1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 30

904 127 5
By yoshihoshiss

" Tapi ni etika kerja! "

" Masih tanggungjawab saya mencari pesakit saya! "

Teriakan dan teriakan.

Lahir daripada bibir Pengarah.

Dan Na Jaemin.

Pagi ini, Jaemin dipanggil ke bilik pengarah atas sikapnya yang sudah seminggu tidak menghadirkan diri. Jelas sekali ini mengganggu prestasi kerjanya.

Na Jaemin antara doktor yang diharapkan selepas ketiadaan Doktor Heeso dan Doktor Eunjeong.

Dan tindakannya yang tidak menghadirkan diri sungguh menyusahkan hospital.

" Marie tu pendatang asing! Data dia, kita tak tahu! Bahkan tiada rangkaian keluarga. Biarlah kehilangan dia berkekalan. " Keluh Pengarah. Senyumannya mati, memandang doktor dihadapannya ini.

" Berkekalan? Hospital jenis apa yang biarkan je patient dia hilang? "

" Dia bukan hilang. Marie Elyn lari. "

" DIA TAK LARI! "

" NA JAEMIN! "

Terhengah, keduanya saling memandang tajam. Rahang Jaemin diketap tajam, sebelum doktor muda itu meraup wajahnya.

" Saya nak cari Marie. "

" Pesakit macam mana? Awak lupa kita tiada Doktor Heeso dan Eunjeong disini? "

" Saya tahu. Tapi ramai lagi doktor lain kan? Benarkan saya cari-- "

" Sekali lagi awak kata awak nak cari dia, saya tak teragak nak pecat awak, Doktor Na Jaemin. "

Mata Jaemin membulat. Memandang wajah tegas Pengarah yang jelas tidak takut. Keluhan lahir dibibirnya.

Ah mengapa semuanya nampak sukar?

Dia mengangguk dan menapak keluar, meninggalkan bilik Pengarah Hospital ini.

Mana Marie pergi?

Mana gadis itu pergi?

" Jaemin. "

Satu suara menyapanya. Pemuda itu berpaling sebelum memandang beku wajah gadis yang kini berdiri dihadapannya.

" Apa dia, Hyunjoo? "

" Aku nak cakap pasal Marie. "

Mengangkat kening sebelahnya, Jaemin sungguh keliru dengan ayat dituturkan Hyunjoo. Apa hubungan gadis ini dan Marie?

Serta, hal apa ingin diberitahu?

" Marie? Mana kau kenal dia? "

" Aku stuck kat Afrika selama 4 tahun dengan dia, Jaemin. "

Oh.

Benar.

Jaemin mengikut langkah gadis kesalah satu bangku hospital. Matanya memandang Hyunjoo, menanti si gadis membuka bicara.

" Pasal Marie. "

" Kenapa dengan dia? Kau tahu ke dia kat mana? " Soal Jaemin. Hyunjoo mengeluh.

" Tak payah cari dia lagi. "

Tersentak, Jaemin berkerut marah memandang Hyunjoo yang bersahaja menuturkan.

Apa kata dia?

Tak payah cari?

Tidak tahukah seberapa pentingnya Marie dalam hidup Na Jaemin kini?

" Kalau kau datang and berperangai macam Pengarah tu juga, kau blah jelah, Hyunjoo. "

" Aku cakap benda betul. Lagipun ni arahan Marie juga. "

" Huh? "

Keliru.

Jaemin sungguh runsing.

" Aku tak faham, Hyunjoo. Cuba kau terang apa sebenarnya kau nak beritahu ni? "

" Marie dah tak ada kat Korea, Jaemin. Jangan cari dia lagi. "

" Hyunjoo, aku-- "

" Marie dah balik ke pangkuan keluarga dia. So, eloklah kau lupakan Marie. "

" Kenapa pula? Keluarga? Hyunjoo, keluarga dia kan semua terkorban sebab pengganas bunuh. "

" Kat Afrika tu bukan keluarga dia. "

" Huh? "

Bertambah hairan Na Jaemin. Satu persatu kenyataan berkenaan Marie menghadirkan kerutan Jaemin.

" Kau tak pelik ke kenapa dia putih sedangkan dia duduk Afrika? Kenapa accent dia bagus, tak sepekat Afrika? And kenapa.. dia dicederakan? "

Damn. Benar.

Jaemin tidak pernah berfikir sejauh itu.

