ιиgαткαи ∂ια [яυdyмαη] - REWR...

By shirxyvki

41.9K 5.2K 2.2K

[SINCE 2020] Tajuk: Ingatkan Dia (rudyman) Genre: Fanfiction ft. Angst Series: Ejen Ali [Wau Animation] Statu... More

Prologue: Amnesia [EDITED]
Bab 1: Mana
Bab 2: Senior
Bab 3: Keluar [EDITED]
Bab 4: Akhirnya [EDITED]
Bab 5: Kunci
Bab 6: Maaf
Bab 7: Rumah
Bab 8: Demam
Bab 9: Makmal
Bab 10: L[K]awan
Bab 11: Terungkap [ON-EDITING]
Bab 12: Sebab?
Bab 13: Flash
Bab 14: Ingat
Bab 15: Bersalah
Bab 16: Batas [EDITING]
Bab 17: Pasar [EDITING]
Bab 18: Dia [EDITING]
Bab 19: Keseorangan [EDITING]
Bab 20: Pengakhiran [EDITING]
Bab 21: Terlanggar
Bab 22: Maria Lania
Bab 23: Rival [EDITED]
Bab 24: Feelings [EDITED]
~SSWY~❄⛄ [TENGKIU❤]
Bab 25: Martin [EDITING]
Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]
Bab 27: Silap
Bab 28: Dedah [EDITED]
Bab 29: Tembak [EDITING]
Bab 30: Berkas (AKHIR)
Bab 30: Diari (GURAU)
Bab 31: Tukar [EDITED]
Bab 32: Dulu
Bab 33: Runtuh [EDITED]
Bab 34: Sedar
~SSWY~❄️ [MatRiYa❤️]
Bab 35: Love
Bab 36: Déjà vu [EDITED]
Bab 37: Harapan [EDITED]
Bab 38: Rindu [EDITED]
Bab 39: Kembali
BAB 40: Trauma
BAB 41: Cuti?
Bab 42: Pantai
Bab 43: Balik
BAB 45: Berbaik
BAB 46: Pulang
BAB 47: Teman

BAB 44: Healing

277 48 44
By shirxyvki

"EH, uncle. Banyaknya uncle amik," tegur Ali sebaik melihat pinggan Ejen Bakar yang dipenuhi makanan.

"Hm? Banyak ke? Mana ada. Sikit je ni. Nak kuat, kenalah makan banyak."

"Ish, uncle ni. Ingatlah sikit dekat orang belakang," sungut anak buah itu seraya menggelengkan kepalanya.

"Haram."

"Ne, eonnie?" Haram terus memalingkan kepala tatkala Fisha memanggilnya.

"Rekoneun jago sipeo (Reko nak tidur)."

"Oh, okey."

Jet melihat Haram yang segera meletakkan pinggannya di atas meja, lalu pantas mendapatkan Reko yang sudah terlentok-lentok kepalanya.

"Seriuslah nama dia Haram (하람)?" soal lelaki itu masih tak boleh terima.

"Dah tu, kau nak nama dia apa? Halal (하랄)?" balas Roza.

Tersembur tawa Moon di situ namun segera terhenti setelah Zass menegurnya. Gelak tu kawal la sikit.

"Ish, mana ada!" Jet menyangkal laju.

"Tapi boleh je kalau aku nak halalkan."

Pap!

Terketap bibir Jet tatkala menerima tamparan dari belakang tengkuk. Rahangnya dikacip kerana menahan sakit. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya.

"Sorry," pohon lelaki itu.

Roza melibas tangannya yang sedikit merah akibat menampar. Dia merengus kasar. Nak bergurau pun biarlah bertempat. Dasar budak bawah umur tak sedar diri.

"Iboh ko mok mengenja kat sitok! Angol palak aku dengan olah sik kacak ko." Roza membebel sendiri sambil mengambil pinggan kertas.

"Haa?" Jet tercengang tak mengerti. Mula dah perempuan ini guna bahasa kelahiran dia.

