๐Œ๐‘ ๐“๐„๐‹๐„๐†๐‘๐€๐Œ | ๐‚๐Ž๏ฟฝ...

Por izatulnatasya09

7.7K 355 32

Lisa Erica seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai s... Mรกs

๐“œ๐“ป ๐“ฃ๐“ฎ๐“ต๐“ฎ๐“ฐ๐“ป๐“ช๐“ถ
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 1
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 2
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 3
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 4
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 5
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 6
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 7
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 8
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 9
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 10
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 12
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 13
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 14
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 15
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 16
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 17
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 18
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 19
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 20
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 21
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 22
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 23
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 24
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 25
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 26
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 27
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 28
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 29
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 30
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 31
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 32 ( END )

๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 11

205 9 0
Por izatulnatasya09

'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

" Lis makan sikit.Ibu tengok balik dari klinik tadi Lis tak jamah pun makanan tu.Nanti tak ada tenaga la. " Puan Hani risau melihat keadaan anaknya yang tidak makan dari pagi tadi.

" Lis tak ada selera lah ibu. "

" Lis pergi la mandi dulu lepastu solat asar.Kejap lagi macam mana pun kena makan juga.Lepastu baru boleh makan ubat.Kalau tidak sampai bila pun Lis tak sihat. " Puan Hani memapah anaknya sehingga sampai di hadapan tandas.

Lisa menggagahkan jua dirinya untuk menunaikan solat asar.Walau sesakit mana pun kita solat jangan pernah tinggal.Selagi masih berdaya.

" Lis , ibu dah letak makanan dekat atas meja belajar tu.Nanti makan lepastu ubat pun ibu dah letakkan sekali. "

" Terima kasih ibu.Ayah macam mana? "

" Ayah pun masih demam lagi.Ibu pun risau juga dengan Lis pun demam tak kebah lagi. "

" Insyaallah ibu.Ibu jangan risau lah.Ibu pun demam juga kan.Tak apa ibu pergi la rehat. " Puan Hani hanya mengangguk kecil.

Mangkuk bubur yang dibuat oleh ibunya dilihat kosong.Tiada rasa ingin makan.Tekaknya buat masa sekarang tidak boleh terima makanan langsung.

Hanya tiga suap yang boleh ditelan.Ubat demam yang diambil di klinik tadi di makan.Badan di rebahkan di atas katil.Terasa sakit satu badan membuatkan dirinya bertambah tidak bermaya.Sakit kepala juga belum lagi hilang daripada semalam.Kesan daripada ubat yang di makan sebentar tadi membuatkan dirinya berasa mengantuk.

Selepas solat isyak Lisa membuka telefon.Sudah dua hari dia tidak sentuh telefon pintar itu.Ternyata banyak mesej daripada Aria.

[ Aria Mulut Laser ]

Yesterday

Lis

Lis kau pergi mana

woiii

sampai hati kau ek tak
reply mesej aku

woii sengal

Today

Lisa Erica Binti Muhammad
Ferhat

Kau dah tinggalkan aku ke gila

kau hiks jangan buat aku
macam ni

kau dah pergi ke weh

Al-fatihah.arwah dulu baik
orangnya

kau ni kan kalau aku sumbat
mulut kau dengan stoking busuk
jangan tanya kenapa

ha muncul pun aku ingat
dah takda tadi

ish kau ni mulut tu ha.aku
tak sihat sikit

sorry baru balas

lah kau ni lain kali cakap

aku ni punya la risau

kau tak pernah hilang tiba-tiba
macam ni

habistu kau sekarang ni macam
mana okay tak?

alhamdulillah okay sikit

tak apa lah kau pergi rest

hm yelah babai

babai

Hati Lisa terdetik untuk membuka telegram.

Jimin
bot

Jim.Lis minta maaf baru chat
Jim.Lis ada exam lepastu tak
berapa sihat sikit

Jim marah ke?

ya Allah tak apa lah.tu lah
pelik juga tapi saya tahu
awak busy.saya tak marah
pun.Jangan fikir sangat

awak tu okay ke tak?

alah demam sikit je

ishla.dah makan ubat
belum?

dah

tapi tak ada selera makan

rest la

nanti

takda.sekarang jugak.
kalau tak saya taknak
chat awak

yelah orang rest

ye.dah go

babai

bai

Setelah selesai berborak sekejap dengan Jim.Lisa mengorak langkah perlahan-lahan keluar dari bilik.Encik Ferhat yang sedang berehat di ruang tamu didekati.Lisa melabuhkan punggung di atas sofa.

" Ayah macam mana? " Lisa meletakkan tangan di atas dahi ayahnya.

" Hm demam lagi.Adik kenapa keluar ni? Rehat jela dalam bilik tu. "

" Bosan la terperap je dalam bilik dari tadi.Ibu pergi mana ayah? "

" Ada tu ha tengah jawab call. "

Sedang leka Lisa dan ayahnya berborak.Puan Hani datang ke arah mereka dengan muka yang agak takut.

" Abanggg ! " Puan Hani terus melabuhkan punggung di sebelah suaminya.

