The Bad Boy's Wife | OG

By pnuz_maa

80.1K 3.9K 1K

Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwa... More

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 31

1.3K 91 29
By pnuz_maa

| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."

" Hi sayang! "

Tergamam.

Terkedu.

Terkejut.

Terkentut lalu terberak

Arhhhhh tersemunya lah!!

Sayang?!

Lemek! Kalau macam tu aku pun takde--

Harris yang sedang elok berada di atas kerusi kayu itu di pandang. Sapaan dari jejaka itu tidak di balasnya.

Iya lah, kau nak dia balas apa? Hye abang! Mahunya koma setahun Harris di buatnya.

Lampu jingga yang menyala cantik di sekeliling mereka di pandang sekilas. Wajah tampan milik suaminya di pandang meminta penjelasan.

" Cantik? " soal Harris. Wajah Sara di tatap lembut berharap agar si isteri menjawab pertanyaannya tetapi kesian... Member kena palau dengan isteri sendiri.

" Maaf kalau tak cantik tapi aku dah tanya si google tu and dia kata perempuan boleh cair dengan suasana macam ni. Tapi macam tak jadi lah pula... sorry okay? Nanti aku saman syarikat google tu! "

Terkebil-kebil pemilik mata berwarna hazel itu. Senyum yang mahu terukir di tahan sebaik mungkin. Entah kenapa dia rasa comel pula bila Harris berkata sedemikian. Dengan muncung itiknya itu. Haih lah.

" Hachumm! "

Bersin yang terhasil dari lelaki yang berada di hadapannya membuatkan Sara tersentak dari lamunan. Harris yang sedang menggosok hidung itu di pandang penuh risau.

" Kau... okay? " jelas tak jelas sahaja suara Sara bertanya.

Harris tayang sengih lebar. Gitar yang di pegangnya di betulkan sedikit. Kepala di angguk laju. Badannya yang sedikit menggigil itu diabaikan.

Tadi memang rasa tak okay, tapi bila dengar suara risau isterinya itu terus dia rasa okay!

Erk?

" Aku nak nyanyikan satu lagu untuk kau. Stay situ tau! Jangan masuk rumah lagi, okay? " penuh teruja Harris berkata.

Mahu tak mahu Sara mengangguk juga walaupun dalam hati sudah risau melihat kondisi suaminya. Sekejap batuk, sekejap bersin. Harris tak sihat ke?

" Dengar tau? " seraya itu, petikan gitar yang terhasil daripada Harris mula kedengaran.

Aziz Harun - Jangan

" Baby, baby, jangan, jangan, tinggalkan aku."

Sara hanya diam di tempatnya. Harris kata babi ke?

Eh bukannnn! Haih... Susah lah dapat heroin bengap macam ni.

" Baby, baby, jangan merajuk sangat. Sabar ku tunggu. Sampai kau rindu kan ku."

" Sumpah sakit, baby i love you."

I love you? Serta-merta wajah gadis itu membahang malu. Selama beberapa bulan mereka berkahwin, ini lah kali pertama Harris mengungkapkan kata sayang secara berhadapan dengannya.

Walaupun ungkapan cinta itu melalui dari lagu tetapi ia masih boleh membuatkan jantung Sara berdetak laju.

" Baby, baby." selesai nyanyian di habiskan, wajah kemerahan isterinya menghiasi pandangan. Bibir mengukir senyum nipis.

Gitar yang berada di dalam pegangan di letak kan ke tepi. Harris bangun dari duduk. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mendekati Sara.

Setapak demi setapak kaki melangkah. Kini Harris berdiri berhadapan dengan isteri tersayang. Wajah cantik milik gadis itu di tatap penuh lembut.

Sunyi.

Hingus yang mahu meleleh dari hidung di sedut terlebih dahulu. Cuba jangan spoil mood orang. Kedua tangan sara di tarik lalu di genggam erat.

" Aku mintak maaf. Aku tahu sepanjang perkahwinan kita ni aku banyak buat salah dengan kau. I'm sorry. Please stop giving me silent treatment, I miss you." genggaman di tangan Sara di eratkan.

Dia boleh jadi gila kalau tak dengar suara Sara! Gadis itu terlalu penting buatnya.

Bibir bawah di gigit. Sara mengundur setapak ke belakang. Laju kakinya membuka langkah mahu masuk ke dalam. Dia tidak mahu Harris dengar detakan jantungnya yang laju pada saat ini.

Tolong sesiapa panggil kan doktor. Sara dah nak pengsan dah ni.

Harris jelas terkedu dengan tindak kan Sara. Tidak berkelip anak mata kelabu itu memandang gadis kesayangannya yang sudah jauh ke hadapan.

Sara memang dah taknak maafkan dia ke?

Atau... gadis itu sudah tak sayang pada dia?

Bila mengingatkan tentang itu, laju Harris mengejar langkah Sara. Tubuh kecil itu di dukung bridal style.

Bulat mata Sara memandang kelakuan suaminya. Dada bidang milik Harris di tepuk meminta agar di turunkan. " Apa kau buat ni?! Lepas lah! "

Tidak dihiraukan rontaan dari gadis itu. Tubuh Sara yang berada di dalam dukungannya di peluk kemas.

" Kau--"

Entah mana silapnya, Harris tidak dapat mengimbangkan badan lalu terjatuh lah pasangan suami isteri itu ke dalam kolam renang yang dari tadi menyaksikan drama sebabak mereka berdua. Terbutang mata pasangan itu.

Ah sudah!

Bushhhhh!

" Arghhh!! " leher suaminya di rangkul erat. Kaki Sara elok melingkar di sekeliling pinggang Harris.

Terkebil-kebil anak mata Harris memandang wajah merah padam milik isterinya. Lambat-lambat bibirnya mula melepaskan tawa. Tangan Harris naik merangkul pinggang Sara.

" Gelak pulak kau! " bahu jejaka itu di pukulnya geram. " Kau nak aku mati ke hah?! "

Harris masih dengan sisa tawanya. Arghhh dia rindu dengar suara Sara.

" Aku rindu kau." terhenti Bebelan Sara apabila mendengar pengakuan jujur dari Harris.

Jantungnya mula berdetak laju. Rama-rama di dalam perut sudah membuat pesta tari-menari agaknya. Bibir bawah di gigit menahan debar di dada. Meliar mata hazel itu memandang sekeliling. Dia taknak pandang Harris! Nanti dia boleh pengsan!

" Sara... Jangan lah marah ak-- hachumm! " mata di pejam sesaat. Kepala di geleng perlahan berharap dapat mengurangkan pening di kepala.

Tangan Harris naik mahu menggosok hidung mancungnya yang gatal. Namun, belum sempat dia menaik kan tangan, ada satu jeritan suara yang membatalkan niatnya.

" Weh! Weh! Aku tak pandai berenang lah! Harris jangan lah lepaskan tangan kau tu! " erat tangan Sara melingkar di leher milik suaminya.

Terjerit kecil gadis itu apabila merasakan badannya yang mahu tenggelam ke dalam kolam.

Terbatal niat Harris untuk menggosok hidungnya apabila mendengar jeritan si isteri. Pantas dia mengeratkan pelukan di pinggang Sara.

Diabaikan hidungnya yang gatal apabila melihat wajah takut milik gadis yang berada di dalam pelukannya. " Sorry..."

Sara hembus nafas lega. Bahu Harris di tepuk meminta lelaki itu membawanya naik ke atas.

Harris hanya turuti permintaan Sara. Di dukung gadis itu lalu di letak kan di tepi kolam.

" Jom masuk makan ubat. Kau tak sihat." tangan kekar milik Harris di tarik meminta lelaki itu untuk keluar dari kolam. Tapi, Harris hanya diam memandang kearahnya.

" Tak nak."

" Harris..."

" Tak nak makan ubat! " muka Harris berkerut tidak suka. Sepanjang hidupnya, ubat tu lah benda yang paling dia benci sekali. Dah lah pahit! Cuba lah buat ubat tu jadi manis, kan senang nak makan.

" Kau tak sihat Harris. Cepat keluar dari kolam tu. Nanti kau demam! " tangan Harris cuba di gapai tetapi makin jauh pula lelaki itu berenang.

" Oi! Yang kau pergi sambung berenang tu dah kenapa?! Aku suruh keluar! "

Harris menggeleng laju. Dia tak nak. Dia tak suka. Tidak di hiraukan bebelan isteri tersayang. Harris mula menyelam masuk ke dalam kolam renang.

" Astaghfirullah... Tengku Harris Iskandar! " jeritan Sara di abaikan Harris. Dia hanya menyelam tanpa menghiraukan pandangan tajam si isteri.

Dia lagi rela berendam dalam kolam renang itu daripada di paksa makan ubat.

" Kalau kau keluar dari kolam tu, aku maafkan kau."

Tidak tunggu lama, terpancul kepala Harris dari dalam kolam. Anak mata kelabu itu merenung wajah si gadis.

" Betul? "

Angguk.

" Janji dah tak nak marah aku? "

Angguk.

" Kau tak boleh tarik balik apa yang kau cakap ni tau? "

" Iya Harris. Aku janji! Cepat lah keluar!" rambut panjangnya di sebak ke belakang. Boleh jadi gila dia layan perangai Harris yang satu ini.

Lambat-lambat kaki menapak keluar dari kolam. Jari kelingking di hulur pada Sara. " Janji? "

Anak mata hazel itu hanya merenung pada jari milik Harris yang di hulur kepadanya. Tidak menunggu lama, tangan di taut membuat perjanjian.

" Janji."

|...|...|...|...|...|

" Hachummm!!! " bergema kuat bersin yang terjadi dari Harris.

Sara di sebelah hanya menutup mata. Perghhh! Kuat gila lelaki ni bersin!

Harris yang sedang lena di atas katil di pandang risau. Wajah suaminya kelihatan pucat. Suhu badan usah di kata. Tinggi ya amat!

Ni semua salah readers!

Hahaha readers kena fitnah.

Tuala kecil yang diambil sebentar tadi direndam dan diperah sebelum di letak kan ke dahi Harris.

Tangan Sara naik menongkat dagu. Jam yang elok tergantung di dinding bilik di kerling. Sudah pukul sebelas setengah malam. Nafsu untuk tidur sudah tiada apabila melihat keadaan suaminya.

Rambut Harris di usap perlahan. Sibuk sangat berendam sampai demam jadinya. Pipi berbahang itu di sentuh sesaat sebelum Sara bingkas bangkit dari katil.

Terbatal niat Sara untuk keluar dari bilik apabila tangannya di sentuh. Laju dia berpaling ke belakang.

" Oi! Asal kau bangun? " tangan Sara naik bercekak pinggang. Wajah kepenatan Harris di pandang geram.

Tadi waktu orang suruh makan ubat, kemain kata mengantuk. Ni dah kenapa bangun? 

" Kau nak pergi mana? " soal Harris dengan suara serak dan lemahnya. Kain basah di campak ke tepi. Kepalanya yang berdenyut sakit itu di urut.

Raut bimbang jelas terlakar di wajah cantik milik Sara. Terus duduk di labuhkan ke tepi tilam. Tangan harris yang ligat mengurut dahi di tolak perlahan " Biar aku buat."

Harris hanya diam membiarkan. Riba Sara menjadi tempat dia melabuhkan kepala. Wajahnya di benamkan ke perut isteri tersayang.

Satu-satunya tempat yang paling selesa untuk dia melelapkan mata.

" Sakit? " sambil bertanya, tangan Sara tidak berhenti memicit dahi Harris.

" Hmm..."

Kelopak mata Harris terbuka sedikit. Wajah kepenatan Sara di tatap lembut. Sayangnya dia dengan gadis ini hanya tuhan saja yang tahu.

" Tidur Harris."

Cepat-cepat mata di tutup semula. Macam mana lah boleh kantoi usya isteri sendiri.

Sara mengukir senyum nipis. Zikir dan selawat berulang kali di baca untuk mendodoikan Harris. Belakang badan jejaka itu di tepuk perlahan.

Tidak menunggu lama, dengkuran halus mula kedengaran. Bibir melorek semyum melihat suaminya yang tenang di buat mimpi. Tangan Harris di ambil sebelum di kucup lembut.

" Good night... Assalamualaikum."

To Be Continue

Sorry lambat. Saya fokus study untk exam and alhamdulillah semua usaha saya membuahkan hasil.

Maaf hambar.

And hye! selamat berkenalan untuk readers² baru!

Enjoy guys.

Don't forget to voted and comment.

1588 Words

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
Semoga kita masuk syurga dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW

Continue Reading

You'll Also Like

1.3M 121K 60
"Jangan lupa Yunifer, saat ini di dalam perutmu sedang ada anakku, kau tak bisa lari ke mana-mana," ujar Alaric dengan ekspresi datarnya. * * * Pang...
5.9M 390K 68
#FOLLOW DULU SEBELUM MEMBACA⚠️ Kisah Arthur Renaldi Agatha sang malaikat berkedok iblis, Raja legendaris dalam mitologi Britania Raya. Berawal dari t...
3M 152K 22
Sagara Leonathan pemain basket yang ditakuti seantero sekolah. Cowok yang memiliki tatapan tajam juga tak berperasaan. Sagara selalu menganggu bahkan...
1.4M 102K 44
Aneta Almeera. Seorang penulis novel terkenal yang harus kehilangan nyawanya karena tertembak oleh polisi yang salah sasaran. Bagaimana jika jiwanya...