1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 10

1.1K 157 8
By yoshihoshiss

" Baik, terima kasih. "

Panggilan dimatikan. General menghembus nafas lega lantas menyandarkan tubuhnya di kerusi.

Hari ini, genap 2 hari Jihoon tanpa khabar berita. Oleh itu, General membuat rundingan tersorok bersama Perdana Menteri Afrika. Dan syukurlah, mereka setuju untuk membenarkan tentera Korea Selatan masuk untuk proses pengambilan mayat.

Tambahan lagi, Perdana Menteri sendiri mengizinkan pengeboman dilaksanakan keatas pengganas jika ada serangan dilemparkan.

Proses akan dilaksanakan esok.

Bermakna genap 72 jam sejak Park Jihoon hilang.

5 bom missil akan dilepaskan, jika tiada tubuh Jihoon berdiri didepan General.

Itu janjinya.

Apa lah khabar anak sulungnya itu? Syukurlah isterinya memahami, tidak histeria bahkan memaksa, kerana dia faham skop kerja Air Force bagaimana.

Jika Jihoon terkorban, mereka sekeluarga sungguh redha. Sungguh merelakan. Namun isterinya sudah pun memberi syarat.

Syarat yang Jeongwoo dilarang menyertai sebarang unit pertahanan negara.

Askar, polis, Air Force ataupun bomba. Semuanya dilarang.

Akur, General hanya bersetuju, melihat kepada Jeongwoo yang tidak berminat dengan mana-mana kerja itu. Kelihatan anak bongsunya itu berminat untuk menjadi penyanyi.

Jika benar, secepat kilat General akan menghantarnya ke ujibakat.

Tok! Tok!

Lamunan General terganggu apabila pintunya diketuk. Usai memberi kebenaran, terpancul muka Leftenan Lee Jeno dipintu. Menanti diberi kebenaran.

Anggukan diberi, Jeno pantas menapak masuk.

" Ya, Leftenan? "

" Tuan, saya dapat tahu Afrika benarkan kita ke sana untuk proses pengambilan mayat. " Ujar Jeno. General mengangguk.

" Benar. Kenapa? "

" Izinkan saya pergi, Tuan. "

" Kamu? Jeno, kamu masih belum sepenuhnya pulih. " Geleng General. Menghantar tentera yang cedera kesana? Mustahil.

" Tapi, tuan. Saya nak ke sana. Saya nak selamatkan Captain Jihoon. Sebab saya punca dia kesana. "

" Tu hukuman sebab dia tembak kamu dulu, Jeno. "

" Salah saya juga, tuan. Saya bangkitkan berkenaan mendiang Hyunjoo ke dia semasa latihan. Benarkan saya selamatkan sahabat saya, tuan. "

" Jeno, kamu masih belum sihat sepe-- "

" Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas diri saya, tuan. Kalau saya mati, ataupun ditembak, saya takkan mendakwa mana-mana pihak. "

" Jeno.. "

General menghembus nafas kasar. Memandang mata Jeno yang bersungguh ingin ke bumi Afrika untuk menyelamatkan Jihoon.

Jika dibenarkan, bahaya untuk Jeno sendiri.

Dirinya masih belum pulih. Banyak lagi anggota lain boleh diandalkan.

" Baik, Leftenan Jeno. Saya benarkan. Tapi, tolong bawa anak saya pulang.. "

" Dan tolong pulang dengan selamat. "

Akur, Jeno menunduk hormat. Senyuman mulai berlabuh dibibirnya.

Jihoon, tunggu aku datang bro.

Aku selamatkan kau.

Usai pintu dibuka untuk menapak keluar, tubuhnya diterpa seseorang.

Gadis yang sangat dia cintai.

Eunjeong.

" Jeno! Apa awak fikir?! "

" Eunjeong? Macam mana awak boleh kat sini? Tak pergi hospita-- "

" Saya dengar semua. Sayang, jangan macam ni. Awak sakit lagi, tolong jangan ke Afrika. " Rayu Eunjeong. Air mata mulai merembes keluar.

Lengan Jeno dipaut lemah, tidak ingin Jeno pergi ke sana.

" Awak tak benarkan saya selamatkan sahabat saya ke, Eunjeong? " Soal Jeno. Eunjeong mengetap bibir bawahnya. Matanya yang berair memandang mata Jeno yang mulai layu.

" Jeno.. saya sayang awak. Tapi awak masih belum sepenuhnya okay. Luka awak pun belum kering lagi. Saya risau kat sana awak akan kena tem-- "

" Kena tembak? Saya mungkin mati kat sana. Tapi kalau tu boleh kembalikan Jihoon ke Seoul, saya rela, Eunjeong. "

" Jangan pentingkan diri, Jeno. Tolong.... Fikirkan saya... "

Rayuan Eunjeong sedikit pun tidak menggugat Jeno. Lelaki ini sudah nekad dengan pilihannya.

Dia pantas melutut, meraih wajah gadis yang sangat dia cintai. Mengusap perlahan air mata yang membasahi pipi Eunjeong.

" Saya sayangkan awak juga. Izinkan saya selamatkan Jihoon ya sayang? Izinkan saya bawa pulang Jihoon, bawa pulang sahabat awak, Heeso. Tolong doakan saya selamat pergi dan balik. " Senyum Jeno. Eunjeong yang masih larut dalam tangisan sedikit pun tidak berganjak.

" Saya takut awak mati kat sana... "

Jeno menggeleng. Menggengam tangan Eunjeong lantas dikucup lembut.

" Saya ada banyak impian dengan awak. Banyak perkara dimasa depan yang saya nak capai dengan awak. Jadi, saya akan berusaha untuk pulang. Doakan saya ya? "

-----------------------------

Sudah 2 jam.

Berjalan tanpa henti, tidak makan, bahkan tidak berehat. Hanya kesunyian tapak kasut menjadi pengisi halwa telinga.

Kerana gundah keduanya ingin menyelamatkan Jaemin dan Marie. Keduanya memerlukan Jihoon dan Heeso.

Oleh itu, pasangan ini bergegas ke pesawat Air Force. Biarpun tubuh sudah menjerit kepenatan, Heeso dan Jihoon masih tidak berhenti.

Sehinggalah satu tahap, Heeso berhenti. Menyandarkan tubuhnya pada salah satu pokok besar. Menghirup nafas kasar.

Penat.

Jihoon yang menyedari segera menghampiri sebelum dia membongkok.

" Huh? " Kerut Heeso. Jihoon yang sudah basah dengan peluh, menepuk belakang tubuhnya.

" Panjat belakang saya. "

" Ji, awak pun penat macam saya. Takkanlah-- "

" Panjat je belakang saya. " Arahnya. Tidak mahu membazir masa, Heeso akur. Memanjat belakang Jihoon, lantas tangannya melingkari leher Jihoon sebagai penyokong.

Membiarkan Jihoon mengendongnya.

Membawa dia pergi.

Dalam kediaman, Heeso merenung lembut Jihoon. Tersenyum kecil.

" Can I be yours? "

Soalan semalam, dibiarkan tanpa jawapan. Jihoon sendiri tidak mahu mendengar sebarang balasan, lantas langkah diteruskan.

Dalam diam, hati kecilnya terusik dengan ketua Air Force ini.

Kerana mereka berdua merasakan hal yang sama.

Heeso juga turut menyayangi Jihoon.

Cuma ada sesuatu yang menjadi pembatas, membuatkan Heeso sukar untuk menerima Jihoon.

Dan Heeso pasti,

Nenek juga pasti membenci.

" Awak nampak tak bukit atas tu? " Soal Jihoon, memecah kesunyian. Heeso mengerling seketika lantas mengangguk.

" Nampak. "

" Kita akan berehat kat situ malam ni. Dah nak malam, bahaya teruskan perjalanan. " Heeso hanya menurut.

Kerana dia percaya pada Jihoon.

---------------------------

Usai membuat unggun api, Heeso meninjau kawasan. Risau apabila tiada kelibat Jihoon dimana-mana.

Janganlah apa-apa jadi.

Dia tidak mahu berseorangan.

Dan dia tidak mahu kehilangan Jihoon.

Usai mencari, matanya tertancap pada satu sosok yang sedang duduk dihujung bukit, memandang bulan penuh yang tidak lelah memancarkan cahayanya bagi menerangi Bumi.

Segera tubuh itu dihampiri.

Baru sahaja Heeso mahu menerpa, matanya menangkap Jihoon yang sedang merenung lama sekeping gambar.

Persis seorang wanita.

" Ji? "

Tersentak. Jihoon pantas menyorokkan gambar itu.

Mengundang tanda tanya Heeso.

" Oh, Heeso! Kenapa? "

" Termenung ke? " Soal Heeso, melabuhkan punggungnya disebelah Jihoon, turut sama melihat bulan.

" Taklah. Cuma mengingati seseorang. " Balas Jihoon. Heeso mengangguk, dan memandang Jihoon.

" Saya dengan Jaemin tak bercinta pun. "

Terdiam, Jihoon memandang Heeso yang baru sahaja membuka mulut.

Adakah... Heeso dah mula selesa nak bercerita?

" Awak dah start selesa nak cerita kat saya eh? " Soal Jihoon, kembali. Heeso tersenyum dan mengangguk.

" Awak cerita pasal diri awak kan, dulu? Jadi kali ini, saya pula. "

Jihoon terpana. Memandang mata Heeso yang bagaikan menyimpan seribu satu kesakitan.

" Saya tahu awak dengan Jaemin tak bercinta. "

" Jaemin cerita? "

Jihoon angguk. Heeso menghela nafas.

" Apa lagi Jaemin cerita? "

" Hanya tu. Kenapa? "

" Dulu saya kawan dengan Jaemin. Saya, Jaemin dan Minju. Sejujurnya, dulu saya sukakan Jaemin. Dia first love saya, lelaki pertama saya sayang selepas mendiang appa. " Luah Heeso.

Jihoon memandang Heeso yang seronok bercerita.

Oh, jadi lelaki Na itu lah lelaki pertama yang berjaya mengambil hati Heeso?

" Saya luahkan semua kat Minju. Kami kan sahabat, dan saya fikir Minju akan bantu saya. Sebab dulu time sekolah, Minju banyak satu group dengan Jaemin. Ada juga tugasan berdua, Jaemin dengan Minju juga. Awak tahulah, bantu kawan dapatkan crush dia? " Sengih Heeso. Jihoon angguk.

Walaupun tidak pernah merasai, dia faham.

" Saban hari, Minju cerita kat saya apa Jaemin buat hari ni. Saya pun bodoh dulu, saya teruja. Bila kami keluar bertiga, Minju selalu jalan dengan Jaemin. Saya pun okay kan aja, memandangkan saya malu nak jalan dengan Jaemin. Malu kucing, geli kan, Ji? "

Dalam keasyikan, Jihoon masih utuh menatap mata Heeso yang leka.

Merenung dan tersenyum.

Gadis polos ini seakan menyimpan seribu satu kesakitan.

" Tapi one day, Jaemin dan Minju tak datang sekolah sama-sama for one week. Saya tak syak apa-apa sebab Minju cakap dia demam. Jaemin pula tak diketahui. Dan bila Minju datang ke sekolah balik, bibir dia pucat, badan dia susut, kalau awak jadi saya, awak mesti confirm yang dia demam, kan kan? "

Jihoon mengangguk. Dalam tak sedar, dia mengelus lembut tangan Heeso yang leka bercerita.

" Sampailah... "

Terhenti, kerana bibir Heeso yang menggeletar. Diiringi mata yang mulai menggigil, bagai ingin menumpahkan air mata. Pantas Jihoon mendekap tubuh si gadis, membiarkan si gadis melabuhkan kepala kedadanya.

" Saya ke apartment Minju. Ingatkan saya nak suprise dia, rupanya saya yang disuprise. "

" Maksud awak? "

" Masa saya ke tandas rumah dia, saya ternampak banyak tisu berdarah kat dalam tong sampah. Saya ingatkan darah period, sampailah saya nampak satu botol ubat. Mungkin ada hikmah kenapa saya belajar medic, saya kenal tu botol apa. "

" Tu botol apa, Heeso? "

" Botol ubat pengecutan rahim. Saya mungkin bodoh, tapi saya tahu ubat tu untuk apa. Orang selalu guna untuk gugurkan kandungan. "

Membulat, pantas Jihoon memandang Heeso yang masih bercerita. Dilihat tiada air mata yang membasahi pipi si gadis.

Kerana Jihoon mulai mengerti noktah cerita ini bagaimana.

" Minju sakit sebab dia baru lepas keguguran. Keguguran paksa, dia hilang banyak darah, sebabtu lah dia nampak lemah. "

" Jadi tu anak... "

" Ya, Ji. Tu anak Jaemin. "

Tergamam. Jihoon kaku. Sungguh jika dia diposisi Heeso, pasti sudah lama dia meninggalkan dunia.

Bayangkan sahabat sendiri sanggup menikam belakang?

Namun melihat Heeso yang tidak menangis, bahkan bercerita dengan sangat tenang membuatkan Jihoon tahu, hati Heeso sudah lama sakit.

" Saya tak nak sangka buruk dulu. Mungkin tu anak orang lain kan? Sampailah keadaan Minju makin teruk, dia kena masuk wad. Hari saya nak melawat dia... "

" Hari saya tangkap dia dan Jaemin berdua."

" Heeso.. " Jihoon mengusap lembut belakang Heeso.

Faham. Dan dia tahu sakitnya bagaimana.

" Depan mata saya, Ji. Saya tangkap dorang berciuman. Mungkinlah, yang cantik selalu menang. Kalau awak tengok muka saya dulu time sekolah, mesti awak gelak. Cermin mata bulat, badan gemuk, muka penuh jerawat. Saya sampai rasa yang saya tak ada beza dengan Shrek. "

Tawa Heeso sungguh, membuatkan Jihoon memandang sayu.

Mengapa masih wujud bodyshaming ini?

Tidak bolehkah menyaksikan seseorang bahagia?

Yang cantik selalu menang?

Bagaimana dengan yang kurang cantik? Perlu selalu mengalah? Sungguh dunia yang kejam.

" Minju pergi. Sebab dia kehilangan banyak darah. Saya tahu tu risiko dia kena tanggung kalau buat pengguguran bayi. Dan pesanan terakhir Minju, dia nak Jaemin jaga saya. Bahagiakan saya. Dan dia minta maaf sebab khianat saya dulu. "

" Saya dah lama memaafkan. Tapi untuk mengahwini Jaemin, sedangkan hati dia kat Minju, sangatlah mustahil. Sebab sejujurnya, hati saya masih mati. Belum berdegup lagi untuk sesiapa. "

" Walaupun untuk saya? "

Soalan Jihoon mematikan bicara Heeso. Matanya memandang Jihoon yang berharap. Lantas, Heeso tersenyum kecil.

" Maaf sebab jadikan awak mangsa, Ji. Sebab kebodohan saya dahulu, saya yang matikan perasaan saya. Tapi-- "

" Saya sanggup tunggu, sampailah awak sendiri tolak saya pergi, Heeso. "

Heeso mengetap bibir.

Lantas anggukan diberi.

" Tunggu saya pulih ya, Ji? "

Keadaan hening. Hanya bulan menjadi peneman, ditemani siulan burung hantu, seakan memahami keadaan dua insan ini.

Turut sama tersiksa.

Kerana kisah lampau yang meninggalkan luka besar.

" Gambar ni... Gambar Hyunjoo. "

Jihoon membuka mulut, menyuakan gambar tadi kepada Heeso. Berkerut dahi si gadis, menerima gambar yang dihulur.

" Hyunjoo? Dia ke-- "

" Sama seperti awak ke Jaemin, dia lah cinta pertama saya. Insan pertama buka hati saya yang cinta tu wujud. "

Heeso mengelus lembut gambar Hyunjoo yang tertawa sambil memakai kot doktor.

" Dia doktor? "

" Sama macam awak, Heeso. Doktor misi kemanusiaan. Doktor yang selamatkan anak-anak disini. Hatinya murni, dia baik, macam bidadari. "

" Mana dia sekarang, Ji? Awak kata dia dah pergi jauh. "

" Tu. " Lantas mata Jihoon memandang bintang yang berkelipan.

Satu persatu.

Sebelum dia tersenyum nipis.

" Dia terkorban 4 tahun lepas, dalam salah satu misi kemanusiaan. Disini, di Afrika. Dia mati sebab nak selamatkan semua anggota Korea. "

" Kes yang kat berita tu, Hyunjoo ke..  "

Soal Heeso. Ya dia tahu dahulu pernah kecoh salah seorang anggota kemanusiaan Korea rela menyerahkan nyawa demi menyelamatkan seluruh anggota Korea.

Tidak Heeso sangka gadis itu ialah kekasih Park Jihoon.

" Afrika, nama yang sungguh tinggalkan trauma untuk saya. Tempat yang menjadi saksi, matinya hati Park Jihoon. "

" Ji... " Heeso mengemam bibirnya. Mengelus lembut tangan Jihoon.

Dia faham.

Sebelum Jihoon berpaling, memandang tepat ke mata Heeso.

Dia tersenyum.

" Tapi Afrika juga jadi saksi, hati ini kembali bernyawa dan berdegup... "

" Kerana awak, Heeso. "






Korang tahu tak apa yang Heeso kena tu, aku kena jugak. Hshshs crying while typing bcs that is my own real story 😇

Continue Reading

You'll Also Like

8.8K 1.8K 32
apa nasib kau bila tinggal serumah dengan pasangan kau yang paling kau benci. 「 complete ! 」 © heewonsimp 2021
22.7K 481 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
843 286 25
𝘤𝘰𝘮𝘱𝘭𝘦𝘵𝘦𝘥. penatlah jadi 𝗺𝗮𝗶𝗻 𝗰𝗵𝗮𝗿𝗮𝗰𝘁𝗲𝗿, baik aku jadi 𝘀𝗶𝗱𝗲 𝗰𝗵𝗮𝗿𝗮𝗰𝘁𝗲𝗿 je! start: 02 june 2023 end: 02 july 2023
5.8K 318 29
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...