" Ya Allah Hani ni kenapa? " Encik Ferhat mengurut dada kerana terkejut dengan sergahan isterinya.

" Hani baru sudah cakap dengan Kak Shila jiran kita.Dia positif covid abang.Sekarang dia dekat hospital.Dia demam teruk.Ya Allah Hani takut kalau kita terkena sekali. "

" Allahuakbar. " Encik Ferhat cuba menenangkan isterinya.Lisa yang mendengar itu juga berasa takut.Jantungnya berdetak laju.

" Ibu.Kita kena sabar ibu.Ini semua ujian daripada Allah untuk keluarga kita.Ibu bawak bertenang insyaallah takda apa yang berlaku.Kita serahkan semuanya dekat Allah.Sekarang ibu pergi masuk bilik rehat.Ibu pun demam tu.Ayah pun tak sihat lagi.Jangan risau Lis dah rasa okay sikit.Sekarang ni dah lewat.Ibu dengan ayah pergi la masuk tidur. " Lisa memeluk tubuh ibunya lalu pipi ibunya dicium sekilas.Puan Hani membalas pelukan anaknya lantas pundak kepala anaknya dicium.

Lisa bangun awal pagi untuk menyiapkan sarapan untuk ayah dan ibunya.Memandangkan dia sudah sihat daripada demam maka semua kerja rumah dia perlu lakukan.

" Eh ibu buat apa ni.Ibu pergi rehat. " dengan pantas Lisa mengambil pisau yang berada di tangan ibunya.

" Ibu nak siapkan sarapan la. "

" Tak perlu ibu.Lis dah siapkan semuanya.Ibu demam teruk tu.Ibu jangan la buat kerja berat.Hal kerja rumah ni biar Lis yang buat.Sekarang ni ibu duduk atas kerusi.Lepas je ibu makan ibu kena makan ubat. " Lisa segera memapah ibunya ke meja makan.Nasi goreng yang baru siap digoreng olehnya dicedok lalu diletakkan di dalam pinggan.

" Terima kasih adik.Kalau adik takda ibu tak tahu macam mana keadaan ibu dengan ayah.Adik sekarang ni dahla dengan kelas online lepastu nak kena uruskan kerja rumah lagi.Kesian anak ibu mesti penat kan. "

" Ibu dengar sini apa yang adik nak cakap.Itu tugas adik sebagai seorang anak.Seorang anak yang baik mesti akan jaga ibu dan ayah dia yang sedang sakit.Adik taknak jadi anak derhaka.Adik nak jadi anak solehah untuk ibu dan ayah.Penat yang adik rasa sekarang takkan sama dengan penat lelah yang ibu rasakan sewaktu melahirkan anak ibu seorang ni.Memang takkan terbalas. " Lisa mengusap kekura tangan ibunya.Air mata yang hampir mengalir di pipi ibunya dikesat.

" Ibu bersyukur Allah kurniakan ibu dan ayah seorang puteri yang hebat.Ibu dan ayah sayang adik sangat. "

" Adik pun sayang ibu dan ayah lebih daripada nyawa adik sendiri.Dah taknak nangis.Ibu makan dulu.Adik nak pergi panggil ayah. "

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik. "

( surah al isra ayat 23 )

Seperti biasa selepas sahaja makan malam , Lisa bersama dengan Leo duduk di buaian sambil melihat bulan.Dikeluarkan telefon daripada poket.Lagu ghost by justin bieber dimainkan.

Entah mengapa lagu itu yang menjadi kegemarannya sejak akhir-akhir ini.Mungkin hati sudah mula merindui seseorang yang tak tahu tentang perasaannya.Kedinginan malam membuatkan Lisa terbuai dengan perasaan.Bertemankan bulan dan juga Leo.

" Ya Allah jangan tambatkan hatiku pada sesuatu yang tak akan mungkin aku miliki.Jangan jadikan aku tawanan perasaan , pada cinta yang tak akan mungkin berbalas.Namun jika akhirnya terjadi ke atasku , izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu.Cukuplah Engkau yang menjadi saksi segalanya. "

Doa itu hanya terucap dalam hati Lisa.Dia tersenyum memandang langit malam.Dia tahu Allah melihat segalanya.Dia tahu Allah mendengar suara hatinya berdoa.

Seguir leyendo

Tambiรฉn te gustarรกn

1.4M 34.4K 46
When young Diovanna is framed for something she didn't do and is sent off to a "boarding school" she feels abandoned and betrayed. But one thing was...
270K 31K 78
#Book-2 of Hidden Marriage Series. ๐Ÿ”ฅโค๏ธ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
462K 26.2K 44
The story continues to unfold, with secrets unraveling and new dangers lurking in the shadows. The Chauhan family must stay united and face the chall...
1.5M 130K 45
โœซ ๐๐จ๐จ๐ค ๐Ž๐ง๐ž ๐ˆ๐ง ๐‘๐š๐ญ๐ก๐จ๐ซ๐ž ๐†๐ž๐ง'๐ฌ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž ๐’๐š๐ ๐š ๐’๐ž๐ซ๐ข๐ž๐ฌ โŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽโŽ She is shy He is outspoken She is clumsy He is graceful...