1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 6

1.1K 141 5
By yoshihoshiss

Sudah 2 jam usai pendaratan pasukan sukarelawan Korea Selatan di bumi Afrika. Mendarat, dan mendekati para pelarian Afrika yang sentiasa hidup dalam ketakutan kerana negara bergolak ini.

Para doktor yang mesra, dikerumuni oleh para anak kecil.

Manakala para tentera pula disapa oleh ibu-ibu yang senang hati apabila penyelamat mereka telah tiba.

Tidak dilupakan juga keadaan yang sama bagi Captain Jihoon dan Doctor Heeso.

Bergurau senda dengan para penduduk Afrika Selatan.

Syukurlah mereka tahu berbahasa Inggeris. Dapatlah juga komunikasi tercipta.

" Doctor... " Lantas satu anak kecil menghampiri Heeso yang sedang asyik mengikat rambut diatas batu besar. Heeso tersenyum dan memandang mata si kecil.

" Ya sayang? "

" Abang tu suruh bagi. " Sekuntum bunga mawar disua lantas jarinya ditunjukkan pada satu arah. Heeso berkerut kehairanan.

" Huh? Abang? "

Lantas matanya mengikut arah tunjukan si kecil, sebelum matanya berlabuh pada satu sosok tinggi yang sedang mengendong dua kanak-kanak diatas bahunya.

Saling bergurau dan mengangkat mereka tinggi.

Diiringi senyuman yang manis dibibir.

Park Jihoon.

Bunga mawar yang disua, dipegang lembut oleh Heeso. Dibelek, lantas dicium.

Wangi.

Sebelum matanya bertentang dengan Jihoon disana.

Turut memandangnya.

Lantas tersenyum.

" Beautiful flower always searching for beautiful creature. " Ucap Jihoon. Heeso mengangkat keningnya.

" Means? "

" And that's why the flower there. On your hand, beautiful creature. "

Merah.

Pipi si gadis, menahan malu mendengar omongan Jihoon yang kini tertawa.

" Aish Ji, suka sangat usik saya. " Balas Heeso. Jihoon hanya memandang redup wajah Heeso.

Terasa senang.

Perasaan senang dalam hatinya, kerana menatap wajah si gadis ini.

" Sebab muka awak bila malu, buat hati saya senang, Heeso. "

" Sedap betul bercinta! Jangan buat bodoh, Captain Jihoon. Kau sedang berurusan dengan tunang orang. "

Satu suara yang mencelah, menyebabkan keduanya terdiam.

Memandang sosok tubuh yang kini menghampiri mereka.

Na Jaemin.

" Tunang? " Kerut Jihoon.

Menyebabkan Heeso menggigit bibir bawahnya kini.

Ya, Heeso tidak memberitahu Jihoon tentang pertunangan itu. Kerana sungguh, demi Tuhan, Heeso akan buat apa sahaja asalkan selepas sahaja misi ini tamat, dia dan Jaemin akan putus.

Kerana itulah Heeso tidak ambil pusing dengan gelarannya sebagai tunang orang.

Dia tidak rela, jauh lagi gembira.

Mengapa perlu dikecohkan?

" Aku dan Doctor Heeso dah tunang minggu lepas. Bakal kahwin lagi 2 bulan, jadi aku minta Captain Park Jihoon, Ketua Air Force unit kita ni berhenti ganggu bakal isteri orang. Cukuplah aku biarkan korang naik satu pesawat yang sama, aku takkan biarkan korang nak menggedik depan aku pula. "

Tersentak.

Tatapan lembut Jihoon tadi, terus bertukar dingin. Memandang Heeso yang tertunduk dengan lama.

" Oh, jadi awak ni tunang Doktor Jaemin? "

Soalan Jihoon menyentak Heeso. Mengangkat wajah memandang Jihoon yang turut sama memandangnya.

Mata si jejaka bergetar.

" Y--ya... "

" Oh saya faham. Wajarlah korang gaduh kat hospital tempoh hari, pasangan sedang bercinta akan ada masa berbalah. " Angguk Jihoon.

Faham.

Dia mulai faham.

Patutlah semasa Jihoon mengatakan Heeso ' my girl ' , raut wajah Jaemin berubah marah. Siapa sahaja boleh tahan jika tunang sendiri dipertahankan lelaki lain?

Jihoon tertawa miris.

" Ji.. tak, Ji. Saya dengan Jaem-- "

" Aku harap kau boleh berhenti bercakap dengan tunang aku, Captain Jihoon. Mesti kau faham kan, kita sama-sama lelaki. Kau mesti faham perasaan sayangkan seseorang sehingga tak nak dia diusik sesiapa. " Celah Jaemin, lagi. Jihoon memandang dingin wajah Jaemin yang bertutur.

Oh, mestilah dia faham.

Dahulu, semasa Hyunjoo masih hidup pun, dia sangat menjaga keadaan Hyunjoo sehinggakan tidak mahu lelaki sembarangan mendekati kekasihnya.

Jihoon faham perasaan Jaemin.

Come on, Jihoon. Takkan sebab cinta kau sendiri hancur, kau nak rampas cinta orang lain?

Jihoon menggeleng dan memandang Heeso yang mulai gelisah.

" Baik, Doc Jaemin. Aku faham, jangan risau. Aku takkan ganggu lagi Doc Heeso. " Lantas mata itu...

Memandang tepat ke mata Heeso.

" Semoga berbahagia, Heeso. Terima kasih jadi kawan saya selama beberapa minggu ni. Cuma saya nak pesan... "

Heeso menelan liurnya. Menanti Jihoon menyambung lagi bicara.

" Kalau dah berpunya, janganlah perlakuan tu seakan masih kosong. Takut ada yang dah letak harapan. Sakitnya nanti, dia yang rasa Heeso. Awak akan bahagia, tapi dia? Dia akan menderita, dan sakit LAGI. "

-----------------------------

" APA YANG YOU DAH BUAT NI, JAEM?! "

Teriakan si gadis.

Memukul, memukul dan memukul dada Na Jaemin.

Sungguh dia marah. Dia kecewa.

Apa hak Jaemin nak halang dirinya berkawan dengan Jihoon?

" Salah ke, Heeso? I ni tunang you! "

" I dont love you, Na Jaemin! This is just a force engagement! Jangan berlagak seolah kita akan bahagia! "

" Kita akan bahagia, I jamin! Whats wrong with you, Heeso? Huh? " Jaemin memegang utuh lengan si gadis. Membalas pandangan tajam Heeso.

" I? You tu yang masalah! "

" You sayangkan Captain Jihoon? "

Terdiam. Perlahan, rontaan Heeso mengendur.

Cukup membuatkan Jaemin tahu. Dan keluhan lahir.

" Lupakan perasaan bodoh tu. Jangan nak kecewakan nenek. "

" Kalau sebab you, I hilang Jihoon, I takkan maafkan you, Na Jaemin. "

Lantas lengan Jaemin ditolak kuat. Heeso pantas mengejar langkah Jihoon yang sudah jauh pergi.

Meninggalkannya, kesalah satu bukit tersorok.

Penjelasan. Heeso perlu menjelaskan segalanya.

" Heeso... " Keluh Jaemin, hanya melihat pemergian Heeso yang mengejar Jihoon.

Ah sungguh gadis ini degil.

" Doctor Jaemin? "

Satu suara yang menegur Jaemin membuatkan doktor muda ini tersentak. Lantas berpaling memandang gadis yang kini menghampirinya.

" Oh, Marie. " Senyum Jaemin.

Marie Elyn. Salah satu penduduk pelarian Afrika Selatan ini.

Jaemin mengenalnya ketika misi kemanusiaan disini 4 tahun lepas. Ketika itu, gadis ini masih remaja, dan Jaemin pula masih lagi menuntut di sekolah medical.

Kini, Marie tumbuh menjadi sosok yang cantik, dan lebih ayu. Diiringi Jaemin, seorang doktor yang bertauliah.

" Lama tak nampak Marie. " Ramah Jaemin.

Marie antara remaja yang rajin membantunya dahulu. Sering menanyakan soalan, dan juga antara remaja berani yang menyeludup masuk makanan kepada para tentera ketika perang sedang berlangsung.

Melihat Marie kembali cukup menyenangkan hati Jaemin kerana gadis ini baik-baik sahaja.

" Doctor Jaemin apa khabar? " Soalnya. Jaemin angguk.

" Baik. Macam yang awak nampak. Kenapa awak panggil saya? Ada apa-apa jadi kat base camp ke? "

" Eh tak. Semua okay. Cuma, saya ternampak tadi.. err.. antara Doc dan perempuan tadi. " Tunduk Marie. Jaemin tertawa.

" Doc Heeso maksud awak? Dia tunang saya. "

Terdiam.

Marie memandang wajah Jaemin yang sangat bahagia selepas sahaja ayat itu dituturkan. Terasa seperti hatinya disayat tanpa rela.

Rasanya seperti kematian rasa.

" Tu--tunang? "

" Haah. Kenapa? "

Menyedari raut wajah Marie yang berubah, mengundang tanda tanya Jaemin. Lantas si gadis menggeleng.

" Eh tak. Cantik tunang doktor. Semoga berbahagia. "

" Terima kasih, Marie. "

Sepi. Hanya angin menemani mereka.

Sehinggalah Marie berniat ingin membuka mulut.

4 tahun menahan rasa, biarlah segalanya diluahkan. Lagipun, Jaemin bakal jadi milik orang kan?

Harap rasa sakit ini, bakal menguatkan dirinya untuk move on.

Jaemin bukan untuknya.

Marie tertawa halus. Yelah, lihat lah dia siapa. Nak dibandingkan dengan lelaki sempurna seperti Doktor Na Jaemin.

Bagai langit dan bumi.

" Doc, saya nak cakap sesuatu ni.. "

" Hurm? Pasal apa, Marie? " Mata Jaemin memandang Marie yang kini gugup. Menyentak si gadis.

" Sebenarnya, saya-- "

" Kejap. Marie, laluan tu boleh guna kan? " Potong Jaemin, menunjukkan laluan yang digunakan Heeso dan Jihoon tadi.

Marie yang melihat, segera membulatkan mata.

" Eh tak! Tu laluan bahaya. Tanah dah mendap, doctor. Boleh runtuh. Lagi satu... "

Marie memandang Jaemin yang menanti.

" Tu laluan pengganas. "

------------------------------

Tok! Tok!

" Masuk! "

Terpancul muka Leftenan Jeno dipintu. Bersama tongkat yang mengapit tangan, menapak masuk terhincut memberi hormat kepada General.

" Oh, Leftenan Jeno. Dah sihat? "

" Semakin pulih, Tuan. "

" Baguslah. Ada apa awak jumpa saya? " Ramah si General, merangkap ayah Captain Park Jihoon.

Jeno mengemam bibir. Menghela nafas kasar.

" Tuan, saya nak tanya. Pasukan misi kemanusiaan kita ke Afrika sudah berlepas ke? "

" Mereka dah pun selamat mendarat. Kenapa? "

Lantas wajah serius Jeno bertukar pucat. Matanya membulat, memandang General dengan gelisah.

" Kenapa ni, Leftenan? " Soal General lagi. Jeno menghembus nafas sebelum telefonnya disua kepada General.

" Saya ada kawan disana. Dan mesej daripadanya membuatkan saya mendadak kesini. Ini tuan. "

General berkerut, memandang mesej yang terpampang di telefon pintar Leftenan Jeno.

JANGAN DATANG! MEREKA MAKIN MENGGANAS DAN NAK BALAS DENDAM SEBAB KES PENGEBOMAN DULU! JANGAN DATANG! GENJATAN SENJATA DIHENTIKAN SERTA MERTA! BAWA MEREKA PERGI!

" Jangan datang? Siapa yang bakal serang kita? " Khuatir General. Jeno menghembus nafas.

" Situasi 4 tahun lepas, Tuan. Pengeboman oleh pasukan Captain Park Jihoon, sekaligus mengorbankan Doktor Hyunjoo. Pengganas nak balas dendam sebab ada anak buah mereka yang mati. Bahaya untuk pasukan kita sebab genjatan senjata dinaikkan. "

Mata General membulat. Cuba menepis rasa gusar dihati.

" Saya percaya pasukan Jihoon akan handle dengan baik. Mereka kan pasukan Air For-- "

KRINGGG!!

Telefon pejabat yang berdering kuat, menyentak General. Pantas diangkat, kerana dia tahu ini panggilan daripada menara kawalan komunikasi.

" Tuan! Kami dapat info daripada pasukan di Afrika! "

" Info? Berkenaan apa? "

Bibir bawah General diketap. Hatinya berdetak laju.

" Pasukan kita di Afrika baru sahaja diserang, tuan. Jadi, mereka membuat back off emergency, kerana pasukan pengganas masih belum melancarkan serangan atas udara. "

Tergamam. General memegang dadanya yang sakit.

Sungguh, Ya Tuhan.

" Baik, saya proceed! Arahkan mereka undur diri. Semua unit! Suruh pasukan Air Force lead. "

" Tapi tuan... "

" Tapi apa lagi? " Kesal General.

Sungguh dia risau. Hanya selamatkan pasukannya, itu sahaja dia mahu.

" Captain Park Jihoon tidak dapat ditemui, Tuan. "

Continue Reading

You'll Also Like

727 90 9
Hud Qays Zayyan, seorang tentera Malaysia bertemu dengan seorang gadis bernama Ummul Eisya gadis biasa yang tinggal di Lorong Haji Taib. Awalnya Hud...
2.8K 505 10
"Kita putus." Disebabkan itu, Junkyu membenci gadis itu selama dua tahun tanpa mengetahui sebab yang sebenar. ● short story Start: 25.11.21 End: 25.1...
3.1K 554 14
[ HAMADA ASAHI FANFICTION ] Nyah kau wahai hantu jepun! Pertemuan antara Baram dan roh Asahi yang tanpa sengaja. "Semua kenangan aku dan kau ada dal...
5.7K 306 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...