Imperfect Love

Od shahraa00

252K 13.2K 1K

Tiada cinta yang sempurna. Tiada kehidupan yang sempurna. Iya tergantung bagaimana kita merasakan ia cukup se... Viac

Introduction
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
BAB 53
BAB 54
BAB 55
BAB 56
Bab 57
Bab 58
BAB 59
BAB 60
BAB 61
BAB 62
Bab 63
Bab 64
BAB 65
Bab 66
Bab 67
Bab 68
Bab 69
BAB 70
BAB 71
BAB 72
BAB 73
Bab 74
Bab 75
BAB 76
BAB 77
BAB 78
BUKAN UPDATE
BAB 79
Bab 80
BAB 81
BAB 82
BAB 83
BAB 84
BAB 85
BAB 86

Bab 31

2.6K 114 11
Od shahraa00

“Comotnya mak buyung ni makan.” Mulut Hani Sofea yang sedikit comot itu dilapkan.

Thanks Su bawa aku makan durian ni. Sedap sangat-sangat.” Ucap Hani Sofea  sayu. Hani Sofea tidak banyak mengalami mengidam. Dia juga tidak mengajar dirinya untuk bermanja berlebih-lebih. Cukuplah makan untuk kenyang dan boleh terus hidup. Tapi entah kenapa dia sangat inginkan durian. Jadi bila dapat makam begini dia rasa puas.

“Alaa.. tak naklah sedih-sedih ni. Aku bawa kau makan durian ni sebab aku nak kau happy. Aku happy tengok kau happy.” Ucap Suraya.

“Ni dahi ni. Tak suka betul aku tengok bertampal macam ni.” Tangannya mula meraba tampalan yang ada di dahinya.

“Benda dah nak jadikan.” Kata Hani Sofea. Dia tidak menceritakan hal yang sebanar kepada Suraya. Dia takut Suraya akan marah dengan tidakannya.

“Lepas ni kau kena lebih hati-hati. Janganlah masuk site lagi bahaya tau. Bos kau ni memang tak ada hati perut ke? Cepat janji dengan aku, jangan masuk tempat-tempat macam tu lagi.” Mula sudah bebelan panjang Suraya.

“Ya, aku janji.”

Tiba-tiba  mereka disapa oleh seorang lelaki.

“Assalamualaikum. Suraya kan?” Tanya lelaki itu.

Suraya hanya memandang wajah lelaki itu  dengan kerutan dimuka.

“Hayyan. Sampai pun kau! Lamanya tak jumpa!” Balas Suraya.

Senyuman diberikan kepada dua orang wanita dihadapannya itu.

"Aku balik sini semata-mata demi kau tahu." Kata Hayyan.

“Fea kenalkan, ni Hayyan my childhood friend. Hayyan ni kawan baik aku. Sofea.”

Hayyan hanya menundukkan kepalanya. Sama juga seperti Hani Sofea.

“Fea kau okay je kan Hayyan join kita sekali?” Tanya Suraya. 

“Okay je. Su, nak lagi.” Pinta Hani Sofea. Sudah sebiji durian yang bersaiz kecil itu habis dimakannya. Dia inginkan lagi. Mana cukup sebiji ada 5 ulas saja. Lepas tu kena kongsi dengan Suraya lagi. Dia cuma dapat makan 3 ulas saja.

“Okay jap aku pergi ambil. Kau duduk diam-diam. Tapi ni last tau. Kau tak boleh makan banyak-banyak”

“Eh kau pun duduklah. Biar aku yang ambil." Tanpa mengunggu balasan terus saja Hayyan bangun dan pergi membeli buah durian lagi.

Hani Sofea hanya memandang lelaki yang bernama Hayyan itu.

Tidak lama kemudian Hayyan muncul bersama durian yang sudah siap dibuka.

“Nah makanlah.

“Fea, makan 2 ulas je lagi. Jangan banyak-banyak.” Tegas saja suara Suraya.

