( ✔ ) Xavier's Cupcake

By nkimmyy

135K 6.8K 599

" Bella always be my only cupcake " >♡ Putera Hans Xavier ? Dia mempunyai rupa yang sangat kacak , dan duit y... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Ending 2 : Bab 39
Ending 3 : Bab 40 : Last

Ending 1 : Bab 38

3.1K 126 7
By nkimmyy

renew sorry :)

Hans Xavier & Nur Isabella

[ Setahun Kemudian ]

[ 🧁🧁🧁 ]

"Cepat Dylan! Saya nak beranak dah ni!" Nur Aaira menjerit dalam kereta kerana rasa sakit di perutnya yang semakin menekan. Dia dah nak beranak!

Bukan Aaira saja, Nur Isabella yang berada di seat belakang juga nak melahirkan anak. Ketuban Aaira dan Isabella pecah serentak.

"Sakit Dylan.. Saya tak tahan dah ni.." keluh Isabella kerana rasa sakit di bahagian keperempuanannya. Hans Xavier tiada disisinya kerana Xavier ada kecemasan di Sabah semalam.

Patutnya tarikh pergi hospital minggu hadapan, tapi Isabella terawal pula.

"Sabar sayang, sabar puan. Dah nak sampai dah ni"  Nik Dylan dah kalut bawak kereta. Nasib dia orang kepercayaan Xavier untuk bawa kereta.

Dylan pun pernah mendapat hadiah kereta semasa hari jadinya dan hadiah rumah untuk perkahwinan dia dan Aaira. Dylan memang orang terpenting Xavier.

Sampai je di hospital, Dylan berhenti di kawasan kecemasan. Nasib dia dah awal-awal telefon Muhd Ikram tentang Isabella dan Aaira jadi ada beberapa orang nurse dah tunggu di pintu kecemasan.

Dylan keluar dan bantu jururawat yang ada untuk buka pintu. Dylan pimpin isterinya manakala Isabella dipimpin Ikram.

"Sakit abang..." kuat Isabella gengam tangan Ikram. Kandungannya yang ketiga ini sangat sakit.

Mungkin kerana dia bawa tiga bayi.

Aaira pula kerana anak pertama, jadi dia agak kalut.

3 tahun kahwin, baru dia menimang cahaya mata.

"Abang tahu adik. Adik tahan okay? Wad tak jauh pun" Isabella dibaringkan di atas katil hospital.

Katil Aaira dan katil Isabella dibawa terus ke pintu pembedahan. Isabella dan Aaira memilih untuk beranak czer.

Isabella tak nak melahirkan normal kerana kandungannya yang lain dari yang sebelum ini manakala Aaira takut untuk lahir normal.

Dylan pandang Ikram. "Tak sangka anak aku akan sama usia dengan anak tuan Xavier"

"Itulah tu. Kalut aku bila kau call kata otw sebab dua orang tu nak beranak"

"Hahaha. Aku sendiri tak terfikir tau. Tiba-tiba je Aaira menjerit sebab sakit, lepastu Isabella pulak sambung jeritan Aaira. Dahlah dua-dua tu tengah seronok makan keropok sambil tengok concert Billie Eilish"

"Patutlah.." mereka berdua menunggu di kerusi berhadapan wad kecemasan.

Selang beberapa minit, Xavier yang pulang gunakan kapal terbang peribadinya, cepat-cepat menuju ke wad kecemasan yang menempatkan isterinya.

"Mana Bella?" tanya Xavier apabila dia tiba dihadapan Ikram dan Dylan.

"Dalam wad dengan isteri saya tuan" Dylan tunduk hormat.

"Isteri kau pun beranak?"

"Serentak tuan. Dua-dua menjerit"

"Baguslah kau ada. Kalau kau tak ada, aku takut Aaira yang bawak kereta" Xavier bukan tak kenal dengan satu-satunya pekerja perempuan yang dia ada. Aaira tu suka buat kerja gila.

Ada masa Aaira demam panas dan Dylan tak ada, dia naik motor pergi klinik yang jauh 10 kilometer, semata-mata tak tahan. Kereta hantar bengkel pulak.

"Alhamdulillah lah tuan. Saya pun takut nak biarkan isteri saya seorang diri. Ni tuan dah setel kerja ke?"

"Nak kata setel tu, separuh lah. Selebihnya saya bagi Aryan setelkan. Tergesa-gesa balik bila kau telefon kata isteri aku masuk wad. Nasib dekat Sabah je"

"Jap... Tuan gunakan helikopter ke?"

"Ye lah. Jalan raya kan jem, jadi aku guna helikopter jelah"

Memang sesuai betul Xavier dan Aaira ni, dua-dua suka buat kerja gila.