Satu persatu rangkaian mengetuk Jaemin. Seperti puzzle yang perlu Jaemin hubungkan.

" Aku tahu Marie sayangkan kau. Sangat sayang. Tapi dia tu merbahaya, Jaemin. Sangat bahaya yang kau tak boleh imagine. Janganlah cari dia. Lupakan dia. "

" Lupakan Marie Elyn. "

---------------------------

Nafas panas dihembus. Sesekali matanya mengerjap, kerana pening yang mendadak mencucuk kepala. Gadis ini cuba melorekkan senyuman sebaik sahaja suara anak-anak mengetuk pendengaran.

" Yeay! Jumpa papa! "

Suara ceria Hea.

" Ji rindu papa! "

Dan ditemani Ji.

Ah kedua anaknya ini, Ji dan Hea. Permata yang sungguh Heena mahu lindungi daripada kekejaman dunia.

Meskipun kini dia ingin mengalah, tapi dia tahu masih banyak bahu boleh dia jadikan sandaran.

Usai tiba, wajah Booji menyapa pandangan. Senyuman lebar itu dilempar sebelum matanya memandang tepat ke wajah Heena yang pucat itu.

" Mama tak nak join kami ke? " Soal Hea, menelengkan kepalanya sedikit.

Heena yang masih bernafas panas, menggeleng lembut.

Suhunya sungguh tinggi kini, hampir sahaja dia pengsan jika tidak difikirkan hari ini dia mahu menghantar Ji dan Hea berjumpa ayah mereka.

" Tak apa, sayang. Mama nak rest. "

" Awak okay? " Suara Booji menyoal. Heena memandang mata bekas suaminya itu.

Yang masih dia cintai.

" Okay. Awak jaga anak-anak ya? "

Booji berdehem, memandang Ji dan Hea disisi sebelum dibisikkan sesuatu ketelinga.

Dan begitu sahaja, Ji dan Hea mengerti dan menapak sedikit menjauhi mama papa mereka.

" Heena.. awak okay? "

" Okay je. Pergilah main dengan anak-- "

" Awak tahu kan saya boleh tahu kalau awak menipu. "

Tersentak, mata Heena bergetar memandang Booji sebelum tubir matanya mulai dipenuhi cecair.

" Awak... "

" Heena sayang. Kenapa ni? "

Booji meraih wajah Heena sebelum dahi bekas isterinya dikucup lembut. Sungguh dia masih mencintai.

Namun ada yang menghalangi.

" Tolong jaga anak-anak kalau saya tiada ya? "

Berkerut. Booji memandang mata Heena yang sudah dibasahi cecair panas.

" Awak cakap apa ni? "

" Saya nak awak jaga dorang elok-elok. Jauhi dorang daripada kekejaman dunia. Jangan bersikap pentingkan diri, dan biar Ji serta Hea buat apa dorang suka. Okay? "

" Heena-- "

" Janji? "

Booji kelu. Memandang jari kelingking yang dihulur Heena sebelum nafas dihembus.

" Janji. "

" Saya sayang awak, Booji. " Luah Heena.

Sebelum pemuda itu turut tersenyum sedu.

" Saya pun sayangkan awak, Heena. "

-----------------------

PLAK!

" Siapa beri kau kebenaran serahkan dorang kat Booji? "

Jeritan nenek, memekik kuat, menyapa halwa telinga Heena yang baru pulang. Gadis itu memegang pipinya yang baru menerima tamparan sebelum dia mahu menapak masuk kedalam bilik.

Wajah garang nenek menyapa wajahnya.

Wanita ini sungguh marah.

" Nek.. Booji masih ayah Ji dan Hea. "

" Bekas suami kau, maksudnya bekas ayah juga! Kau gila?! Kau lupa apa dia buat kat kau?! "

Heena mendengus. Tidak mengendahkan dirinya yang kini demam panas. Nafas dihela kasar.

Lama sungguh dia memendam.

Kini, dia rasa dia perlu meluah. Kerana sungguh hatinya juga ada batas kesabaran.

" Nenek ingat Heena bodoh ke? Tak tahu apa nenek buat kat Booji? Perjanjian bodoh tu?! "

" Apa kau merepek ni, Kim Heena?! "

" Perjanjian untuk ceraikan Heena, kalau tak Heena akan dilabel cucu derhaka dan dibuang keluarga. Nenek dah gila ke?! Sampai macam tu sekali nenek sanggup nak runtuhkan perkahwinan cucu sendiri. " Teriak Heena.

