1437 / pjh

By yoshihoshiss

48K 6.1K 954

Ada sebab mengapa gadis ini tidak mahu memilih lelaki berceloreng sebagai pasangan. Dan kerana itulah. Dia me... More

PROLOG
CHARACTER!
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
EPILOG
THANK YOU!

BAB 1

1.6K 181 14
By yoshihoshiss

" KETEPI KETEPI! " Teriak pemuda itu, meneriak menyuruh para pesakit memberi laluan.

Lantas tangannya menolak laju tubuh sahabatnya diatas strecher menuju ke ruang kecemasan.

" Doc! Tolong! " Teriaknya, lantas mengundang perhatian para doktor dan jururawat. Tubuh yang berdarah itu segera diambil alih dan dibawa masuk kedalam wad pembedahan.

" Jeno! "

Teriak suara itu.

Doktor Eunjeong.

Pantas dia berlari masuk kedalam wad pembedahan, menyisakan pemuda berlumuran darah itu, bersama seorang lagi doktor bertugas.

" Yang cedera tadi, Leftenan Lee Jeno kan? " Soal doktor itu memandang pemuda yang menundukkan diri dalam keadaan tangan berdarah.

" Haah. Dia sahabat saya, doc. Dia kat dalam sebab salah saya doc... "

" Kami akan cuba selamatkan dia. Doc Eunjeong pun dah masuk, harap Tuan boleh sabar menunggu. " Jelas doktor itu.

Pemuda itu mengangkat wajah, memandang doktor yang kini tersenyum manis, cuba memujuk dirinya.

" Terima kasih, Doktor... "

" Heeso. Nama saya Doc Heeso. "

Pemuda itu mengangguk.

" Captain Park Jihoon. "

Lantas huluran disua. Tangan Jihoon dan Heeso saling berjabat sebelum senyuman merekah di bibir keduanya.

" Sahabat awak ke Jeno tu? "

Heeso melabuhkan punggungnya disisi Jihoon. Bertanya ramah.

" Saya yang tembak dia, doc. "

" Latihan? "

" Hurm. Saya terlepas peluru. Tolong selamatkan dia, doc... Tolong... " Rayu Jihoon. Heeso tersenyum tawar.

" Kami benarkan Eunjeong sendiri handle pembedahan ni sebab Jeno tu kekasih dia. Doakan lah kawan awak selamat. Saya percaya tentera macam dia tu kuat. "

Jihoon memandang wajah Heeso, lama.

Sebelum dia tersenyum manis.

" Terima kasih, Heeso. "

Lantas mereka digambit dengan kehadiran salah seorang anggota. Berdiri tegak dan memberi hormat.

Tepatnya, pada Park Jihoon.

" Tuan! "

" Ya? "

" Tuan diminta ke ibu pejabat sekarang. Ketua Captain nak jumpa Tuan. "

Jihoon menghembus nafas kasar.

Ah dia tahu dia bakal dipanggil juga. Atas kesalahannya ini.

Kesilapan bodoh.

Kesilapannya yang menembak Jeno semasa latihan. Dan kecuaiannya yang tidak memeriksa dahulu riffle itu samada diisi peluru atau tidak.

Sekaligus menghadirkan dua butir peluru, tepat menembusi abdomen Jeno.

Dan kini, Captain Park Jihoon perlu menghadap Ketua Captain untuk perbicaraan.

Ah bodohnya.

Sebelum beransur pergi, Jihoon berpaling memandang gadis berpangkat doktor itu.

" Tolong call saya kalau Jeno berjaya selamat. "

--------------------------

Jihoon berdiri tegak, memandang sosok tubuh yang garang memandangnya. Sungguh dia mengakui kesilapannya.

Tiada apa perlu disangkal.

" Tahu apa kesalahan kamu, Captain Park Jihoon? " Mata tajam itu memandang Jihoon.

Pemuda itu mengangguk mengakui.

" Tahu, Tuan! "

" Kesilapan atau kesengajaan? "

" Kecuaian, Tuan! Silap saya. "

" Silap yang hampir menyebabkan Leftenan Lee Jeno terbunuh? "

Jihoon terdiam. Dia membungkam bibir, hanya matanya bergetar memandang kembali pegawai atasannya itu.

Keluhan berat dihela.

Sosok tubuh tua itu mendudukkan diri diatas kerusi. Memandang Jihoon dengan lembut kini.

" Jihoon, appa nak cakap personal dengan kamu. "

Mood bertukar.

Kini Tuan Captain Park bertukar menjadi ayah Park Jihoon.

Mata tua itu memandang sayang sosok wajah anaknya.

Benar benar mengikut jejak langkahnya. Di usia 28 tahun ini, Jihoon sudah berjaya merangkul jawatan ketua unit Air Force. Memimpin dalam peperangan dan misi kemanusiaan.

" Appa nak cakap apa? " Soal Jihoon, lembut.

" Kamu bakal digantung lesen menembak, Ji. Sebab kesilapan ni. Mungkin, misi kemanusiaan selepas ni, kamu tak dapat sertai. "

" Papa. Tapi, Ji.. "

" Ya, papa tahu, kamu nak ikut. Tapi ini kes serius. Kalau Lee Jeno terbunuh, kamu boleh didakwa di mahkamah tentera. " Tegas si ayah bersuara. Jihoon menghela nafas berat.

