1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 1
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 2

1.3K 173 10
By yoshihoshiss

Heeso bersiul kecil. Hari ini merupakan hari cutinya, menandakan dia boleh bersuka ria seketika. Dapatlah gadis ini melupakan bau ubat buat seketika.

Dior dan Prada?

AH SERONOKNYA!

Sudah lama dia tidak mencuci mata, dapatlah dia membeli koleksi baharu dipasaran.

Lumrah seorang wanita untuk menyukai barangan sebegini? Heeso tahu.

Tapi bukan dirinya, berharap pada duit lelaki untuk membeli. Ini duit hasil titik peluhnya bekerja. Jadi, hanya dia yang layak untuk berbelanja.

Dan juga untuk dua anak buahnya.

Oh, bercakap berkenaan dua kembar itu, Heeso jadi rindu!

Dia pasti akan menelefon kakaknya untuk pulang. Ingin sekali dia mencubit pipi tembam mereka.

Sedang asyik Heeso menapak dibahu jalan, tanpa disedari, seseorang berlari pantas daripada belakangnya, lantas meragut kuat beg tangan dibahunya.

Terkejut, Heeso kaku seketika.

B--beg dia baru kena ragut ke?

PAP!

Kepala si gadis diketuk, sebelum Heeso meraih kesedarannya.

" TOLONG! TOLONG! PERAGUT! "

Ha baru reti nak minta tolong!

Aduh macam mana ni? Kad pengenalan, duit, kad kredit semua dalam tu!

Dalam kekalutan, bahu si gadis ditepuk, sebelum seorang pemuda pantas berlari mengejar langkah si peragut.

Namun, ayat terakhir yang diberi pemuda itu membuatkan jantung Heeso mulai berdetak normal.

" Kejap, saya kejar peragut tu. "

------------------------

" Nah beg Cik-- Doctor Heeso? "

Membulat mata si pemuda, sebelum Heeso juga turut tergamam.

Memandang tanpa kelip penyelamatnya hari ini sebelum Heeso menunduk hormat. Mengucapkan terima kasih.

" Terima kasih sebab selamatkan beg saya, Captain Jihoon. "

Captain Jihoon.

Sahabat Jeno rupanya.

Syukurlah dia ada, selamat duit aku.

" Eh panggil Jihoon je, kita bukan dalam kawasan perang. " Balas si pemuda, tersenyum manis.

Mengecilkan matanya.

Aww, pemuda ni ada eyesmile rupanya.

" Ba--baik, Jihoon. Terima kasih banyak sebab tolong saya. Tak tahulah apa jadi kalau beg ni hilang. " Keluh Heeso, menggeleng perlahan.

" Cuba awak check. Ada barang hilang tak? "

Heeso berkerut, lantas membuka begnya, memastikan tiada yang hilang.

Duit, telefon, kad...

" Semua ada! " Ceria Heeso. Jihoon yang memerhati tersenyum kecil.

" Syukurlah. Lain kali, jalan elok elok. Beg tu kalau boleh, kepit. Jangan biarkan menghadap jalan, bahaya. "

" Baik, Captain. Menurut perintah. " Seloroh Heeso. Jihoon menggeleng dan menghembus nafas.

Sesak nafas dan penat juga.

Berlari mengejar peragut tadi.

Melaporkan pada polis lagi.

Sungguh, Jihoon tak dibayar untuk semua n--

" Erm, kalau saya belanja awak minum nak? Sebab dah tolong saya. "

Jihoon terdiam seketika.

Peh, perempuan ni boleh baca suara hati aku ke?

" Bo--boleh! " Angguk Jihoon. Heeso tertawa senang, dan langkahnya mendahului Jihoon, menapak ke cafe kegemarannya.

Dalam diam, jantungnya berdetak tidak sekata.

Seharusnya dia bersikap biasa je kan?

Askar dibelakangnya ini orang baik. Dan mungkin sudah pun mempunyai kekasih hati.

Heeso cuma meneka.

Lagipun, gadis ini masih serik.