“Okay." Terus saja durian yang dihulurkan oleh Hayyan diambil.

“Terima kasih.”

Hanya senyuman yang diberikan. Matanya tertarik melihat melihat wajah Hani Sofea. Walaupun wajah itu kini mempunyai tampalan di dahi.

“Kenapa kau tak bagi dia makan banyak-banyak?” Soal Hayyan. Pelik pula bila Suraya melarang sahabatnya itu untuk makan.

“Dia tengah mengandung. Tak elok sangat makan durian. Tadi janji nak rasa sikit je.” Jelingan diberikan kepada Hani Sofea  yang hanya menayangkan muka tidak bersalah.

“Ohh..” Mendengar itu tahulah Hayyan yang wanita cantik dihadapannya kini sudah bersuami. Tangannya membantu membuka penuput air mineral untuk Hani Sofea. Setelah melihat wanita itu sukar membukanya dengan tangan yang kotor sebelah.

Thanks.” Ucap Hani Sofea.

Tanpa mereka sedari perbuatan mereka diperhatikan oleh seseorang.

“Abang, cepat la. Cakap nak makan dekat sini.” Dahlia pelik melihat abangnya hanya berdiri kaku di situ.  Matanya juga melirikkan pada arah mata abangnya.

“Ohh.” Tahulah dia apa yang abangnya sedang lihat sekarang ni. Dia melihat Hani Sofea sedang enak makan buah durian, duduk bersebelahan seorang perempuan dan dihadapanya ada seorang lelaki. Patutlah kakak iparnya itu awal-awal  pagi telah keluar. Keluar cari durian rupanya. Mungkin sahabatnya itu telah balik ke KL. Jadi mereka keluar membeli durian seperti yang telah dijanjikan. Dia mendengar semua perbualan Hani Sofea dan Suraya pada malam itu.

Dan sekarang dia pelik melihat abangnya yang seakan marah apabila berjumpa Hani Sofea  di sini.

‘Cakap tak sayang, tapi jealous pula bila Kak Fea dengan lelaki lain. Tak faham.'

"Kita beli bawa balik je, makan dekat rumah. Boleh makan dengan Mak Ita sekali." Kata Faiz Idham. Wajahnya beku saja. Hilang sudah keceriaan tadi.

“Terima kasih Hayyan belanja kami.” Ucap Suraya. Lama juga mereka berbual sudah lama tidak bertemu, walaupun rumah ibu bapa mereka hanyalah berjiran. Sejak dia sambung belajar dan tinggal di asrama, hubungan mereka sedikit renggang kerana tidak berjumpa. Dan selepas itu masing-masing menyambung pelajaran ke kuar negara.

“By the way, sekejap lagi datanglah rumah kalau nak makan bubur durian.” Pelawa Suraya.

Wow, sounds  interesting. Mummy kau nak masak bubur durian?” Tanya Hayyan. Bubur durian menarik perhatiannya. Sudah lama juga dia tidak makan bubur durian.

“Ya, ni mak buyung ni mengidam nak bubur juga. Ni alang-alang kau dah belanja durian yang banyak ni. Jomlah makan bubur durian pula. Ajak ummi sekali. Dah lama juga tak jumpa ummi.” Puan Raudah, ummi Hayyan sudah jarang ada di Kuala Lumpur. Dia lebih suka mengikut anak tunggalnya itu tinggal di Terengganu.

“Okay boleh juga. Nanti aku ajak ummi datang minum petang.”


“Sedapnya bubur ni mummy.” Ucap Hani Sofea. Hari ini dia terasa sungguh puas. Pagi tadi dapat makan durian. Dan petang ini pula dia dapat makan bubur durian.

“Kalau sedap makan lagi. Memang mummy masak khas untuk Fea.” Hubungan antara Hani Sofea dan keluarga Suraya sungguh rapat. Puan Qistina dan juga Tuan Ammar sangat penyayang. Mereka hanya ada 2 orang anak jadi sahabat baik anak mereka sudah dianggap seperti anak sendiri.