"Kau ni Xavier, ada yang kena dengan aku satgi. Sebab tu kau sengaja buat kawasan landing helikopter dekat hospital kau kan?!" Ikram ketuk kepala Xavier.

Xavier beli hospital ni dan beri Ikram handle. Hospital ini pula diletakkan atas nama anak Ikram dan Rosean, Izyan Rais dan Izzara Raissa.

Hadiah perkahwinan Ikram dan Rosean.

Sebenarnya niat utama, Xavier nak buat kawasan parking istimewa keluarga mereka dan kawasan landing helikopter, kalau-kalau jalan raya jem, jadi gunakan helikopter je.

Betapa kayanya Hans Xavier.

Harta Alexander pun.

"Alah! Aku malas lah naik kereta. Susah!"

"Kau ada je jawapan kan?"

"Maaf saya menganggu, puan Bella dan puan Aaira inginkan suami mereka ada bersama"

"Bukan czer ke? Kena teman jugak ke?" soal Xavier. Dia paling takut teman Isabella dalam wad tu.

"XAVIER! MASUK SEKARANG!" jerit Isabella sehingga keluar wad bedah. Satu kawasan hospital itu dengar jeritan Isabella.

Xavier tarik Dylan dan masuk dalam wad bedah itu. Mereka terus sarung baju yang perlu disarung.

Xavier paling takut dengan jeritan Isabella, sama dengan Dylan. Isabella lebih menyeramkan dari Aaira.

Fakta suami orang, takut bini.

Xavier datang ke arah Isabella dan Dylan ke arah Aaira. Ada dua doktor dalam bilik bedah itu.

Tangan Isabella digengam Xavier. Dia usap kepala Isabella. "Cinta kuat okay? Sayang ada ni"

"Kepala bana sayanglah! Doktor suruh masuk, yang tak nak masuk tu kenapa?!" Isabella jeling suaminya.

Sifat Isabella setiap kali beranak, jadi panas baran yang doktor sendiri takut.

Ini terikut Rosean lah ni.

"Alololo jangan marah-marah cinta, nanti cepat tua. Kesian anak-anak kita dapat mama tua" Xavier tersengih-sengih bila Isabella jeling dia.

"Sayang ni memang nak mati cepat agaknya" Isabella tunjuk jari tengah ke arah Xavier. Dia dahlah tengah sakit, suami dia boleh buat lawak pulak.

"Sorry datin. Okay-okay, sayang tak gurau dah. Cinta tahan okay? Tak lama pun"

"Takutlah.. Dahlah pertama kali czer ni"

"Its okay. Sayang tahu cinta kuat, tahan dan ikut je cakap doktor okay?"

Isabella mengangguk. Sepanjang czer, Isabella ikut arahan doktor itu. Dia gengam erat tangan Xavier, sama dengan Aaira yang gengam tangan Dylan.

Dibedah lebih sakit sebenarnya. Aaira tak lama dari Isabella yang perlu tunggu lama kerana lebih dari satu.

Suara bayi menangis jelas dalam bilik bedah itu. Bayi Aaira dan bayi Isabella.

"Puan Aaira selamat melahirkan baby girl dan baby pertama puan Bella juga baby girl. Kita teruskan ke baby yang seterusnya"

"Alhamdulillah sayang..." menitis air mata Dylan saat anak pertamanya berada dalam gengaman dia. Comel sangat.

Bila diletakkan anak pertama Dylan di atas dada Aaira, baby itu berhenti menangis. "Assalamualaikum anak bonda.." ucap Aaira.

Dylan azan di telinga anaknya, sama dengan Xavier.

"Anak ayah bonda, Nik Dian Asyura, selamat datang ke dunia ini.." Dylan kucup dahi anaknya. Dia rasa tanggungjawab semakin bertambah tetapi rasa gembiranya mengatasi segalanya.

"Terima kasih sayang.. Terima kasih ya Allah.." Dylan kucup dahi Aaira.

Xavier kucup dahi anak perempuannya. "Assalamualaikum anak papa, Puteri Hafsa Ilana"

[ 🧁🧁🧁 ]

Bersambung

Maksud nama Nik Dian Asyura :
Dian - Cahaya
Asyura - 10 Muharram

Maksud nama Puteri Hafsa Ilana :
Puteri bulan yang lemah lembut

jangan lupa vote dan comment !

nantikan ending-ending yang seterusnya !

Continue Reading

You'll Also Like

323K 8.8K 59
Dia, Tiada siapa yang mampu menghalang dia untuk melakukan sebarang kekecaman atau pembunuhan,kerana dia ialah Zack Darwish Maxwillson seorang lelaki...
5.7K 306 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
22.3K 476 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
715K 26.1K 50
Akhtar. Bintang yang terpilih. Bintang yang cerah untuk sang gadis yang bernama Aira. Aira seorang gadis yang mempunyai kesenangan dari segi harta. T...