( ✔ ) Xavier's Cupcake

By nkimmyy

134K 6.8K 599

" Bella always be my only cupcake " >♡ Putera Hans Xavier ? Dia mempunyai rupa yang sangat kacak , dan duit y... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Ending 1 : Bab 38
Ending 2 : Bab 39
Ending 3 : Bab 40 : Last

Bab 32

3.1K 194 28
By nkimmyy

Hans Xavier & Nur Isabella

"Uwekk! Uwek!" Menangis Putera Haidar Iffat semasa Nur Isabella menyusukannya. Isabella pelik. Selalunya Haidar okay je kalau Isabella susukan, tiba-tiba hari ni, Haidar menangis tak tentu pasal.

Dah cuba susu badan, Haidar tak nak. Botol pun tak nak. Dah cuba semua orang, masih tak nak.

Makcik Haiqarl, Haiqarl Daniel, Hasya Arianna dan Tengku Aisy Zahrain mengelilingi Isabella dengan perasaan risau.

Mereka semua dah cuba pujuk, tapi tetap tak boleh.

"Apa kata Bella pasangkan suara papa dia?" cadang Zahrain. Idea tu tiba-tiba datang dekat kepala dia.

Isabella pandang lama Haidar. Dia fikir banyak kali.

Kalau boleh, dia tak nak langsung dengar suara Hans Xavier, sehingga dia jumpa Xavier semula, tapi dia terpaksa.

Setelah berfikir, Isabella pandang Haiqarl, "kau call Ikram"

"Kau serius?"

"Ye. Cakap dengan dia, Haidar nak dengar suara papa dia tapi jangan sampai Xavier sedar"

Haiqarl mengangguk dan terus telefon Muhd Ikram. Selepas beberapa deringan, Ikram angkat. Dia berbual sekejap dengan Haiqarl sebelum menuju ke bilik Xavier. Pintu dibuka perlahan.

Xavier sedang main dengan anak patung baby yang dibeli Rosean Kim. Teddy bear haritu dah rosak.

Ikram dekatkan telefon itu ke arah Xavier yang juga sedang susukan anak patung. "Minumlah anak papa~" nyanyi Xavier perlahan sambil menyusukan anak patung di tangannya.

Mendengar suara Xavier pujuk anak patung itu, Haidar berhenti menangis. Dia minum semula susu.

"Tidurlah~ Anak papa~" nyanyi Xavier lagi. Suara Xavier dan nyanyian merdu Xavier, memang memujuk Haidar sehingga tidur. Mereka semua dah syukur Haidar berhenti menangis.

Kecuali Isabella.

Dia sedih mendengar suara Xavier dari dalam telefon. Dia tahu suaminya perlukan dia, tapi hatinya masih berat nak balik.

Haidar perlukan papanya. Tapi Isabella masih sukar untuk angkat kaki dari dunia Rusia ini dan pulang ke dunia Malaysia.

"Anak papa, Haidar, papa ada dengan Haidar ni... Haidar tidur eh? Mama sibuk jadi papa tak boleh kacau mama. Papa tidur dengan Haidar tau?" kecil je suara Xavier bercakap dengan anak patungnya itu.

Dia memang bayangkan itu anaknya betul.

Menitis air mata Isabella ketika Xavier sebut nama Haidar. Dia tak sangka Xavier tahu nama anak mereka.

"Ikram ada beritahu yang Xavier tahu sendiri, dari dalam mimpi. Sampai sekarang, anak patung yang dia anggap anak tu dia panggil Haidar"

"Tutup Haiqarl" Isabella bangun dan letakkan anaknya ke dalam tempat tidur baby. Isabella kucup dahi Haidar serta selimutkan anaknya itu sebelum keluar dari bilik.

Haiqarl masih tak matikan panggilan melainkan mendengar suara Xavier.

"Papa rindu mama.. Papa nak mama.. Bila mama nak balik, Haidar?" kata Xavier lagi kepada anak patungnya itu.

Apabila rasa sebak tiba di dada, Haiqarl terus matikan panggilan. Dia tak mampu rasa sedih mendengar sakit Xavier sekarang.

Manakala si Zahrain mengejar Isabella dari belakang. Tangan Isabella ditarik dan dimasukkan ke dalam pelukannya.

Belakang Isabella diusap, "nangislah.." bisik Zahrain di tepi telinga Isabella yang bertudung sarung.

Isabella yang hanya menangis sikit itu, semakin bertambah-tambah tangisannya. Dia gengam baju Zahrain dan menangis di dada Zahrain. Sakit sangat apa dia rasa sekarang.

Dia rasa seperti isteri derhaka.

Tak akan hanya sebab dia pergi jauh, Xavier jadi sampai macam tu sekali?

Tak akan hanya sebab nak rawat diri, Isabella seorang sahaja yang salah?

Jadi apa yang Xavier buat selama ini tak salah untuk Isabella?

Hanya Xavier terseksa?