“Tapi dia tak boleh makan banyak-banyak my. Nanti sakit perut pula. Cukuplah 4 hari dah duduk hospital sebab bertampal dahi tu. Jangan ditambah sebab sakit perut pula.” Suraya masih lagi dengan mode mak-mak yang sedang risaukan anaknya.

Hani Sofea hanya merenung tidak puas hati kepada Suraya.

“Apa, betullah aku cakap.." Ayat Suraya terhenti apabila mendengar suara orang memberi salam.

“Assalamualaikum, ada orang tak?”

“Assalamualaikum. Kami datang nak makan bubur durian....” Kuat  suaranya memberi salam sambil berlagu.

“Ya Allah kamu ni Hayyan. Sabarlah.” Geram saja Puan Raudah melihat perangai anak lelakinya itu.

“Waalaikummusalam. Dah sampai pun orang jauh.” Puan Qistina menyambut tetamu sebelah rumah itu.

“Masuklah, Udah, Hayyan.” Jemput Tuan Ammar pula.

Hayyan terus masuk dan menyalami tangan Tuan Ammar.

Hi, mak buyung. Sedap betul dia makan bubur.” Sapa Hayyan. Berselera benar dia melihat Hani Sofea makan roti dicecah dengan kuah bubur durian. Senyuman manis diberikan kepada Hayyan.

Suraya disebelah sedang  mencedukkan bubur durian itu kedalam mangkuk untuk Hayyan.

“Udah, kenalkan Sofea, anak angkat saya.” Melihat saja Puan Raudah menghampiri ke dalam meja makan itu, Suraya dan Hani Sofea bangun serentak, dan bersalaman dengan ummi, Hayyan.

“Duduklah Udah, makan Hayyan jangan malu-malu.” Pelawa Puan Qistina.

"Dia ni mana pernah malu mummy." Balas Suraya.

Hubungan kekeluargaan antara keluarga Hayyan dan Suraya telah terjalin lama sejak mereka berdua kecil lagi.


“Pergi mana ni. Lambatnya balik. Keluar pagi balik malam?” Melihat saja kelibat Hani Sofea dimuka pintu dapur itu Faiz Idham terus menyapa.

Tangannya perlahan-lahan menutup pintu belakang rumah itu.

“Saya keluar dengan Suraya, kawan saya. Lepas tu tolong dia dekat rumah.” Hanya itu yang dia jawab.

Pelik pula tidak pernah walaupun sekali Faiz Idham mengambil tahu tentang ke mana dia pergi sebelum ini.  Sebelum ini, bagi lelaki itu, dia hanya menyusahkan hidup saja. Kenapa sekarang nak ambil tahu pula. Mungkin kerana masih rasa bersalah atas kemalangan yang memimpa dirinya hari itu.

“Kan tak sihat? Kenapa keluar berjalan pula. Tunggulah sampai betul-betul sihat.” Kata Faiz Idham masih lagi tidak berpuas hati.

Banyak yang dia tidak puas hati dengan Hani Sofea. Yang pertama kerana Hani Sofea degil tidak mahu tunggu dia semalam. Faiz Idham sudah memberi tahu untuk menunggunya  selesai mesyuarat dan dia akan ke hospital untuk menguruskan urusan discharge Hani Sofea. Namun Hani Sofea tidak mendengarkannya. Tiba-tiba saja dia menghantar pesanan yang dia sudah balik ke rumah dibantu oleh Suraya. Bila ditanya mengapa tidak menunggu sehingga dia selesai mesyuarat, Hani Sofea hanya membalas. Dah bosan duduk hospital 4 hari. Jadi dia mahu segera pulang.

Isu yang kedua adalah kerana, pagi ini dia berniat mahu membawa Hani Sofea membelikan durian, hal kerana dia terdegar perbulan Hani Sofea dengan seseorang didalam telefon. Hani Sofea menyatakan bahawa dia cedera kerana kempunan nak makan durian dengan bubur durian.

