1437 / pjh

Door yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... Meer

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 15

1K 141 34
Door yoshihoshiss

" Bangunlah! Maksu! Bangunlah! "

" Maksu! "

Perlahan si gadis membuka mata. Sebelum cahaya matahari menerobos masuk.

Mengecilkan matanya, cuba menyesuaikan sebelum pemandangan dihadapannya menghadirkan senyuman manis.

" Eh? Ji? Hea? " Kerut Heeso, lantas dua anak buahnya yang elok ditepi katilnya, dipaut erat.

" Maksu ni pemalas lah. Dah tengah hari baru nak bangun. " Bebel Hea, lantas menyelitkan rambut panjangnya kebelakang telinga. Ji pula mengangguk.

" Betul! Kesian uncle kat dapur tu memasak. "

Uncle?

Kejap, macam mana boleh ada Ji dengan Hea depan mata? Bukan ke nenek dah halau Heena?

Kepalanya yang berdesing, cuba mengingati sebelum dia memejam matanya rapat.

Semalam nenek marah...

Hujan...

Jalan sorang...

Ada orang payung...

Oh.

Jihoon.

Lepas tu...

" Hantar saya balik rumah kakak saya... " Rayu Heeso, dalam gigilan. Jihoon memandang lantas tangannya naik mengusap pipi Heeso yang mulai sejuk.

" Kakak? Kat mana? "

Telefon yang memaparkan alamat Heena dihulur. Sebelum pandangannya berbalam.

Heeso pengsan.

" Aduh! " Heeso menepuk dahinya. Ah, kenapa aku minta tolong dia?

" Kenapa maksu tepuk dahi? " Soal Ji, lantas tangannya naik menyentuh dahi Heeso.

" Eh! Maksu demam! Alamak! " Kaget Ji. Hea yang memandang membulatkan mata.

" Hah?! Alamak! "

" Shhh. Shh. Tak apa, maksu okay. Mama mana? " Soal Heeso. Ji dan Hea saling memandang sebelum tersengih.

" Mama dengan papa keluar. "

" Tinggalkan je korang macam ni? What? Nak kena lah akak-- "

" Uncle kat dapur jagakan kitorang tadi masa maksu tidur. Jom makan. " Ajak Hea. Heeso berkerut.

" Uncle kat dapur? Kan maksu pernah pesan jangan bagi orang tak kenal masuk rumah! "

Heeso menggeleng. Jantan mana pulak lah anak buah aku ni bawa masuk?

" Tapi uncle tu kenal mama. Semalam dia tidur sini! Kat sofa. Dia.. dia... " Ji berfikir seketika. Agaknya dia terlupa sebelum Hea pantas memotong.

" Semalam dia yang bawa maksu ke sini. "

Hah?

Jangan kata tu...

" Dah bangun? "

Damn. Apa lah nasib kau ni Heeso?

" Awak buat apa kat sini? " Soal Heeso, keras. Wajahnya kembali masam, sedikit pun tidak memandang insan dipintu yang masih menunggu.

" Memasak, jaga kembar, dan.. "

" Jaga awak. "

" Baliklah. Menyemak je kat sini. " Kasar nada Heeso.

Belum sempat dia membalas lebih, pehanya ditepuk kuat oleh Hea.

" Maksu janganlah marah uncle! Dia baik tau! Dia dah bawa maksu balik, masakkan makanan sedap, ada fries tau! " Jeling Hea.

Haih, anak gadis sorang ni memang suka menjeling sikit.

" Uncle, maksu demam lagi. " Ji membuka bicara. Jihoon mengangkat keningnya sebelum menghampiri Heeso yang sudah pun duduk menjuntaikan kakinya atas katil.

" Demam? "

Lantas tangan kurang ajar itu sesuka hati menyentuh dahi Heeso. Segera ditepis kasar.

" Awak demam lagi. Kena lah duduk rumah. "

" Huh? "

" Saya nak bawa Ji dengan Hea ke mall. Kejap lagi, dalam 30 minit. "

" Suka hati betul. Ni anak buah saya, bukan anak buah awak. "

" Kakak awak kasik, tu anak dia, bukannya anak awak. "

Peh Park Jihoon.

