( ✔ ) Xavier's Cupcake

By nkimmyy

134K 6.8K 599

" Bella always be my only cupcake " >♡ Putera Hans Xavier ? Dia mempunyai rupa yang sangat kacak , dan duit y... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Ending 1 : Bab 38
Ending 2 : Bab 39
Ending 3 : Bab 40 : Last

Bab 8

3K 166 2
By nkimmyy

Hans Xavier & Nur Isabella

   Senyuman terukir di bibir setelah dia melihat penampilannya di cermin. Sungguh dia berpuas hati. Beg yang di isi dengan baju untuk ditukar, diambil dan dipakai.

"Haih cantiknya kau ni!" puji dirinya sendiri. Nur Isabella suka dengan penampilannya hari ini.

Sebenarnya pergi gim dengan Hans Xavier je, tapi penampilan dia lain macam!

Memikirkan yang dia dah dapat nombor Xavier, Isabella rasa gembira. Dia harap sangat dia dapat berbaik dengan Xavier.

"Bella! Xavier dah sampai!" laung Muhd Ikram dari ruang tamu. "Baik!"

Setelah berpuas hati, Isabella keluar dari bilik dan laju turun ke ruang tamu. Cermin yang berada di hujung tangga, dilihat sebelum dia berjalan menuju ke ruang tamu, dimana Xavier berada.

"Maaf lambat" kata Isabella setelah dia dapat lihat Xavier yang sedang berbual dengan Ikram.

Xavier pusing kepalanya kebelakang dan dia terpaku melihat Isabella.

'Cantik..' puji dari dalam hati Xavier.

"Hurm Xavier?" Isabella memanggil Xavier apabila Xavier tidak memberi respon.

Xavier menggeleng kepalanya dan berdehem, "hm jom" kata Xavier sebelum dia berdiri.

Isabella mengangguk dan menyalam abangnya, "aku pergi dulu abang"

"Okay. Hati-hati tau? Jaga adik aku Xavier"

"Baik Ikram. Aku tunggu dalam kereta" Xavier keluar dengan menahan rasa berdebarnya.

Isabella rasa kecewa apabila Xavier tak beri respon terhadap penampilan dia. Tapi dia cuba lupakannya.

Lagipun, dia siapa dekat Xavier untuk Xavier memujinya bukan?

Kereta Xavier bergerak ke atas jalan raya. Xavier fokus memandu. Destinasi ke gim keluarganya menjadi pilihan.

Lagu Casablanca yang dinyanyikan oleh Naufal Azrin dan Nuha Bahrin dipasang di radio. Isabella yang sangat minat dengan lagu ini, memandang Xavier.

"Xavier, boleh tak aku nyanyi?"

"Hm, suka hati kaulah" jawab Xavier dingin.

Apabila part korus masuk, Isabella menarik nafasnya.

"Denyut, jantungku berdebar~ terasa indahnya...~ Dunia ini kita yang punya~" nyanyi Isabella dengan penuh bersemangat.

Mendengar nyanyian Isabella, jantung Xavier yang berdegup normal itu tiba-tiba laju degupannya.

"Akulahh matahari mu.. Kaulah kekasihku~ Kita kan bersama selamanya...~"

Nyanyian Isabella sangat merdu dan langsung tidak merosakkan pendengaran Xavier. Xavier sebenarnya sangat suka sehinggakan jantungnya berdegup kencang.

"Kau nak tahu tak Xavier, aku tahu nyanyi part korus je sebab dia bahasa Melayu. Kalau part lain kebanyakannya bahasa arab jadi aku lemah sikit"

"Hmm.."

"Maaf kalau suara aku tak sedap"

"Suara kau okay je" kata Xavier. Walaupun di luar mulutnya kata begitu, di dalam hati, Xavier dah puji Isabella macam-macam.

Sedang Isabella sambung menyanyi dan Xavier fokus memandu sambil melayan Isabella menyanyi, sesuatu menganggu mereka berdua.

Xavier pandang cermin kereta di atas yang memantulkan belakang. Dari satu simpang, sebuah kereta sibuk mengikut kemana sahaja kereta Xavier bergerak.

Bukan itu sahaja, Xavier dapat lihat dengan jelas penumpang di dalam kereta tersebut.

Dua lelaki yang bawa pistol di tangan.

Xavier dapat kesan bahaya.

"Isabella"

"Ye?"

"Pegang erat tali pinggang tu" arah Xavier.

"Kenapa?"

"Ikut cakap aku!" tengking Xavier. Isabella terkebil-kebil dan memegang erat tali pinggang. Xavier menekan minyak.

Betul tekaan Xavier. Kereta itu ikut mereka.

Laju Xavier bawa kereta sambil masuk pelbagai simpang. Dia kena hati-hati kerana dia membawa anak orang.

"K-kenapa ni Xavier? Ada apa-apa berlaku ke?"

"Kau call Aryan sekarang"

"H-ha?"

"Call cepat!" cemas Xavier. Kereta itu semakin laju mengejar mereka.

Isabella mengeluarkan telefonnya dengan keadaan yang sedikit kelam kabut. Dia menekan number Aryan. Selepas beberapa deringan, panggilan diangkat.

"Asal call Bella? Bukan ke kau keluar dengan Xavier?" jawab Aryan.

