1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 23

1.1K 144 17
By yoshihoshiss

" Benci! Benci! Benci! "

Dan langkah si gadis diatur laju, meninggalkan jejak Jihoon dibelakang, melintasi Jeno yang sedang berjaga.

" Kenapa tu? " Soal Jeno. Jihoon menghampiri sebelum matanya mengecil akibat bibirnya yang tersenyum.

" Merajuk. Aku prank dia cakap ada ular lilit kaki dia. "

" Pastu dia merajuk memuncung macam tu? " Jeno berkerut. Jihoon mengangguk, dan matanya tidak luput memandang rentak Heeso yang padanya sungguhlah comel.

Haih macam manalah boleh comel macam ni?

Tak penat ke?

" Bila dia merajuk, lagi comel. "

" Kau ni pun cover lah. Selama ni muka kita garang je, tiba sengih bagai, kena ejek kau nanti. " Balas Jeno, menyiku tubuh Jihoon yang tidak berhenti tersenyum.

Pantas lelaki Park ini berdehem dan menggeleng. Wajahnya kembali diketatkan.

" Tu siapa? "

" Yang mana? "

" Yang dengan Heeso tu. "

Jihoon memandang gadisnya sebelum mata lelaki ini membulat memandang lelaki lain yang sedang seronok berbual dengan Heeso.

" Aish pahal dia ada kat sini? Aku tak tahu pun. "

" Siapa? " Jeno keliru.

Apa ni? Dia tak faham.

" Lelaki yang dengan Heeso tu. Dia lah Doktor Haechan. Dia suka Heeso. "

" Pastu? "

" Kau ni bodohlah Jeno. Tercabarlah aku. "

" Apa nak tercabarnya? Kau memang akan kalah. "

Jihoon mendengus sebelum wajah Jeno yang mulai ingin tertawa dijeling tajam.

Aku kalah dengan Haechan? A big no.

Tawa mereka berdua terhenti apabila satu sosok tubuh berdiri dihadapan mereka. Cahaya matahari yang terik tidak membatalkan hasratnya untuk bertemu.

" Jeno... Saya nak cakap dengan awak berdua boleh? "

Jihoon melirik Jeno sebelum mengisyaratkan lelaki itu untuk pergi. Dia tahu berkenaan pergaduhan mereka, wajarlah perbincangan damai dilakukan.

-------------------

" Kenapa awak diamkan saya? "

" Saya dah sebulan di Uruk, tugasan negara. " Tegas Jeno menjawab. Matanya tajam memandang gadis dihadapannya. Rahangnya diketap kuat, menampilkan sisinya yang sungguh memukau.

" Kenapa tak beritahu saya? "

" Perlu ke? "

Gadis itu terkedu. Bibirnya yang mulai bergetar, diketap rapat. Matanya memandang Jeno dengan lembut.

" Sayang... Awak marah saya ya? " Pujuk gadis ini.

Eunjeong.

" Awak tak ada salah dengan saya. Kenapa nak marah? "

" Layanan awak sekarang. Kenapa.. awak macam ni? " Lirih Eunjeong. Tubir matanya mulai dipenuhi cecair.

Bakal meletus bila-bila masa.

Air mata si gadis.

" Ada apa-apa hal penting lain ke awak nak tanya, Eunjeong? Selain daripada ni. "

" Tu je soalan saya. Kenapa awak berubah macam ni? Sebab saya sebelahkan Heeso masa tu? Awak marah saya sebab tu? Kalau ya, saya minta maaf. "

" Kan saya dah kata, awak tak ada salah. "

" Tap-- "

Bip! Bip!

Percakapan Eunjeong terhenti apabila walkie talkienya berbunyi, diminta untuk dijawab. Segera Jeno mencapai pantas dan menjawab.

" Roger, Leftenan Jeno disini. Kenapa? "

" Jeno, datang base sekarang. "

Akur, pantas Jeno mematikan kembali walkie-talkienya. Dia memandang Eunjeong yang masih berharap menunggu jawapan lantas lelaki ini hanya berlalu pergi.

Langkah diatur, melepasi Eunjeong yang masih berdiri kaku.

" Saya masih belum habis cakap lagi, Lee Jeno. " Keras nada Eunjeong.

Yang sebenarnya sedang menahan tangisan.

Pemuda Lee ini terhenti seketika.

Sebelum dia mengeluh.

" Awak tahu skop kerja saya, Eunjeong. Awak tahu tugas saya, yang kena lebih pentingkan negara berbanding segalanya. Berbanding awak. "

------------------------

Jip askar dibawa Jihoon kelokasi yang diujarkan. Dia mendapat laporan bahawa berlaku kemalangan dikawasan berbukit menuju kesini.

Oleh itu, Jihoon, Jeno dan beberapa lagi askar lain turun tangan membantu, sekaligus mengesahkan kedatangan pihak yang terbabit dalam kemalangan itu.