Dah sedap bercinta dengan Hyunjoo, datang kat aku kerja nak menyakitkan hati.

" Saya ikut. "

" Aik? Kata dema-- "

" Ni anak buah saya. Tanggungan saya. Tak mustahil Captain Air Force boleh culik budak. "

----------------------

" Cadbury? "

" Ambil je. "

" Uncle! Kinder Bueno ni-- "

" Ambil je! "

" Yeayyy!! " Lantas sorakan dua kanak-kanak bergema dipasar raya ini. Heeso mendengus, memerhatikan Ji dan Hea kelihatan seronok memborong kerana semuanya dibenarkan Jihoon.

Didalam troli, mengandungi barang dapur Jihoon, memandangkan lelaki ini duduk berseorangan, dan hampir separuh troli diisi oleh barangan Ji dan Hea.

Ya Tuhan anak buah aku.

" Jangan nak beli banyak sangat, Ji, Hea. " Tegur Heeso. Hea cemberut.

" Uncle yang bayar, bukannya maksu. "

" Yelah, tapi kita tak boleh susah-- "

" Maksu jealous eh sebab tak boleh beli Cadbury jugak? "

Eh eh.

Hea ni. Soalan dia bikin hati Heeso panas.

Apa dia kata aku jealous? Aku dah kerja, nak beli 10 pun boleh je.

" Kalau awak nak jugak, ambil je masuk dalam troli. Jangan malu. " Bisik Jihoon. Heeso mengetap bibir, menjeling Jihoon yang kini sudah tertawa sehingga hilang matanya.

Aish, nasib demam.

Kalau tak dah lama aku rendam kepala Jihoon dalam kolam ikan keli!

" Maksu dengan uncle bercinta ke? "

" UHUKK!! UHUKKK!! "

Pantas Jihoon mengusap lembut belakang Heeso. Haih tak minum air pun boleh tersedak.

Tersedak angin ke?

Pantas Heeso membulatkan mata memandang Ji yang baru menuturkan ayat itu.

Apa dia kata tadi?

" Siapa ajar Ji cakap macam tu? "

" Mama. "

" Hah?? "

Apa kakak aku ajar kat anak dorang ni?

" Semalam kan uncle bawa maksu balik! Mama kata tu lah calon suami maksu! Ehee Hea suka! Ji pun suka. Uncle handsome, sesuai dengan maksu sebab maksu cantik! " Sengih Hea. Tangannya naik memintal rambut.

" Yang maksu setuju, part maksu cantik je. Yang lain maksu boikot. " Geleng Heeso. Jihoon tersengih manis.

Masih macam dulu.

Sengihan yang memabukkan.

Kali ini, Jihoon nampak lain. Hilang sudah penampilannya sebagai Ketua Unit Air Force. Yang ada kini hanyalah Park Jihoon, manusia yang biasa.

Tshirt hitam yang membaluti tubuh, bersama seluar sukan kelabu. Dan hari ini, Jihoon memakai kaca mata.

Menampakkan sisinya, yang sungguh Heeso tidak pernah tahu.

" Korang kena tukar uncle tu jadi paksu la lepas ni. " Usik Jihoon. Hea dan Ji tertawa nyaring.

Menepuk tangan, tanda bersetuju.

Aku segera menggeleng laju, tidak bersetuju.

" Tak payah. Uncle Jihoon dah ada awek. "

" Awek? " Kerut Hea. Seperti tidak memahami maksud itu.

" Papa cakap mama tu awek dia. Maksudnya... Uncle dah ada perempuan lain? " Soal Ji.

Anak lelaki Heena ini sedikit bijak, berlawanan dengan Hea yang lebih banyak bertanya.

Heeso angguk perlahan, mengerling seketika Jihoon yang tersenyum.

" Yelah, awek uncle ni, maksu korang lah. "

" Eh, Doktor Heeso? "

Lantas suara lain mencelah, mengundang perhatian si kembar dan Jihoon. Heeso membulatkan mata, lantas memandang sosok tubuh yang sedang menegurnya kini.

" Doktor Haechan? Wah! Buat apa kat sini? " Lantas tangan Heeso naik, menyambut huluran tangan Haechan.

Keduanya nampak mesra, tidak menyedari seseorang sedang terbakar menyaksikan situasi ini.

