " Bergetar suara Booji, masih utuh mengendong Heena.

Nenek menguap kecil.

" Aku ngantuk, penat. Suruh anak kau senyap sikit. Letak je Heena kat bilik dia--- HEY KAU NAK BAWA CUCU AKU?! "

Nenek menengking, membulat matanya menangkap perilaku Booji yang kini berlari mengendong Heena keluar.

Persetankan segalanya, Booji hanya mahu ibu kepada anak-anaknya ini selamat.

Tidak, pasti sudah lama Heena cedera.

Tolonglah.

Tolong bertahan demi anak-anak.

Demi saya.

" Mama! Bangun mama! "

Dan tangisan Ji serta Hea menjadi penutup.

----------------

Kukuh menunggu, Booji meraup wajahnya, bersama Ji dan Hea disisi yang sudah lama melelapkan mata. Riak resah tidak dapat disembunyikan, sejujurnya Booji letih.

Namun, hatinya juga tidak senang. Dia mahu tahu keadaan Heena kini.

Isterinya.. akan selamat.

Dia pasti.

" Mana cucu aku? "

Dan sosok tubuh itu tiba. Memandang Booji yang kepenatan dengan tajam.

" Heena.. masih kat dalam. Apa Puan buat kat sini? Nak saksikan Heena tersiksa? "

" Tu cucu aku, Booji! Aku tahu apa aku buat! "

Teriakan nenek, menyentak tidur Ji dan Hea. Keduanya tergamam, sebelum menenyeh mata yang masih mamai.

Terus menciut ketakutan keduanya sebaik sahaja wajah nenek menyapa pandangan.

" Anak-anak saya sampai takut dengan Puan. Ini ke digelar tahu? Tak nak berubah ke, Puan? Ni dah lebih. Sampai mencederakan isteri saya. "

" Isteri? Hahahahahaha! Kau lupa ke? Dia tu bekas isteri! "

" Saya ceraikan dia sebab Puan yang mintak dulu! "

" Tetap pengecut, Booji. "

" Puan, saya bersab-- "

Klek!

Pantas perhatian Booji teralih kepada tubuh yang baru menapak keluar. Menunduk dan menghela nafas kasar. Melupakan pergaduhan tadi, Booji menapak menghampiri.

" Do--doktor.. isteri saya? "

" Maafkan kami. Puan Heena, gagal kami selamatkan. "

A--apa.

Gagal?

Booji kaku. Kakinya seakan lemah mahu berdiri, sebelum perlahan tubuh lelaki ini melorot jatuh. Ji dan Hea yang seakan memahami, berteriak keras. Berlari memeluk tubuh sang ayah yang kaku dilantai.

" Puan Heena mengalami pendarahan teruk dikepala akibat terhentak sesuatu yang tajam. Dia boleh diselamatkan andai sahaja kalian cepat hantar dia kesini. Maaf, saya minta diri dahulu. "

Booji seakan hilang nyawanya. Tiada tangisan yang jatuh, kerana seluruh tubuhnya seakan tidak menerima berita ini.

Heena dah tiada?

Isterinya dah tiada?

" Papa! Mama mati ke? " Soal Ji, tersedu. Booji memandang wajah anak lelakinya sebelum tangannya meraih kedua tubuh si kembar mendekati.

Dipeluk kuat dan dikucup.

Ya Tuhan, anak anak papa...

Kenapa semudah itu kalian bergelar anak yatim?

Heena...

Kenapa semudah itu awak pergi?

Baru tadi saya dapat peluk tubuh awak, sayang.

" Apa kau dah buat kat cucu aku?! "

" Eh orang tua! Kau yang tolak cucu kau sendiri jatuh! Kau sedar tak?! "

Booji membalas. Kali ini, dia tidak berdiam. Isterinya mati kerana mengikut kebodohan nenek. Dan kali ini, Booji tidak akan berdiam.

Dia akan melindungi Ji serta Hea daripada kekejaman wanita ini.

" Aku? Kau salahkan aku, Booji? " Bernyalang mata nenek, membalas tajam pandangan Booji.