Jadi pagi-pagi tadi Faiz Idham sangat teruja untuk membawa Hani Sofea keluar mencari durian. Berkali-kali dia mengetuk pintuk bilik Hani Sofea tetapi tiada apa-apa balasan.

Tiba-tiba Mak Ita memberitahu yang Hani Sofea sudah lama keluar.

Lagi membuat  hatinya terbakar, semasa keluar membeli durian tadi dia berjumpa dengan Hani Sofea yang sedang makan durian bersama orang lain. Kemudian lama dia tunggu Hani Sofea pulang untuk makan bubur durian bersama-sama, namun sampai ke malam bayangnya tidak muncul juga. Dan sekarang jam telah menunjukkan pukul 11.30 malam. Dia pulang tanpa rasa bersalah.

“Saya dah okay. Luka pun dah kering dah. Saya masuk bilik dulu.” Pinta Hani Sofea. Dia sudah tidak tahan untuk mengeluarkan isi perutnya.

Kepalanya masih terasa pening.

Langkah kaki terhenti apabila  Faiz Idham menahan tangannya.

“Saya nak cakap sikit..”

Terus saja Hani Sofea berlari ke arah sink di dapur. 

“Uwekk…Uwekk..” Segalanya keluar.

Faiz Idham terkejut melihat kedaan Hani Sofea membantu mengurut belakang badannya.

Setelah merasa sedikit lega. Dia membersihkan wajahnya. Jarak antara dia dan Faiz Idham di jauhkan.

Takut pula nanti Tuan Faizal atau Puan Jasmeen  melihat keadaan mereka. Panjang pula ceritanya nanti. Malas ingin mendengar hinaan malam-malam ini.

“Dah okay ke? Kenapa muntah ni?”
“Saya dah okay. Inilah alahan yang saya tanggung setiap malam sepanjang mengandungkan anak saya.” Mulutnya dilap lagi.

“Saya masuk bilik dulu. Pening kepala.” Terus saja dia meninggalkan Faiz Idhambersendirian di dapur itu.

Pelik dengan perubahan Faiz Idham setelah kemalangan itu berlaku.

Kenapa perlu sibuk tentang dirinya. Sebelum ni tak ada pula. Dia makan ke tidak, sihat ke tidak, pergi kerja naik apa, balik pukul berapa tiada satu pun yang ditanyakan. Semuanya Hani Sofea tanggung sendiri. Pernah sekali dia benar-benar lemah tidak larat untuk bangun kerana alahan yang dialami, satu hari dia hanya terbaring didalam bilik, dan pada ketika itu Mak Ita tiada dirumah. Balik saja dari kerja Faiz Idham terus mengamuk memarahi dirinya tanpa bertanyakan tentang keadaan dirinya.

Faiz Idham hanya terkaku sendiri. Dia juga pelik dengan dirinya, kenapa pula dia perlu merasa risau tentang Hani Sofea . Kenapa dia takut jika ada apa-apa yang buruk terjadi lagi kepada Hani Sofea. Mungkinkah kerana dia merakah bersalah atas apa yang telah menimpa Hani Sofea tempoh hari.

Pokračovať v čítaní

You'll Also Like

2K 191 12
{CERPEN} 'tiadanya kau di depan mata, bukan bererti tiada di dalam hati' Terpahat Dalam Hati mengisahkan tentang kehidupan seorang wanita bernama May...
3.3M 291K 94
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
21.5K 1.4K 53
Spin off She's The One. Status : Complete 𝘉𝘖𝘖𝘒 | 2 Syed Rayyan Hakim | Tuan Damia Arissa Kim Syed Rayyan Hakim - Seorang lelaki yang bekerjaya...
6.1K 187 17
Perjalanan seorang gadis polos yang terpaksa tinggal bersama-sama keluarga barunya selepas ayahnya berkahwin dengan janda anak 2 . Dia,Hania Qarlysya...