COURT • C. Hyunsuk

By hlvrsql

179 29 25

" aku akan tunggu kau, walaupun itu mustahil " A sad-romance genre 〈 on going 〉update on-hold ✎ start∶10.03... More

02
03
04

01

97 9 7
By hlvrsql

- gyuri's pov

" Cepat la sikit Jihee, aku ada practice la! " Aku memanggil rakanku Jihee untuk mempercepatkan langkah langkahnya. Oh sebelum tu, aku gyuri, Hwang Gyuri. Aku 17 tahun dan merupakan pemain badminton sekolah, disebabkan dari sekolah rendah aku sudah berimpian untuk menjadi pemain badminton, dan apabila aku sudah masuk dunia remaja, sekolah menghantar aku ke academy di Seoul. Jadi, sekarang ni, aku nak ke academy dan mulakan latihan.

" Iya iya, sabar boleh tak, penat dah aku berjalan. " Jihee membuat muka tidak berpuas hati.

" Dah, siapa suruh kau ikut aku? Salah kau juga kan. " Aku menyambung kata kata Jihee.

" Ada bus stop dekat sana, kau pergilah, aku okay je nak jalan kaki, sebab setiap hari dah aku macam ni. " Sambungku lagi.

" Iyalah, selamat jalan Gyu. " Jihee melambaikan tangannya, lalu aku pun menyahut lambaian dan terus berjalan ke academy.

Tepat pukul 2 petang, aku tiba di academy badminton Seoul. Tidak terlalu lambat, dan tidak terlalu cepat.

" Gyuri, pergi tukar baju kamu, dan berkumpul dipadang. " Arah coach yang melatih aku.

" Baik coach. " Aku menunduk tanda hormat dan berlalu pergi ke bilik persalinan.

_____________________________________

Aku dan rakan satu kumpulanku disuruh lari keliling padang sebanyak 5 kali. Setelah itu baru kami dibenarkan untuk berlatih.

" Gyu, practice dengan aku jom. " Sumin mengajak aku untuk berlatih bersama. Sumin merupakan junior favourite ku dan aku pula sunbae kegemarannya. Disebabkan aku dengan Sumin sudah berkenalan 4 tahun, hubungan kami akrab seperti adik beradik.

" mhm, kita ambik court B okay tak? "

" Aku okay je. "

Kami pun terus ke court B dan berlatih bersama, sehinggalah coach Kim memanggil kami untuk berkumpul di dewan.

×
×
×

" Ada beberapa trainee baru yang akan masuk dan sertai kamu semua. " Ujar coach Kim. " Baiklah, sila memperkenalkan diri kamu. "

" Hi, saya Yejoo. " Kata seseorang yang berada dihadapan bersama coach Kim.

" Saya Aera, selamat berkenalan. " Sambung seseorang lagi.

" Baiklah, saya lupa nak cakap, minggu ni ada kem ke Incheon untuk tournament. Ini surat kebenaran, tanya parents korang dan suruh mereka tanda tangan. " Kata coach Kim lagi sambil mengedarkan surat kebenaran. " Yejoo dan Aera, kamu boleh ikut Gyuri untuk ke loker dan tempat persalinan, yang lain, sambung berlatih seperti biasa. "

Aik? Apa pasal aku pula yang kena, haih iya aku tahu aku senior, apalah nasib seorang Hwang Gyuri.

" Loker dekat sini, kamu boleh simpan barang di sini. " Ujarku sambil menunjukkan dua loker yang kosong. " Sini pula bilik persalinan perempuan, jangan salah masuk pula, dah, pergi salin baju. "

" Baik.... ? "

" Gyuri. "

" .... Gyuri sunbae. "

Aku lalu berjalan dan masuk kedalam court B dan sambung berlatih bersama Sumin.

Tepat pukul 6 petang, kami semua diarahkan balik ke rumah masing masing.

" Eomma, coach Kim kata ada tournament kat incheon, kalau eomma bagi, kena tanda tangan dekat kertas ni. " Ujarku sejurus aku menjejakkan kaki kedalam rumah.

" Boleh je kalau eomma, tanya appa kamu lah. " Jawab puan Hwang ringkas.

" Perlu bayar ke? " Tanya tuan Hwang. " 14730 won ( rm 50 ) je appa. " Jawabku singkat, tapi padat.

" Boleh la, bila kem nya? "

" Hari khamis ni. "

" Oh okay, appa sambung buat kerja. " Tuan Hwang menanda tangan di surat itu lalu dia pun naik ke tingkat atas untuk menyambung kerjanya.

Aku pun naik keatas juga untuk menyalin baju. Iyalah, baju tadi dah pun basah dengan peluh yang keluar dari badan.

×
×
×

Aku didapur bersama puan Hwang, kami berdua sedang menyiapkan makan malam. Adik aku? Dia memang pemalas, memang tak pernah jejak langsung ke dapur.

" Jemput makan appa, hyeri. " Ujarku. Tiba tiba, loceng rumahku berbunyi, siapa yang datang malam malam macam ni?