" Nenek pembunuh! Nenek bunuh mama! "

Hea.

Menunding jari pada yang tua.

" Nenek buat mama nangis sampai mama mati! "

Ji.

Kali ini si kecil lelaki ini bertindak menolak kuat kaki nenek. Sangat kuat, seakan tahu sakit yang selama ini mama mereka tanggung kerana perbuatan wanita tua dihadapannya.

" Kau pembunuh, Miso. "

Booji yang terakhir.

Menatap wajah nenek yang kelu.

" Kau bunuh cucu kau sendiri. "

----------------------------

Nenek memandu laju. Fikirannya bercelaru.

Apa dia buat ni?

Heena mati? Benarkah? Ataupun sekadar mimpi?

Wanita tua ini menghembus nafas kasar. Pemanduannya jelas terganggu, namun keadaannya lebih teruk.

Kepalanya serabut dengan pelbagai tohmahan.

" Nenek pembunuh! Nenek bunuh mama! "

" Nenek buat mama nangis sampai mama mati! "

" Kau pembunuh, Miso

Miso mendengus. Menghentak tangannya ke stereng.

Tak! Bukan salahnya.

Heena yang jatuh sendiri.

Ya...

Heena jatuh sendiri. Kan?

Seketika, wanita ini menunduk kesal. Nafas dihembus kesal. Sebelum matanya kembali menghadap jalan raya.

PIN! PIN!

Mata nenek membulat. Bibirnya bergeletar.

Memandang treler yang kini laju bergerak, tepat menujunya.

" Maafkan nenek, Heena."

PAMMMM!!!!!

---------------------

" Jangan sentuh saya. Tolong. " Rayu Eunjeong apabila tubuhnya mahu dipapah oleh salah seorang askar. Meskipun tubuhnya bengkak dan terluka, namun dia tahu apa lagi bahaya.

Cecair chemical yang membaluti tubuhnya kini lebih berbahaya.

" Tapi Doktor Eunjeong tengah sak-- "

" Ada chemical kat badan saya! Jangan sentuh, nanti awak boleh terkena radiasi! " Amaran dilempar Eunjeong. Menelan liur, para tentera mengangguk. Membiarkan Eunjeong menapak perlahan.

" Selamatkan Doktor Heeso! Dia di dalam dan belum terkena radiasi! " Teriak Eunjeong. Namun pasukan tentera nampak teragak.

" Tunggu apa lagi?! "

" Kami tak boleh masuk, Doktor. Bangunan dah separa runtuh, bahaya untuk pasukan kami. Hari pun dah gelap. Kami minta maaf, tapi Doktor Heeso kena bermalam didalam dahulu. "

Tercengang, Eunjeong berdecih.

Apa tadi? Biarkan Heeso?

" Tentera jenis apa tak selamatkan orang awam hah?! "

" Kami tak nak korbankan ramai lagi, Doktor! Captain Jihoon dan Leftenan Jeno tak ada kat sini! Kami tak boleh sembarangan! "

" Siapa kata kami tiada kat sini? "

Damn.

Kaku, kerana Eunjeong tahu itu suara siapa.

" Captain Jihoon? Leftenan Jeno? Ke--kenapa Tuan datang? " Soal salah seorang pegawai. Mereka tahu kedua askar ini sudah tamat berkhidmat di Uruk.

Mengapa mereka kembali?

" Uruk dalam bahaya, jadi kami kembali. " Balas Jihoon, tegas. Rahang tajam itu mendongak, memandang pembinaan mall yang sudah separa runtuh.

" Eunjeong! "

GRAP!

" Jeno! Jangan peluk saya! " Kaget Eunjeong.

Tak! Jeno tak boleh sentuh dia!

" Ke--kenapa? Eunjeong, saya risaukan aw-- "

Masih lagi, Jeno tidak meleraikan pelukan. Masih utuh mengusap rambut si gadis. Sakit hatinya melihat keadaan Eunjeong kini.

Lebam yang menghujani wajah, ditemani bengkak diserata tubuh.