Matanya bernyalang, membalas pandangan mata nenek yang turut egois.

" Ini ke yang Booji cerita kat kau? "

" Bukan Booji, nek. Tapi Heeso sendiri yang cerita! Dia nampak, dia dengar, segalanya! Nenek jenis apa ni?! Tengok kemusnahan cucu sendiri. "

" Aku tahu apa aku buat, Heena. Kau jangan biadap. "

" Heena biadap ke atau nenek yang biadap?! "

Langkah diatur maju, dan kini dibelakang Heena gahnya tangga rumah agam ini. Tangga yang dinaiki Heena tadi dengan tujuan ingin berehat didalam biliknya sebelum diterpa nenek.

" Jangan jadi cucu derhaka, Heena! "

Setapak menghampiri Heena.

" Kalau sebab jadi cucu taat, Heena hilang keluarga, Heena rela jadi derhaka! Heena tak sanggup ada nenek bodoh macam ni! "

" BIADAP! "

BRAK!

" ARGHH!! "

Teriakan terakhir Heena.

Sebelum tubuhnya menjunam jatuh ketingkat bawah, menghentak tubuhnya kesetiap penjuru tangga.

Dan bucu tangga terakhir menjadi saksi.

Seorang gadis yang cuba bahagia, perlahan menghembuskan nafas terakhir.

---------------------------

" Injection? " Kerut Rowon. Heeso tertawa polos.

Sebelum tangannya naik, menyapu alkohol dilengan Rowon yang sudah bersedia.

" Iya, sayang. Injection untuk elak kuman jahat datang kat Rowon. "

" Tapi sakit. "

" Sikit je! Sebab kakak nak masukkan askar baik masuk dalam badan Rowon. Nanti dia lawan kuman jahat! " Cebik Heeso, cuba berlakon menjadi askar.

Sebelum mata Rowon yang sedih itu perlahan berbinar, memandang Heeso dengan teruja.

" Askar baik? Macam Jihoon hyung? "

Menelan air liur, Heeso angguk pantas.

Rowon tersengih, dan sendirinya menghulurkan lengannya untuk dicucuk. Heeso tersenyum senang.

Pantas dia menyuntik lengan si kecil, tidak mahu dia larut dalam kesakitan.

Usai itu, Heeso meletakkan pembalut, dan dikucup lembut.

" Kiss kasih sayang! Siap! "

" Terima kasih noona! "

Rowon tersenyum. Bersama balutan yang kemas, dia turun daripada katil dan menapak keluar daripada ruangan kesihatan ini.

Heeso memandang, dan tersengih.

Comel.

Dia jadi rindu pada Ji dan Hea.

Heeso meletakkan picagari kembali pada tray besi sebelum dahinya berkerut. Tangannya bergetar memandang tray besi diatas meja yang masih belum dia sentuh.

Bergetar halus.

Menghampiri hujung.

Sebelum--

PRANKK!

Tray itu jatuh, tanpa diusik.

Mata Heeso membulat. Fikirannya bercelaru.

Hantu ke?

Baru sahaja dia mahu menapak kearah tray itu, tubuhnya hilang keseimbangan sebelum jatuh terduduk. Mengaduh kesakitan Heeso, kerana punggungnya yang menghentak lantai.

" Adoi! " Dengus si gadis.

Macam mana boleh jatuh ni?

Sebelum sosok tubuh Eunjeong melintasinya. Pantas Heeso berdiri dan memanggil gadis itu.

" Eunjeong! Kau bua-- "

" Heeso! Cari tempat berlindung sekarang! "

" Hah? Kenapa? "

Kaget, Heeso gelabah. Eunjeong juga tidak kurang dengannya

Panik, dan matanya meliar mencari kawasan sesuai.

" Uruk tengah gempa bumi! "

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 1.2K 4
"atas nama siapa, ya? "atas nama cinta." r's | 2023, @mintytxt
17.1K 3.6K 45
dia tersepit, antara 2 cinta highest ranking : 7/9/2020 - # 2rd sungchan
39.1K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...
1.7K 323 15
THIRD BOOK TREASURE 🐼 Dia pelukis misteri.Tiada siapa tahu wajah sebenar dia melainkan orang atasan galeri 'Art Fantastic'.Lukisan dia muncul secara...