The Bad Boy's Wife | OG

De pnuz_maa

80.1K 3.9K 1K

Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwa... Mai multe

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 29

1.8K 105 53
De pnuz_maa


| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."


Badan di sandarkan di kereta mewah miliknya. Mata harris memandang pintu utama Straw Highschool itu. Dia menghela nafas berat apabila bayangan isterinya masih tidak kelihatan.

Jam di tangan di kerling sekilas. Sudah menginjak ke pukul satu petang. Mana sara ni? Tak nak balik ke?

Tidak menunggu lama, Iphone di poket seluar di ambil sebelum Harris mendail nombor telefon Iqbal.

" Hello--"

Tit... Tit... Tit...

Berkerut pelipis Harris apabila Iqbal menutup panggilannya. Nafas di hela perlahan.

" Apahal kau--."

Tit... Tit... Tit...

Buat kali kedua, panggilannya di tutup oleh si Iqbal. Harris memejam mata sesaat, cuba mengumpul kesabaran yang kian menipis.

Nombor Iqbal di dail buat kali ketiga. Rambutnya yang jatuh ke dahi di kuak ke belakang. Kulit putih harris sudah kemerahan menahan marah.

" Nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan, sila hubungi nombor ini di lain hari. Sekian, terima kas--"

" Kau ingat aku ni bodoh sangat ke sampai tak boleh nak bezakan suara jantan kau tu? "

Jeda.

Iqbal tertawa hambar. Penat-penat aku buat suara kepit tapi kantoi juga. " Hehe... Ops! dah kantoi."

Laju sahaja tangan Iqbal mahu mematikan panggilan, tetapi perbuatannya terhenti apabila suara dingin Harris berserta ugutan mula kedengaran di corong telefon.

" Kalau kau berani end call ni, aku bagitau Yana aib kau." Dingin.

" Apa ni? Taknak, taknak!! "

Harris guling mata keatas mendengar rengekan mintak kaki si Iqbal. Sesekali dia mengerling pintu utama sekolah itu, menanti ketibaan Sara dengan penuh sabar.

" Aku takde masa nak layan perangai kau ni. Aku nak tanya--"

" Kalau macam tu tak payah lah call aku."

Terpejam anak mata kelabu itu apabila mendengar suara Iqbal di corong telefon. Sunguh harris penat nak layan perangai rakannya yang seorang ini. " Kau boleh diam tak? "

" hehe... Sorry-sorry. Hah, sambung."

" Sara dekat mana? "

Iqbal kerut dahi mendengar pertanyaan harris. " Lah... Tu kan bini kau, bukan bini aku. Mana lah aku tahu. Cuba lah call dia."

" Dah call tapi tak angkat. Tak kan kau tak tahu dia kat mana? Waktu mata pelajaran akhir kan kau ada dalam kelas." Soal Harris. Kakinya mula melangkah masuk semula ke dalam bangunan sekolah.

" Tu lah, lain kali jangan ponteng kelas. Tengok sekarang ni bini kau dah hilang! "

Bebelan Iqbal di corong telefon tidak diendahkan. Melilau mata Harris mencari kelibat Sara.

" Hah aku dah ingat! Tadi Sara kata dia nak pergi tandas."

Terhenti pergerakan Harris. Jelas terlakar kerutan di dahi jejaka itu.

" Tandas? "

|...|...|...|...|...|

Paip air di tutup selepas digunakan. Sara membelek mukanya di hadapan cermin yang berada di dalam tandas itu. Aku cantik, aku tahu. *flip author

Bangga ar tu.

Kaki mula melangkah keluar dari tandas perempuan yang terletak bersebelahan dengan dewan utama. Beg sekolahnya yang berada di atas bangku diselongkar untuk mencari Iphone miliknya.

Terhenti perbuatan Sara apabila telingannya menangkap bunyi sesuatu terjatuh. Terus tegak bulu roma gadis itu.

Sara pusing ke belakang. Cuba mencari di mana datangnya bunyi itu. Kenapa? Kenapa dia rasa macam dirinya di perhatikan oleh seseorang?

Mata hazelnya hanya merenung pada belakang dewan utama. Entah kenapa firasat Sara mengatakan bahawa ada sesuatu di belakang dewan itu.

Sedar tak sedar, kakinya sudah melangkah mendekati belakang dewan utama. Semakin dia dekat, semakin berdiri tegak bulu romanya.

Lagi dua tapak dan....




















Mbahhhh!! Iklan jap.

Back to story -

" Sara! " Tersentak gadis itu apabila tangannya di rentap dari belakang. Segera dia mengalihkan pandangan. Wajah kepenatan harris mula memenuhi ruang mata.

" Finally... Jumpa pun kau." Badan isterinya di tarik ke dalam pelukan. Erat.

Hanya tuhan saja yang tahu bertapa risaunya Harris apabila kelibat Sara tidak kelihatan di tandas-tandas yang lain.