" Ji mimpi dia malam tadi... And effect latihan harini..  "

" Masih teringatkan dia? "

" Pa, bukan mudah. Ji punca dia mati. Ji punca-- "

" Dia yang redha. Dia yang rela berkorban untuk negara. Tiada istilah punca kematian, Park Jihoon. "

" Pa... "

Jihoon menunduk. Orang sekeliling berkali menyuruhnya untuk move on.

Lupakan kejadian tu.

Tapi bukan mudah.

Tak senang.

Mudah ke untuk beralih jika diri sendiri punca kekasih hatinya mati?

Hyunjoo.

Kekasih hati Captain Park Jihoon.

Bahkan, tunang kesayangannya.

Salah seorang doktor sukarelawan. Dia sering dihantar ke negara bergolak, bersama Jihoon sebagai pengiring.

Mereka bahagia.

Bahkan sudah mengikat tali pertunangan.

Bakal juga memecah suasana kerana situasi Captain kebanggaan semua bakal menjadi suami kepada doktor terbaik hospital daerah Seoul.

Tetapi perancangan Tuhan siapa yang tahu?

Situasi 3 tahun lepas...

Jelas menghantui Jihoon.

" Order received! Clear the place. " Arahnya dimesin suara. Jihoon dan pasukannya yang menerima mengangguk memahami.

Salah satu wilayah bergolak di Afrika Selatan, baru sahaja mengumumkan genjatan senjata berakhir sebentar tadi.

Menyebabkan keadaan kembali kecoh.

Dan kerana itu, pasukan sukarelawan Korea Selatan diserang, ditembak dan bakal dibunuh jika tidak berhindar segera.

Kerana keadaan semakin gawat, anggota Air Force perlu turun tangan, menjatuhkan bom bagi membunuh kesemua musuh.

Danger close.

" Kesemua sukarelawan sudah naik keatas kapal? " Soal Jihoon, menyoal pihak sana.

Hanya memastikan tiada rakyat Korea bakal terkorban.

" Hanya seorang tinggal, Captain. Tapi, arahan bom perlu dijatuhkan segera. "

" Seorang?! Bawa dia ke kapal sekarang ju-- "

" Dia yang memilih untuk kekal, Captain. "

Jihoon yang sedang mengemudi pesawat perang KF-21 itu, terdiam seketika.

Akan ada anggota sukarelawan Korea Selatan bakal terkorban.

Tidak.

" Siapa anggota tu, Chief? " Soal Jihoon, kali terakhir.

Suara berat dihela disebelah sana.

Sebelum soalannya dijawab.

" Doktor Hyunjoo. "

DAMN.

" APA?! TAK! SAYA TAKKAN JATUHKAN-- "

" INI ARAHAN CAPTAIN PARK JIHOON! KALAU KAU TERLAMBAT, KESEMUA ANGGOTA SUKARELAWAN KITA BAKAL TERKORBAN! BUKAN HANYA HYUNJOO! "

Jihoon terdiam seketika. Menarik nafas.

Membenarkan air matanya mengalir membasahi pipi.

" Hyunjoo-- sorang je disitu? "

" Iya. Dia seorang, dan anggota Captain perlu menjatuhkan bom di kawasan yang diisyaratkan. "

Jihoon tahu. Dikawasan itu, kawasan Hyunjoo berdiri.

" Roger Chief. Order received well. "

Dan begitu sahaja Jihoon menyaksikan bom yang dibawa jet pejuang kegemarannya...

Jatuh tepat diatas tubuh kekasihnya.

Menumbangkan kesemua pihak lawan.

Termasuk hati Park Jihoon.

Sejak daripada itu, tiada misi kemanusiaan disertai. Kerana semuanya mengingatkan Captain ini pada Hyunjoo.

Juga pada doktor sukarelawan.

Jihoon sedar, dia perlu menjauhi golongan doktor. Kerana pada akhirnya, tiada langit bakal membenarkan mereka bersatu.

------------------------

" Sabar ya, Eunjeong. " Bahu sahabatnya yang tersenguk, diusap perlahan.

Dia tahu Eunjeong sedang risau.

Jeno didalam, sedang bertarung nyawa.

" Jeno.. jeno... "

" Ya aku tahu. Dia kan tentera. Aku percaya dia kuat. " Pujuk Heeso.

Dia pun khuwatir.

Jeno orang yang baik. Janganlah Tuhan ambil nyawanya.

" Siapa doctor yang handle Jeno? " Soal Heeso. Melihat Eunjeong yang menangis disini, menyebabkan dia tahu yang Jeno sedang dirawat oleh doktor lain.

" Doktor baru, daripada Busan. "

" Huh? Bila dia datang? "

Eunjeong menghembus nafas. Dia menyerahkan lembaran fail peribadi doktor itu kepada Heeso yang kebingungan. Segera disambut.

" Ini failnya. "

Baru dibuka, Heeso tergamam. Matanya membulat memandang fail itu.

Bibirnya terbungkam, bersama tangan yang menggeletar.

" Doctor Na Jaemin.... "

Continue Reading

You'll Also Like

8.7K 1.2K 4
"atas nama siapa, ya? "atas nama cinta." r's | 2023, @mintytxt
5.7K 306 28
Karya pertamaku, maaf jika kurang ekspektasi kalian. Becky seorang gadis introvert yang mula berjumpa dengan Freen yang mulanya bersahabat sehingga m...
22.4K 477 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
39K 2.9K 157
BoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBo...