( ✔ ) Xavier's Cupcake

By nkimmyy

134K 6.8K 599

" Bella always be my only cupcake " >♡ Putera Hans Xavier ? Dia mempunyai rupa yang sangat kacak , dan duit y... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Ending 1 : Bab 38
Ending 2 : Bab 39
Ending 3 : Bab 40 : Last

Bab 18

2.8K 149 3
By nkimmyy

Hans Xavier & Nur Isabella

Hari ketiga dimulakan dengan bersarapan di sebuah cafe yang paling terkenal di France. Hans Xavier sewa cafe tersebut untuk satu hari bagi dia dan Nur Isabella sarapan bersama.

Cafe tersebut sangat terkenal kerana tukang masaknya adalah tukang masak yang paling tinggi kerjayanya dalam dunia masakkan. Semua pesanan yang ada juga sangat istimewa dan dicipta sendiri.

Xavier memang dah berniat ingin membawa si isteri merasai sarapan di situ. Benda sebenarnya boleh je makan dengan orang lain tapi Xavier ni duit banyak sangat, jadi dia gunakan lah.

Alasan nak memory tu ada untuk makan tanpa orang lain.

"Kita nak pergi mana lepasni, sayang?" soal Isabella sambil mulutnya mengunyah sandwich. Pelbagai hidangan dipesan oleh Xavier.

Kesemua hidangan tersebut juga adalah hidangan termahal di cafe itu.

"Sayang nak bawak cinta pergi shopping, nak?"

"Nak! Akhirnya! Kita keluar jugak. Penat sehari duduk dalam hotel tu layan sayang"

"Aip! Dosa tau ungkit balik. Tak ikhlas ke ha?"

"Kenalah ungkit! Sehari tahu tak. Fikirkan sayang ni suami cinta je tau, kalau tak, tak adanya cinta nak layan sayang satu hari tu! Duduk dalam bilik je!"

"Alah, cinta pun suka kan? Sedap en?" Xavier sengih gatal.

"Ey gatal punya suami!" Isabella jeling tajam suaminya. Gatal betul!

"Gatal dengan isteri sendiri je, tak akan tak boleh hm?"

"Boleh tu boleh tapi fikir sikit kita dekat mana. Dalam bilik tak apalah"

"Dalam bilik tu lebih dari gatal pun sayang buat tau"

Isabella makan tanpa membalas. Makin dilayan Xavier ni, makin menjadi-jadi!

Xavier minum segelas kopi yang dipesannya juga. Telefonnya dipegang dan dia mengambil gambar Isabella yang sedang makan sambil melihat permandangan yang ada.

Isabella bertudung sarung bawal putih dan berjubah hitam. Simple tapi matching dengan Xavier yang, berkemeja putih dan berseluar hitam.

Xavier yang sediakan pakaian tersebut. Isabella layankan je.

"Cintaaaa" panggil Xavier.

"Ye apa dia?" Isabella pandang suaminya.

"Cinta ada terfikir nak berapa orang anak?" soalan dari Xavier ini berjaya buatkan Isabella tersedak. Nescafe Latte yang dipesannya diminum cepat.

"Apa sayang ni!"

"Apa? Betullah soalan sayang kan? Salah ke?"

"Kita baru je kahwin sayang oi. Awal sangatlah nak fikir berapa orang anak ni"

"Okay apa. Lagipun boleh kita fikirkan awal-awal nama dan diorang sekolah mana nanti. Rumah pun nak beli macam mana. Tak akan nak tinggal mansion ayahanda tu je"

Isabella letak sudu dan garfunya di atas meja. Dia fokus terhadap Xavier. "Okaylah sayang. Cinta sebenarnya tak kisah pun berapa orang anak"

"Jadi sayang nak satu padang bola sepak boleh?"

"Sayang ni nak kena dengan cinta ke?! Ingat cinta ni mesin?"

"Alahhhh! Cinta yang cakap tak kisah"

"Tapi ramai sangat tu. Tak mampu lah cinta nak jaga"

"Apa salahnya kan? Lagipun harta sayang ni tak akan habis. Tak apalah ramai pun"

"No! Cinta yang bawak setiap tu 9 bulan, memang taklah!"

"Jadi berapa? Alahhhh"

"2 je untuk awal boleh? Kalau cinta sedia, cinta beritahu. Kalau tetiba ada rezeki, cinta terima je"

"Okay cinta!" Xavier senyum gembira.

"Cinta dah habis makan, dah kenyang. Jom?"

Xavier mengangguk dan berdiri. Dia tarik kerusi Isabella dan Isabella bangun dari kerusinya.

Skip

"Kau kenapa Haiqarl?! Why kurung aku dalam ni?!" kuat suara Sofya Talina menengking Haiqarl Daniel. Haiqarl pandang Sofya dengan pandangan mengejek. "Siapa suruh cari pasal dengan Xavier, hm?"

"Kau tuduh aku! Xavier tak akan buat aku macam ni!"

"Kuatnya confidence kau, beli dekat mana? Aku nak beli jugaklah sebab kau punya kepercayaan tu tinggi melangit. Pasti sangat Xavier tu sayang dan cintakan kau sangat"

"A-apa maksud kau?"

