1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 4

1.1K 147 20
By yoshihoshiss

Pulangnya daripada hospital, Heeso menghembus nafas kasar.

Lelah.

BUK!

Tersentak, membulat mata si gadis apabila dua sosok kecil berlari memeluknya kini.

Ini..

Si kembar!

" Aigoo! Kesayangan aunty! " Teriak Heeso. Hilang lelahnya, lantas tubuh si kembar dipeluk erat.

Ah, pasti kakaknya disini.

Pipi tembam mereka berdua dicubit dan dikucup lembut. Sungguh Heeso rindu pada anak buahnya ini.

Hwang Ji dan Hwang Hea.

Si abang, Hwang Ji yang lahir dahulu, 5 minit lebih awal daripada si adik. Membesar kini menjadi sosok yang elok, dan sungguh menjaga adiknya.

Dan si adik, Hwang Hea, si kecil perempuan yang lahir lewat 5 minit kemudiannya. Dia lah insan pengarang jantung hati abangnya.

Meskipun keduanya baru mencecah usia 4 tahun, dapat dilihat keikhlasan Ji menjaga adiknya, Hea daripada sebarang bahaya.

" Ji, Hea, salam dulu tangan aunty. " Muncul si kakak sulung Heeso, Kim Heena. Menapak ayu, menghampiri adiknya bersama dua anaknya

" Bila kakak sampai? " Ceria Heeso.

Heena tersenyum manis, menepuk manja bahu si adik.

" Baru tadi. Akak bawa sekali suami akak. "

Heeso tergamam. Matanya bergetar memandang Heena sebelum kakaknya mengangguk.

" Sampai bila kan, Heeso? Kita ni keluarga, takkan nak macam ni? Nenek kena rendahkan ego dia. "

" AKU YANG RENDAHKAN EGO, ATAU PUN KAU YANG PERLU BERCERAI?! "

Keduanya membisu.

Kembar yang seakan memahami, berlari pantas menjauhi ibu dan aunty mereka.

Kerana kehadiran insan yang sedang menuruni tangga kini.

Miso.

" Nek... "

" Aku dah cukup baik bagi kau datang rumah aku. Tapi bila kau bawa suami miskin kau tu, kau dah melampau, Kim Heena! " Teriak nenek, menderu nafasnya memandang tajam Heena yang kini menunduk.

Dan dapat dilihat suami Heena yang baru selesai membersihkan halaman rumah belakang, tergamam di pintu belakang.

Matanya memandang keadaan yang mulai tegang itu.

" Nek, dahlah. Sampai bila kita nak bergaduh? " Pujuk Heeso. Sungguh dia juga merindukan kakaknya.

Sampai bila nenek nak agungkan ego tu?

" Kau cuba nak lawan aku sekarang, Heeso? "

" Bukan, nek. Heeso tengok kakak bahagia je. Dapat kembar, suami dia baik, apa lagi yang kurang? " Protes Heeso. Mata nenek membulat.

" Apa yang kurang?! Duit! Duit! Patah tulang aku membesarkan korang, limpahkan dengan kasih sayang, tapi kakak kau pilih nak rendahkan diri dia kahwin dengan lelaki miskin tu! "

" Saya tahu saya miskin, nek. Saya tahu saya tak mampu nak limpahkan Heena dengan wang ringgit. "

Suara yang mencelah menyentak mereka semua.

Lantas mata kini memandang suami Heena.

Hwang Booji.

Dengan pakaian lusuh membalut tubuh, ditambah kini kotoran tanah yang melekat kerana membersihkan halaman rumah nenek.

" Kau sedar diri kau sekarang kan? Tunggu apa lagi? Ceraikan Heena! "

" NENEK! " teriak Heeso.

Sungguh, dia tidak terima.

Darjat dan wang ringgit bukan segalanya.

Asalkan bahagia. Apa lagi yang tidak puas?

" Saya tak mampu nak limpahkan wang ringgit kat Heena. Kat Ji dan Hea. Tapi saya boleh janji, selagi tulang empat karat saya masih berguna, selagi nyawa masih ditubuh saya, anak isteri saya takkan kebuluran. Anak isteri saya takkan kekurangan keperluan. Beras, pampers, pakaian, semua akan saya usahakan sebaiknya. Dan menceraikan Heena... Hanya kematian boleh memisahkan kami. "

Lantang suami Heena membalas.

Penuh kelembutan, tetap menghormati nenek sebagai orang paling tua disini.

" Sayang... " Tangis Heena. Sungguh air mata mulai membasahi pipi melihat keadaan suaminya begini.

Heeso pantas meraih bahu kakaknya, memujuk perlahan.

" Kalau tu lah apa kau nak, okay aku terima. Tapi mulai sekarang, kau dengan anak bini kau DIHARAMKAN jejak kaki lagi kat rumah ni! Aku tak nak tengok lagi muka korang! BERAMBUS! "

" APA NENEK CAKAP NI?! "

Kali ini, Heeso tidak berlembut. Sungguh neneknya melampau.

Ini darah dagingnya sendiri.

Sanggup nenek buat macam tu....

Heena mengelap air matanya lantas, meraih tangan si kembar yang kini sudah sugul, menunduk diam. Wajah suaminya dipandang, dan bagai mengerti mereka berdua menapak keluar.

Berpampasan dengan Heeso yang masih terdiam dipintu.

Memandang sayu kakaknya yang bakal pergi.

Heena memeluk erat tubuh adiknya.

" Adik jaga diri. Kakak janji adik boleh jumpa Ji dengan Hea bila-bila je adik nak. Kakak takkan tinggalkan adik okay? Nanti kalau adik kawin, carilah yang memahami adik, limpahkan adik dengan kasih sayang. Sebab wang ringgit tak boleh beli kebahagiaan, dik. "

Dan begitu sahaja, Heena pergi.

Meninggalkan Heeso yang sudah tersedu-sedan.

Kini mata merah itu, memandang nenek yang masih angkuh sombong. Seakan bangga baru sahaja menghalau darah dagingnya sendiri.

" Nenek sedar tak apa nenek buat? "

" Kau tak payah ajar aku, Heeso. Kau ingat aku tak tahu apa jadi kat hospital tadi? "

Heeso memandang nenek dengan kerutan.

" Hospital? "

" Kau makin melampau. Tapi aku takkan biarkan kau jadi macam kakak kau. Sebelum kau pergi Afrika, kau akan bertunang dengan Jaemin. "

" NENEK! "

Tak. Apa ni?

Sungguh, Heeso rasa ingin lari.

Sesuka hati sahaja dia diperlakukan begini?

" Lusa, Kim Heeso. Jaemin akan datang lusa dengan keluarga dia, untuk urusan pertunangan. Jangan melawan kalau kau masih anggap aku ni nenek kau. "

----------------------

" Jihoonieee.... "

Tersenyum, pantas Jihoon menyalam tangan wanita yang telah melahirkannya.

Pantas tubuh tinggi itu dipeluk erat.

" Mama. Rindu. "

" Mama pun rindu Jihoonie. Aigoo, besar dah anak bujang mama! " Bebel mama, menarik tangan anak bujang sulungnya untuk duduk.

Tanpa apa-apa, Jihoon pantas melabuhkan kepalanya dipeha si ibu. Meminta wanita itu membelai rambutnya.

" Mama... "

" Hurm? " Jawab si mama, tekun mengelus rambut Jihoon.

Jarang sekali anak sulungnya ini pulang ke rumah. Kerana tugas negara. Sama seperti suaminya.

Dan mama dirumah, ditemani anak bongsunya, adik Jihoon, Park Jeongwoo.

Namun, Jeongwoo juga semakin sibuk kerana tahun akhirnya sebagai seorang pelajar sekolah.

Apabila Jihoon mengatakan dia akan pulang sebentar, betapa gembiranya hati si ibu dapat menatap wajah anak sulungnya yang sudah lama tidak bertemu.