"Aryan! Ada kereta ikut aku!" jerit Xavier.

Mendengar jeritan dan ayat Xavier, Aryan cepat-cepat keluarkan telefon keduanya. Dia menelefon Rosean Kim.

"Cari tempat tersorok sikit Xavier. Aku nak suruh Rose scan kau" arah Aryan.

"Okay! Pastikan jangan matikan panggilan ni tau Bella?"

Isabella tak mampu berkata apa-apa kecuali mengangguk.

Xavier berhentikan keretanya di bawah pokok yang sedikit terselindung. Nasib ada beberapa kereta yang membantunya lari. Sekarang dia perlu tunggu arahan seterusnya.

Dia boleh je lawan cuma dia bawa Isabella jadi dia tak nak Isabella diapa-apakan.

"Kau okay?" tanya Xavier apabila dia pusing memandang Isabella. Risau Xavier saat air mata Isabella mengalir.

Badan Isabella pun menggeletar takut. Xavier menarik Isabella kedalam pelukannya. Belakang badan Isabella diusap.

"Aku minta maaf bawak kau terlibat dengan benda macam ni. Aku tak expect diorang nak serang aku malam-malam macam ni"

"S-siapa diorang tu?" soal Isabella dengan tergagap-gagap. Dia takut.

Bukan takut sebab dikejar cuma takut apabila memikirkan yang nyawa mereka dalam bahaya semasa Xavier pandu kereta macam orang gila.

Disebabkan kemalangan kereta lah, Isabella dan Ikram kehilangan kedua ibubapa mereka, semasa hari jadi Isabella sendiri.

Isabella dapat lihat kematian ibu dan ayahnya dihadapan mata. Ini antara trauma terhebat Isabella ada.

"Diorang musuh aku dan ayahanda. Sejujurnya, aku ni mafia dan bakal jadi ketua mafia. Ramai orang cuba serang aku untuk bunuh aku bagi dapatkan title ketua mafia tu" jelas Xavier. Dia terpaksa jujur.

Lagipun Isabella memang dah terlibat dengan keluarga mereka.

"M-mafia? Kau merepek ke ni?" Isabella tak percaya.

"Ikut kaulah nak percaya ke tak, tapi kau jangan risau, sekarang ni kau selamat dengan aku"

"Kenapa tak serang je kereta tu?"

"Aku tak nak diorang apa-apa kan kau. Aku dah janji dengan abang kau untuk lindungi kau, Bell."

"Ramai ke yang kejar?"

"Aku dapat tengok dua orang je"

"Setakat dua orang, kita boleh lawan. Kalau kita duduk je dekat sini dan tunggu bantuan, akan ambik masa lama. Baik kita serang dua orang tu dulu"

Isabella dah tak kisah. Ketua mafia ke, mafia ke, musuh ke, yang penting dia kena selamat.

"Kau boleh ke berlawan?" tanya Xavier.

"Sebab tu aku ajak kau lawan. Kau bawak kereta ni pergi tempat terdedah sikit dan tunggu diorang datang" jelas Isabella.

"Tapi-"

"Kalau nak selamat, ni je cara dia. Kata ketua mafia, tak akan lawan dua orang pun tak boleh kan?"

"Baiklah. Tapi kau kena hati-hati faham?"

"Hm!"

Xavier mengangguk dan pandu keretanya ke tempat yang sedikit terbuka. Tiba sahaja, dia memakirkan keretanya.

Selepas beberapa minit, kereta yang mengejar mereka itu berhentikan kereta dibelakang kereta Xavier. Dua orang tersebut turun dengan bersenjata.

Dua-dua menghampiri kereta Xavier. Seorang ke arah Isabella dan seorang lagi ke arah Xavier.

Cermin pintu kereta diketuk. Seorang itu melihat ke dalam dan tiada kehadiran sesiapa.

"Wei aku tak nampak-"

Bush!

Bersambung

Continue Reading

You'll Also Like

225K 6.4K 53
[ 𝐅𝐈𝐑𝐒𝐓 𝐁𝐎𝐎𝐊 ] [ 𝐒𝐓𝐀𝐍𝐃 𝐀𝐋𝐎𝐍𝐄 𝐒𝐄𝐑𝐈𝐄𝐒 ] 𝐃𝐨𝐧'𝐭 𝐛𝐞 𝐚 𝐬𝐢𝐥𝐞𝐧𝐭 𝐫𝐢𝐝𝐞𝐫𝐬, 𝐯𝐨𝐭𝐞 𝐩𝐥𝐞𝐚𝐬𝐞.. { COMPLETE } 𝐄�...
137K 6.3K 73
{COMPLETED} #1 of Trigger [Known as He's Her She's Him/HHSH] Aurora terpaksa menjadi 'pelayan' di sebuah kelab malam di mana pengurusnya ialah teman...
1.9K 105 12
Perjalanan hidup manusia adakalanya indah, adakalanya penuh liku dan duri. Begitu juga dengan kisah hidup Daneen. Dek masa silamnya, dia benci bergel...
163K 8.6K 67
𝐇𝐈𝐒 𝐏𝐀𝐈𝐍𝐊𝐈𝐋𝐋𝐄𝐑 [ ending yang tergantung sebab author writers block untuk sambung HIS PAINKILLER puasa dan raya version ] Berkahwin deng...