Mrs Mafia : Aslan Dewigh (sl...

By Alexell__

3.5K 319 60

Tengku Dary Ilyas menghalau seorang anak gadis yang baru sahaja berumur 13 tahun ketika itu tanpa bukti mahup... More

MRS. Aslan Dewigh
happy New year
Amaran
Capitolo 1
Capitolo 2
Capitolo 3
Capitolo 4
Capitolo 5
Capitolo 6
capitolo 7
capitolo 8
Capitolo 9
Capitolo 11(sedang edit)
Capitolo 12(sedang edit)
Capitolo 13 (sedang edit)
Capitolo 14(sedang edit)
Capitolo 15 (sedang edit)
Capitolo 17(sedang edit)

Capitolo 10

159 14 3
By Alexell__

TENGKU Daariya memeriksa dokumen yang Charles bawa balik. Kaca matanya dibetulkan. Frame gambar mereka sekeluarga dikeluarkan..

"I am sorry. Tapi demi kau,Reena. Aku sanggup tinggalkan keluarga kita."

Tengku Daariya menangis bila melihat wajah kembarnya. Selama 6tahun dia di luar negara, Tengku Daariya hanya belajar dan menerima rawatan mental. Disebabkan kejadian dimana mereka berdua diculik dan diseksa, Tengku Daariya yang paling banyak diseksa oleh musuh dulu.

Tengku Daariya yang mengambil alih dari biarkan kembarnya diapa-apakan. Seluruh tubuh dipukul dengan kayu tapi Tengku Dary hanya pentingkan Tengku Dareena. Sisi yang berada dalam badannya diwujudkan sejurus Tengku Daariya melihat Tengku Dareena hampir dirogol.

Ketika itu juga dia biarkan sisinya kawal hanya kerana mahu Tengku Dareena selamat. Semasa menyerang orang nak rosakkan adiknya itu musuh menembak dada kirinya. Tapi Tengku Dary tetap risau pada kembarnya sahaja.

"Tok"

"Tok"

"Tok"

Tengku Daariya kesat matanya supaya orang lain tak tahu dia menangis. Tengku Daariya terus bersuara agar orang itu masuk.Tapi suaranya agak serak sikit

"Mereka sedang menggali kubur untuk ambil mayat palsu kau tu. Sekarang mereka mungkin akan buat bedah siasat."

Tengku Daariya tersenyum sinis bila dapat tahu berita itu. Charles hanya mampu geleng kepala bila melihat wajah sinis gadis itu. Dia tahu perangai gadis itu.

"Biarkan je mereka lakukan. Sudah tiba masa mereka tahu TENGKU NUR DAARIYA INARA BINTI TENGKU MUHAMMAD DARY ILYAAS masih hidup. Tapi itu tak bermakna aku akan kembali ke keluarga besar tu."

********

TENGKU Daaniyal hanya menunggu keputusan dari balai polis. Manakala Tengku Dary dan ahli keluarga yang lain bersiap untuk majlis doa selamat untuk mereka bertolak ke Mekah.

Tengku Dareena turut berharap itu mayat orang lain dan bukan mayat kakaknya. Tengku Asry masuk setelah dia sampai. Semua orang menunggu keputusan itu.

"She not Tengku Nur Daariya Inara binti Tengku Muhammad Dary Ilyaas. She is Putri Nur Suhana binti Megat Suhaimi."

Kata-kata Tengku Asry buatkan mereka bersyukur kerana gadis itu masih hidup tapi mereka mula mempersoalkan mengapa gadis itu palsukan kematiannya. Tengku Asry cuba buat andaian.

"Mungkin dia buat kerana Reena. Paklong sayangkan Reena berbanding Nara. Dia buat sebab nak lindungi Reena. Dia biarkan dirinya cedera dari melihat paklong hilang Reena. Dia sanggup biarkan semua tu kena padanya."

Tengku Dary terdiam bila mendengar kata-kata anak buahnya. Tengku Daaniyal bangun untuk bertemu dengan adik kesayangan tapi mereka terkejut bila melihat wajah Tengku Daariya berada di hadapan pintu agam milik Tengku Daiyan.

Tengku Dura berlari memeluk si anak yang dah lama pergi meninggalkan mereka semua. Tengku Daariya terus bersuara bila melihat mummynya berlari anak ke arahnya.

"Tengku tak perlu berlari peluk saya. Saya datang hanya nak ucapkan selamat sampai ke tanah suci. Saya hanya nak cakap tu bukan nak buat sesi jejak kasih keluarga Tengku Dary."

Kata-kata Tengku Daariya agak mengguris hati si ibu. Tengku Dary terkejut kerana anaknya tidak lagi seperti dulu. Yang ada dihadapan mereka adalah orang lain dan orang yang berbeza. Tengku Daariya pula menahan airmata bila melihat wajah si ibu mengalir airmata kerana kata-katanya.

