1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 22

1K 145 7
By yoshihoshiss

Heeso tersenyum, mengecil matanya cuba menahan cahaya matahari yang mencucuk. Matanya memerhati Haechan yang tertawa bersama beberapa doktor lain.

Mereka kini dibumi Uruk.

Namun, Heeso jelas keliru dengan kedatangan Haechan kini.

Korea...

" Kenapa tak gerak lagi? " Soal Heeso kepada pegawai berkenaan. Lantas mereka melihat jam ditangan.

" Tunggu Doktor Haechan? "

" Haechan? Dia ikut ke? "

" Ikut. Oh, Doktor Heeso tak tahu eh? " Heeso pantas menggeleng. Setahu dia, hanya kumpulannya dan beberapa doktor pembedahan lain yang ikut.

Tiada pula nama Haechan dalam senarai.

" Doktor Haechan bagi nama dia last minutes. Kami setuju je memandangkan senarai nama doktor sukarelawan sedikit je. " Balas pegawai terlibat. Heeso berkerut, dan hanya mengangguk.

Tak lama kemudian, Haechan tiba dalam keadaan tergopoh. Bertopi hitam, bersama Tshirt hitam membaluti tubuh.

" Maaf lambat! Saya stuck kat jammed tadi. Okay jom, gerak! "

Dan disinilah mereka kini,

Uruk.

Sudah pun berbakul nasihat diberi kepada Heena tadi sebelum dia berlepas. Tak lupa juga memujuk Ji dan Hea yang menangis.

Hanya 3 bulan dan semuanya tamat. Syukurlah sekarang ada kumpulannya disini.

Eunjeong, Jaechan dan Surin. Itu sudah lebih daripada cukup.

Dan... Haechan.

Sebenarnya, Heeso sudah pun menjelaskan segalanya kepada Haechan. Bahawa dia hanya mahu melayani Haechan sebagai sahabat sekarang. Bukannya Heeso menolak, dia lebih selesa berkenalan dengan Haechan selepas ini.

Mendalami sifat dan perasaan masing-masing sebelum menginjak ke hubungan seterusnya.

Heeso menolak untuk jujur.

Yang hatinya masih milik Captain Jihoon.

Sudah dua minggu lelaki itu diam tanpa khabar berita. Tiada mesej, tiada panggilan telefon.

Profilenya tiada, bahkan status Online juga terkubur.

Seakan Jihoon hilang ditelan alam.

Sungguh, Heeso ingin menangis. Disaat dia hampir dicabul Naib Pengarah, mana Jihoon? Mana sandaran bahunya itu?

Dan saat keluarganya sedang dalam masalah, dia mahu Jihoon sebagai tempat meluah.

Namun, lelaki itu tiada.

Bukan sahaja dia, Eunjeong juga sama.

Jeno hilang tanpa khabar berita. Hilang.

Sama seperti Captain Jihoon.

Kerana itulah Eunjeong juga tidak kurang lemah dengan Heeso. Keduanya melangkah ke Uruk dengan langkah yang lemah.

" Kenapa awak datang Uruk juga? Susah tau join program kemanusiaan ni. " Soal Heeso, memandang Haechan. Lelaki ini tersenyum manis.

" Saya nak mengenali awak. "

" Huh? "

" Awak kata kita kena saling mengenali kan lepas ni? Saling berkawan dan kenali watak masing-masing. Kerana itulah, saya ikut awak ke Uruk. Untuk lebih mendalami, siapa sebenarnya Doktor Heeso.. yang sangat saya sukai. "

Terdiam, bibir Heeso kelu untuk berbicara. Memandang Haechan yang kini memandang hadapan, menyaksikan helikopter besar berlabuh dihadapan mereka.

Angin mulai melintang akibat arus kuat dihasilkan kipas helikopter. Mata masing-masing mengecil sebaiknya, mengelak daripada pusaran pasir masuk kedalam kornea mata.

Dan Heeso juga tidak kurang dengan itu.

Memerhatikan kelibat beberapa sosok tubuh beberapa pegawai yang menapak kearah mereka. Para askar itu sudah lama berada disini, lebih awal daripada para doktor.

Dan tugas mereka menjemput para doktor ke kawasan perumahan Uruk.

Dan sosok tubuh yang mendahului mereka, menapak paling hadapan, meraih perhatian Heeso.

Matanya mengecil, cuba melihat sebelum pantas dia memejam kerana angin yang membawa pasir dan debu kecil memburu masuk kedalam matanya.