"Sebenarnya Jet, maksud 'Haram' ni luas," sampuk Iman dari celahan mereka. Terus Jet dan Roza berpaling memandangnya.

"Perkataan 'Haram' diturun dan ditarik daripada perkataan Arab, al-Hurma dan al-Ihtiram. Ini apa yang ustazah saya cerita," jelas Iman lagi, sempat diselitkan disclaimer.

"Al-Hurma bermaksud terlarang tetapi boleh juga dimaksudkan seerti dengan al-mahabbah iaitu kehormatan. Maksud al-mahabbah pula sama dengan al-Ihtiram."

"Walaupun jauh berbeza asal perkataannya tetapi mempunyai kaitan yang sangat rapat," kata Iman sambil mengambil seketul ayam.

"Sesuatu yang terlarang disebut 'haram' kerana jika dilakukan, akan mencemarkan kehormatan. Sesuatu perkara telah ditetapkan haram kerana bertujuan untuk melindungi kemuliaan kita sebagai umat Islam," jelas gadis itu tanpa dipinta.

"Jadi, tak bolehlah kalau kita nak maksudkan 'Haram' sebagai benda yang terlarang yang sinonim dengan dosa atau Neraka sahaja. Sebab istilah haram lebih daripada itu."

Iman berhenti di hadapan semangkuk buah. Dia mengambil dua potong buah tembikai.

"Pendek cerita, nama 'Haram' adalah sebaik-baik nama. Sebab macam 'terlarang', Haram juga boleh diertikan selari dengan 'kehormatan' dan 'kemuliaan'. Faham?" soal Iman khusus buat Jet sebaik selesai menerangkan maksud sebenar perkataan Haram.

"Oh... faham." Jet mengangguk umpama budak tadika.

Iman tergelak dalam senyumnya. Dia segera mempamit sebaik Moon memanggil.

"Itulah. Lain kali belajar agama, biar sampai habis. Buat ketawa orang aja."

"Senyaplah kau." Jet berdecit saat menerima perlian khas daripada Roza.

"A child gift from the sky."

"Huh?" Hampir serentak mereka menoleh ke belakang. Sekali lagi mereka terkejut.

"Dan langit yang selalu non-muslim macam kitorang maksudkan ialah Syurga." Syarif berkata tanpa memandang wajah Roza dan Jet. Dia meletakkan makanan yang terhidang di atas pinggannya.

"Anak kurniaan Syurga, atau... Hadiah kurniaan Tuhan. Itulah maksud nama noona dalam Bahasa Korea," sambungnya pula sebelum berlalu.

Roza mengangguk sambil terpesona. Cantik betul maksud nama Haram dalam kedua-dua bahasa.

Namun Jet di sebelah kecut perut melihat Syarif yang pergi dari situ. Kenapa dia rasa seperti Syarif... baru saja menjelingnya?


═ ∘◦❦◦∘ ═


SEMUA berborak rancak di meja makan. Bercerita dan ketawa sambil menjamah makanan. Semua terhibur. Semua kecuali seorang.

Tidak seperti yang lain yang duduk makan di atas meja, dia duduk di atas pasir pantai sambil menghadap nirmala laut yang terbentang luas di hadapan pancainderanya. Tanpa sedar, dia menghela keluhan kecil. Lagi.

"Kau tak makan?" soal Bulat yang tiba-tiba muncul dari sisi.

"Kau tak nampak?"

"Kalau tak habis bagi aku." Dengan selamba Bulat berkata sebelum dia berlalu pergi.

Rudy perhati Bulat yang bergerak ke meja lalu menyantap makanannya di situ. Kalaulah dia juga dikurnia nikmat selera yang sama.

Ah, kenapalah dia tak boleh ikut perempuan nama Shina itu balik? Dia mahu sangat pulang.

Rudy menatap makanan di sisinya dengan pandangan kosong. Dia lapar tapi takda rasa ingin menjamah. Sudah sebulan Rudy berasa begini dan dia pun sedar. Ibarat seleranya yang besar selama ini ditarik dan langsung tidak dikembalikan.