" Jeno.... Saya dah terdedah dengan radiasi.. Tolong jangan sentuh saya.. " lirih Eunjeong. Dia tidak mahu Jeno turut sakit.

" Mana Heeso? " Jihoon menyoal. Eunjeong menggigit bibir bawahnya, meraih pakaian perlindungan radiasi.

Dia perlu dikuarantinkan.

Radiasi yang menghuni tubuhnya tadi boleh merebak melalui sentuhan. Dan Jeno baru sahaja memeluknya!

" Heeso...kat dalam runtuhan, Ji. "

" RUNTUHAN?! "

Suara Captain Jihoon naik seoktaf.

Apa dia baru dengar? Gadis pujaannya dalam runtuhan?!

" Kenapa tak selamatkan dia?! Apa dia buat dalam runtuhan masa gempa bumi tu, Eunjeong?! "

" Bro, relax. Janganlah marah Eunjeong. " Jeno menegur. Jihoon tak perlu meninggikan suara. Semua disini tertekan dan ingin menyelamatkan Heeso.

" Senang kau kata, Eunjeong dah kat luar! Heeso kat dalam lagi, Jen! "

" Jangan terus masuk, Captain! Bahaya! "

" Bahaya? Ya saya tahu, runtuhan. Tapi, saya kena masuk sekarang sebelum besi jadi makin terhakis! If fully runtuh, kita hanya akan sambut mayat Heeso! "

Jihoon jelas resah. Jiwanya tidak tenang, bahkan beberapa kali dia kehulur kehilir.

" Tingkat atas ada chemical water! Radiation, bahaya untuk manusia jika terdedah. Dan air tu bocor, mengenai saya juga. Heeso tak kena, sebab dia sibuk mengejar Rowon, doktor. "

" Rowon? "

" Budak from anak yatim tu. Dia berlindung dalam kawasan pembinaan ni tadi masa gempa bumi. Heeso nak selamatkan dia tadi. " Jelas Eunjeong.

Dia tahu sifat Heeso itu baik. Namun itu juga menyebabkan nyawa gadis itu terancam!

" Biar saya je masuk sekarang. Prebet! "

" Ya Tuan! "

Beberapa pegawai memberi tabik hormat kepada Jihoon dan Jeno. Keduanya mengangguk.

" Saya nak masuk runtuhan malam ni. Tolong sediakan  kelengkapan. Lampu, tali, dan tiga pasang suit pelindungan radiasi. "

" Tapi Tuan, suit tu cuma ada 2. "

" Dua? Kenapa dua je? " Suara Jeno, mencelah. Prebet itu menunduk.

" Kami tak tahu ada kolam radiasi ditingkat atas, Tuan! Kami-- "

Jihoon menaikkan tangannya meminta prebet berhenti berbicara. Nafas dihembus lembut.

Mendongak memandang runtuhan bangunan yang sudah separa. Sebelum tangannya naik mengelus rantai askar dilehernya.

1437.

Lantas pemuda Park ini kembali memandang prebet yang menunggu.

" Jeno, jaga luar. Bawa Eunjeong ke kuarantin, dan pastikan tiada lagi yang cedera. Aku nak masuk, ambil Heeso dan Rowon. "

" Tapi suit ada dua je, Ji. Bahaya! Tunggu esok pagi, para perubatan datang bagi suit. " Larang Jeno.

Bahaya, kerana ini melibatkan radiasi.

Jihoon bole mati jika terlampau terdedah!

Dan senyuman Park ini menyebabkan Jeno kaku.

" Memang ada dua suit je, Jeno. Sebab aku... "

" Takkan pakai. "

Continue Reading

You'll Also Like

843 286 25
๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ. penatlah jadi ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ฒ๐—ฟ, baik aku jadi ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ฒ๐—ฟ je! start: 02 june 2023 end: 02 july 2023
79.1K 388 18
kisah seorang ustazah sekolah agama terjebak ke pelacur
25.8K 583 34
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
8.7K 1.2K 4
"atas nama siapa, ya? "atas nama cinta." r's | 2023, @mintytxt