Segera si gadis menggosok matanya, dengan rakus.

Ah pasti matanya akan merah.

" Eh telefon saya! " Teriak salah seorang doktor, cuba membongkok meraih telefonnya yang terjatuh, sebelum salah satu tangannya tanpa sengaja menyiku Heeso yang masih menggosok mata.

BUK!

" ARGH! "

Heeso memejam matanya, kuat. Kerana hilang keseimbangan, tubuhnya jatuh. Dia menanti sebarang rasa sakit menghempap diri, nyatanya tiada.

Bahkan, nafas panas yang dia rasakan.

Bukan angin yang dicetuskan helikopter.

Bukan juga angin panas cuaca.

Ini seperti angin panas nafas seseorang.

" Awak tak jatuh. Boleh bukak mata. "

Dan suara itu...

Menyentak Heeso. Sebelum dia menyedari kini tubuhnya berada dalam pangkuan seseorang. Tubuhnya didakap sebelum jatuh.

" Si--siapa.. "

" Miss you, angel. "

Mata Heeso membulat. Bibirnya bergetar.

Lelaki ini...

" Ji--Jihoon... "

--------------------------

" Beria lah kau. "

" Beria? Hello, siapa yang kena sambut tadi? Kena dakap siot. Kalau camtu, aku pun tak ada. " Jeling Eunjeong, mengundang tawa Heeso.

Mereka kini sudah pun dibawa ke kawasan perumahan Uruk, dan sedang mengemas baju. Suasana agak panas, tidak sesejuk di Korea.

Namun mereka bersyukur kerana masih diberikan tempat tinggal.

Eunjeong, Heeso dan Surin tinggal dalam satu rumah, manakala dirumah sebelah, Haechan dan Jaechan menghuni bersama para askar.

" Itu ke Captain Jihoon? Yang minat kat Heeso? " Sengih Surin, sambil melipat baju. Heeso pantas menggeleng.

" Taklah! Jihoon dengan Doktor Hyunjoo.. "

" Perempuan tu sebenarnya perampas! Sejak dia datang, huru hara hidup Heeso. " Balas Eunjeong. Surin tertawa.

" Jihoon nak Heeso je kan? "

" Kak Surin! " Jeling Heeso. Surin tersenyum manis.

" Haechan pun nak Heeso, kak. Tapi tulah sahabat kita ni, jual mahal. "

" Haechan pun sukakan Heeso? " Soal Surin, menghampiri para gadis yang sedang melipat baju diatas katil.

" Taklah, kak. Cuba dia kata dia berminat nak kenal dengan Heeso. "

" Sukalah tu. " Sampuk Eunjeong. Pantas tubuhnya disiku Heeso.

" Kau diamlah. Kau tu, gaduh dengan Jeno ke? "

Benar, kedatangan Captain Jihoon tadi, turut diiringi Leftenan Jeno disini bersama beberapa askar lain.

Kini, Heeso dan Eunjeong tahu mengapa para tentera mereka senyap tiba-tiba. Mereka bertugas di Uruk, menandakan nombor Korea mereka tidak aktif seketika.

Disini juga disediakan telefon untuk panggilan antarabangsa, jadi Heeso boleh ke menara tentera jika ingin bertanyakan keadaan kakaknya kelak.

" Jeno tiba-tiba diamkan aku weh. "

" Eunjeong ada buat salah ke dengan dia? " Soal Surin. Eunjeong memuncung.

" Ada gaduh dengan dia pasal Jihoon dengan Heeso. Yelah dia kawan Jihoon kan, mestilah dia salah juga. "

" Salah? Yang salah Jihoon je, kenapalah kau libatkan Jeno? " Kerut Heeso. Eunjeong mengeluh.

" Entahlah. Salah aku lah kan? "

" Lantaklah salah ke tak salah, aku nak keluar jap. Nak tengok suasana sini. "

Pantas Heeso menapak keluar, bersama camera tergantung dilehernya. Dia meninjau sekeliling dan melihat beberapa askar yang sedang berjaga, ada juga sedang berjalan sekeliling dan tak lupa juga menikmati makanan tengah hari yang disediakan.

Ah sungguh damai.

Sebelum camera dihala ke sekumpulan askar yang sedang menikmati makanan. Baru sahaja butang klik mahu ditekan, pemandangannya dihadang oleh satu sosok tubuh berpakaian askar.

Heeso mendengus, memandang tajam lembaga yang kini turut merenungnya.

