( ✔ ) Xavier's Cupcake

Від nkimmyy

134K 6.8K 599

" Bella always be my only cupcake " >♡ Putera Hans Xavier ? Dia mempunyai rupa yang sangat kacak , dan duit y... Більше

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Ending 1 : Bab 38
Ending 2 : Bab 39
Ending 3 : Bab 40 : Last

Bab 30

3.3K 177 26
Від nkimmyy

Hans Xavier & Nur Isabella

Cawan kopi di tangan, ditujukan ke mulut untuk dirinya sedut minuman tersebut. Suasana pagi di dunia Rusia ini berikan rasa lain untuk Nur Isabella.

Cuaca yang sejuk dan aman. Kawasan tempat tinggal makcik Haiqarl Daniel jauh di kawasan perkampungan jadi agak sunyi sedikit.

Dah nak masuk 5 bulan dia berada di dunia Rusia ini bersama-sama anak pertamanya, Putera Haidar Iffat.

Haidar yang jenis kurang meragam ini sangat memudahkan Isabella. Bagi susu je, terus tidur Haidar. Nak main pun kurang sebab Haidar jenis suka main sendiri.

Hasya Arianna datang dengan tangan mengusap perutnya yang semakin kedepan. Memang beranak ni dekat Rusia lah ni.

"Kau buat apa?" tanya Hasya sambil dia tarik kerusi dihadapan Isabella untuk duduk. Isabella pandang Hasya.

"Cuma ambik angin pagi."

"Kau macam mana sekarang? Okay?"

"Okay je. Makin sihat. Aku rasa gembira sangat berada dekat sini. Tempat aman dan cuaca pun baik"

"Baguslah. Aku tumpang bahagia. Suka aku tengok kau senyum sekarang"

"Kan? Entahlah. Walau aku rindu suami aku, tapi kemunculan Haidar, ubatkan rindu tu. Aku cuma nak Xavier rasa apa aku rasa" Isabella tunduk saat mulutnya menyebut Xavier.

Dia rindu akan cinta terakhirnya. Siapa je tak rindu suami sendiri kan?

Tapi nak buat macam mana. Isabella hanya inginkan Xavier rasa apa yang dia rasa selama ini.

Memang Isabella dah maafkan tapi sukar untuk Isabella hadap Xavier selepas apa yang Xavier buat. Perit sangat Isabella nak telan, apatah lagi memaafkan. Jadi, Xavier kena terima pilihan Isabella.

Isabella bersyukur dia masih belum bercerai dengan Xavier. Kalau tak, mesti dia menyesal habis.

Dia tahu, semua orang buat silap dan Isabella tak perlu nak minta cerai macam tu je. Dia pun dah tahu kisah sebenar.

"Aku faham Bella. Baguslah apa kau buat tu. Kau kena kuat dan dapatkan balik keceriaan serta kekuatan kau yang dulu tu. Kau dah makin lemah tau semenjak kahwin ni"

"Dah nak jadi isteri solehah, kenalah jadi lemah lembut. Aku tak nak Xavier lihat sisi ganas aku"

"Eleh kau. Aku rasa kalau Xavier tengok sisi ganas kau, mesti dia tak akan pandang Adriana tu kan?"

"Haahlah kan! Kenapalah aku bodoh sangat tak tunjuk sisi ganas aku tu?"

Mereka berbual sehingga Haiqarl datang dengan membawa dua mangkuk penuh spagetti. Dua mangkuk itu diletakkan di atas meja.

"Isabella"

"Hurm?"

"Nak pergi jalan-jalan tak?"

"Haidar mana boleh bawak jalan lagi. Dia masih awal lagi"

"Yee tahu. Ni cadangan makcik aku. Dia boleh jagakan Haidar asalkan kau tinggalkan susu badan. Kau nak tak?"

Isabella fikir cadangan Haiqarl. "Bolehlah. Memandangkan aku pun tak pernah keluar selain pergi hospital. Jadi aku setuju"

"Okay. Lepas solat zohor, kita gerak"

"Okay!"

Skip

Putra Aryan Xander menolak pintu bilik Hans Xavier. Dia masuk sambil membawa sedulang makanan tengah hari untuk Xavier. Sambal ayam dan nasi.

Ini pun resepi Isabella yang dimasak oleh Ayra Medina.

"Xavier.." Aryan panggil Xavier yang sedang main teddy bear di atas katil. Lampu bilik dibuka.

"Jom makan nak tak Xavier?"

"Aryan! Suara perlahan sikit, anak aku tengah tidur ni" bisik Xavier kepada Aryan. Teddy bear yang dipeluknya itu di tepuk-tepuk.

Aryan mengangguk, dia layankan sahaja. "Jom makan, Xavier?"

"Tak nak"

"Jomlah. Makan sikit pun jadilah. Makan okay? Aku suap"

"Isabella masak ke?"

