ONLY YOU : Mrs. Danish [SU]

By WafaAriffin

268K 14.3K 1.7K

NOT EDITED ‼️ π‘­π’Šπ’“π’”π’• π’”π’•π’π’“π’š, π’‡π’Šπ’“π’”π’• 𝒍𝒐𝒗𝒆 κ¨„οΈŽ -✿- π‘»π’†π’π’ˆπ’Œπ’– π‘­π’‚π’‰π’“π’Šπ’†π’ π‘«π’‚π’π’Šπ’”π’‰ - U... More

OY || BAB 1
OY || BAB 2
OY || BAB 3
OY || BAB 4
OY || BAB 5
OY || BAB 6
OY || BAB 7
OY || BAB 9
OY || BAB 10
OY || BAB 11
OY || BAB 12
OY || BAB 13
OY || BAB 14
OY || BAB 15
OY || BAB 16
OY || BAB 17
OY || BAB 18
OY || BAB 19
OY || BAB 20
OY || BAB 21
OY || BAB 22
OY || BAB 23
OY || BAB 24
OY || BAB 25
OY || BAB 26
OY || BAB 27
OY || BAB 28
OY || BAB 29
OY || BAB 30
OY || BAB 31
OY || BAB 32
OY || BAB 33
OY || BAB 34
OY || BAB 35
OY || BAB 36
OY || BAB 37
OY || BAB 38
OY || BAB 39
OY || BAB 40
OY || BAB 41
OY || BAB 42
OY || BAB 43
OY || BAB 44
OY || BAB 45
OY || BAB 46
OY || BAB 47
OY || BAB 48
OY || BAB 49
OY || BAB 50
OY || BAB 51
OY || BAB 52
OY || BAB 53

OY || BAB 8

4.9K 297 4
By WafaAriffin

AAIRA menggeliat kecil sebelum dia melepaskan nafas lega. Mata masih tertutup, rasa mengantuk lagi. Semalam dia dan Syira balik lewat malam selepas puas menghabiskan masa di pusat sukan. Tersengguk-sengguk Aaira di bangku sedangkan Syira masih bersemangat untuk meneruskan permainan.

Kedua tangan didepakan bersama senyuman yang terukir tanpa sedar. Dia teringat mimpinya tadi, di mana dia memandang ke arah Tengku Danish di suatu tempat. Agak samar-samar sebenarnya tapi tak tahulah perasaan dia bagaimana tatkala Tengku Danish yang berada di dalam mimpinya itu turut membalas pandangannya semula. Perut dia terasa berbunga-bunga.

Aaira tersengih miang sambil menutup wajahnya. Kaki tak duduk diam, tergedik-gedik menghentak permukaan tilam. Dia tak tahu perasaan yang membuak-buak di dalam hatinya ini. Seboleh-bolehnya dia mahu lupakan lelaki tengku itu tetapi wajah lelaki itu tidak mahu lari dari otaknya. Malah dia mesti akan tersenyum tanpa sedar ketika teringatkan pertemuan mereka.

Aaira memandang siling biliknya. Mimpinya malam tadi terasa real, ke sebenarnya tu bukan mimpi. Ah sudah! Keliru pula. Apa-apa je lah. Dia tak dapat jumpa depan-depan, jumpa dalam mimpi pun boleh.

Dia bangun dari baringannya lalu mengeliat puas-puas sebelum turun dari katil. Dia memandang ke arah jam dinding. Hampir pukul 8 lagi, dia tertidur lepas subuh tadi. Jarang dia tidur lambat, memang mengantuk la pagi-pagi.

Aaira menapak perlahan ke arah pintu bilik sebelum tombol pintu dipulas. Dia mengatur langkah ke ruangan dapur. Sunyi je rumah ni, agaknya Syira pun masih tidur lagi. Pili paip dibuka, kedua tangannya dibasahkan pada aliran air itu lalu dia menyapu wajahnya supaya lebih segar. Kedua matanya disapu lembut.

Selepas itu, dia mula menyediakan bahan-bahan untuk buat nasi goreng. Sedang sibuk dia membuat sarapan pagi, telinganya menangkap bunyi tapak kaki seseorang. Dia menoleh ke pintu dapur sekilas. Muncul wajah mamai Syira berdiri di situ. Dengan rambut serabainya, mata pun nak tak nak je bukak.