Kerana kawasan yang diduduki oleh Jihoon dan para doktor merupakan kawasan sulit. Untuk apa mereka kesini?

Jihoon mengerling Jeno disisinya yang kusyuk memandang pemandangan luar. Angin sepoi menerpa wajahnya, namun raut wajah resah dan penat jelas tidak ditutupi.

" Fikir apa bro? " Soal Jihoon. Jeno mendengus lantas menggeleng.

" Tak ada apa. "

" Jangan tipu. Pasal Eunjeong ke? Aku nampak dia nangis tadi. "

Jeno menunduk. Tangannya diramas sebelum wajahnya diraup.

" Aku tak sanggup nak beritahu dia yang aku kena putuskan hubungan ni. "

" Huh? Putus? Kenapa? "

" Pasal ayah dia... "

" Pasal Sarjan Choi ke? "

Ya, Sarjan Choi merupakan ayah Doktor Eunjeong. Salah seorang askar yang pernah berkhidmat untuk negara.

" Duduk, Jeno. "

Akur, Jeno melabuhkan punggungnya dihadapan Sarjan Jeno yang sudah pun pencen. Mata tua itu tegas menatap pemuda yang berjaya mencuri hati anaknya ini.

" Minggu depan dah gerak Uruk ya? " Soalnya. Jeno angguk pantas.

" Ya, Sarjan. Misi kat sana untuk 3 bulan. "

" Eunjeong? Kamu dah beritahu dia? "

Jeno mengetap bibir, sebelum dia menggeleng.

" Belum lagi, Sarjan. "

" Jeno, kamu tahu kan, tugas kita berdua sama. Kita berdua sama-sama askar. Saya Sarjan, dan kamu Leftenan. Dua-dua ada misi yang sama, selamatkan negara. "

Jeno menelan liur, menanti kemana arahnya perbincangan ini. Wajah Sarjan Choi dipandang dalam.

" Kaki ni.. " Sarjan Choi menyelak seluarnya sehingga kelutut, dan terpancul kaki besi yang menggantikan kaki kiri milik lelaki tua ini.

" Kaki saya putus semasa perang dengan Korea Utara dulu. Kaki saya putus, saya terpaksa berhenti kerja, dan diberi pencen awal. Saya gagal berkhidmat lebih lama. "

Sarjan Choi memandang Jeno.

" Kamu mesti faham kan kita semua kena redha jika ini berlaku. Sebab sumpah sudah dibuat. "

Jeno angguk. Ya, dia tahu. Tiada penyesalan meskipun kematian menjemput.

Kerana inilah tugas parajurit.

Menjaga dan melindungi negara seutuhnya.

" Sebab itulah, saya takut.. sangat takut, Eunjeong terkena benda yang sama. "

" Pe--perang ke, maksud Sarjan? "

" Bukan. Tapi kamu. Macam mana kalau kamu mati semasa bertugas? Macam mana kalau kamu terkorban? "

Dan kali ini, Jeno mengerti. Ke mana arah perbicaraan ini.

" Kamu mungkin akan redha. Kamu akan mati, dan tugas kamu dah selesai. Tapi anak saya. Anak saya macam mana? Boleh ke dia hidup tanpa kamu? Boleh ke dia teruskan hidup tanpa kamu? Dengan anak-anak kamu? Trauma dia, kesunyian dia, kamu boleh jamin dia okay seandainya apa-apa berlaku? "

Jeno kelu. Bibirnya bergetar, kerana dia mengerti. Sungguh dia mengerti.

" Saya bukannya menolak kamu, Leftenan Jeno. Cuma, saya fikirkan anak saya. Saya harap kamu faham maksud saya. Maksud kenapa... "

" Saya tak restu kamu dengan anak saya. "

" Jeno.. " Jihoon menggeleng.

Sungguh rumit. Bagaimana jika Heeso pun begitu?

Tidak menerima kerana tugasnya sebagai askar?

" Kita dah sampai. Jomlah. "

Pantas Jeno yang pertama menapak keluar, menunggu Jihoon dan para askar lain. Mereka memakai pakaian keselamatan, dan tak lupa menyelipkan senapang kuat ditangan masing-masing.

Seketika, tugas menghantui diri. Mereka pantas menghampiri lokasi, melihat kepada keadaan lori yang sudah terbalik. Asap daripada bahagian yang bocor menguar, dan Jihoon pasti lori ini bakal meletup.

" Ada mangsa tak? " Soal Jeno. Jihoon pantas melihat tempat belakang, dan menjumpai satu tubuh yang sudah berlumuran darah.

Lelaki ini berkerut.

UN?

United Nations. Badan yang bertugas menjaga keamanan dunia. Jihoon mengerti mengapa mereka disini, memandangkan Uruk merupakan salah satu negara bergolak.

Dia memandang Jeno sebelum isyarat diberi, meminta lelaki ini untuk melihat kawasan hadapan.

Kawasan pemandu.