"KAU SEDAR TAK YANG DEPAN KAU TU IBU KANDUNG KAU TENGKU NUR DAARIYA INARA BINTI TENGKU MUHAMMAD DARY ILYAAS!"

Tengku Daariya gelak sinis. Terkaku mereka bila melihat gadis itu gelak sambil airmata mengalir.

"Itu bagi korang. Bukan aku. Bagi korang, Aku pembunuh adik-adik Aku. Sekarang kau nak cakap aku anak Tengku Dary lak. Wow! Amazing."

Tengku Daariya pusingkan tubuhnya. Dia perlu pergi sekarang sebelum datuk dan neneknya turun. Tapi masa itu tidak mengizinkan Tengku Daariya pergi.

"Princess?"

Tengku Daariya terkaku bila suara Tengku Daiyan dan Tengku Dihyan kedengaran. Dia tidak sanggup berhadapan dengan kedua-dua bekas mafia itu. Baginya mereka adalah orang yang selalu beri kata-kata semangat ketika gadis itu murung.

*******

TENGKU Daiyan tak bodoh lagi bila melihat gadis yang dia rindukan selama ini. Dia tahu susuk tubuh itu adalah cucu perempuan kesayangan mereka. Dia melangkah ke arah gadis itu. Charles dan yang lain hanya mampu lihat. Bagi mereka Tengku Daariya perlu pulang ke pangkuan keluarga besarnya.

Tengku Daiyan menarik tubuh itu dan memeluk gadis itu. Tengku Dihyan turut memeluk gadis itu.
Mereka berada bersyukur kerana dapat melihat si cucu perempuan yang pergi kerana perbuatan orang lain.

"I miss my little Princess. She was strong princess."

Tengku Daariya melurut kebawah bila mendengar kata-kata Tengku Daiyan. Dia turut mengalirkan airmata yang sudah lama dia simpan. Semua orang dalam rumah turut mengalir airmata bila melihat agenda dihadapan mereka.

"Grandpa, atok."

Kedua-dua jejaka berusia itu makin erat memeluk gadis itu. Tengku Daariya melepaskan semua tangisan yang dia pendam.

"Nara penat. Salah ke Nara nak hidup bahagia. Kenapa dia orang buat Nara macam ni. Nara nak hidup sendiri.Nara tahu kalau Nara pergi. Mereka akan bahagia dan tak dapat masalah. Sebab Nara yang akan tanggung. Kenapa hidup Nara macam ni atok."

Luahan itu buatkan mereka berdua makin menangis. Tengku Daiyan cuba untuk tenangkan gadis itu tapi ianya lebih teruk. Kelibat kedua wanita berusia buatkan tangisan Tengku Daariya makin kuat.

"Nenda,grandma. Nara...sakit." Ayat itu buatkan Tengku Iva dan Tengku Diana terkaku. Mereka berharap yang penyakit Tengku Daariya sembuh.

"Nara berkongsi nyawa dengan Reena. Tapi penyakit kedua Nara tak sembuh. Penyakit tu semakin teruk. Nara tak boleh kawal DIA. Nara tak larat. Sebab tu Nara hilangkan diri. Bunuh Nara boleh?"

Tengku Iva geleng kepala bila cucunya meminta mereka untuk tamatkan riwayatnya. Semakin erat pelukan itu. Tiba-tiba tubuh Tengku Daariya terkulai. Charles yang melihat terus berlari ke arah Tengku Daariya. Ini punca mengapa mereka dapat kawal sisi Tengku Daariya.

Tengku Daiyan terus cempung gadis itu naik ke bilik. Tengku Dihyan Pula menghalang yang lain untuk ikut.

"Uruskan majlis ni. Soal Nara biar walid sendiri uruskan. Walid tak benarkan kamu semua ikut campur. Cyra, Kyda dan Layla naik ikut atok.kamu berempat sekali."

Tengku Daaniyal, Tengku Deedat,Zayyan Ammar dan Achyls terus naik. Manakala Tengku Dareena perlu uruskan majlis yang bakal berlangsung dalam 10 minit lagi.

******
CHARLES terus periksa keadaan Tengku Daariya. Mereka yang lain hanya menunggu Charles. Tengku Daariya tersedar setelah 10minit pengsan. Charles mahu memanggil yang lain tapi Tengku Daariya menahan jejaka itu.

"Tunggu 30 minit. Aku nak tenangkan fikiran aku. Lepas je aku jumpa mereka. Aku nak balik rumah aku."

Charles angguk sahaja. Setelah 30minit kelibat Tengku Daiyan dan beberapa orang muncul. Tengku Daariya melihat keadaan bilik. Masih sama seperti 6 tahun lepas.