"Kau ni tak sedar-sedar ke Sofya? Saat kau pilih Darwish tu dari Xavier, kau dah kehilangan Xavier sampai kau mampus. Xavier tu hampir nak suka kau Sofya, tapi ni salah kau! Kau lupa si Xavier tu hanya sekali je buat keputusan, tiada kedua. Kau yang silap Sofya Talina"

"Xavier cintakan aku!"

"Dia cintakan Isabella! Kau jangan nak berangan untuk dapatkan dia. Semua orang lebih pilih Isabella untuk Xavier. Harta Xavier pun bakal dijadikan milik Isabella, jadi kau dah tiada pilihan lagi Sofya. Xavier sendiri yang suruh kau datang sini"

"K-kau tipu.." Sofya menunduk sesal.

"Aku cakap sekali je, ikutlah nak percaya ke tak. Duduklah dalam ni dan tunggu Xavier balik untuk berikan kesesalan yang selamanya untuk kau"

Haiqarl jalan tinggalkan bilik penyeksaan. Dia biarkan Sofya merenung diri dalam bilik itu.

Sofya fikirkan semula semua kenangan dia dan Xavier dan menangis penyesalan.

"Arghhhhhhh!!!!!!!"

Skip

Isabella peluk lengan Xavier erat sambil dia melihat sekelilingnya ketika ini. Banyak kedai yang ada di mall mewah di France. Sudah tiga beg kertas yang dipegang Xavier.

Mereka membeli pelbagai jenis barang yang Isabella inginkan. Xavier tunaikan sahaja. Dia swap card je. Tak kira harga.

Bukan sahaja barangan milik mereka tetapi barangan untuk kawan-kawan Xavier dan kawan-kawan Isabella sendiri. Ayahanda juga dibelikan sekali.

Isabella memang suka beli barang tanpa tengok harga. Ambik je barang dan kalau dia suka, dia bawak je ke kaunter.

"Cantiknya kucing tu!!!!!" Isabella laju jalan ke arah sebuah kedai haiwan. Isabella suka melihat kucing jenis parsi yang ada di dalam sebuah sangkar kucing.

Kucing tersebut berwarna putih dan meng-meow apabila Isabella menyentuh sangkar tersebut. Dia membelai dirinya di sangkar itu.

"Xavier, nak kucing ni" Isabella pandang Xavier yang berdiri di sebelahnya. Xavier menggeleng, "kucing tak boleh. Dilarang."

"Alah, nak kucing. Bolehlah sayang. Cinta nak"

"Tak boleh cinta. Ayahanda alah dengan kucing"

"Tapi sayang sendiri cakap yang kita akan ada rumah sendiri. Cinta tak alah dengan kucing, sayang pun kan?"

"Tak boleh jugak. Jom beli barang lain" Xavier jalan jauh dari kedai haiwan. Dia sebenarnya ada sesuatu yang dia sengaja disembunyikan.

Jatuh saham dia kalau Isabella tahu.

Isabella yang tak berjaya pujuk Xavier itu berdiri juga dan ikut langkah Xavier dengan berat hati. Dia perlahan-lahan jalan dan langsung tak dekat dengan Xavier.

Xavier pusing belakang dan mengeluh. Dia hulur tangannya.

Isabella menggeleng dan jalan melepasi Xavier. Dia langsung tak pandang Xavier. Dia merajuk.

Xavier selalu tunaikan permintaannya. Tiba-tiba tak tunaikan, memang terasalah Isabella jadinya.

"Cinta.. Jangan macam ni" Xavier tarik tangan Isabella tetapi ditepis Isabella. "Saya nak jalan sendiri"

Terkejut Xavier dengar Isabella gunakan panggilan 'saya'. Okay, ni betul-betul marah dan Isabella merajuk.

"Habislah aku" keluh Xavier. Dia terpaksa fikirkan cara untuk pujuk Isabella semula.

Bersambung

Continue Reading

You'll Also Like

322K 9.7K 70
[1st Book: Complete] Amele Adryana Andess - Seorang perempuan yang lembut dalam kasar. Perwatakannya seperti perempuan biasa yang lembut dan menawan...
51.9K 2.3K 46
"𝐈𝐦 𝐬𝐭𝐢𝐥𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐚𝐥𝐰𝐚𝐲𝐬 𝐥𝐨𝐯𝐞 𝐲𝐨𝐮" 𝐄𝐦𝐢𝐫 𝐇𝐚𝐫𝐢𝐭𝐡 𝖋𝖙 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐕𝐞𝐫𝐞𝐧𝐚 -𝐈𝐟 𝐭𝐰𝐨 𝐩𝐞𝐨𝐩𝐥𝐞 𝐚𝐫𝐞 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭...
130K 6.2K 53
[C O M P L E T E] ETHAN AIDEN Menjadi seseorang yang digeruni dalam dunia gelap bukanlah pilihannya. Hanya kerana dipaksa oleh bapanya sendiri, dia t...
48.7K 1.8K 32
**•̩̩͙✩•̩̩͙*˚ 𝕰𝖛𝖆𝖓𝖘 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟐˚*•̩̩͙✩•̩̩͙*˚* •𝐌𝐲𝐬𝐭𝐞𝐫𝐲 𝐖𝐨𝐦𝐞𝐧• 「𝐇𝐢𝐬 𝐊𝐚𝐥𝐞𝐚」 Also known as "Diego's Lar...