Rudy merenung garfu plastik yang tersedia itu juga. Lama dia menatapnya sehingga tidak sedar yang tangannya bergerak sendiri mengambil garfu tersebut.

Jemari Rudy bermain dengan hujung garfu beberapa ketika dan mula tertanya akan tahap ketajamannya. Garfu plastik ini sama tajam ke dengan garfu besi?

Tanpa sedar, garfu itu dibenam masuk ke dalam hujung ibu jari. Semakin lama semakin dalam sehingga setitis cecair merah pekat mula memancut keluar.

Anehnya, Rudy tak rasa apa-apa kesakitan tika dia sengaja melukakan secebis daging yang dipinjam. Namun apa yang Rudy rasa ialah... kepuasan.

Dalam lagi.

Satu suara di belakang kotak fikiran adam itu berbunyi. Kali ini, hujung garfu plastik tersebut dipatahkan satu persatu. Rudy mengambil cebisan garfu yang patah lalu ditoreh di bahagian pergelangan tangannya perlahan-lahan.

Namun, belum sempat garfu itu melukakan, urat saraf pada siku Rudy terasa 'disengat' dari dalam. Lantas membuatkan tangannya kejang tiba-tiba. Cebisan garfu tersebut terus terlepas dari tangan.

Rudy mendesis kuat sambil mengusap siku dan lengannya yang tiba-tiba sakit. Sesaat kemudian, dia terbeku. Nafasnya juga seakan terhenti. Akal Rudy seakan baru kembali ke bawah relung sadar.

Matanya terkebil-kebil sebelum mendarat pada garfu plastik yang dia patahkan tadi. Rudy meneguk liur saat merasa keringat mula merecik dari dahi.

Jarinya ditilik. Jelas terlakar luka pada kulitnya dengan secalit darah. Jantung Rudy mula berdetak kencang memikirkan apa yang telah dia lakukan.

Tangan lelaki itu menggeletar membuatkan raut wajahnya berubah. Semakin lama, semakin jelas dan kuat tangannya menggeletar.

Rudy pantas menggenggam lalu membentuk buku lima. Sesak mula dirasai dada tatkala nafasnya pula yang bergerak tanpa aturan fitrah.

Tak... bukan di sini. Rudy berbisik pada diri sendiri dan berura-ura ingin pergi dari situ.

Namun belum sempat Rudy bangun, Ejen Karya terlebih dahulu mengambil duduk di sebelahnya. Membuatkan Rudy tersentak dan tak jadi ingin bangkit.

Mentor teras inviso itu menatap pelajarnya untuk beberapa saat sebelum dia mencampakkan pandangannya ke laut.

Ejen Karya diam buat masa yang sangat lama membuatkan kening Rudy tercantum. Tangannya yang menggeletar cuba disorokkan agar mentor itu tidak perasan akan perubahan sikapnya.

"Kamu perhati laut tu Rudy." Ejen Karya bersuara tenang.

Semakin bertambah kerutan pada dahi Rudy. Spontan kepalanya ditala memandang laut di hadapan mata.

"Walaupun bunyi ombak tu kuat, sikit pun kita tak rasa serabut. Hati kita tenang lagi ada. Kamu tahu sebab apa?" soalnya pula.

Mata Rudy terkebil-kebil tanpa sedar. Tatkala Ejen Karya utarakan soalan itu, baru dia tersedar.

Bunyi ombak menghempas pantai ni kuat. Dan setiap kali terhempas, pasti airnya akan terpercik sehingga membasahkan pakaian. Tapi betul kata Ejen Karya. Rudy tak rasa menyampah, malah lebih dibiarkan saja kerana rasanya seakan terapi. 

Kenapa?

"Sebab laut itu sekarang sedang bertasbih," jawab Ejen Karya tanpa menunggu balasan Rudy.

Demi sahaja kata itu terungkap, Rudy dapat rasakan bulu roma di lengannya menegak. Nada Ejen Karya penuh bersahaja namun impak jawapan itu memberi kesan yang tidak disangka.

"Dan bukan laut saja, langit juga bertasbih. Pokok yang kamu bersandar ni bertasbih. Pasir yang kamu duduk ni pun bertasbih."

Ejen Karya menarik nafas panjang lalu melepaskannya perlahan.

"Tapi kita tak faham zikir mereka. Sebab cara mereka berzikir tak sama dengan kita. Tapi hati kita tetap tenang bila kita dekat dengan alam. Sebab mereka inilah yang dekat dengan Tuhan."

Sekali lagi bulu roma Rudy menegak. Jantungnya juga berlaku perubahan rentak. Sebak. Rudy terasa sebak di dalam hatinya yang sempit. Sehingga tidak sedar setiap otot dan sendi pada tangannya sudah berhenti menggeletar dengan sendiri.

"Jadi saya nak tanya kamu, Rudy." Nada Ejen Karya kini berubah rentak.

"Kamu seronok duduk di sini?"

Rudy lantas terpempan. Sementelah dengan jantungnya juga yang mula bergoncang. Dia mengetap bibir lalu menundukkan kepala.

Saya tak tahu.

Desir hati adam itu lemah. Dadanya bagai dihimpit. Tak tahu jawapan apa yang sesuai.

Ejen Karya menghela nafas kecil dengan tingkah Rudy.

"Saya tak tahu apa yang kamu rasa, Rudy. Dan saya pun tak rasa apa yang kamu rasa," tutur mentor itu perlahan, menanggalkan cermin matanya.

"Tapi cubalah jadi macam laut. Tetap tenang walau dalam apa jua keadaan sekalipun," kata Ejen Karya menatap ombak laut yang tanpa henti menghempas hujung pantai.

"Walaupun laut itu kadang-kadang membawa binasa, menghancurkan alam dengan ombak dan tsunami dia... tapi selamanya laut akan menjadi sumber utama yang melengkapkan kehidupan kita."

"Jangan pendam perasaan kamu seorang diri buat masa yang lama, Rudy. Kalau kamu tak luah, emosi kamu akan mula ambil alih akal kamu."

Bibir Rudy terketap. Emosi akan mengambil alih akal. Jarinya yang terluka digenggam.

"Semua orang ada di sini ada kalau kamu perlukan. Semua tak ke mana-mana."

Kepala Rudy kekal menunduk. Dia membisu untuk masa yang agak lama. Tidak membalas walau satu pun bicara Ejen Karya.

Ya, dia nampak. Memang semua ada di sini. Namun dia juga tidak naif untuk memikirkan segala kemungkinan yang mungkin akan berlaku. Kerana semua ini... semua ini takkan kekal.

Rudy mengangkat kepalanya pula menatap hamparan lautan itu lagi. Jadi seperti laut? Sisi laut yang mana satu yang Ejen Karya ingin dia contohi?

Laut itu setia kata si pujangga.

Namun betulkah laut itu setia? Bukankah laut itu yang menjelajah ke serata dunia dan kembali kepada pantai setelah kepenatan sahaja?

No one will forever stay.

Seorang demi seorang akan pergi. Dan itu fitrah. Jadi untuk apa Rudy bersikap terbuka jika semuanya bersifat sementara? Kalau adapun yang memahami, mereka tak merasa apa yang dirasai Rudy.

Rudy takut. Takut untuk bersifat terbuka, takut ingin menerima sesiapa. Kerana anak Adam itu takut seandainya suatu hari nanti dia akan ditinggalkan. Seperti mana dia pernah ditinggalkan oleh dua manusia yang sepatutnya bertanggungjawab ke atasnya.

"Ejen Karya akan tinggalkan saya juga?"

Ejen Karya berpaling memandang Rudy di sebelah yang menyoal soalan yang agak tiba. Nafasnya dihela perlahan sambil menjongket sebelah bahu.

"Memandangkan saya mentor kamu, Rudy... dan kamu pula pelajar saya yang paling anti-sosial, terpaksalah saya kekal dengan kamu buat masa yang lama," jawab Ejen Karya mendatar.

Dia memakai semula kaca matanya lalu memandang anak murid yang masih menundukkan kepala itu.

"Takda siapa akan tinggalkan kamu, Rudy... kalau kamu pun tak tinggalkan sesiapa." Dengan nada yang berbeza, Ejen Karya menjawab persoalan anak muridnya.

"Dan macam laut juga, kamu pun melengkapkan kehidupan sebahagian orang di sekeliling kamu," sambungnya lagi, mengangkat tangannya lalu mengusap lembut kepala Rudy.

Bibir Ejen Karya mengukir senyuman nipis tatkala dia dapat merasakan tubuh Rudy yang tiba-tiba mengeras dengan sentuhannya.

"Jadi cepatlah sembuh supaya kamu boleh kembali masuk kelas saya semula. Saya pun rindu nak ajar kamu seperti biasa."

Rudy terpanar. Tindakan spontan mentornya sangat tidak dijangka. Kehangatan sentuhan Ejen Karya sedikit sebanyak membuatkan sukma adam itu tersentuh dan terasa dikasihi.

"Lepas makan, terus ke surau," pesan Ejen Karya sebelum dia lantas bangkit.

Dia memandang Rudy yang berdiam diri dan akhirnya turut mendongak memandangnya.

"Solat sekali dengan saya."


═ ∘◦❦◦∘ ═


"SEMUA dah solat dan makan, kan?" soal Danny menerima anggukan dan sahutan yang mengiyakan soalannya.

"Nak mulakan ke?"

"Boleh. Habis ni, solat maghrib dulu pastu boleh terus balik," kata Danny lagi menjawab soalan Fisha.

"Mulakan apa?" soal Moon dengan dahi yang berkerut.

"Sesi jujur dengan diri."

Jawapan Fisha membuatkan semua semakin berkerut dahi kehairanan. Tak faham.

"Kita mulakan dengan..." Panjang nada Danny mencari pelajar yang duduk di hujung sekali.

"Ali!"

"Haa? Saya nak cakap apa?" Terduduk tegak lelaki itu semerta.

"Cakap je apa yang buat kau rasa berat. Sesi ni pun tujuannya untuk meluahkan. Mari sini."

Ali bangkit dari duduknya lalu melangkah mendekati Danny yang memanggilnya.

"Cakap apa-apa pun takpa? Luahkan perasaan saya pun boleh?"

"Iya. Kasi jerit satu dunia pun takda masalah. Asalkan tak lebih tiga minit. Nah." Danny menghulurkan sebatang bendera putih dan Ali menyambutnya tanpa banyak soal.

"Oh... macam healing la ni?" tebak Roza selamba membuatkan Fisha tergelak kecil.

"Iya. Macam healing. Kan orang selalu nak healing kan pergi pantai," jawab wanita itu sebelum menoleh memandang Ali.

"Ali turun bawah, pastu pergi dekat kayu yang Bakar dan Karya dah tegakkan tu. Dekat situ ada walkie-talkie. Geetha akan bercakap dengan awak melalui walkie-talkie tu supaya awak tahu bila awak boleh mula dan bila awak boleh naik semula," terang Fisha panjang, mendapat anggukan daripada Ali dan mereka yang lain.

Akur dengan arahan Fisha, Ali melangkah menuruni tangga dan berlari sehingga ke tengah pantai yang ditegakkan kayu itu. Dia melihat dari jauh semua rakannya yang berdiri di luar rumah pavilion yang di atas. Mereka semua kelihatan agak kecil.

"Okey, Ali. Boleh mula bila-bila awak sedia." Suara Ejen Geetha berbunyi melalui walkie-talkie.

"Korang dengar tak?" jerit Ali dari jauh sambil mengangkat bendera putih ke udara.

"Dengar!"

"Jelas!"

Ali menarik nafas panjang-panjang. Bersedia.

"ALICIA!!!"

Wajah Alicia semerta berubah. Posisi berdirinya juga sudah tidak sama. Daripada berdiri malas, terus berdiri tegak dengan mata yang segar terbuntang.

"Aku cakap sekali lagi, kau... memang dasar pembuli!" jerit Ali sepenuh hati.