Isabella?

"Dunia ni tak adil Zahrain.. Semua orang cakap Bella yang salah. Bella sentiasa salah di mata semua orang, termasuk suami sendiri!" luah Isabella.

Zahrain hanya mendengar.

"Tiada siapa yang pandang dan rasa apa yang Bella rasa. Mereka semua hanya mampu berikan pendapat yang sentiasa berpihak pada seorang, bukan dua. Salah sangat ke apa yang Bella buat ni Zahrain?"

Zahrain angkat dagu adik susuannya dan biarkan Isabella pandang muka Zahrain dengan air mata yang bersepah di muka.

Zahrain senyum kecil.

"Nak dengar pendapat Zahrain?"

"Nak.."

"Macam ni" Zahrain tarik tangan Isabella dan dibawa duduk di sofa. Tangan Zahrain gengam tangan Isabella. "Look. Dalam Islam, apa yang Zahrain belajar, memang haram isteri jauh dari suami, tanpa izin suami dan lagi-lagi apabila suami sendiri sakit. Dosa dan salah apa Bella buat. Tapi..."

"Bella buat semuanya ada sebab tertentu kan? Dan Bella sendiri ada persetujuan orang lain, betul tak?"

"Betul.."

"Jadi, bukanlah salah Bella. Manusia salahkan Bella kerana bila seorang tu mula tunjukkan kekurangan dia kepada dunia, semua orang nak tunding jari kepada manusia kekurangan itu hanya untuk kasihan, manakala manusia kekurangan tu bahagia atas penipuan diri"

"Maksudnya?"

"Contohnya masa Isabella disakitkan dulu, ada ke orang lain backup si Xavier tu? Tak ada kan? Maksudnya, bila Xavier tu sakitkan Bella dan Bella tunjukkan kesakitan tu, dan buatkan semua orang marah Xavier dan bukan Bella."

"Jadi manusia ni hanya melihat yang lemah untuk disimpati?"

"Ye. Kebanyakannya orang yang dapat perhatian dari orang lain ialah orang yang ada keistimewaan dia sendiri, termasuk seorang yang memang nak attention ataupun budak yang nakal"

"Faham.."

"Isabella... Dengar ni. Jangan pernah dengar dan ikut cakap orang lain, lebih baik percaya diri sendiri, lebih dari keluarga sendiri! Keluarga kita ni tak akan selamanya dengan kita. Bila Allah nak, dia tarik macam tu je!"

Isabella mengangguk sebagai balas.

"Apa Bella buat ni memang salah tapi ada baiknya jadi lebih baik Bella buat keputusan untuk diri sendiri menggunakan idea sendiri. Tau?"

"Baik Zahrain. Terima kasih teman Bella dan berikan nasihat."

"Sama-sama, baguslah" Zahrain kembali peluk Isabella sambil menikmati matahari yang ingin tidur dan mengantikan bulan.

Skip

Xavier buka telefonnya dan mencari album yang ada gambar-gambar Isabella yang dia ada ambik secara senyap-senyap.

Gambar itu ditatap. Bukan gambar je, video pun ada sekali.

Suara Isabella membebel itu betul-betul buatkan Xavier tersenyum. Dapat lihat dari cahaya lampu telefonnya dah cukup.

Dia mahukan betul-betul hadapan tapi nak buat macam mana? Dia hormatkan keputusan isterinya.

"Isabella... Sayang rindu"

Xavier masih mengusap dan melayan matanya di telefon miliknya. Secara perlahan-lahan dia tengok telefon, Xavier tertidur dengan telefonnya masih tayangkan sebuah video semasa Xavier honeymoon berdua di Rome.

Manakala Isabella di Rusia, menonton juga video dan gambar Xavier di telefonnya. Dia tonton dengan air mata yang deras mengalir.

Sambil tonton, Isabella juga tertidur dengan telefon yang tayangkan video yang sama dengan Xavier.

Kerana itulah, kalau dah jodoh, tak kemana, adinda, idaman kanda~

Bersambung

Continue Reading

You'll Also Like

1.9K 105 12
Perjalanan hidup manusia adakalanya indah, adakalanya penuh liku dan duri. Begitu juga dengan kisah hidup Daneen. Dek masa silamnya, dia benci bergel...
2.4M 83.1K 46
"Kenapa you panggil I, Fahrin? Semua orang panggil I, Ryan,"- Fahrin "Because Ryan is too mainstream," - Rose Sweet Tooth Café & Bakery menyediakan...
75.8K 1.7K 17
Spin off: His First Love Series 2
96.4K 11.2K 24
𝐌𝐢𝐧𝐞'𝐬 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝑫𝒂𝒚𝒚𝒂𝒏'𝒔 : 𝑴𝒚 𝒏𝒂𝒖𝒈𝒉𝒕𝒚 𝒘𝒊𝒇𝒆 "Nayla suka awak dari kecil lagi." "Nayla nak jadi isteri awak." Dia gadis...