Aku berjalan kearah pintu utama dan membuka pintu. " Eomma, immo Choi datang. "

Aku ni tak seberapa rapat dengan immo ni, sebab dia kawan mak aku, tapi kalau bab menyapa, aku okay je, sebab dia pun dah kenal aku.

Selalunya aku tengok dia datang seorang, tapi harini dia bawak anaknya, apatah nama dia, aku pun malas nak ambil tahu. Dia tu boleh tahan la, tapi acah acah swag je, ingat pro ke? Sekali kena raket aku, tak bernyawa dah tu.

" Aah Gyuri, kenalkan ni anak sulung immo, Hyunsuk. "

Aku pandang dia sipi sipi sahaja, tak kuasa aku nak pandang dia lama lama.

" Immo, jemput makan. " Aku menghidangkan spaghetti carbonara yang baru sahaja aku dan eomma buat tadi.

- hyunsuk's pov

Uish, boleh tahan lawa anak immo Hwang ni, selama ni aku dengan eomma cakap pasal dia je.

" Eik tak jemput aku ke? Ke aku dah hilang kat sini? " Sampuk aku apabila dia tidak menjamu aku seperti dia melayan eomma.

" Aku bukannya kenal kau, makan la sendiri. " Dia jeling. Ee geram pula aku tengok.

Aku mengambil pinggan yang tersedia diatas meja diruang tamu rumah dua tingkat itu dan meletakkan beberapa senduk spaghetti.

" Hi oppa, buat apa tu? " Tegur seorang budak, aku rasa tak jauh beza dengan aku, cuma 3 4 tahu je. " Eh kau nak apa? "

" Gatal. " Aku memandang Hyeri dengan tajam, ada hati budak macam dia nak mengurat aku? Eish, tak layan aku, kalau kakak dia.... Uhm boleh la

- gyuri's pov

Ee buaya betul ya mamat tu, dengan adik aku pun nak flirt bagai. Aku bangun dan bergerak naik menuju ke bilik milik ku.

×
×
×

Harini seperti biasa, aku perlu menjalankan tugasku sebagai murid di sekolah.

Dan apabila loceng sekolah berbunyi aku pun berjalan bergerak ke academy.

" Gyu, kau ikut ke kem tu? " Sapa Sumin yang kelihatan seperti menunggu kehadiranku.

" Iya, mestilah ikut. Tournament kat luar negeri kot, siapa je yang nak lepaskan peluang kan? " Sambungku dan aku bergerak ke bilik persalinan.

_____________________________________

Sumin menunggu aku di court B lagi untuk berlatih memperbaiki skill tap nya dengan aku.

" Kau kena ingat Sumin, tap, kau pukul guna siku sahaja, kalau kau guna lengan, itu bukan tap. " Terangku kepada Sumin.

" Okay, cepat serve. " Kata Sumin dan aku pun serve untuk melihat dan memperbaiki skill nya. Jangan ingat aku yang mahir dalam skill tap tak ada kelemahan ya.

Setelah beberapa percubaan, harini baru dia dapat membuat teknik tap dengan sempurna. Iyalah masing masing pun berlatih untuk tournament, termasuklah aku dan Sumin.

" Uhm surat apa lagi lah ni. " Keluhku, penat sungguh, setiap kali buka loker, ada yang menyelitkan surat.

" Kau kira untung tau sebab banyak gila lelaki suka kat kau, tapi kau reject. " Kata Sumin, ya tak ya dia ada dekat academy setahun selepas aku masuk, pastilah dia tahu berapa banyak surat yang pernah aku terima.

" Ee tak ada masa lah aku nak bercinta bagai, aku datang sini sebab yalah, cita cita kan. " Sambung aku lagi.

Kami mengemas loker dan pulang kerumah.






_____________________________________






Okay ke chapter 1? Jangan lupa Vote & comments <3 babai :D

Continue Reading

You'll Also Like

124K 3.8K 20
Special Edition Faizul x Hafiz Hafiz Zafrin lari dari Zafrin Family sebab taknak uruskan syarikat family hey!aku masih 19 tahun kot!aku nk happy2 t...
21.1K 436 14
"Kahwin dengan daddy jom"? -Alex Danial "You dh gila ke ape?"you are my lecturer!"-Raisha Qistina "I tak gila,I gila...
4.7K 657 55
❝ Ajar aku bunuh diri. ❞ Halilintar Grandville, putera kedua dari keluarga yang berpengaruh. Wajahnya tanpa ekspresi, tatapannya dingin dan rahsia Ha...
8K 688 47
𝗜 𝗧𝗿𝗶𝗲𝗱 | 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 . . . Remake From:- 𝗘𝗷𝗲𝗻 𝗔𝗹𝗶 {𝗠𝗶𝘀𝗶:𝗠𝘂𝗮𝗸}(Unpublish) . . . "M..Mama?" . . . "Tetap kuat Ali...