"Haah. Isabella masakkan. Dia kata, kalau Xavier makan, Isabella bertambah sayang dekat Xavier. Xavier makan eh?"

Mendengar nama Isabella, buatkan Xavier angguk laju kepala. Dia bukak mulut.

Selepas baca doa, Aryan suapkan sahabatnya. Tak kisahlah dia kena suap, asalkan Xavier makan.

Aryan dan Rosean tak boleh terima Xavier disahkan gila. Tapi nak buat macam mana lagi, ini takdir. Xavier pilih untuk jadi macam ni.

Disebabkan sayang, Aryan dan Rosean layankan sahaja karena Xavier. Mereka terlalu sayangkan persahabatan, lagi-lagi dengan Xavier yang banyak bantu mereka, tak kira susah atau senang.

"Sedap tak?" tanya Aryan.

"Sedap." Kalau Xavier dah cakap sedap tu, mesti jadi resepi yang Ayra ikut. Kadang-kadang Ayra dan Rosean masak, mesti tak sama dengan masakkan Isabella, dan kalau tak sama, Xavier tak akan makan.

"Xavier.. Aku rindukan kau yang dulu" luah Aryan. Dia tahu Xavier tak akan faham.

Air mata yang ingin menitis itu, ditahan Aryan. Dia tak boleh biarkan Xavier nampak yang dia menangis.

Xavier betul-betul berubah. Rambut pun semakin panjang, janggut dan tumbuh serta badan semakin kurus.

Aryan bersyukur yang dia tak hilang sepenuhnya Xavier. Biarlah berubah, asalkan Xavier masih ada di hadapan mata.

"Aku minta maaf sebab pernah marah dan maki kau dulu. Aku rindu kau Hans Xavier... Rindu kita yang dulu..."

Habis je suap, Aryan biarkan Xavier seorang dan keluar bilik. Dia menangis sebaik sahaja dia tutup pintu.

Terduduk Aryan dihadapan pintu bilik Xavier. Dia tak mampu tahan rasa sedih dan kecewa dengan diri sendiri. Kalau dulu dia tak marah Xavier dan percayakan Xavier, mesti semua ini tak jadi.

"Bie.." Ayra yang alang-alang berada di situ, terus menuju ke arah Aryan. Badan Aryan dimasukkan kedalam pelukkan.

"Bie rindu Xavier. Bie nak Xavier yang dulu.. Ya Allah.." Aryan menangis di dalam dakapan isterinya. Teresak-esak Aryan menangis.

Ayra hanya mampu tepuk belakang suaminya dan memujuk. Dia juga rindu tapi ini semua jalan yang Allah dah tulis, jadi mereka semua harus ikut walau sakit untuk terima.

'Kau kembalikan Xavier yang dulu, ya Allah...' luah Ayra di dalam hati.

Skip

Haiqarl dan Hasya suka bila lihat Isabella pilih baju baby yang berada di dalam butik baby.

Isabella masih diberi nafkah oleh Alexander, mengantikan Xavier. Duit Xavier ada dalam tangan Alexander. Alexander jaga Isabella walau dia tak tahu mana cucu perempuannya berada.

Pelbagai jenis baju lelaki Isabella ambil. Dia suka sangat baju-baju yang ada di butik itu.

"Cantiknyaaa! Ni kalau Haidar pakai ni, mesti comel!"

Bakul di tangan Isabella dah penuh baju-baju baby untuk lelaki. Ini bakul ketiga tau, bakul pertama dan kedua, Haiqarl yang pegang.

Isabella tak henti-henti pilih baju. Dia seronok sangat.

Sedang Isabella pilih, dia terlanggar seseorang. Orang yang dilanggarnya sempat menangkap tangan Isabella sebelum Isabella jatuh.

"Ahh i'm sorry!" Isabella pandang lelaki yang dilanggarnya tadi.

Lelaki tersebut pandang Isabella dan dia sedikit terkejut. "Isabella?"

"Wait... Zahrain?"

Bersambung

Продовжити читання

Вам також сподобається

20.2K 565 42
SIR AEDEN RIZKY XANDER merupakan seorang jutawan muda yang pertama mencipta nama di mata dunia. Mempunyai rupa tampan yang tiada tandingnya dengan s...
137K 6.3K 73
{COMPLETED} #1 of Trigger [Known as He's Her She's Him/HHSH] Aurora terpaksa menjadi 'pelayan' di sebuah kelab malam di mana pengurusnya ialah teman...
48.8K 1.8K 32
**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟐˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐖𝐨𝐦𝐞𝐧• 「𝐇𝐢𝐬 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚」 Also known as "Diego's Lar...
ETHAN AIDEN [C] Від hello

Підліткова література

130K 6.2K 53
[C O M P L E T E] ETHAN AIDEN Menjadi seseorang yang digeruni dalam dunia gelap bukanlah pilihannya. Hanya kerana dipaksa oleh bapanya sendiri, dia t...