( ✔ ) Xavier's Cupcake

By nkimmyy

134K 6.8K 599

" Bella always be my only cupcake " >♡ Putera Hans Xavier ? Dia mempunyai rupa yang sangat kacak , dan duit y... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 36
Bab 37
Ending 1 : Bab 38
Ending 2 : Bab 39
Ending 3 : Bab 40 : Last

Bab 35

3.7K 183 4
By nkimmyy

Hans Xavier & Nur Isabella

Topi baby hadiah daripada Rosean Kim dan Muhd Ikram, dipakaikan di kepala Putera Haidar Iffat. Hans Xavier ajak Nur Isabella dan Haidar keluar bersama.

Setelah seminggu Xavier cuba sembuhkan diri, dia telah kembali semula bekerja. Sebelum start kerja, Xavier nak luangkan masa dengan keluarga kecilnya dahulu.

"Cantiknya cinta" Xavier datang dari belakang. Dia baru je bersiap.

Pinggang ramping isterinya dipeluk dari belakang. Bauan Isabella dihidu di bahagian atas kepala yang dah berbalut tudung.

"Rosean macam mana sayang? Dia okay ke?" tanya Isabella. Seminggu lepas, Rosean selamat melahirkan kembar tidak seiras, lelaki dan juga perempuan.

"Alhamdulillah okay. Cuma si Ikram tu kena banyak bersabar bila Rosean asyik marah 24 jam. Mood Rosean tu kelaut dah"

Xavier pun kena marah dengan Rosean. Masuk pintu tak bukak perlahan, kena marah, bukak laju pun, kena marah.

Entahlah Rosean tu.

"Hahaha kesian abang" barang-barang keperluan Haidar dimasukkan ke dalam beg.

"Tapi sayang cemburu dengan Ikram"

"Kenapa pula?"

"Ye lah. Dia dapat je jaga isteri dia masa pantang, tapi sayang tak pun."

Mendengar ayat Xavier itu, Isabella pusingkan tubuhnya menghadap Xavier. Haidar turut diangkat.

"Cinta minta maaf sebab tak beri sayang rasa macam tu.." Haidar diberikan kepada Xavier. "Walaupun Haidar ni, sayang tak dapat besarkan, tapi cinta janji akan berikan anak-anak yang lain untuk sayang rasai perasaan seorang ayah okay?"

"Sayang nak satu pasukan bola sepak tau"

"Yee. Demi sayang, cinta sanggup."

"Yeay! Okay jom!" Xavier dengan perasaan gembiranya itu memeluk anaknya dengan erat. Haidar hanya diam dalam pelukkan.

Dia masih dalam mood mengantuk.

"Sayang keluar dulu. Kejap lagi cinta turun"

"Okay cinta. Cepat sikit tau"

"Baik"

Xavier keluar dahulu bersama-sama Haidar yang perlahan-lahan tidur di dalam pelukkan Xavier.

Mama paksa bangun awal.

Ubat-ubat emergency Haidar dimasukkan ke dalam beg khas untuk Haidar. Tugas sebagai ibubapa bukanlah kerja senang, tapi ianya sudah menjadi kebiasaan Isabella.

Beg diangkat. Sebelum keluar, Isabella tatap gambar kahwin dia dan Xavier yang terpapar di dinding. Entah kenapa dia rasa seperti sesuatu akan berlaku.

Sesuatu yang buruk akan menimpa keluarganya.

"Ya Allah ya tuhanku, kau lindungilah keluarga kecilku ini"

Isabella tak sanggup hilang Xavier dan Haidar. Biarlah hanya Isabella yang dijadikan mangsa dan bukan dua orang yang penting dalam hidup Isabella.

Pintu dibuka dan Isabella keluar dari bilik dengan perasaan yang kurang senang dalam hatinya.

Skip

Sepanjang perjalanan, Haidar hanya tidur dalam pelukkan Isabella. Dia langsung tak kisahkan Xavier yang dah memekak dalam kereta menyanyi lagu yang dipasang.

Isabella layankan je suami dia tu. Dah biasa dari awal kahwin.

Nasib suara sedap.

"Bising duh Xavier!" Putra Aryan Xander dan Ayra Medinna juga turut serta. Mereka membawa anak pertama mereka iaitu, Putra Aatif Xakir.

"Ah kau diam dekat belakang tu. Tak bawak kereta kan? Jadi senyap"

"Aku nak bawak, kau yang tak kasi"

"Kereta aku, suka hati akulah"

"Kau siap masa naik kereta aku nanti. Aku balas balik apa yang kau buat" Aryan kalau jumpa Xavier ni, mesti gaduh je memanjang.

Ayra malas nak layan perangai suaminya itu. Dia lebih rela layan Aatif yang asyik main tudungnya itu.

Sedang mereka dalam perjalanan ke tempat yang dituju Xavier, kereta Xavier semakin perlahan saat ada beberapa kereta yang menghalang jalan mereka.

Di tengah-tengah jalan raya, ada 10 kereta berkumpul di situ. Mereka bukan sahaja halang kereta Xavier, juga kereta orang lain.