"Selamat pagi hakak Syira kita" tegur Aaira ceria sambil tangannya bergerak memotong bawang. Syira membuka matanya sedikit. Cuba melihat apa yang Aaira buat.

"Morning" balasnya dengan suara yang serak.

"Pergi basuh muka tu. Lepastu duduk depan kejap, tunggu aku siapkan ni" ujar Aaira tanpa memandang ke arah kawan serumahnya itu. Syira menggumam tak jelas tetapi kakinya tetap menapak menghampiri sinki dapur untuk mencuci muka. Mata yang basah dikelipkan berkali-kali. Cuba untuk membesarkan matanya sebelum dia menyapu kedua matanya lembut.

Selesai saja membasuh muka, Syira terus bergerak keluar dari ruangan dapur itu. Nak baring sekejap sementara tunggu Aaira siapkan sarapan mereka. Semenjak dia ajak Aaira untuk duduk bersamanya di rumah sewa ini, setiap hari jugalah dia merasa air tangan kawannya itu. Sedap pun sedap. Sebelum ni dia cuma makan di kedai saja, tak rajin nak memasak.

Syira menyelesakan tubuhnya di atas sofa. Kemudian dia terus menghidupkan telefonnya. Buka Instagram lepastu stalk Taufiq. Lepas dah puas stalk, dia buka pula aplikasi Wattpad, mahu melihat update terbaru dan terus sahaja matanya terpaku pada update dari author Adresia, salah seorang author kegemarannya.

Aaira meninjau ke ruang tamu untuk melihat apa yang Syira buat. Tersenyum-senyum melihat telefon, entah apa yang dia buat. Tiba-tiba Syira menjerit sambil menendang penghadang sofa. Membuntang mata Aaira melihat.

"Eh eh ehh.. kenapa ni jerit-jerit" tegur Aaira sambil menghampiri kawannya itu. Macam orang kena histeria pulak dah. Syira menoleh ke arah Aaira. Dia menegakkan tubuhnya semula. Hilang ngantuk dia lepas baca story Wattpad.

"Kenapa?" Tanya Aaira lagi, pelik melihat wajah memerah gadis itu. Syira menggeleng bersama wajah yang panas. Dia menutup telefonnya lalu bangun dari duduk. Tangan Aaira ditarik terus ke arah ruangan dapur.

"Kau dah kenapa?"

"Ishh takda pape lah, aku bukak Wattpad je tadi"


A

AIRA membelek beg di pegangannya. Cantik di mata dia tapi tak mampu nak beli. Harga serupa boleh beli novel sebakul. Dia letakkkan semula beg itu ditempat asalnya sebelum melilau mencari kelibat Syira. Tiba-tiba je gadis itu ajak dia keluar. Asalnya Syira cuma ajak dia teman borong barang make up je, tapi kaki dia terlajak nak jalan-jalan satu mall. Syira pun okey sajalah, alang-alang boleh cuci mata.

Kaki diatur keluar dari kedai. Masih cuba mencari kawannya itu. Nak call tapi dia tak ada telefon pula. Kepala yang tak gatal digaru. Manalah dia nak mencari Syira ni.

Aaira memerhati setiap kedai yang dia lalu sebelum terhenti pada sebuah cafe. Mata disepetkan sedikit, cuba mengecam wajah yang berada di dalam cafe itu. Macam Syira je, tapi dia borak dengan siapa tu. Dengan teragak-agak Aaira menapak menghampiri cafe itu.

"Datang sorang ke ni?"

"Eh tak lah, dengan kawan"

"Syira" panggil Aaira setelah tiba di sebelah gadis itu. Semua mata di meja hadapan Syira itu memandang ke arah Aaira.

"Ehh panjang umur. Saya datang dengan dia ni hah" ujar Syira sambil menarik lengan baju Aaira. Aaira memberi senyuman manis.

"Ni Aaira kan?" Soal salah seorang perempuan di situ. Syira mengangguk mengiyakan sementara Aaira di situ berkerut pelik melihat wajah gadis di hadapannya.

