The Bad Boy's Wife | OG

By pnuz_maa

80.1K 3.9K 1K

Tengku Harris Iskandar & Tengku Sara Irdina Tengku Sara Irdina , gadis yang memiliki sepasang anak mata berwa... More

BAB 01
BAB 02
BAB 03
BAB 04
BAB 05
BAB 06
BAB 07
BAB 08
BAB 09
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36

BAB 28

1.6K 93 28
By pnuz_maa


| THE BAD BOY'S WIFE |

| Harris X Sara |

" Ti Amo, Tengku Sara Irdina."


Bum!

Terkebil-kebil anak mata Harris memandang pintu bilik tidur mereka yang tertutup rapat.

Liur yang ditelan terasa berpasir di kerongkong. Wajah merah padam sara mula bermain di benak fikirannya. Mampus kau ris.


Flashback -

" Siapa tak siap homework yang saya beri semalam, tolong berdiri."

Dengan wajah tanpa riak, harris bangun dari duduknya. Sara di sebelah di pandang, bibir mengukir senyum misteri apabila melihat wajah cemas si isteri.

Berkerut pelipis sara. Beg sekolahnya di letak kan diatas meja. Setiap zip di buka untuk mencari buku latihannya. Sumpah! Dia memang bawa buku itu, tapi macam mana boleh tiada?

" Harris, like seriously? Muka kamu lagi?" Cikgu Suraya menggeleng kecil melihat wajah tanpa riak jejaka itu.

Tengku Harris Iskandar, dia sudah masak dengan perangai remaja lelaki itu. Membebel? Buat bazir air liur sahaja. Karang bila membebel, wajah tanpa riak jejaka itu yang menjawab segala pertanyaannya.

Cikgu Suraya memandang pula Sara yang berada di sebelah Harris. Wajah cemas gadis itu menarik perhatiannya. " Sara? "

Sara panggung kepala apabila namanya di panggil seseorang. Terukir senyum kekok di bibir gadis itu apabila dirinya menjadi tatapan pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas 5B.
Dia mula bangun dari duduknya.

" Mana buku kamu? "

Gulp.

" Ah... Sa--saya..." Sara kemam bibir apabila ekor matanya menangkap Harris yang sedang menahan diri dari ketawa.

Okay... Sekarang dia tahu kenapa buku dia hilang.

" Haih, Saya tak tahu nak cakap apa lagi. Korang tahu kan lagi berapa bulan kita nak SPM? Jadi tolong lah--"

Dan akhirnya, Harris dan Sara hanya berdiri mendengar bebelan Cikgu Suraya.

End Flashback -


Deringan Iphone yang berada di dalam poket seluarnya mengejutkan Harris dari lamunan.

Iphone di poket seluar di keluarkan. Tertera nama si pemanggil di scrin telefon.

Danish tak laku

Butang hijau di tekan. Sempat juga dia menjeling pintu bilik tidur mereka. " Hmm? "

" Aik? Period ke bang?"

Harris guling mata keatas mendengar suara Danish di corong telefon. Aku tengah takde mood ni, Ada juga yang kena pijak kejap lagi kang.

" Kau nak apa? " Tanya harris tanpa mengendahkan pertanyaan jejaka itu.

" Sabar bang, kalau gaduh dengan bini jangan sampai saya pun kena tempias. Hahaha..." jelas kedengaran gelak tawa Danish di corong telefon.

" Straight to the point please." Terhenti gelak tawa Danish apabila mendengar suara dingin Harris. Tahu lah dia bahawa jejaka itu tengah serius.

" Okay-okay sorry, aku call kau sebab nak tanya, jadi tak kita lepak petang ni? "

Harris menghela nafas berat. Kakinya melangkah menuju ke pintu bilik tidur mereka. " Tak jadi lah, aku ada kerja nak buat. Cau."

" Eh! Harri--"

Tit... Tit.. Tit...

Iphone di masuk kan ke dalam poket seluarnya semula. Tombol pintu bilik dipulas perlahan-lahan. Setelah pasti bahawa tiada barang yang akan di campak kan kearahnya, harris mula melangkah masuk ke dalam bilik.

Matanya di sapa figura si isteri yang sedang berdiri di luar balkoni. Beg sekolah di letak kan di atas meja belajar yang berada di dalam bilik itu sebelum dia melangkah mendekati Sara.

" Ah... Kau dah mandi?"

Tak tahu lah nak kata Harris ni buta ke apa, tapi dia memang tak boleh nak nampak ke yang Sara tu dah tukar baju?

Diam please, aku tengah cuba nak pujuk bini aku ni. Kau single so diam. — Harris

Pertanyaan harris bagai angin yang lalu, diam tanpa jawapan. Sara hanya diam tidak membalas pertanyaan suaminya.