"Apa yang terjadi?" tanya Aryan. Pelik.

Rasa tak sedap hati Isabella bertambah dari perasaannya di rumah lagi.

"Biar aku turun" Xavier bukak seatbelt. Isabella cepat-cepat tarik tangan Xavier, "jangan turun"

"Kenapa cinta?"

"Jangan sayang. Duduk je dalam kereta ni"

"Tapi susahlah orang lain nak gerak. Sayang turun sekejap je okay?"

"Ikutlah cakap cinta ni boleh tak?" akibat rasa tak sedap hati, Isabella menangis ketika menghalang Xavier. Xavier yang tak boleh tengok Isabella menangis, betulkan semula duduknya.

Dia lap air mata Isabella. Sampai menangis Isabella menghalangnya.

Dan baru Xavier faham. Tak perlu sesiapa beritahu.

"Cinta okay tak? Dari rumah tadi sayang perasan yang cinta asyik senyap je"

"Cinta rasa tak sedap hati. Macam sesuatu akan terjadi. Cinta tak nak apa-apa terjadi dalam keluarga kita ni..."

"Hey cinta. Tak akan ada yang ganggu keluarga kita selagi sayang ada, okay?" Xavier usap belakang badan Isabella.

Bang!

Darwish Farhan keluar dari 10 kereta tadi. Dia tembak arah langit.

Mendengar bunyi tembakan, Xavier keluarkan pistolnya dari bawah seat kereta, sama dengan Aryan. "Pegang Aatif erat. Jangan pernah lepaskan dia" pesan Aryan kepada Ayra. Ayra mengangguk.

Xavier kucup dahi Isabella dan Haidar. "Jaga Haidar, cinta. Sentiasa duduk dengan Ayra dalam kereta ni dan jangan pernah terfikir nak keluar"

"Sayang nak pergi mana? Sayang jangan tinggalkan cinta..."

"Tu bunyi tembakan cinta. Sayang nak pastikan tiada yang boleh cederakan keluarga kita. Jangan risau, Ayra ada teman cinta"

"Sayang jahat" Isabella tolak lengan Xavier. Xavier tak mampu nak biarkan Isabella, jadi dia pandang Aryan. "Call team kita. Suruh diorang datang dalam masa 5 minit. Pakai helikopter dan apa je kenderaan yang boleh bawak diorang cepat ke sini"

"Baik!" Aryan keluarkan telefonnya.

"Sayang janji tak lama. Cinta tunggu okay?" Xavier usap atas kepala Isabella sebelum keluar bersama-sama Aryan.

"Tu bukan Darwish ke?" jari Aryan tujukan ke arah Darwish yang pegang pistol. Darwish yang nampak kelibat orang keluar, pandang tajam ke arah itu.

Dia tersenyum saat dapat pastikan siapa yang keluar kereta.

"Hans Xavier! Kau kembali!" jerit Darwish. Dia dan kumpulannya menuju ke arah Xavier dan Aryan.

"Kau nak apa lagi Darwish?"

"Kau tanya aku? Aku nak Bella, isteri kau, boleh?"

"Kau merepek apa ni setan? Dia isteri aku! Jangan harap aku kasi dia dekat kau" Xavier dah hala pistol ke arah Darwish.

"Aku malas nak ada pertumpahan darah, Hans Xavier, jadi baik kau serahkan Isabella. Anak kau tu kau boleh simpan. Aku nak Bella je"

"Aku tak akan benarkan!" Xavier tarik picu.

Sedar akan tangan Xavier, Darwish tembak ke arah Xavier dan badan Xavier ditolak seseorang.

Isabella jatuh terbaring di atas jalan raya. Lengan kanannya ditembak dan darah mengalir keluar cepat.

Xavier terkaku seketika sebelum cepat-cepat ke arah Isabella. Darwish yang dapat pastikan Isabella ditembak itu, campak pistol ketepi. "Argh fuck!"

Darwish ingin blah dengan ahli-ahli kumpulannya yang lain tapi dihalang geng Xavier yang baru je tiba.

Xavier pula pangku Isabella. "T-tak jangan.. Jangan tinggalkan sayang"

"Cinta luka sikit je ni. Maafkan cinta sebab buat macam ni"

Xavier tarik Isabella ke dalam pelukkan. Bajunya dikoyakkan dan dibalut lengan Isabella untuk hentikan darah.

Air mata Xavier turut mengalir. Dia menangis sambil peluk isterinya.

"Sayang tak akan benarkan apa-apa terjadi terhadap cinta..."

Bersambung

jangan lupa vote dan comments!

Continue Reading

You'll Also Like

101K 5.5K 28
[AUTHOR: AUREL] Berkahwin diusia 17 tahun benar benar diluar jangkaannya . Tak pernah terfikir untuk berkahwin pada usia semuda ini . Memang tidak pe...
130K 6.2K 53
[C O M P L E T E] ETHAN AIDEN Menjadi seseorang yang digeruni dalam dunia gelap bukanlah pilihannya. Hanya kerana dipaksa oleh bapanya sendiri, dia t...
162K 8.6K 67
𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin deng...
20.2K 565 42
SIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan s...