"Akak Auni?" Tanya Aaira pula. Auni mengangguk. Melebar senyuman di bibir Aaira. Gadis malam tadi di pusat sukan a.k.a. pemilik pusat sukan tersebut. Mereka sempat berkenalan sekejap malam tadi. Tak sangka pula boleh jumpa di sini.

"Eh duduk lah, join kami" ajak Auni, mempersilakan Aaira dan Syira untuk duduk di kerusi yang masih kosong. Kedua gadis itu menurut sementara Wiena menambah order mereka. Aaira memandang ke arah dua orang yang dia masih tak kenal. Semua cantik-cantik orangnya.

"Ni semua kawan-kawan akak. Nara and Wiena" ujar Auni, memperkenalkan kawan-kawannya kepada Aaira dan Syira.

"Ni Syira dengan Aaira. Aku kenal diorang malam tadi dekat dewan badminton" ujar Auni lagi kepala kawannya. Mereka ouhh saja.

"Hai Aaira, Syira" sapa Nara lembut bersama senyuman manakala Wiena hanya melambai. Aaira dan Syira membalas sapaan mereka berdua.

"Sebaya dengan akak Auni ke?" Tanya Syira. Wiena menggeleng.

"Nara dengan Wiena ni muda dua tahun dari akak" balas Auni ringkas. Aaira mengerutkan dahinya.

"Umur akak Auni berapa?" Soal Aaira berhati-hati, takut Auni terasa hati pula bila tanya pasal umur. Certain orang akan terasa sebab cepat overthinking.

"Erm..27 tahun" jawab Auni. Bibir dicebikkan tatkala melihat Wiena yang tersenyum sinis ke arahnya. Muda dua tahun je pun. Aaira dan Syira kira dalam hati. Maksudnya Nara dengan Wieda 25 tahun lah.

"Patutnya ada lagi sorang lagi sebaya Auni tapi dia tak dapat datang pula harini" beritahu Nara.

"Busy kerja, susah nak ajak keluar dia tu"

Aaira mengangguk faham. Bertambahlah kawan dia harini. Walaupun tak sebaya, tapi dia selesa pula dengan Auni, Nara dan Wiena. Disebabkan mereka baru kenal, mereka hanya berbual perkara yang sesuai untuk dibualkan.

Terkadang Aaira dipuji comel dan mempunyai kulit wajah yang mulus dan cantik sehingga pipinya memanas. Semakin teruja mereka apabila melihat wajah kemerahan Aaira. Malu Aaira dibuatnya, sudahlah kawan-kawan Auni semuanya pun cantik dan bergaya.

Syira juga tidak ketinggalan turut mengusik kawannya itu sehinggalah dia tersenyap apabila telefonnya berdenting menandakan ada mesej masuk. Tanpa membuang masa, dia terus membuka mesej itu sebelum dia menjerit teruja. Tak dihiraukan pandangan mata daripada orang lain, terus ditarik lengan Aaira. Terkejut gadis itu dibuatnya. Auni dan yang lain turut terkelip melihat Syira.

"Kau dah kenapa?"

"Tau-Taufiq! Dia ajak aku dating!" Beritahu Syira dengan senyuman lebar. Digoyang kuat lengan halus Aaira.

"Sekarang ke?" Soal Aaira dengan kerutan di dahi. Mendengarkan soalan kawannya itu, perlahan-lahan senyuman dibibirnya hilang. Berubah kepada cebikan sambil memandang Aaira.

"Erm..dia ajak sekarang lah pulak sebab harini dia free. Macam mana?" Syira mengendurkan bahunya. Hilang sudah keterujaannya tadi. Sekarang kan dia jalan dengan Aaira. Dia yang ajak keluar, takkan dia nak tinggalkan Aaira pula.

"Takpe, kau pergilah jumpa dia" ujar Aaira lembut. Tahu apa yang kawannya fikirkan. Lagipun bukan selalu si Taufiq tu ajak Syira dating. Dia boleh balik sendiri nanti.

Syira menoleh ke sebelah. Berkerut dahinya melihat Aaira. Serba salah pun ada, risau nak biarkan Aaira balik sorang-sorang. Nanti kut ade penyamun nak culik kawan comel dia ni, kan naye nanti.