Entah bagaimana dia boleh terfikir untuk pergi ke tandas yang terletak di sebelah dewan utama Straw Highschool itu.

Lega hati Harris apabila melihat kelibat isterinya yang sedang menuju ke belakang dewan.

Terkebil-kebil Sara yang berada di dalam pelukan Harris. Dapat dirasakan degupan jantung suaminya yang begitu laju ketika ini. Rambut keperangan jejaka itu juga turut bersentuhan dengan pipi bersih miliknya.

" Hey? " Bahu Sara di goncang perlahan. Cuba menyedarkan gadis itu dari lamunan.

" Huh? "

" Kau termenung apa? Aku tanya pun tak jawab." Soal harris risau. Wajah bersih milik isterinya di usap perlahan. Jelas terukir riak risau di wajahnya.

" Takde apa-apa." Kepala digeleng laju. Sesekali anak mata Sara mengerling belakang dewan itu. Dia rasa seperti ada sesuatu di situ.

" Kenapa guna tandas dekat sini? " Tanya Harris lagi. Buat seketika, mereka bagai lupa tentang pergaduhan yang dicipta pada pagi tadi.

" Sir Amir mintak tolong aku amik kan barang dekat dewan. Alang-alang tu aku guna lah tandas dekat sini." Terang Sara. Tangan harris yang berada di pipinya di jatuhkan ke bawah. Dia rasa seperti ada yang memerhati mereka berdua.

Tapi siapa?

" Kau tahu tak bahaya? Dah lah dewan ni jauh dari orang ramai. Kalau apa-apa jadi dekat kau macam mana? "

Bebelan Harris tidak diendahkan Sara. Tiba-tiba sahaja bulu romanya mula berdiri tegak. Pantas dia meleraikan tangan Harris yang sedang memegang tangannya. " Jom lah. Aku nak hantar barang dekat Sir."

Harris hanya memandang Sara yang sedang mengemas barang sebelum beralih memandang ke tempat lain. Tajam anak mata kelabu miliknya merenung belakang dewan utama itu.

" Jom."

" Hmm..." Kotak di dalam pegangan Sara diambil Harris. Tangan isterinya turut di genggam erat sebelum mereka menapak pergi dari situ.

Tanpa pasangan itu sedar, setiap perbuatan mereka diperhati oleh seseorang.

" Bodoh."

|...|...|...|...|...|


8 Cara-cara memujuk Isteri -

1. Mana lah saya tahu, saya kan single.
2. Nanti dah kahwin baru saya fikir.
3. Sediakan sarapan yang romantik untuk si isteri.
4. Entah lah.
5. Jangan lah tanya orang single.
6. Beri Isteri anda hadiah atau kejutan seperti, bunga dan manisan.
7. Anda boleh memujuk isteri anda melalui muzik. Contohnya, nyanyian.
8. Korang kan single, dah kenapa baca sampai habis?

Harris menganggukkan kepala, Okay faham. Terima kasih Pakcik google.

Pada petang itu, Harris bercadang untuk memujuk Sara atau lebih tepat, meminta maaf atas kesalahan yang dia lakukan semalam.

Ceh... Kemain ayat.

Dengan muka yang penuh keyakinan, Harris mula melangkah masuk ke dapur. Apron hitam yang elok terlipat di dalam laci di ambil olehnya sebelum di sarungkan ke badan.

Getah hitam yang terlilit kemas di pergelangan harris di ambil sebelum rambutnya di ikat menjadi tocang pokok kelapa.

Peti ais di buka. Barang-barang yang berada di dalam peti ais di renung bagai nak tembus.

" Aku nak buat apa sebenarnya ni? "

Lah bangangnya kau.

" Ouh! Dah ingat! " Peti ais di tutup semula. Iphone miliknya yang berada di atas meja di ambil sebelum aplikasi google di tekan.

Cara-cara membuat kek.

Setelah beberapa minit menjadi anak murid Pakcik google. Harris mula mengeluarkan bahan-bahan untuk membuat kek.

Ouh lupa nak bagitau, Sara dalam bilik. Katanya nak buat homework.

" Mari kita bakar dapur ni. Hehe..." Harris melakar seukir senyum misteri.

" Eh silap-silap! Mari kita bakar Kek di dapur ini. Muehehe..." tangannya di tepuk beberapa kali. Teruja.

Harris suka! Harris suka!

Macam pondan nyah.

" Sebelum tu kita kena basuh tangan dulu." sabun pencuci tangan di ambil. Mulut harris mengumam sesuatu.

Ayuh cuci tangan!

Gosok kiri kanan!

Cuci pakai sabun!

Cuci! Cuci!

Terima kasih kepada Pipi Zola. Di sebabkan adik, Abang Harris dah pandai cuci tangan.

" Masuk kan dua cawan tepung, satu serbuk koko, satu perdua serbuk pernaik dan satu perdua soda bikarbonat." Kepala dianggukan seraya tangannya ligat memasuk kan bahan-bahan yang di baca sebentar tadi.

