Irene: The Lost Witch 2 [✔️]

By arniey11

140K 22.1K 2.1K

[Sila baca book 1 (season 1 & 2) dahulu. Ini adalah book 2 (season 3) sambungan karya itu.] Setelah 3 tahun... More

cp 190
cp 191
cp 192
cp 193
cp 194
cp 195
cp 196
cp 197
cp 198
cp 199
cp 200
cp 201
cp 202
cp 203
cp 204
cp 205
cp 206
cp 207
cp 208
cp 209
cp 210
cp 211
cp 212
cp 213
cp 214
cp 215
cp 216
cp 217
cp 218
cp 219
cp 220
cp 221
cp 222
cp 223
cp 224
cp 225
cp 226
cp 227
cp 228
cp 229
cp 230
cp 231
cp 232
cp 233
cp 234
cp 235
cp 236
cp 237
cp 238
cp 239
cp 240
cp 241
cp 242
cp 243
cp 244
cp 245
cp 246
cp 247
cp 248
cp 249
cp 250
cp 251
cp 252
cp 253
cp 254
cp 255
cp 256
cp 258
cp 259
cp 260
cp 261
cp 262
cp 263
cp 264
cp 265
cp 266
cp 267
cp 268
cp 269
cp 270
cp 271
cp 272
cp 273
cp 274
cp 275
cp 276
cp 277
cp 278
cp 279
cp 280
cp 281
cp 282
cp 283
cp 284
cp 285
cp 286
cp 287
cp 288
cp 289
cp 290
cp 291
cp 292
cp 293
cp 294
cp 295
cp 296
cp 297
cp 298
cp 299
cp 300
cp 301
cp 302
cp 303
cp 304
cp 305
cp 306
cp 307
cp 308
cp 309
cp 310
cp 311
cp 312
cp 313
cp 314
cp 315
Epilog
Author Last Word
Side Story 1 (Demon World)
Side Story 2 (Demon World)
Side Story 3 (Modern World)
Side Story 4 (Modern World)
Side Story 5 (Life 1)
Side Story 6 (Life 2)
Side Story 7 (Life 3)
Side Story 8 (Hateful 1)
Side Story 9 (Hateful 2)
Side Story 10 (Hateful 3)
Irene: Modern World
Irene: Parallel Universes
NEW STORY (RYZEL)

cp 257

961 183 35
By arniey11

"Irene, apa awak pernah fikirkan perasaan saya?"

Noir yang mengatakan ayat tadi sudah tidak tahan lagi untuk menahan segala perasaannya selama ini. Semakin dia cuba tahan semakin itu dia melihat Irene akan cuba menghindarinya.

Dia takut kalau dia simpan lagi perasaan itu, dia akan menyesal sekali lagi seperti mana dia menyesal kehilangan Cloe. Dia tidak mahu perkara itu terjadi buat kali kedua.

Selama dia hidup, dia korbankan segalanya untuk bersama dengan orang yang dia sayang. Dia menanti Cloe dalam masa yang cukup lama dan apabila dia sudah berjumpa dengan Irene, dia mula berasa senang. Tetapi kenapa Irene harus bersikap begitu pada dirinya?

"Apa saya ada lakukan kesalahan sampai awak layan saya begini? Selama ini saya cuba untuk berubah supaya awak tidak lari lagi tetapi kenapa awak cuba untuk lakukan semua itu lagi?" Noir mula meluahkan segala yang dia rasakan selama ini.

Irene yang mendengar kata itu terkaku. Dia tidak dapat menjawab kerana dia tidak menyangka akan melihat sisi ini daripada lelaki itu.

Itu adalah kali pertama dia melihat sisi Noir yang seakan orang lain. Sekarang Noir tidak mabuk seperti dulu malah dia waras tetapi kenapa dia bersikap sungguh berbeza dengan Noir yang Irene kenal.

"Irene, apa awak tidak tahu atau awak hanya pura-pura tidak ambil tahu tentang hati saya?"

Mata biru yang menatap mata merahnya itu membuat Irene sedikit gelisah. Ini kali pertama dia berada dalam situasi ini.

"Saya tidak faham apa yang putera maksudkan," balas Irene cuba untuk mengelak daripada dirinya.

Pandangan Irene ditolehkan ke arah lain kerana dia terlalu takut untuk melihat matanya namun apabila Noir mendengar ayat tadi, genggaman tangannya semakin kuat.

"Selama ini saya tahu awak sakit tetapi saya tidak mahu bertanya dan hanya tunggu untuk awak sendiri katakan itu pada saya. Tetapi semakin lama saya tunggu, awak tidak sekali pun menceritakan hal itu pada saya. Apa tujuan awak sorokkan semua ini daripada saya?"

Sejujurnya Noir sudah sedar sejak dia melihat muka Irene yang semakin pucat sejak beberapa bulan lepas. Bukan itu sahaja, dia juga pernah melihat Irene terbatuk darah di hutan berdekatan dengan istana Croalia.

Walaupun dia tahu akan hal itu, dia memang tiada niat untuk bertanya kerana dia ingin menghormati Irene tetapi apabila sudah sampai tahap begini, dia sudah tidak dapat tahan lagi.

Dia sedar bahawa Irene tidak ada niat langsung untuk menceritakan hal itu pada dirinya dan ingin menanggung semua keseksaan itu sendiri seperti dulu.

"Saya tidak ada alasan untuk beritahu putera. Ini adalah urusan saya, jadi saya boleh urus sendiri," balas Irene.

Kata Irene menusuk tepat ke hati Noir. Selama ini dia selalu fikir bahawa Irene akan faham dirinya tetapi kenyataan tidak. Irene memang tidak akan faham kalau dia tidak terangkan.

Mungkin Irene faham tetapi gadis itu lebih memilih untuk berdiam kerana sedar dirinya tidak layak untuk Noir. Kalau mereka bersama, mereka persis malaikat dan iblis yang selamanya tidak akan menyatu.

Irene yang bersabar menahan semua itu mula cuba menolak Noir supaya lelaki itu melepaskan tangannya. Namun apabila tangan kiri Irene diangkat untuk menolak Noir, tangan Noir lebih pantas menangkap tangannya lalu menolak perlahan Irene dahan pokok di belakang gadis itu.

Seketika itu mata mereka sekali lagi bertembung. Sekarang mahu lari lagi memang sudah tiada peluang. Kalau betul Irene memang mahu lari, maka dia perlu gunakan kekuatannya namun mana mungkin dia akan lakukan seperti itu pada Noir.

"Irene tolong jangan tolak saya lagi. Saya sudah tidak tahan," air mata Noir tiba mengalir membuat Irene terkejut.

Lelaki yang selama dia lihat seorang yang gagah dan tidak takut apa-apa tiba mengalirkan air mata di hadapannya.

Apa yang telah gadis itu lakukan sehingga melukakan hati Noir begitu sekali?

"Putera, saya..." dia mula ragu untuk menjawab apa.

Betul kata Noir bahawa dirinya menolak lelaki itu selama ini. Dia tahu semua itu dan memang itu apa yang dia mahukan.

Irene adalah gadis yang percaya bahawa masalah dia harus diselesaikan sendiri tanpa bantuan orang lain dan disebabkan itu dia selalu memendam segalanya.

"Maafkan saya kalau saya ada buat salah tetapi tolong jangan tolak saya lagi. Saya tidak mahu menyesal buat kali kedua," ujar Noir meluahkan segala yang dia rasakan selama ini.

Irene yang mendengar semua itu mula berasa bersalah. Dia bukannya rela lakukan semua itu tetapi dia tidak mahu Noir berada dalam situasi yang sama seperti dia.

"Putera tidak salah apa-apa, cuma saya yang bersalah. Sejak awal saya sedar saya tidak patut libatkan putera dalam hal ini tetapi disebabkan keegoan hati saya, saya telah bahayakan nyawa putera. Jadi untuk tembus kesalahan itu, saya memilih untuk tidak melibatkan putera dalam masalah saya lagi," mata Irene menunduk.

"Irene, sejak saya putarkan masa, saya sudah berjanji akan tolong awak. Masalah awak adalah masalah saya juga, jadi apa yang awak lalui adalah urusan saya juga."

Irene terdiam mendengar kata itu. Bertapa murninya hati lelaki di hadapannya kini. Memang tidak sepadan dengan hatinya yang hitam dan penuh dengan penderitaan itu.

Semakin lama dia bersama Noir, semakin itu dia mula merasai jurang perbezaan antara mereka berdua.

"Malaikat dan iblis tidak akan pernah menyatu," ujar Irene secara perlahan.

Hatinya sedikit terluka mengatakan ayat itu. Dia sangat faham maksudnya yang berkaitan akan dirinya bersama Noir.

"Walaupun takdir menghalang malaikat dan iblis untuk menyatu, maka saya akan lawan takdir itu. Tidak ada apa yang bolah halang pilihan saya."

Mata Irene yang memandang ke bawah tidak beralih malah dia sedang menahan air matanya. Menghalang takdir adalah sesuatu yang mustahil tetapi Noir sanggup lakukannya demi dirinya.

Dia memang terasa sungguh kecewa pada dirinya sendiri. Noir cuba untuk melawan takdir sedangkan dia hanya boleh berserah pada takdir yang sudah ditetapkan. Tidak pernah sekali berfikir untuk mengubahnya.

"Andai saya kuat seperti putera, mesti saya tidak akan mati di kehidupan lalu."

Hatinya mula pasrah. Dia sudah tidak kisah apa yang akan terjadi. Malah sekarang air matanya mengalir mengenangkan dirinya yang sungguh lemah itu.

Kalau dia tidak lemah, mesti semua ini tidak akan terjadi. Dari awal semuanya terjadi kerana dirinya yang lemah melawan perasaan sendiri.

"Irene, saya tidak kisah awak lemah atau kuat, saya akan tetap tolong awak. Kalau awak terseksa maka saya akan ambil seksaan itu supaya awak tidak merasai sakitnya dan kalau awak sedih maka saya akan sentiasa berada di samping awak menjadi peneman awak."

Tangan Noir menyentuh pipi Irene yang basah dengan air mata itu dan sikit demi sedikit Noir mengangkat wajah itu supaya dia dapat melihatnya lagi.

"Apa yang awak rasai, saya akan rasai juga. Saya sentiasa ada untuk awak tidak kira susah atau senang."

Irene yang mendengar itu terdiam. Dia terlalu sedih mengenangkan dirinya yang selama ini tidak sedar akan kebaikan lelaki di hadapannya.

Banyak yang telah Noir korbankan demi dirinya tetapi tidak pernah sekali dia melihat semua itu. Gadis itu hanya tahu akan dirinya walaupun dia cuba memikir tentang orang sekitarnya.

"Jadi sebab itu, tolong jangan tolak saya lagi dan sentiasa berada di samping saya sebagaimana saya lakukan pada awak," Noir tersenyum melihat Irene.

Senyuman itu sungguh manis dengan kata yang menyentuh hati Irene. Hatinya yang terluka tadi entah kenapa mula terasa seakan diubati oleh kata-kata yang tidak pernah dia dapati selama ini.

Mungkin betul selama ini dia tidak pernah memahami perasaan Noir terhadap dirinya.

"Kenapa putera sungguh baik pada saya sedangkan saya sudah banyak kali tolak putera? Saya tidak layak mendapat semua itu," luah Irene.

Sejujurnya sekarang dia bukan lagi berlakon tetapi itu adalah dirinya yang sebenar. Dirinya yang lemah dan cuba untuk memahami orang lain.

Dia tidak pernah tunjukkan sisi ini pada orang lain selain Noir seumur hidupnya.

"Kenapa..." kedua tangan Noir mula menyentuh wajah Irene.

Air mata yang mengalir di satu dengan jari Noir yang lembut tersebut sambil dia tersenyum kepada Irene.

"Mungkin kerana hati saya hanya ada untuk awak," katanya dan secara tiba dia mendekatkan wajahnya kepada Irene.

Lalu seketika itu bibir mereka bertembung. Irene tidak menolak malah membiarkan sahaja. Sukar untuk diakui, pelukan dan ciuman itu menenangkan hatinya yang hampir pecah.

Dia menyangka bahawa selama ini dirinya yang seperti burung yang terperangkap di sangkar tetapi dia tidak sedar bahawa sangka yang berkunci itu mempunyai kuncinya.

Dan kunci itu adalah orang yang akan sentiasa berada untuk dia. Orang yang akan menyelamatkannya dan orang yang akan memberi sepenuh hati kepada dirinya yang sudah rosak itu.

Jikalau malaikat mempunyai wujud manusia maka itu adalah Noir. Malaikat yang akan membantu sesiapa termasuklah iblis kejam seperti dirinya.

Dan Noir, sekiranya angin itu adalah Irene, maka dia akan sentiasa cuba mengapai angin itu walaupun ianya tidak boleh disentuh. Dia akan lari untuk mengejar angin tersebut kerana apa yang mustahil adalah sesuatu yang sungguh berharga untuk dirinya dan dia tidak akan melepaskannya.

Daripada jurang perbezaan yang dalam, mereka tidak sedar bahawa terdapat persamaan yang akan menyatukan jurang tersebut. Tidak kira berapa dalam jurang tersebut, hati yang saling menyatu akan tetapi menyatukan mereka berdua selamanya.

Sejujurnya ye, aku bukankah Author romance, tapi aku cuba untuk buat romance dalam karya aku.

So, apa pendapat korang tentang chapter ni? Kalau beri rating, berapa korang akan beri untuk scene romance.

Continue Reading

You'll Also Like

229 101 6
"k..kenapa kau buat aku macam ni?" badan yang berlumuran darah itu cuba untuk bangkit. Namun , felix lebih pantas menolak badan lelaki itu jatuh ters...
249K 19.3K 42
T.R Academy, Merupakan sekolah baru, yang tidak pernah memenangi apa-apa pertandingan sukan. Dan semuanya berubah selepas... Seorang perempuan yang m...
120K 9.3K 131
Bekas tujuh puteri kerajaan Alveon telah pun bangkitkan kuasa mereka.Keinginan mereka yang telah bangkitkan kuasa tersebut dan juga kerana kawan baik...
3K 376 39
Kayra Adreana seorang gadis yg berumur 18 tahun diburu seorang lelaki yang datang dari dunia yg berbeza iaitu thorn world atau lebih dikenali dunia v...