1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 18

959 135 12
By yoshihoshiss

" Apa salah saya pulak? "

" Salah awaklah! Kawan awak! " Teriak Eunjeong, tidak menghiraukan para pelanggan yang mulai memenuhi restoran Subway ini. Wajah Jeno dipandang penuh penyesalan.

" Salah kawan saya? Hah? " Keliru, sungguh Jeno tidak mengerti. Ingatkan harini dapatlah dia berduaan dengan Eunjeong memandangkan jadual gadis ini penuh sekali harini.

Dan apabila mereka bertemu, gadis ini seperti dalam mood tidak baik.

" Jihoon tu dah ada Hyunjoo kan? Kenapa dulu ngorat Heeso huh? Sakitkan hati dia? Buat dia istimewa kalau tak ada perasaan? "

" Siapa kata Jihoon tak ada perasaan kat Heeso? "

" Jangan nak tipu sayalah, Lee Jeno! Jihoon tu sejak Hyunjoo kembali, beria betul! Sampai abaikan Heeso. Kawan saya menangis dalam toilet, ada Jihoon kisah? "

" Sayang... Saya tak faham. Sekarang ni kita berjumpa sebab nak dating kan? Kenapa bangkitkan isu Heeso dengan Jihoon ni? "

" Yelah, sebab Heeso kawan saya. Awak cuba tukar topik? "

" No, tapi saya tak faham. Kenapa awak nak marah saya? "

" Salah ke? Awak kawan Jihoon kan? Awak tak nasihat dia? Cuba jangan jadi playboy sangat. Tak cukup dengan seorang perempuan dah ke? "

" Awak pun jangan menghina kawan saya, Eunjeong. Dia bukan macam awak fikir. "

Keadaan mulai tegang. Jeno jelas tidak menyenangi Eunjeong yang sesuka hati mengutuk Jihoon. Dia kenal sahabatnya bagaimana.

Dan dia tahu Jihoon sudah jatuh hati dengan doktor muda itu. Jihoon sudah benar menyimpan hati pada Doktor Heeso.

Cuma, Jihoon perlu menguruskan soal Hyunjoo dahulu. Dengan pihak polis, dengan pihak hospital. Kerana Hyunjoo merupakan anak yatim, siapa lagi gadis itu mahu berharap selain Jihoon?

Tapi percayalah, hati Ketua Air Force itu sudah lama disimpan Heeso.

" Awak cuma backup Jihoon ke sekarang? Sebab awak pun sama dengan dia?! "

Keadaan Eunjeong mulai emosi. Bahkan menuduh Jeno yang sembarangan.

Kerana Eunjeong juga sama seperti Jeno.

Dia amat menyayangi Heeso. Dia tidak mahu tangisan membasahi pipi Heeso lagi.

" Eunjeong.. saya jumpa awak malam ni sebab saya rindu. Awak sibuk dengan hospital, dan bila dah berjumpa, kenapa kita bergaduh, huh? "

Kesal Jeno. Sungguh kenapa Eunjeong membangkitkan isu Jihoon dan Heeso sekarang? Biarlah mereka berdua menyelesaikan semuanya sendiri.

Tak perlulah Jeno dan Eunjeong mahu mencelah.

" Sebab kawan awak yang dah mainkan hati kawan saya! Kenapa nak ubah topik? Cuba sorokkan perangai buruk Captain Jihoon ke? "

Jeno meraup wajahnya. Lantas memandang Eunjeong kembali.

Ah, dia penat.

Biarlah, jika Eunjeong mahu bergaduh.

" Saya ingatkan saya dapat jumpa awak dengan tenang. Tapi kalau macam ni lah layanannya... Saya penat. "

Jeno meraih beg sandangnya. Penat latihan dilapangan tadi tidak dihiraukan.

Matanya sayu memandang Eunjeong.

" Jom, saya hantar awak balik. "

-------------------------

" Aku harap aku dapat weh interview tu. " Keluh Heeso. Duduk, dan cuba meneutralkan detak jantungnya. Eunjeong yang sedang membasuh tangan, memandang Heeso dengan sengihan.

" Kan dah tiga kali kau apply. Aku percaya kali ni kau mesti berjaya. " Pujuk Eunjeong. Heeso angguk yakin.

Hari ini, keputusan permohonannya untuk menjadi Profesor keluar. Selepas interview yang dilakukan, Heeso harap dia akan berjaya.

Kerana sudah tiga kali dia bermohon, sepanjang kariernya menjadi doktor.

Dah dua kali dia ditolak kerana alasan dia masih muda.

Oleh itu, kali ini, Heeso berharap dia akan lepas. Dia sudah cukup matang untuk merangkul gelaran Profesor. Lagi-lagi, dia merupakan antara doktor harapan hospital ini.

Apa lagi yang menghalangnya untuk berjaya?

KLAK!

Sebelum Heeso dan Eunjeong keduanya terdiam apabila seseorang menapak masuk kedalam tandas. Memandang cermin, dan berdiri disisi Heeso dengan senyuman sinis.

" Kau berharap kau dapat ke, Heeso? "

Soal Hyunjoo.

Ya, Doktor Hyunjoo. Selepas sahaja urusannya dengan polis dan pihak hospital selesai, dia bermohon menjadi doktor.

Dan sial nya, dia mahu menjadi doktor dihospital ini.

Bukan kerana Heeso membenci, cuma hatinya terluka melihat gadis yang berjaya mencuri hati Jihoon ini. Oleh itu, melihat Hyunjoo hari-hari seakan mengejeknya.