Selepas luka yang ditinggalkan Na Jaemin.

Ah doktor itu, menyampah apabila Heeso memikirkan.

" Kita makan sini lah. Sekali dengan lunch. " Pelawa Heeso, menapak masuk. Jihoon hanya menurut, tidak membantah.

Usai tempat duduk diambil, keduanya hanya mendiamkan diri.

Heeso dengan telefonnya.

Jihoon yang hanya memerhatikan sekeliling. Mungkin sudah terbiasa, kerana tugasnya sebagai askar.

Mengawasi keadaan sekeliling.

Heeso yang menyedari tiada bual bicara antara mereka, segera meletakkan telefonnya. Mengerling seketika Jihoon yang sedang leka.

Lelaki ini...

Menarik.

Bersama Tshirt Polo hitam, ditemani seluar slack panjang hitam.

Rambut disisir rapi, sedikit menampakkan dahinya.

Matanya yang sedia sepet, semakin sepet apabila serius.

Dan tubuhnya yang tegap itu.

Sungguh menggambarkan kehadiran penuhnya di gym.

Atau mungkin kerana latihannya sebagai askar?

" Lama betul awak perhatikan saya, Doktor Heeso. "

Hah?

Jap, hah?

" Sa--saya perhatikan awak? " Balas Heeso, gagap.

Jihoon tersenyum.

Sekali lagi, matanya mengecil.

Kali ini, matanya...

Tepat memandang mata Heeso.

" Habis tu, awak perhatikan siapa? Uncle tengah minum tu ke? Or barista yang tengah buat air? "

Kantoi.

Heeso tahu.

Pantas gadis ini menggeleng.

" Taklah perhati. Cuma nak tanya, Jeno macam mana? Dah okay? "

Cun, tukar topik.

Bagus, Heeso!

" Jeno? Bukan ke dia dirawat di hospital tempat awak kerja? Patutnya awak lebih tahu. "

Pft.

Topik tak sesuai pulak!

" Awak join ke aktiviti kemanusiaan minggu depan ni? "

Tak ada idea lain dah. Heeso terpaksa cakap pasal kerja.

" Kat Afrika Selatan? " Soal Jihoon, kembali.

Dan Heeso mengangguk.

" Haah. Awak kan tente-- "

" Tak. Saya tak join. Harap awak tak akan bercakap pasal apa-apa misi kemanusiaan depan saya, Doktor Heeso. "

Heeso menyesal bercakap hal itu.

Jika kini, dia disua dengan...

Muka marah Jihoon.

---------------------------

Pulang.

Usai membelanja Jihoon makan, dan menghabiskan masa 3 jam di Dior, Heeso akhirnya pulang.

Penat dan letih.

Hanya mahu berehat sahaja.

Sebelum langkahnya terhenti apabila ternampak sosok tubuh yang sedang bersandar membaca surat khabar sambil menghirup secawan Jasmine Green Tea.

" Ne--nenek... "

" Kim Heeso. Pergi mana? "

Dan mata tajam itu tepat memandang Heeso. Gadis itu menggigit bibir bawah.

" Shopping, nek. Hari ni kan cuti. "

" Guna duit gaji? "

" Haah. Nenek tahu kan-- "

" Heeso buatkan nenek ni rasa tak berguna tau. "

Terdiam. Heeso menunduk. Tidak berani mengangkat wajah bertentang mata dengan neneknya, yang kini sudah berdiri memandangnya.

Neneknya.

Choi Miso.

Wanita ini lah yang menjaga Heeso dan kakaknya sejak ibu ayah mereka meninggal 20 tahun lepas. Dan dia jugalah yang membanting tulang, membesarkan mereka sehinggalah berjaya seperti ini.

Keluarga mereka kaya, keturunan mereka, lebih tepat.

Dan Miso bukanlah typical ahjumma.

Neneknya suka bergaya, dan sangat tajam lidah dalam berbicara. Bahkan kakaknya juga tidak berani melawan insan yang menjaga mereka sejak kecil ini.