"Nanti kau balik sorang lah" bidas Syira, di menggelengkan kepalanya. Bibir Aaira ternaik sedikit.

"Kau fikir aku ni budak-budak ke?"

"Haah"

"Ishh" Auni, Nara dan Wiena tersenyum melihat pergaduhan kecil itu. Kira bagus mereka bergaduh sikit-sikit macam tu, macam gaduh-gaduh manja. Kalau Auni dengan Wiena yang gaduh, boleh meletup mall ni. Yang jadi bombanya si Nara lah. Tolong padamkan api kemarahan mereka.

Berulang kali Aaira cakap yang dia baik-baik saja nanti. Sepatah Aaira bagi, sepuluh patah Syira bidas balik. Terharu sekejap ada member caring macam ni.

"Nak senang, biar akak je yang hantarkan Aaira balik" celah Auni, penat tengok masing-masing tak mahu kalah. Pantas Syira dan Aaira berpaling memandang Auni. Kemudian, perlahan-lahan senyuman mula terbit di bibir Syira. Tanpa sempat Aaira menolak, Syira sudah bersetuju meminta Auni hantarkan Aaira pulang.

Lekas-lekas dia mengambil begnya sebelum meminta diri. Nanti dia kena buka telinga pula dengar bebelan Aaira. Kalau ada orang yang nak hantarkan, dia lega sikit. Tak ada lah dia risau sangat nanti.

Aaira tercengang apabila melihat kawannya itu sudah memecut keluar. Tak sempat dia nak tahan. Syira ni, tunggulah dekat rumah nanti. Dia cubit-cubit gadis itu sampai lebam.

Nara tersenyum melihat muncung Aaira. Comel je buat duck face macam tu.

"Takpelah Aaira, kak Auni boleh hantarkan" ujar Nara lembut. Auni mengangguk untuk meyakinkan gadis itu.

"Tak susahkan akak ke?" Soal Aaira perlahan. Laju Auni menggelengkan kepalanya.

"Ehh tak lah. Tak susahkan pun" pujuk Auni. Akhirnya Aaira tersenyum nipis. Okeylah kalau macam tu. Dia menghirup air yang dia order tadi perlahan. Mujur Syira bawak sekali air dia tadi, kalau tak mesti dia dah rembat.

"Bila Danyel nak bawak kau beli baju" tanya Wiena kepada Nara. Gadis itu terdiam dulu seolah sedang berfikir sebelum mengangkat kedua bahunya. Aaira hanya senyap mendengar perbualan mereka. Terasa macam adik-adik pulak bila duduk dengan diorang ni.

"Harini je lah, kau call dia sekarang" suruh Wiena. Kepala Nara tertoleh ke tepi, memandang ke arah Wiena.

"Dia belum habis kerja kan?"

"Call je lah, tanya dulu" ujar Wiena lagi. Dia menolak sedikit telefon milik Nara di atas meja. Menyuruh gadis itu call Danyel cepat. Teragak-agak gadis itu mahu membuat panggilan. Wiena yang dapat mengagak kawannya itu malu, dia menyuruh Auni pula.

"Auni, call Danyel. Nara malu" suruh Wiena cepat. Laju Nara menampar bahu Wiena. Dia bukan malu lah, dia risau je ganggu Danyel kerja. Auni pula bila sudah disuruh, laju je buat kerja. Nama Danyel dicari sebelum ditekan untuk membuat panggilan. Telefon ditekap pada telinga.

Tak sampai 3 saat, panggilannya sudah dijawab. Tersinggung senyuman di bibir Auni. Laju jawab, tak busy lah tu.

"Assalamualaikum bro" sapa Auni. Nara terus memandang Auni dihadapannya itu. Mahu mendengar perbualan mereka.

"Waalaikumsalam, hah nak apa?" Soal Danyel dari dalam talian. Auni menyedut air minumannya sebelum membalas.

"Aku nak tanya ni, kau nak bawak Nara beli baju kan? Bilanya?" Tanya Auni terus. Danyel di dalam talian senyap sekejap. Tiada balasan. Wiena mencapai telefon Auni sebelum dilekapkan ke telinganya.