" Heeso dah 3 kali apply, mustahil lah kali ni dia tak dapat. " Bela Eunjeong. Menjeling tajam figura Hyunjoo yang sedang mengemaskan pintalan rambutnya.

Dia ni bodoh ke? Dalam hospital nak berfashion bagai.

Ikat jelah rambut tu, dia nak goda siapa? Patient?

" Kita tengoklah siapa dapat. Mungkin aku, kan, Doktor Heeso? "

Ya, kerana saingan Heeso kali ini ialah,

Doktor Hyunjoo.

Gadis ini juga menjalankan interview yang sama dengannya. Merebut gelaran Profesor.

Kerana itulah Heeso berharap dia lulus. Kalah dengan Hyunjoo sejujurnya akan mematahkan maruahnya.

Bayangkan kalah dengan doktor yang sudah 4 tahun tidak turun ke hospital?

" Jangan perasan. Aku akan pastikan aku yang dapat. " Balas Heeso. Hyunjoo tertawa sinis.

" Jihoon pun aku dapat, apa lagi jawatan ni? Bye! "

Heeso mendengus. Memandang figura yang sedang menapak keluar dengan angkuh.

" Sial. "

-------------------------

" Tapi kenapa? "

" Cuba jangan membantah saya, Doktor Heeso. "

" Tapi Pengarah, saya kan lebih layak! " Geleng Heeso.

Sungguh dia ingin membantah.

Kerana dia gagal. Permohonan ini, dia gagal lagi buat kali ketiga. Apa lagi yang kurang?

" Lagi layak? Awak nak bandingkan diri awak dengan Doktor Hyunjoo? Walaupun dia 4 tahun menghilang, pengalamannya jauh lagi bagus daripada awak. " Wajah garang Ketua Pengarah hospital ini tajam menusuk Heeso.

" Tapi Pengarah... "

Tok! Tok!

Lantas perhatian mereka berdua teralih kepada pintu, dan terpancul wajah yang tak lekang daripada senyuman itu.

" Hai Pengarah. "

" Oh, Doktor Hyunjoo! Masuk! " Sapa si Pengarah. Wajah yang tadi garang, bertukar manis sebaik sahaja Hyunjoo menapak masuk.

Heeso menggulingkan matanya keatas, cuba menghiraukan rasa menyampahnya.

" Saya dengar saya dapat jawatan tu. "

" Ya, tahniah Doktor Hyunjoo. Ops, ataupun boleh saya panggil Profesor Hyunjoo? " Sengih Pengarah, dan disambut gelak tawa Hyunjoo.

Semuanya disaksikan Heeso.

Apa ini.

Sungguh, dia penat. Hyunjoo yang baru masuk dapat jawatan itu? Sedangkan dia yang sudah lama berkhidmat dengan hospital, masih gagal.

" Saya keluar dulu, Peng-- "

" Keluar je, Heeso. Tak ada sesiapa halang. " Pintas Pengarah, masih seronok berbual dengan Hyunjoo.

Heeso menarik nafas, mengatur langkah menapak keluar apabila menyedari kehadirannya tidak diundang lagi.

Heeso ingin sangat menangis.

Menangis.

Meraung.

Dan meratapi.

Nafas dihela kasar, lantas dia menanggalkan coatnya. Menapak ke mesin punchcardnya sebelum cap jari diberi.

Masa kerjanya sudah tamat untuk harini.

Syukurlah.

Dia hanya mahu berehat.

Dan menangis.

Jam baru menunjukkan pukul 8 malam. Masih terlalu awal. Namun, Heeso hanya mahu makan dirumah.

Dia menapak keluar ke pintu utama. Memandang langit malam yang masih belum dihiasi bintang.

Haih.. dunia dunia.

Bila lah aku nak mati? Penat betul hidup.

" Doktor dah habis shift ke tu? "

Satu suara menyentak. Menyebabkan Heeso terkejut seketika sebelum memandang suara yang menegurnya.

Bersandar elok di kereta BMW nya, bersama senyuman manis yang menghiasi pipi.

" Apa awak buat kat sini? " Menyampah, Heeso menjeling.

Mengundang tawa si pemuda.

" Saya laparlah. Nak makan tak? "

Mata penuh harapan itu berharap. Heeso memandang sekilas.

Jika dahulu dia akan menolak. Dengan alasan lelaki ini kepunyaan Hyunjoo. Tapi sebab si setan itu sudah merampas jawatannya, tiada apa lagi yang Heeso mahu mengalah.

Dia memandang langit malam lagi.

Sebelum mata kuyu itu menatap pemuda yang menunggu responnya ditepi kereta. Bersandar elok, sambil memasukkan tangannya kedalam poket.

Setia menanti jawapan Doktor Heeso.

" Ji.. makan kat rumah saya, nak? "

Continue Reading

You'll Also Like

1.7K 323 15
THIRD BOOK TREASURE 🐼 Dia pelukis misteri.Tiada siapa tahu wajah sebenar dia melainkan orang atasan galeri 'Art Fantastic'.Lukisan dia muncul secara...
60.1K 7.5K 53
" it's my fault meeting you at the first place" [ Sequel to Swimming Pool is out]
2.8K 505 10
"Kita putus." Disebabkan itu, Junkyu membenci gadis itu selama dua tahun tanpa mengetahui sebab yang sebenar. ● short story Start: 25.11.21 End: 25.1...
25.9K 592 35
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :