Mamat Barista Mr.CEO (NV) [On...

By isyannaa

22.1K 1K 50

Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal... More

Bab 1 β˜•β€οΈ
Bab 2 β˜•β€οΈ
Bab 3 β˜•β€οΈ
Bab 4 β˜•β€οΈ
Bab 5 β˜•β€οΈ
Bab 6 β˜•β€οΈ
Bab 7 β˜•β€οΈ
Bab 8 β˜•β€οΈ
Bab 9 β˜•β€οΈ
Bab 10 β˜•β€οΈ
Bab 11 β˜•β€οΈ
Bab 12 β˜•β€οΈ
Bab 13 β˜•β€οΈ
Bab 14 β˜•β€οΈ
Bab 15 β˜•β€οΈ
Bab 16 β˜•β€οΈ
Bab 17 β˜•β€οΈ
Bab 19 β˜•β€οΈ
Bab 20 β˜•β€οΈ
Bab 21 β˜•β€οΈ
Bab 22 β˜•β€οΈ
Bab 23 β˜•β€οΈ
Bab 24 β˜•β€οΈ
Bab 25 β˜•β€οΈ
Bab 26 β˜•β€οΈ
Bab 27 β˜•β€οΈ
Bab 28 β˜•β€οΈ
Bab 29 β˜•β€οΈ
Bab 30 β˜•β€οΈ
Bab 31 β˜•β€οΈ
Bab 32 β˜•β€οΈ
Bab 33 β˜•β€οΈ
Bab 34 β˜•β€οΈ
Bab 35 β˜•β€οΈ

Bab 18 β˜•β€οΈ

471 30 0
By isyannaa

DARIEL tersenyum melihat satu sosok di meja hujung kafe. Syanina dah datang!

Dariel terus merapikan dirinya. Apron berwarna coklat yang ada di tubuhnya dipandang untuk memastikan tiada kotoran di situ, topinya yang sedikit senget dibetulkan.

Apabila rasa puas hati dengan penampilan dirinya, Dariel hembus nafas lega. Langkah diaturkan ke arah gadis yang sedang asyik dengan telefon.

"Good morning! How's your night semalam? Dapat tidur dengan nyenyak ke?" Dariel menegur setelah mereka tidak berjumpa dalam masa dua belas jam.

Syanina angkat kepala apabila ada suara yang menegur.

"Hmmm... Nyenyaklah juga... Itu pun sebab ada Tiggy. Untung-untung dapat peluk dia sepanjang malam." Syanina tersenyum bangga sementara Dariel terkulat sendiri.

"Tiggy? Siapa Tiggy?" Dariel terus menyoal. Malaon mana pula ni peluk-peluk Sya malam tadi?

Syanina menjulingkan matanya ke atas melihat wajah keliru Dariel.

"Ishhh... Anak patung harimau yang kita dapat semalam lah. Itu pun dah lupa... Nyanyuk agaknya..." Kutuk Syanina selamba dan menghirup latte yang masih panas.

Dariel meng-oh kan sahaja sambil kepala angguk kecil. Dia sengih seperti kerang busuk.

"Samalah kita! Saya pun peluk Tygrio sepanjang malam semalam." Dariel masih dengan sengihannya. Teringat malam semalam dia peluk Tygrio ketat-ketat! Best rupanya peluk benda waktu tidur.

"Tygrio?"

"Awak ingat anak patung harimau awak je ada nama?" soal Dariel sinis. Suka dapat kenakan gadis itu balik.

"Elehh... Sibuk je nak bagi nama!" Syanina menjulingkan matanya ke atas.

"Suka hati lah. At least saya bagi nama nampak macho sikit. Tygrio. Ini awak bagi nama Tiggy. Apalah! Tak semartt langsung!" Kutuk Dariel selamba. Entah kenapa dia kadang-kadang suka cari gaduh dengan gadis itu. Selalunya dia malas nak cari gaduh dengan orang ni. Layan orang lagilah malas. Tapi bila dengan gadis yang bernama Aira syanina ini dirinya berubah seratus lapan puluh darjah!

"Hei! Harimau saya tu betina! Sesuailah bagi nama Tiggy. Comel apa... Tygrio? Macho? Huh! Tak kena langsung!" Balas Syanina kembali. Biasalah... Dia sentiasa mahu menang.

"Hmm..."

"Daniel... Esok kita keluar lagi nak?" Selalunya Dariel yang mengajak gadis itu keluar tetapi hari ini sudah terbalik. Syanina pula yang mengajak Dariel keluar. Syanina rasa selesa bila keluar dengan Dariel. Dia rasa selamat. Walaupun semalam hampir mati dalam ferris wheel... Dariel tetap ada untuk tenangkannya walaupun jejaka itu sendiri sedang takut.

"Boleh! Awak nak keluar pukul berapa?"

"Bila awak free?"

"Anytime Miss Latte."

"Hurmmm lepas zohor lah. Asyik keluar malam je... Tak manis pula orang tengokkan?"

"Betul juga tu. Kita ni bukannya ada hubungan apa-apa pun. Nanti kalau bakal tunang awak tu nampak mahu makan penumbuk dia nanti," ujar Dariel selamba. Syanina terus tarik muka. Ini yang auto bad mood ni!

"Ish! Jangan cakap pasal mamat tu boleh tak? Saya menyampah lah!"

"Okay okay! Sorry..."

"Janji jangan cakap pasal dia!" Syanina tayang jari kelingkingnya mahu jejaka itu berjanji. Dariel dengan pantas turut menayang jari kelingkingnya yang jauh beza saiznya berbanding jari kelingking Syanina.

Mereka berjanji dengan menunjukkan jari kelingking sesama sendiri tanpa menyentuhnya. Syanina tersenyum puas.

"Awak ada nak tambah apa-apa lagi ke? Saya boleh ambilkan."

"Hmm tak apalah awak. Donut ni pun tak habis lagi. Nanti kalau saya nak apa-apa saya panggil awak."

"Oh sekejap! Saya lupa nak beri awak rasa makanan baru dekat sini!" Dariel terus bangkit dari duduknya dan berlari ke dapur. Syanina menggeleng kepala kecil.

Syanina sambung aktiviti bermain telefonnya. Ambil masa lima belas minit untuk Dariel datang ke sini semula.

Syanina terkebil-kebil melihat Dariel yang sedang menatang dulang sambil mendekati dirinya. Dapat lihat banyak makanan di atas dulang itu sehinggalah dia dapat lihat dengan jelas apabila Dariel sudah meletakkan dulang itu atas mejanya.

"Wow! Banyaknya! Siap ada hot chocolate lagi! Hot chocolate ni bukan dah launch lama ke?" soal Syanina keliru melihat secawan hot chocolate turut berada di dalam dulang itu.

Dariel senyum dahulu sebelum labuhkan punggung di hadapan Syanina. Dia memperkenalkan satu-satu makanan yang dia bawa.

"Ini sweetie strawberry croissant. Yang ini classic croissant and the last one is croffle with pistachio sauce on top. Awak nak try mana satu dulu?"

"Oh... Patutlah ada nampak croissant dekat menu tadi. Inilah makanan baru launch tu? Hmm... Saya nak sweetie strawberry croissant lah! Nampak menarik decoration dia!" Croissant yang mempunyai buah strawberi di dalam menarik minat Syanina. Pinky pinky!

Croissant itu terbelah ditengahnya dan memperlihatkan buah strawberi berwarna merah terang bersama whipped cream. Atas croissant pula ada lagi strawberi dan icing sugar.

Dariel senyum mendengar permintaan Syanina. Terus sweetie strawberry croissant itu dipotong supaya menjadi lebih kecil.

"Rasalah." Piring croissant dikeluarkan dari dulang dan diletakkan lebih dekat dengan Syanina.