" Dont shoot! Dont shoot! Im UN! "

Teriakan yang didengari, mendorong Jihoon dan para anggota lain bergerak kehadapan. Dan mereka menangkap seorang pemuda yang turut sama berlumuran darah, sedang mengangkat tangan, memohon tidak diapakan.

" Dia UN jugak. " Balas Jeno, menurunkan senjatanya. Jihoon yang melihat, angguk kecil. Turut sama mengarahkan kesemua anggota menurunkan senjata.

" Cari lagi mangsa. " Perintah pemuda Park ini. Akur, kesemua anggota bergerak kesetiap sudut, menyisakan Jeno dan Jihoon sahaja dibahagian hadapan.

" Im UN! Dont shoot! " Ujar pemuda itu. Jihoon hanya mengangguk.

Jeno pantas mengeluarkan walkie-talkienya, ingin memberitahu anggota dimenara kawalan berkenaan situasi kini.

Sebelum dia tersentak apabila dengan pantas Jihoon berlari dan mencengkam erat tangan si pemuda. Lantas dihentak, dan dibawa kebelakang.

Gari dikeluarkan, sebelum lengan si pemuda, dikunci rapat.

" Pahal, Jihoon? " Kaget Jeno. Jihoon mendengus, hampir sahaja jantungnya melompat keluar. Syukurlah dia cepat bertindak.

" Kita leka tadi. Dia hampir nak tembak kita. " Balas Jihoon. Jeno menggeleng, menarik tubuh pemuda Inggeris itu untuk meniarap.

" Aku nampak tatu kat lengan yang cedera kat belakang tu. UN mana benarkan pekerja dia ada tatu. " Balas Jihoon, sedari tadi sudah dipenuhi syak wasangka.

Jeno mengemam bibir.

Jadi.. mereka ini anggota militan? Salah satu anggota pengganas, sama seperti dibumi Afrika.

------------------------

" Terima kasih membantu pihak kami, Captain Jihoon, Leftenan Jeno. " Senyum si anggota polis Uruk. Mereka berdua hanya menunduk hormat, menyenangi tugas mereka yang sudah menangkap salah satu pengganas.

" Sama-sama. "

Jihoon menggangguk tegas. Mereka mengiringi kereta polis yang menempatkan dua pengganas itu sehingga hilang dibalik mata.

Biarlah pihak polis Uruk settlekan.

Usai didalam kenderaan polis, dua pengganas mencelik mata.

" Maaf sebab leka. " Ujar salah seorang pengganas. Polis yang sedang membawa kereta, mengetap kuat bibirnya.

" Macam mana boleh accident? Bodoh ke?! "

" Jalan tu terlalu berbatu! "

" Ah kau jawablah dengan Peter. Aku tak tahu! "

Dan kenderaan polis itu membelok menuju ke satu kawasan. Yang semestinya, bukan balai polis.

Melainkan satu markas lama.

Sebaik sahaja sampai, dua tubuh itu diheret kasar dan dihujam ganas didepan sosok tubuh seorang lelaki yang sedang bersilang kaki.

Menghisap sebatang rokok dan dihembus ke udara.

" Maaf Peter! Maaf! Kami cuai! " Tunduk mereka berdua. Peter yang berwajah bengis itu tersenyum sinis.

" Cuai ke bodoh? "

BRAKKK!!

" ARGHH!! " Keduanya mengaduh, sebaik sahaja wajah mereka disepak kuat oleh insan yang digelar Peter. Sudut bibir mulai berdarah, tak lupa juga meninggalkan lebam yang dalam.

" Askar tu datang! Dua askar tu! " Pertahan mereka.

Peter mendengus.

Tangannya dikepal.

Lantas memandang beberapa orang suruhannya.

" Bunuh dorang berdua. Pastu beri mayat dorang kat anjing. "

Dan hanya teriakan bergema, menyaksikan dua tubuh pengganas yang ditangkap itu merayu tidak diapakan. Sebelum pedang tajam, menghunus tepat, memutuskan kepala mereka sehingga terpisah daripada badan.

Insan yang digelar Peter itu menggenggam segelas beer dengan kuat, sehingga retak. Lantas dibaling dan bunyi kaca pecah mengisi kesunyian markas lama ini.

Peter mengetap rahangnya.

" Captain Park Jihoon.. Hebatnya kau, kerana berani mencabar aku. "

Continue Reading

You'll Also Like

2.8K 505 10
"Kita putus." Disebabkan itu, Junkyu membenci gadis itu selama dua tahun tanpa mengetahui sebab yang sebenar. โ— short story Start: 25.11.21 End: 25.1...
843 286 25
๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ. penatlah jadi ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ฒ๐—ฟ, baik aku jadi ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ฒ๐—ฟ je! start: 02 june 2023 end: 02 july 2023
25.7K 556 32
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
921 173 6
(slow update) "Heartbreak, two pieces One I'll take, one's with you" "Awak tetap sama macam dulu, annoying." ยฉ Park Jihoon | Jihoon TREASURE's fanf...