" Eh tepilah aku nak ambil gambar. " Balas Heeso. Dan sosok ini masih tegak berdiri.

" Protokol. Tak boleh ambil gambar sembarangan kat sini. Aku rasa kau faham kan, Doktor Heeso? "

" Takkanlah gambar scenery pun tak boleh? " Keluh Heeso.

Dan lelaki itu menggeleng.

" Tak. Bahaya kalau musuh dapat camera kau. Mereka boleh tahu koordinat kita. "

" Apa-apa jelah, Leftenan Jeno. Baik kau pujuk Eunjeong daripada sibuk hal aku. "

" Hal aku dan Eunjeong biar aku yang settle. "

" Settle lah sampai kiamat. " Heeso menjeling, membawa diri ke kawasan hujung. Jeno memerhati lama.

Sebelum dia menggeleng.

" Haih Jihoon Jihoon. Garang betul bakal isteri kau ni. "

Heeso melihat sekeliling, sebelum matanya menangkap sosok seekor arnab putih yang sedang enak menikmati lobak diseberang pagar.

Gadis ini melihat seketika papan yang tertera.

DO NOT ENTER. RESTRICTED AREA!

Ada apa? Ah, tapi dia cuma mahu mengambil gambar. Tak salah kan?

Heeso menggeleng, dan pantas melangkah pagar dengan berhati-hati. Matanya berbinar melihat sosok kecil yang masih tidak menyedari kehadirannya lagi.

Senyumannya merekah, sebelum kamera dihala.

KLIK!

" Eh! " Heeso kaget, seketika tadi dia tidak menyedari yang dia menekan butang flash, menyebabkan arnab itu berlari menyelamatkan diri.

Heeso segera mengejar sebelum arnab itu tiba-tiba berhenti disebalik semak. Heeso tersenyum, ingin berniat menyentuh arnab itu lantas jarinya terhenti seketika.

Kerana bunyi yang dikeluarkan arnab itu...

Sungguh pelik.

Dan keadaan tubuh arnab itu yang menggigil disebalik semak itu menyebabkan Heeso kaku.

PRAK!

Mata Heeso membulat. Itu bunyi tulang patah!

Dengan tangan bergetar, Heeso cuba menggapai semak, berniat ingin menolaknya.

1..

2..

3--

GRAP!

" Jangan sentuh! " Satu suara menghalangnya, sebelum tangan Heeso digapai pantas.

Mata si gadis membulat, memandang sosok tubuh yang kini sedang memeluk tubuhnya daripada belakang. Nafas yang dihela menerpa wajah Heeso.

Gadis ini cuba mengawal detak jantung yang menggila.

Ah, kenapa ni...

" Arnab tu dah tak ada. " Ujarnya. Heeso berkerut.

" Mana awak tahu? "

Lelaki itu memandang matanya, sebelum tangan si dia pantas menolak semak. Dan pemandangan dihadapannya menyebabkan Heeso ternganga.

" A--apa... "

" Ya, bunyi tulang patah awak dengar tu, bunyi tulang arnab ni. Ular tu dah berjaya patahkan tulang leher dia. "

Ya, didepan mereka kini, seekor ular sawa sudah menelan hampir separuh tubuh arnab putih comel kesukaan Heeso tadi.

Gadis itu hampir menangis.

Arnab itu.. baru sahaja Heeso ambil gambarnya tadi.

" Kenapa awak diam je? Selamatkan lah dia! " Teriak Heeso, berpaling memandang sosok tubuh yang sedang mendakapnya ini.

" Dia dah mati. Tak ada apa kita boleh buat. Ni kan kitaran hidup haiwan. "

" Kejam! " Tangis Heeso. Arnab itu masih mahu hidup lagi. Mengapa secepat itu dia dimakan..

Dan tangisan itu mengundang tawa lelaki ini.

Tawa Park Jihoon.

Ya Tuhan, cantiknya gadis ini walaupun ketika menangis. Benar-benar membuatkan seorang Park Jihoon tersenyum lebar.

BUK!

" Eh apa tu?! " Kaget Heeso, menyedari sesuatu sedang berada dikakinya. Baru sahaja mahu dihentak, pantas Jihoon menahan.

" Jangan! Ular tu... Kat kaki awak. "

" HAH?! JI, TOLONGGGG!!! " teriak Heeso.

Dah makan arnab tu dahlah, nak makan aku pulak ke?!