" Saya beli barang sikit. Awak? "

" Saya jaga anak buah saya. Hea, Ji, salam uncle Haechan. " Ujar Heeso. Akur, si kembar menyalam tangan pemuda yang manis dengan senyuman itu.

" Wah kembar ya? Aigoo, comelnya! Hai, nama uncle, Haechan. Lee Haechan. " Senyum Haechan. Ji dan Hea membalas dengan sengihan.

" Uncle kawan maksu eh? " Soal Hea. Haechan mengangkat sebelah keningnya.

" Maksu? "

" Dorang panggil saya maksu. " Balas Heeso, menerangkan. Haechan tertawa, memahami.

" Oh, maksu! Haah, uncle ni kawan doktor maksu. Nak panggil paksu pun boleh. "

" Ehem! Maaf ya, tak boleh lama. "

Satu suara menyampuk. Menyebabkan Heeso terpaksa menahan amarahnya.

Aish, Park Jihoon!

" Eo? Siapa ni? " Soal Haechan, tidak menyedari Jihoon yang sedari tadi terpacak disisi.

" Oh, ni Jih-- "

" Aku Captain Park Jihoon, ketua unit Air Force Korea Selatan. Uncle kesayangan Ji dan Hea. " Lantas sapaan Heeso dipintas Jihoon. Huluran Haechan disambut Jihoon, namun tangan sasa itu menggenggam kuat tangan Haechan.

Sangat kuat.

Bahkan, terlihat seperti Park Jihoon melepaskan cemburunya disitu.

" Errr.. captain. Kuat sangat awak salam saya ni. " Balas Haechan. Jihoon tersenyum sinis.

Kaca matanya dibetulkan, masih utuh memandang Haechan.

" Kalau awak nak keluar, ajaklah saya. Boleh sekali tour guide memandangkan saya tak tahu Seoul ni macam mana. " Sengih Haechan, memandang Heeso.

" Tak payahlah, Google kan ada. "

Sekali lagi, Park Jihoon.

" Oh, boleh je. Sampai jumpa lagi, Haechan! " Lambai Heeso, mengiringi pemergian Haechan.

Sebelum matanya tajam memandang Jihoon.

PLAK!

" ADUH! " Jihoon memegang lengannya yang dipukul kuat oleh Heeso. Gadis itu mengetap bibir.

" Ingat bagus sangatlah tu kacau saya dengan Haechan. "

" Yelah, bagus. "

" Park Jihoon! "

" Sebab saya cemburu, Kim Heeso!! "

-----------------------

Ding! Dong!

Pantas mama menapak kepintu. Tetamu mana pulak datang ni?

Jihoon ke?

Kalau anak bujangnya, jarang sekali menekan loceng. Pasti dia terus masuk sahaja.

" Ya? Sia-- "

Tergamam. Mata mama membulat memandang sosok tubuh yang kini dihadapannya. Tersenyum manis.

" Hai, mama. "

Mama kaku, lantas pandangannya menggelap.

Mama pengsan!

Jeongwoo yang baru turun daripada tingkat atas, terkejut apabila melihat mamanya terbaring tidak sedarkan diri didepan pintu.

Pantas tubuh tinggi itu berlari, menghampiri mamanya.

" Eh, mama! Ya Tuhan, kena-- HAH?!! "

Reaksi Jeongwoo juga sama seperti mama.

Matanya membulat, menganga memandang sosok yang berdiri kukuh didepan pintu rumah mereka kini.

" Eh, mama okay tak?! "

" Mac--macam mana Kak Hyunjoo boleh hidup lagi... "

Jeongwoo juga pengsan!

Ga verder met lezen

Dit interesseert je vast

843 286 25
๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ฑ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ต๐˜ฆ๐˜ฅ. penatlah jadi ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ฒ๐—ฟ, baik aku jadi ๐˜€๐—ถ๐—ฑ๐—ฒ ๐—ฐ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฐ๐˜๐—ฒ๐—ฟ je! start: 02 june 2023 end: 02 july 2023
25.8K 576 34
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
741 90 9
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
2.9K 537 13
crush aku, dia selalu pakai mask. kenapa? [ start :: 26042022 / end :: 27042022 ] tw : death .