"Harini je lah wey. Kitorang dekat mall ni, kau busy ke sekarang?" Nara mencerun memandang Wiena. Dah ajak baru tanya member tu busy ke tak.

"Aku dekat office Danish ni, tengah free lah. Tak ada kerja nak buat" ujar Danyel.

"Kau dekat pejabat Danish ke?" Aaira mengangkat kepalanya tatkala terdengar nama yang disebut oleh Wiena. Tiba-tiba dia rasa berdebar.

"Kau ajak lah dia sekali. Aku tau, kalau kau datang lepak ke pejabat dia mesti dua-dua tengah takde kerja kan?" Ujar Wiena selamba. Padahal Danyel selalu ganggu Tengku Danish time ada kerja.

Danyel tergelak mendengar ujaran Wiena. Tengku Danish yang sedang termenung di kerusi empuknya dipandang. Kali kedua Tengku Danish siap kerja awal. Terus jadi patung cendana dekat situ.

"Boleh-boleh. Nanti aku angkut si Danish sekali. Semua ada ke?"

"Mel takde. Ada aku, Nara, Auni dengan Aaira" balas Wiena. Aaira terdiam apabila namanya turut disebut. Sementara Danyel di sana sudah berkerut.

"Aaira?" Tanya Danyel. Mata Tengku Danish beralih ke arah Danyel. Dia macam dengar sesuatu.

"Haah, geng baru kitorang, korang datang la sini cepat. Kitorang tunggu" ujar Wiena bosan, penat bercakap.

"Okey, okey" Setelah itu, Wiena menutup panggilan. Telefon diserahkan semula kepada Auni. Aaira memandang ke arah Wiena. Mahu bertanya sesuatu.

"Akak ada sebut nama Danish tadi. Kawan akak ke?" Tanya Aaira. Mereka bertiga menoleh ke arah Aaira.

"Haah, kawan akak. Kawan dari sekolah dulu" jawab Wiena sambil memandang Aaira. Gadis itu mengangguk kecil.

"Kenal ke?" Soal Auni pula. Lekas Aaira menggeleng. Dia terfikir Danish yang Wiena sebut tu ialah Tengku Danish. Tapi tak lah kut, bukan lelaki itu je yang guna nama Danish. Kan?

Mereka sambung berbual sambil menunggu kehadiran Danyel dan Tengku Danish. Hampir habis la jugak satu gelas air mereka menunggu dua lelaki itu. Lambat serupa tunggu Auni siap make up.

Panjang cerita yang mereka bualkan sehingga Aaira turut mengeluarkan suara dalam perbualan mereka. Tanpa sengaja, Aaira tertepis tisu yang dia gunakan tadi sehingga jatuh ke tepi kerusinya. Aaira menunduk untuk mencapai tisu tersebut.

Dalam masa yang sama, kelibat Danyel dan Tengku Danish muncul di cafe itu. Laju kedua lelaki itu menghampiri meja yang diduduki oleh mereka setelah Auni mengangkat sedikit tangannya untuk memanggil Danyel.

"Sorry lambat" ujar Danyel ringkas. Tengku Danish pula sudah tegak memandang ke arah gadis tertunduk disebelah Nara. Apabila gadis itu angkat saja wajahnya, Tengku Danish terus terkaku di situ manakala Aaira tergamam di tempat duduknya. Tisu yang dia capai tadi terjatuh semula.

– Wafa Ariffin –

ෆ Do vote and comment ෆ

Continue Reading

You'll Also Like

49.8K 5.7K 19
RAAIF MATEEN | RAIHANA MIKAILA Peluang tak pernah wujud untuk manusia sejelek dia. Peluang tak pernah hadir untuk manusia yang tak sempurna seperti d...
339K 6.9K 55
( 1st story ) Tengku Zhafril Irfan vs Anisa Sofea Dia, anak yang dibuang oleh keluarga. Kecantikannya terserlah. Bertubuh kecil molek dan berlesung p...
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
1.4M 52.9K 62
Status : Complete Noah Iskandar x Sufi Nur Humaira [Karya kedua dari snowdreamm] Impian Noah Iskandar untuk membina mahligai bersama tunang tersayan...