" Awak duduk diam. Saya tolong. "

" Awak nak buat apa?! " Gelabah Heeso. Tolonglah, apa Jihoon nak lakukan?

Cekik ular tu pastu buat tali pinggang? Jangan jadi gila!

" Saya akan hulurkan tangan saya, jadi ular tu akan belit saya. "

" HAH?! JIHOON, JANGANLAH SUMPAH TAK KELAKAR!!! " teriak Heeso. Dan, gadis ini tidak bermain. Tangisan lebat mulai membasahi pipinya.

" Ya tak apa, demi awak. Heeso, awak diam je eh? Saya tolong awak. "

" JIHOON!! "

Pantas Jihoon membongkok. Heeso memejam matanya. Apa yang Jihoon cuba buat? Cubaan bunuh diri ke?

Janganlah Jihoon mati didepannya.

Tak..

Dia tak suka mendakap orang yang bakal mati.

Trauma, tangisan dan ketakutan.

Heeso tak mahu.

Gadis ini masih memejam matanya, membiarkan air mata membasahi pipi. Cecair panas itu tidak kurun habis mengalir.

" Nah buka lah mata. "

Suara itu.

Pantas Heeso membuka matanya, sebelum wajah Jihoon yang sedang tersenyum menyapa pemandangannya.

" Eh awak okay tak? Mana kena belit? Mana ular-- "

" Ni lah ular tu. "

Heeso menunduk.

" Jihoon... " Heeso pantas terduduk. Dia menunduk, membiarkan tangisannya membasahi pipi.

' Ular ' yang dihulur Jihoon merupakan ranting kayu kecil.

Ranting yang Jihoon katakan sebagai ular.

" Bukan ular lah. Cuma ranting. Ular tadi dah pergi. Kenapa masuk restricted area? Tahu kan bahaya? Ada sebab dia dipanggil kawasan larangan, Heeso. " Pujuk Jihoon, turut sama duduk, dan memandang wajah Heeso yang kini basah dengan air mata.

Mata gadis ini mulai merah, kerana tangisan yang berlarutan. Dan pipinya, mulai merah.

Jihoon tersenyum manis.

Aduhai, comelnya gadis saya.

" Tak kelakar tau, Ji! Macam mana kalau ular betul?! Kalau awak mati macam mana?! "

" Awak risaukan saya ke, Heeso? " Tawa Jihoon. Heeso mencebik, menjeling Jihoon yang kini tertawa nyaring.

Jihoon pantas mengelap air mata Heeso. Satu persatu diusap, tanpa meninggalkan sisa dipipi sang gadis.

" Maaf ya, Heeso? Maaf sebab tinggalkan tangisan lagi di pipi chubby awak. " Jihoon tersenyum.

" Terima kasih sebab hadir kesini. Terima kasih sebab masih lagi jadi punca untuk saya tersenyum. Terima kasih sebab tak berputus asa. I miss you, Heeso. Thanks.. for coming. "


---------------------------

Jaemin meraih tangan Marie yang terbaring tidak sedarkan diri. Nafas dihela kasar, menyaksikan detak jantung Marie yang mulai lemah.

Perjumpaannya dengan doktor sebentar tadi mengganggu fikiran Jaemin.

" Marie cuba bunuh diri ke? " Soal Jaemin. Inspektor Kim menggeleng.

" Tak. Bukan bunuh diri. "

" Tapi dia potong nadi dia, Inspektor. Takkanlah... "

" Ada kesan pukulan kuat dikepalanya, dan beberapa lebam biru dibahagian leher, menandakan dia dicekik. Ini bukan kes bunuh diri, tetapi, cubaan membunuh. "

Jaemin mengepal tangannya kuat. Matanya sayu memandang tubuh Marie yang terbaring lemah.

" Cuba bunuh Marie? Kau silap besar. Sebab kau dah cari pasal dengan Na Jaemin. "

Continue Reading

You'll Also Like

60.1K 7.5K 53
" it's my fault meeting you at the first place" [ Sequel to Swimming Pool is out]
5.6K 306 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
1.7K 323 15
THIRD BOOK TREASURE 🐼 Dia pelukis misteri.Tiada siapa tahu wajah sebenar dia melainkan orang atasan galeri 'Art Fantastic'.Lukisan dia muncul secara...
2.8K 505 10
"Kita putus." Disebabkan itu, Junkyu membenci gadis itu selama dua tahun tanpa mengetahui sebab yang sebenar. ● short story Start: 25.11.21 End: 25.1...