" Jihoon kena pergi Afrika, ma. "

" Next week kan? Mama tahu, papa dah cakap. "

" Tapi, ma.. Afrika tu.. " keluh Jihoon. Suaranya perlahan, menikmati belaian si ibu pada kepalanya.

" Hyunjoo ya, sayang? "

Jihoon menatap mata ibunya.

Tidak membalas.

Kerana dia tahu, mama pasti mengerti perasaannya.

" Mama sayang Jihoon. Mama sayang Jeongwoo. Mama sayang kedua anak mama. Dan mama nak korang bahagia. Mama suka Hyunjoo. Dia baik, dia peramah. Tapi dah tertulis, sayang. Dia pergi dahulu sebelum kita. "

Lembut tutur bicara.

Menjentik hati Jihoon.

" Akan ada satu hari, mama kena lepaskan Jeongwoo bila dia dah jumpa gadis yang dia cintai. Dan akan ada masa mama kena lepaskan Jihoon juga. Sampai bila Jihoon nak meratapi? Mama nak Jihoon tersenyum juga. Mama nak hati anak mama ni kembali dipenuhi rasa cinta, yang dahulu pernah mati. "

Terdiam.

Tidak menyedari mata Jihoon mulai berair.

Membasahi pipi, menandakan pemuda Park ini menangis.

" Jatuh cinta tu seronok, Ji. Seronok sangat. Macam mama dan papa. Seronok bila ada orang sayang kita, ada orang beri perhatian kat kita. Dan bahagia bila dalam keramaian, dalam ratusan juta orang, hatinya masih mencari kita. "

" Mama tahu Jihoon sakit. Mama tahu Jihoon rasa bersalah, mama tahu semuanya sayang. Tapi, tak kesian ke kat hati tu? Kesian dia, dah lama tak ada kupu kupu berterbangan. Kesian dia, dah lama kosong tanpa penghuni. "

" Jihoon kena buka hati, sayang. Belajar buka hati, untuk yang lebih menyayangi. Aturan Tuhan tu cantik, mama percaya Jihoon akan bahagia satu hari dengan insan yang akan mencintai anak mama sehingga akhir hayat. "

Mama mengelap lembut air mata Jihoon yang mengalir. Membelai lembut rambut si anak, tak lupa mengusap tangan Jihoon.

Sungguh dia tahu anak sulungnya banyak tersiksa.

Kerana itu, dia mahu Jihoon bahagia.

" Jihoon nak cuba buka hati, ma. Tapi rasa bersalah tu tetap ada. Hantui Jihoon... Sampai Jihoon tak berani nak beri diri sendiri peluang. " Balas Jihoon, perlahan. Mama mengangguk faham.

" Belajarlah. Sakit, mama tahu. Tapi perlahan.. sampailah hati tu belajar merelakan yang dah pergi. Dan buka pada yang baru. Kenapa, sayang? Dah ada ke yang cuba menarik hati anak mama ni? " Usik mama. Jihoon tersenyum tipis.

" Dia tak menarik hati Jihoon, ma. Tapi dia cuba pulihkan. Walaupun hati Ji masih terluka, tapi hati Ji kata dia orangnya, ma. Dia orangnya... Yang akan bahagiakan Park Jihoon. "

Continue Reading

You'll Also Like

32.8K 3.9K 30
(calling out for those who found this book from tiktok, boleh tak send link video tu, just nak tengok, tq <3) "Awak tahu tak awak ni macam cinderella...
17.6K 2.6K 38
Disebabkan dendam, dia menjadi begitu. "Why me, Haruto?" "Because it is you." start: 3.5.21 end: 16.7.21
1.5K 222 18
━━ nerdy boy to psycho guy cuz his girl ? ❏ completed ! β™‘ treasure's mashiho Β© KXYDBROWN | 2022 started : 200222 published : 090322 ended : 270222
66.5K 337 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...