"Grandma tak beri bibik kemas barang kamu. Kamu masih cucu kami. Bilik nie masih hak kamu."

Tengku Daariya hanya berdiam diri. Tengku Daaniyal memeluk si adik. Dia mahu melepaskan rindunya pada Tengku Daariya.

"Jadi memang betullah kau masih hidup. Kenapa kau buat macam nie. Kau tak kesian ke kat along, angah. Terutama mummy, dia patah semangat lepas kau pergi. Reena lak tak macam dulu dah."

Tengku Daariya hanya diam sahaja. Kelibat seorang wanita disebalik pintu menjadi perhatian Tengku Daariya. Dia terus bangun dan ke pintu biliknya.

Tengku Dura mengalirkan airmata bila melihat wajah si anak yang lama menghilangkan diri. Dia mengambil langkah memeluk si anak.

"Mummy miss you. Nara tinggalkan mummy 6tahun. Sampai hati princess tinggalkan mummy. Princess tak rindu nak bermanja dengan mummy dah ke?"

Tengku Daariya masih berdiam diri sehingga dia merasakan bahunya basah. Tangannya naik memeluk si ibu. Ketinggian Tengku Dura hanya 155cm manakala tinggi anak-anaknya 168cm dan 175cm. Jadi, Tengku Dura kelihatan rendah apabila berdiri di sebelah anak-anaknya

"Rasanya mummy saya tak cengeng macam ni sebab dulu dia pernah janji untuk kuat walaupun anak dia dah meninggalkan dirinya lama."

Semua tahu sedingin mana Tengku Daariya tapi bila dengan si ibu dia akan turunkan egonya. Tengku Dura Masih memeluk erat si anak. Tengku Daiyan bersuara tapi Tengku Dura tetap tak lepaskan pelukan itu.

"Nara tukar pakaian kamu. Nenda dah sediakan jubah kamu."

Tengku Daariya mahu bersuara tapi bila si datuk bersuara, Tengku Daariya terus mengikut arahan si datuk. Kini semua tetamu sudah bersiap sedia untuk bacaan doa selamat. Tengku Dura masih tidak lepaskan pelukan pada Tengku Daariya.

Semua tetamu tersenyum melihat telatah seorang ibu memeluk anaknya tanpa ada niat melepaskan si anak. Manakala Tengku Dary pula masih melihat anak perempuannya yang banyak berkorban untuk keluarga tapi dia tidak pernah hargai pengorbanan itu.

Tengku Dareena pergi ke arah Tengku Daariya yang masih dipeluk si ibu. Charles berbisik pada Tengku Daariya mengatakan bahawa mereka perlu ke London untuk uruskan musuh yang telah serang markas mereka. Tengku Daariya terus berdiri dan memeluk si ibu dan terus beredar.

Tengku Dura menahan gadis itu tapi Tengku Daariya hanya senyum. Dia perlu pergi sekarang.

"Selamat menjalani ibadah Haji,Tengku Dura Ileana binti Tengku Muhammad Dihyan. Mungkin Nara akan kembali lepas sahaja korang semua balik dari tanah suci. Maafkan Nara sebab tak dapat lihat semua pergi ke sana. Nara kena pergi London untuk urusan kerja."

Tengku Dura cuba mengejar tapi Tengku Daaniyal menahan setelah dapat isyarat dari Zayyan Ammar. Kini mereka hanya melihat kelibat gadis itu dan yang lain pergi.

Tengku Daariya bawa motor terus ke lapangan terbang peribadi. Semua anak buahnya tunduk hormat.

" Achyls telefon Mark supaya mereka uruskan anak buah yang cedera. Dan sejurus Aku sampai, kita akan bincang pelan baru Kita serang. Aku taknak anak buah aku mati masa berlawan."

Achyls angguk dan terus buat kerja yang Tengku Daariya berikan. Layla cuba kacau Kyda yang sedang makan. Bila dengar Kyda menjerit baru dia berhenti.Tengku Daariya geleng kepala dan dia terus rehat sebelum mereka sampai ke London.

-TBC-

Happy reading❣️

Updated : 1/11/2022

Continue Reading

You'll Also Like

2.7K 166 38
ZAYDEN MIKAEL - Seorang ejen rahsia negara tetapi telah difitnah kerana membunuh kawan baiknya sendiri, Naufal sedangkan dia tidak sengaja.Dia telah...
814K 46.9K 91
[ COMPLETED ] KARYA PERTAMA Mafia . Bunuh . Darah . Dendam . Segalanya bertukar menjadi gelap setelah kesemua ahli keluarganya dibunuh di hadapan mat...
1.7M 84.5K 47
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...
2.1K 336 7
William Romeo Huang x Mawar Qaseeda Keluarga Huang adalah keluarga yang memonopoli perdagangan barang-barang emas dan berlian yang berharga di Malays...