Hairan. Bila masa Harris beli bahan-bahan nak buat kek ini? Ouh lupa, Ini kan dunia wattpad. Tiada yang mustahil di dunia wattpad ini.

" Lepastu dua biji telur, satu cawan gula, satu cawan air, satu cawan minyak dan akhir sekali, satu cawan susu pekat. Hshshhsh! Sekarang kita kena kacau! Yeah! Kacau, kacau. " Badan di goyang kan ke kiri dan ke kanan. Dia teruja sebenarnya, ialah pertama kali buat kek, siapa saja tidak teruja!

Kau bayangkan, rambut dah lah diikat tocang kelapa, lepastu dia boleh pula gelek-gelek kat dapur. T-shirt putih Harris sedikit kotor kerana berlakunya pertumpahan serbuk koko sebentar tadi. Muka harris juga comot dengan tepung.

Harris ni buat kek atau main perang-perang kat dapur? Ni kalau Sara tengok dapur dia macam ni... Mampus harris.

" Tengku Harris Iskandar! Astaghfirullah... Kau buat apa dengan dapur aku oi!? " Dan di situ. Berdirinya Sara sambil bercekak pinggang.

Panjang umur.

Terus terhenti 'gelekan' Harris apabila namanya di panggil penuh oleh seseorang. Perlahan-lahan dia memusingkan badan memandang figura si isteri yang sedang bercekak pinggang memandang kearahnya.

Astaghfirullahalazim... Mengucap panjang Sara dalam hati apabila melihat keadaan harris. Dah kenapa muka macam opera cina ni?

" Kau buat apa ni harris? " Pelipisnya di urut perlahan. Terbantut niat Sara untuk mengambil air apabila melihat keadaan dapurnya yang seperti berada medan perang.

Tepung atas lantai, serbuk koko di merata tempat. Haih, pening.

" A--aku nak buat kek." gumam Harris perlahan. Wajah merah padam Sara buatkan dia gerun seketika.

Omo omo! abang badboy takut bini!!.

Sara mengeluh perlahan. Nak membebel tapi tidak sampai hati pula apabila melihat wajah sayu suaminya.
Lengan bajunya di lipat hingga ke siku. Apron bersih yang berada di dalam laci diambil Sara sebelum di pakai. " Kau pergi mandi. Biar aku yang buat."

Harris memuncung sedepa. " Apa ni? Aku nak buat la--" pantas dia menutup mulut apabila mendapat jelingan tajam dari Sara.

" Okay, fine." Apron hitam di tanggalkan. Tangannya yang bertepung di basuh terlebih dahulu.

Sesekali anak mata Harris memandang Sara yang sedang fokus mengacau adunan kek yang di buatnya sebentar tadi.

Tu pun Sara alter.

" Tak payah nak jeling-jeling. Pergi mandi lah kau. Dah macam penari opera cina je aku tengok."

Harris menggulingkan anak matanya keatas. Pipi Sara di tarik kuat sebelum dia melangkah keluar dari dapur.

" Sakit lah! " Pipinya yang pedih di tarik oleh Harris di usap perlahan.

" Sorry... Ter sengaja." Pipi isterinya di kucup lembut sebelum dia berlari keluar dari dapur. Baik dia lari dulu, kang ada pula kuali terbang.

" Ishhh kau ni! " Jelas kedengaran gelak tawa Harris di ruang tamu. Sedar tak sedar, bibir Sara sudah melorek senyum. Ishh! Nak merajuk pun susah!!

To Be Continue

Sorry lambat update.

Semua ni salah wattpad!! Sesuka hati dia je deleted story orang!

And saya main tulis je, kalau ada typo saya mintak maaf.

Siapa 'seseorang' tu?

Don't forget to voted and comment

1695 Words

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
Semoga kita masuk syurga dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW













Continuă lectura

O să-ți placă și

HERIDA De Siswanti Putri

Ficțiune adolescenți

514K 19.3K 33
Herida dalam bahasa spanyol artinya luka. Sama seperti yang dijalani gadis tangguh bernama Kiara Velovi, bukan hanya menghadapi sikap acuh dari kelua...
MUARA KIBLAT De Awaliarrahman

Ficțiune adolescenți

472K 50.4K 21
*Spin off Kiblat Cinta. Disarankan untuk membaca cerita Kiblat Cinta lebih dulu untuk mengetahui alur dan karakter tokoh di dalam cerita Muara Kibla...
5.5M 396K 55
❗Part terbaru akan muncul kalau kalian sudah follow ❗ Hazel Auristela, perempuan cantik yang hobi membuat kue. Dia punya impian ingin memiliki toko k...
ALZELVIN De Diazepam

Ficțiune adolescenți

5.5M 309K 34
"Sekalipun hamil anak gue, lo pikir gue bakal peduli?" Ucapan terakhir sebelum cowok brengsek itu pergi. Gadis sebatang kara itu pun akhirnya berj...