"Cuba kau terus terang dengan aku, apa yang aku buat kat kau sampai kau marah sangat? Ke kau sebenarnya nak perhatian?"

Alicia tergigit bibirnya spontan. Tangannya sudah tergenggam erat. Ada juga yang mati malam ni karang...

"Ini bukan healing ni. Ini lepas geram betul," kata Mika yang turut terkedu.

"Awak pasti ini idea yang bagus?" soal Fisha pada Danny yang di sebelahnya.

"Saya selalu nampak dekat rancangan realiti tv, elok je diorang buat." Danny menggaru belakang kepala sendiri yang tidak gatal.

Fisha menepuk dahinya sambil mengeluh. Bertuah punya tunang.

"Kau memang mengada, kan? Poyo! Kalau betullah kau nak perhatian, kau memang dah dapat! Memang satu hari ni aku asyik pikir apa salah aku dekat kau je!" pekik Ali lagi.

Segala luahan isi hati disambung lelaki itu. Selesai saja Ali melontarkan segala yang terbuku, terus dia menghela nafas berat. Tak sangka. Lega betul rasanya!

"Okey Ali, kamu dah boleh naik."

Ali lekas kembali semula ke pavilion sebaik Ejen Geetha memanggil.

"Alicia, kamu pula," ujar Fisha pula sebaik Ali selesai menaiki tangga.

Alicia merampas dengan kasar bendera putih dari tangan Ali. Dia bergerak ke bawah tanpa disuruh. Lebih cepat benda ni habis, lebih baik.

Sebaik mendapat izin daripada Ejen Geetha untuk mula, Alicia menjerit sepenuhnya.

"Ali Ghazali!"

"Dah agak dah..." Ali menggumam perlahan sambil menjuling ke atas.

"Diorang dua ni kalau tak kahwin, memang aku sepak masing-masing." Mika berkata dengan nada geram. Roza dan Bulat di sebelah dengan kerasnya bersetuju.

Sesi itu kemudian diteruskan pula dengan Bulat, Mika, Roza, Khai, dan Chris. Selesai Chris melalui sesi healing dia, tiba giliran Iman pula. Chris memberikan bendera itu kepada Iman.

"Good luck." Chris memberi Iman sorakan kecil.

Iman mengulum senyuman nipis. Tidak membalas sorakan Chris kerana gementar yang menguasai diri. Daripada tadi tangannya berpeluh dan menggeletar kerana gugup.  Sebaik Iman sampai ke bawah dan telah diberi isyarat untuk mula, dia menarik nafasnya dalam-dalam.

"Dengar tak?"

"Dengar!"

"Saya mungkin akan cakap panjang sikit!"

"Takpa!"

"Kau cakap je!"

Moon and Roza membalas, menjadi pendukung semangat buat Iman. Iman mengambil masa untuk bertenang. Lututnya bergoyang, jantungnya berdegup, tangannya pula usah cakaplah.

"Saya... saya..."

"Kuat sikit Iman!"

Iman mengetap bibirnya tatkala Ejen Leon bersuara. Liurnya diteguk tanpa sedar. Dia memandang wajah-wajah yang menatapnya dan menunggu dia untuk berbicara.

"Ssa... saya..."









═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 2.5k

sangat insecure dgn chapter ni ")

Anyways, selamat hari rayaaa <3

Continue Reading

You'll Also Like

1.2K 62 9
2 tahun sudah berlalu, Adeeb Naufal bekerja sebagai seorang cikgu mengaji di kampungnya. Adeeb juga bekas penceramah di masjid atau surau kampung hal...
612K 37.3K 65
Riyana pelajar tingkatan 5 yang mahu menduduki SPM. Tingkatan 5 confermlah SPM takkan UPSR pulakkk.. Cerita ni ceritakan kisah Riyana berjumpa dengan...
180K 3.3K 59
ONCE AGAIN ? RHEA ILMELDA, seorang wanita yang berkaliber dan naif tapi kenaifannya tergugat apabila dia telah dimalukan oleh seorang lelaki yang be...
35.6K 2.6K 153
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...