Sehinggalah kakaknya berkahwin dengan lelaki yang tidak direstui oleh nenek. Kerana faktor harta dan darjat.

Kakaknya yang bekerja sebagai fashion designer, melupakan hasratnya sebaik sahaja berkahwin dengan suaminya kini. Hanya seorang pekerja kilang.

Dan nenek menggunakan kuasa veto.

Menghalau kakak.

Tetapi, Heeso percaya kakaknya seorang yang setia. Dan sehingga kini, kakaknya masih setia bersama suaminya, ditemani dua cahaya mata kini.

Kembar.

Yang sangat Heeso rindui!

Kerana itulah, Heeso tidak berani melawan neneknya.

Faktor hormat.

Dan takut.

" Nek, maaf ya? Heeso nak berbelanja je. "

Nenek mendengus. Kaca matanya dibetulkan sebelum rahang tegasnya membalas pandangan Heeso.

" Misi kemanusiaan kat Afrika next week tu, Heeso tak payah join. "

Huh?

Kejap, apa?

" Ke--kenapa? "

" Next week, nenek dah plan nak tunangkan kamu dengan Jaemin. Tinggal setu-- "

" Jap, nek. Jaemin? Kan Heeso taknak. "

" Cuba melawan, Kim Heeso? "

Ah tak boleh. Heeso kena melawan.

Sebab Jaemin tu...

Ada sesuatu pasal dia yang nenek tidak tahu.

" Heeso dah bagi nama, nek. "

" Suruh Eunjeong ganti. "

Sesuka hati seperti itu.

Ya, kerana nenek memang seperti itu.

" Heeso ganti Eunjeong, nek. Dia yang tak dapat join misi kali ni. "

" Nenek tak kira. Tolak-- "

" Buat majlis ni lepas habis misi Heeso, nek. Tunangkan Heeso dengan Jaemin lepas Heeso habis misi. "

Nenek terdiam.

Mata tajam itu, rahang tegas itu, memandang cucunya, lama.

Sebelum wanita berusia itu menghembus nafas kasar.

" Okay. "

Fuh.

Selamat.

Okay sekarang, fikir Heeso!

Kita kena larikan diri daripada Jaemin!

--------------------------

" Panggil saya, Tuan? "

" Berdua je kita sekarang. Appa nak cakap pasal kes kamu. "

Captain Park Jihoon dan ayahnya, dalam bilik khas General.

Hanya berdua, sebagai ayah dan anak.

" Pasal Jeno... ke appa? "

" Haah, berkenaan kes kamu tersalah tembak Leftenan Lee Jeno. "

Jihoon menunduk.

Dia tahu kesalahannya.

Dan dia siap menerima hukuman.

" Appa dah cakap dengan pihak atasan. Jeno dah berjaya sedar, dan masih dirawat. Untuk kes kamu, appa sendiri tetapkan hukuman kamu. "

" Hukuman apa, pa? "

" Misi kemanusiaan kat Afrika next week, kamu wajib pergi. Menggantikan Leftenan Lee Jeno. "






HAI SAYA DAH CUTI MIDSEM TAPI SEMINGGU JELA

Continue Reading

You'll Also Like

25.4K 523 29
[ KARYA PERTAMA ] -Amnesia -Balas dendam Singkat dan padat hehe Total words :
3.5K 485 35
҂ everyday with you until I fall in love 𝗦𝗧𝗔𝗥𝗧 : 2/6/2022 𝗘𝗡𝗗 : 16/9/2023 【© 2022 Park_Fina 】
41.2K 6K 68
Please excuse me, tolong halalkan saya, ❝ Kalau awak nak khawin dengan saya.. Kenalah masuk islam dulu ❞ - 나나 ❝ Jangan risau. Saya memang nak masuk i...
66.6K 338 24
Shownu merupakan Seorang usahawan yg terkenal dan berjaya. Walaupun di usia yg masih muda dia berjaya membangunkan sebuah syarikat yg mempunyai banya...