Syanina terus mengambil croissant yang telah dipotong lebih kecil oleh Dariel. Potongan croissant dimasukkan ke dalam mulut dan dikunyah perlahan. Hmm not bad!

"I'm not a fan of whipped cream but this one is so so... Disebabkan ada strawberi so... Saya bagi enam per sepuluh," komen Syanina selamba. Dia pandang pula croffle yang seperti dikatakan oleh Dariel.

"Saya cuba croffle ini pula lah! Nampak lebih menarik!"

"Yeahh! Ini dough croissant yang kita orang bake pakai waffle maker. That's why the name is croffle. It is combination between croissant and waffles. You must try them!" Dariel tolak piring croffle kepada Syanina dan piring croissant tadi diletakkan atas dulang semula.

Akibat malas ingin memotong, Syanina terus mengambil croffle dengan tangan dan menggigitnya sedikit. Matanya terbuka luas. Kagum dengan kelazatan croffle itu.

"Hmmm this is much better! Dia crispy dekat luar but lembut dekat dalam. And the pistachio sauce is so nice! I like it!" Teruja Syanina dengan rasa croffle itu. Dariel senyum.

"Habiskanlah... Kalau tak cukup nanti saya boleh buat lagi."

"Eh tak apalah! Ini classic croissant ni apa yang special nya pula?"

"Ou! I got a croissant hack! Hehe... Saya nak awak try benda ni!" Syanina pandang saja setiap tingkah laku Dariel.

Dariel memasukkan whipped cream yang sudah dia letakkan dalam mangkuk kecil ke dalam cawan hot chocolate. Dia mengacau whipped cream dan hot chocolate supaya sebati.

"Okay! Now try dipped the croissant with this hot chocolate!" Syanina patuh sahaja dengan arahan Dariel. Classic croissant diambil dan dicelup dengan hot chocolate yang sudah bercampur dengan whipped cream. Syanina gigit sedikit croissant yang sudah dicelup hot chocolate.

Syanina makin teruja dengan rasa croissant ini. Sedap!

"Ya Allah! Awak! Sedapnya! Pandai awak create idea!" Puji Syanina dan kembali mencelup croissant dalam hot chocolate dan memakannya sehinggalah tiada langsung sisa.

"See the leg la. Tapi... Tak manis sangat ke? Awak jangan amalkan pula benda ni. Nanti kang kena potong kaki awak saman pula kafe ni." Seloroh Dariel. Syanina berdecit.

"Orang tahulah!"

























DARIEL sambung melukis lukisannya yang separuh siap minggu lepas. Baru hari ini terluang nak menyiapkan lukisan itu.

Lukisan seorang gadis atau lebih tepatnya Aira Syanina. Gadis itu sedang memegang sekuntum bunga daisy putih. Latar belakangnya pula ialah taman bunga yang dipenuhi daisy putih.

Semuanya adalah bayangan Dariel sahaja. Dia teringin mahu melihat Syanina bersama bunga daisy. Nampak innocent. Rambut Syani terurai cantik dan gadis itu memakai gaun paras lutut berwarna baby pink.

Disebabkan dia tidak berkesempatan ingin melihat Syanina dalam keadaan begitu dia lukislah atas kanvas bagi memuaskan hatinya.

Bibir terukir senyum, kagum dengan hasil seninya. Nampak cantik... Ataupun memang kerana gadis itu tersedia cantik dan indah?

"Ohh sweetheart... What kind of spirit you have did to me?"

Continue Reading

You'll Also Like

135K 12.3K 56
Dua pekerjaan yang sangat mencabar. Jika lalai seminit, banyak nyawa yang terkorban. "Tuan ingat muka Tuan kacak sangat?" Gaduh. Gaduh. Gaduh. Ada...
5.5M 301K 71
[Complete] 1st romance Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah...
26.4K 2.4K 28
Orang kata, perempuan yang masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku f...
131K 8.8K 32
Adam Hirdy | Azalea