" A--aku mintak maaf..."

Sepi,

Menghukum diri kembali,

Untuk mengalirkan air mata,

Tanpa henti,

lagi...

Harris mengerling Sara yang hanya diam di tepinya. Isi pipi ditolak mengunakan lidah. " Sorry... Aku tahu aku salah."

Diam.

Harris menghadap Sara yang berada di sebelahnya. Bahu isterinya di pegang supaya menghadap kearahnya.

" Sara, kenapa kau diam?! Janganlah diam!! " Bahu Sara di goncang perlahan. Mata hazel itu hanya merenung kosong mata kelabu miliknya.

Senyum sinis yang mahu terukir di bibir cuba di kawal apabila melihat wajah risau suaminya. Sara hanya diam memandang harris.

" Weh, aku mintak maaf!! Cakap lah, jangan lah diam macam ni!! " Tangan harris naik menyentuh pipi Sara. Pipi gebu milik isterinya di tarik supaya mengukir senyum. Tapi hanya riaksi kosong yang di tayangkan.

Harris rasa nak pukul Iqbal sekarang ni, kalau bukan sebab lelaki itu, mesti dia tak terfikir nak sorok kan buku Sara dan mesti isterinya tak akan jadi pendiam seperti ini.

" Urmmm... Sara!! "

Dan di situ, harris setia menyuruh isterinya bercakap.


|...|...|...|...|...|

Suasana yang sepi ini membuatkan sesiapa sahaja tidak selesa, begitu juga dengan Harris. Spaghetti carbonara yang berada di hadapannya hanya di pandang kosong.

Sara di sebelahnya di pandang dengan pandangan sayu. Harris rasa nak nangis sekarang ni sebab dari tadi Sara hanya mendiamkan diri.

" Kau memang tak nak bercakap dengan aku ke?" Akhirnya Harris mengambil keputusan untuk memecahkan kesunyian.

Tetapi pertanyaannya hanya di balas dengan anggukan. Tiada suara, tapi cuma angguk.

Angguk je?!

" Aku dah mintak maafkan..." Sambung Harris lagi. Bibir di muncungkan kehadapan, ni kalau ada Iqbal depan mata, memang mati budak tu kena tumbuk.

Tanpa membalas apa-apa, Sara bangun dari duduknya. Pinggan-pinggan kotor diambil sebelum di bawa kearah dapur.

" Ishhh!! " Rambut yang terjuntai ke dahi dikuak ke belakang sebelum Harris meletak kan kepalanya diatas meja. Dia nak isterinya semula!!

Sara yang berada di dapur hanya memandang segala tingkah laku harris.

Yup, dia tahu apa yang dia buat nanpak macam kebudak-budakkan tapi ada nampak dia kisah?!

Penat-penat dia buat homework yang Cikgu Suraya beri tapi last-last dia kena denda sebab 'tak bawak buku'.

Tapi hakikatnya, buku dia itu di 'sorok' kan oleh suaminya sendiri.


|...|...|...|...|...|


" Dosa tau bila seorang isteri tidur membelakangi suami."

Tanpa suara, Sara mula menggerakkan badannya menghadap kearah Harris. Dia menganjak ke belakang sedikit apabila bibirnya hampir mencium dada jejaka itu.

Harris tersenyum kecil melihat Sara yang sudah menutup mata.  Tangannya naik mengusap lembut pipi bersih milik Sara.

" Sorry..." Bisik Harris perlahan. Satu kucupan singgah di dahi licin itu. Sungguh dia rasa bersalah sekarang ni.

Wajah Sara yang masih menutup mata itu di tatap lembut. Mahu saja dia tarik gadis itu ke dalam pelukannya, tapi dia tahu gadis itu masih marah padanya.

" I'm sorry..." bisik Harris lagi sebelum dia menutup mata, membiarkan dirinya di buai mimpi yang indah.

Setelah beberapa minit, perlahan-lahan Sara membuka matanya. Wajah Harris yang sudah lena menjadi tatapannya yang pertama.

Tanpa sedar, bibir merah gadis itu melorek senyum kecil. Comforter yang membaluti mereka berdua di kemaskan.

Wajah lena Harris di pandang lama sebelum pipi bersih milik suaminya di kucup lembut.

" Good night."


|...|...|...|...|...|


" Serius lah!?" Sara hanya mengangguk kepala membalas pertanyaan gadis-gadis di hadapannya itu.

" Patutlah..." Yana mengangguk kecil, tangannya naik mengusap dagu miliknya.

" Apa? " Soal Mia yang berada di sebelah Farra. Wajah Yana yang berkerut membuatkan mereka bertiga tertanya-tanya.

" Macam ni, Iqbal tu mana pernah nak buat homework. Muka dia nak buat homework? Pftt... Lambat lagi adalah. Tapi semalam, aku rasa kan ada hantu yang rasuk dia, ialah tiba-tiba je jadi rajin." Mereka tertawa kecil mendengar penjelasan Yana.

Yana dengan bodoh dia memang tak boleh berpisah.

" Sampai bila kau tak nak bercakap dengan harris? " Kini, kesemua mata memandang Sara.

Pertanyaan dari Farra itu membuatkan Sara terdiam seribu bahasa. Sebernanya dia bukan nak merajuk sangat pun, cuma dia nak bagi lelaki itu pengajaran.

" Entah."

Farra, Yana dan Mia hanya memandang antara satu sama lain. Nak kata lebih pun, ni urusan rumah tangga diaorang. Pandai-pandai dorang lah urus sendiri.

" Hello! Aku nak rehat dengan korang boleh? "

Berkerut pelipis mereka berempat apabila anak mata mereka di sapa figura si Iqbal yang sedang menatang dulang makanan.

" Kenapa kau tiba-tiba nak rehat dekat sini? " Soal Yana hairan.

" Hehe... Adalah." Tanpa menunggu kata putus mereka berempat, tempat duduk di tepi Yana menjadi tempat Iqbal melabuhkan duduk.

" Mana yang lain? " Soal Sara pula. Dia memandang sekeliling kantin mencari kelibat yang lain. Tiba-tiba anak matanya bertaut pandang dengan anak mata kelabu milik Harris. Cepat-cepat dia mengalihkan pandangannya.

" Kenapa tak rehat dengan diaorang? "

Iqbal tersengih menampakkan susunan gigi yang teratur cantik. Pertanyaan dari mereka di biarkan tidak berbalas.

Masakan dia mahu memberitahu mereka yang dia sedang melarikan diri dari Harris. Tadi dalam kelas pun lelaki itu sudah membunuhnya dengan pandangan tajam jejaka itu.

Seram mat.

Harris menghela nafas berat. Wajah isterinya direnung dari jauh. Kau tengok tu! Dengan diaorang dia boleh je bercakap, tapi dengan aku? satu patah perkataan pun takde.

" Aduh kau ni... Pergi lah jumpa Sara tu! kau fikir ni wattpad ke? Tenung-tenung dari jauh? " Dan itu dia, si pengacau mood. Siapa lagi kalau bukan Tengku Iman Danish.

" Kau boleh diam tak? "

" Tak boleh."

Tajam anak mata Harris memandang tepat kearah anak mata hitam pekat milik Danish. Aqil yang berada di sebelah Danish segera menutup mata jejaka itu.

" Baik kau diam sebelum kau di masuk kan ke dalam list-list nama manusia yang bakal di bunuh oleh Harris." Bisik Aqil di tepi telinga Danish.

Harris guling mata keatas melihat telatah mereka berdua. Cakap pasal bunuh, laju anak mata Harris memandang Iqbal yang sedang sakan ketawa.

" Aku dekat sini tengah serabut dengan dua ekor malaun ni tapi kau boleh ketawa? Bodoh punya Iqbal. Aku pijak kau kejap lagi." Gumam Harris perlahan.

Meanwhile -

" Uhuk, uhuk! " Dada yang terasa sakit di tepuk perlahan.

" Kau okay tak? " Soal Yana. Air tin miliknya yang tidak terusik di hulur pada Iqbal.

Huluran air itu diambil sebelum di teguk rakus. Sakit tekak aku oi! Siapa yang kurang ajar sangat ni? Nak ngumpat pun tunggu lah aku habis makan.

Natang tul!!

To Be Continue

Sorry lambat update and sorry gak sebab tak dapt nak balas chat korg

Sorry hambar

Don't forget to voted and comment

1594 Words

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا محمد۞
Semoga kita masuk syurga dengan berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW














Continue Reading

You'll Also Like

221K 20.9K 27
[JANGAN LUPA FOLLOW] Bulan seorang gadis yang harus menerima kenyataan pedih tentang nasib hidupnya, namun semuanya berubah ketika sebuah musibah me...
5.5M 396K 55
❗Part terbaru akan muncul kalau kalian sudah follow ❗ Hazel Auristela, perempuan cantik yang hobi membuat kue. Dia punya impian ingin memiliki toko k...
553K 26.9K 74
Zaheera Salma, Gadis sederhana dengan predikat pintar membawanya ke kota ramai, Jakarta. ia mendapat beasiswa kuliah jurusan kajian musik, bagian dar...
ALZELVIN By Diazepam

Teen Fiction

5.5M 309K 34
"Sekalipun hamil anak gue, lo pikir gue bakal peduli?" Ucapan terakhir sebelum cowok brengsek itu pergi. Gadis sebatang kara itu pun akhirnya berj...