๐Œ๐‘ ๐“๐„๐‹๐„๐†๐‘๐€๐Œ | ๐‚๐Ž๏ฟฝ...

By izatulnatasya09

7.7K 355 32

Lisa Erica seorang gadis remaja yang anti lelaki atau susah menerima lelaki di dalam hatinya.ingin menyukai s... More

๐“œ๐“ป ๐“ฃ๐“ฎ๐“ต๐“ฎ๐“ฐ๐“ป๐“ช๐“ถ
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 1
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 2
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 3
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 4
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 6
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 7
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 8
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 9
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 10
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 11
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 12
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 13
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 14
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 15
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 16
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 17
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 18
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 19
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 20
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 21
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 22
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 23
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 24
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 25
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 26
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 27
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 28
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 29
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 30
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 31
๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 32 ( END )

๐“ก๐“ช๐”‚๐”‚๐“ช๐“ท ๐“”๐“ป๐“ฒ๐“ฌ๐“ช 5

256 13 2
By izatulnatasya09

'𝓵𝓵 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓱𝓮𝓪𝓻𝓽
𝓾𝓷𝓽𝓲𝓵 𝓲 𝓬𝓪𝓷 𝓱𝓸𝓵𝓭 𝔂𝓸𝓾 𝓲𝓷 𝓶𝔂 𝓪𝓻𝓶𝓼

Selesai bersarapan bersama ibu dan ayahnya , Lisa terus masuk ke dalam bilik.Memandangkan masih awal lagi sebelum kelas online bermula , dia ingin mengemas biliknya yang kelihatan berhabuk sedikit.

Rambut panjangnya disanggul kemas.Vacum diambil dalam bilik stor lalu di bawa masuk ke dalam biliknya.Cadar katil yang bercorak bunga rose merah diambil dari dalam almari lalu dipasangkan pada katil.

Karpet yang kelihatan ada sampah kecil di vacum habis.Seterusnya buku yang kelihatan sedikit berterabur disusun kemas di rak.Sampah yang memenuhi tong sampah dituang masuk ke dalam plastik hitam.Peluh yang mengalir di lehernya dikesat menggunakan tangan.

Plastik hitam dipenuhi sampah di bawak keluar dari bilik.Selendang hitam dicapai lalu mengorak langkah ke luar rumah sambil mengheret plastik hitam itu untuk dimasukkan ke dalam tong sampah besar di luar rumah.

" Ni yang berpeluh dah kenapa? " Puan Hani daripada dapur menyoal anaknya.

" Baru lepas kemas bilik ibu.Itu yang berpeluh habis ni. " Lisa merebahkan badannya ke atas sofa di ruang tamu.

" Pergi mandi dulu.Nanti ada kelas pulak.Ibu nak pergi beli barang dapur. "

" Lis nak ikut.Bila ibu nak pergi ? " bersinar-sinar matanya apabila mendengar bahawa ibunya ingin keluar beli barang dapur.Kebetulan stock makanannya sudah habis.Dapatlah dia membeli semula.

" Kalau adik nak ikut terpaksa ibu tunggu adik habis kelas lah kalau macam tu. "

" Alah please lah ibu.Tunggu kejap je.Nanti kita pergi sama-sama la eh.Boleh lah eh. " mata dikerdipkan berulang kali.

" Yelah.Tak payah buat muka macam tu.Tak comel pun. "

" Ibu !!!!!! Sampai hati cakap anak ibu sorang ni tak comel. " tercebik bibir Lisa.

Lisa dan ibunya memasuki pasaraya.Ibunya bergerak ke arah ikan manakala Lisa pula bergerak ke arah makanan ringan.Troli ditolak masuk ke lorong biskut.Biskut lexus dan chipsmore berwarna hijau dicapai lalu di masukkan ke dalam troli.Coklat cadbury kegemarannya juga tidak dilupa.

Beberapa jenis keropok dicapai dan dimasukkan ke dalam troli.Setelah memastikan yang semua makanan ringannya diambil lalu troli ditolak ke arah ibunya yang sedang memilih ikan.

Puan Hani memandang susuk tubuh kecil anaknya yang sedang menolak troli ke arahnya.

" Patutlah nak ikut ibu datang.Rupanya dia nak beli stock makanan ringan dia.Ish budak ni.Makan banyak tapi badan tak naik. "

" Alah ibu ni nak buat macam mana dia taknak naik. "

" Haih.Tinggal jela troli dekat ibu.Adik pergi pilih sayur untuk ibu kejap. "

Lisa bergerak ke arah sayur yang tersusun elok.Dia mengambil plastik lalu sayur kangkung serta sawi dimasukkan ke dalam plastik.

Setelah selesai memilih sayur , mereka bergerak ke arah kaunter untuk membayar.Tidak lupa juga aiskrim magnum almond yang menjadi kegemarannya diambil.

" Magnum dengan Lisa memang tak boleh pisah ye. " Puan Hani menggelengkan kepala melihat telatah anaknya.

" Of course lah ibu.Sedap tau. " Lisa tersengih di dalam mask yang dipakainya.

Sebaik sahaja sampai rumah , Lisa membantu ibunya mengankut barang yang dibeli tadi masuk ke dalam rumah.

Dia merebahkan badan di atas katil dalam biliknya.Bunyi notifikasi telefon membuatkan Lisa mencelikkan matanya.

[ Aria Mulut Laser ]

woi ropeah !

mana kau

petang ni jogging jom

pukul 6 on

kau pergi mana gila

woiii

iya

nama aku tu tak boleh
bagus lagi ke

lain kali panggil lah ropeah
meroyan nak makan nasi minyak ke

kau kan memang suka bagi nama
pelik-pelik dekat aku

HAHAHAHAH

sorry lah u

jadi tak petang ni

sorry naik lori lah kau

hm yelah

kau lambat aku penggal kepala

iyalah senah

aku datang tepat pukul 6

okay

Lisa yang siap berpakaian baju jersey serta seluar trek puma sedang menunggu Aria di kerusi batu rumah neneknya.Tali kasut sukan diikat rapi.

" Ha ni la aku malas kalau janji dengan si mulut laser tu.Kata nak datang pukul 6 tepat.Tapi sekarang dah 6:10 minit batang hidung dia pun aku tak nampak lagi. " Lisa membebel seorang diri.

Beberapa minit kemudian muncul lah Aria bersama botol air yang dipegang di tangannya.

" Ha kau asal lambat? Kata nak datang pukul 6 tepat.Tapi ni dah lewat 15 minit. " Lisa terus menyoal rakannya.

" Sorry lah tadi adik aku buat hal.Dia boleh terhegeh-hegeh nak ikut aku.Memang takla aku nak bawak.Kau ingat aku ada masa nak heret dia sekali.Nanti orang jogging dia semput dekat belakang.Lepastu aku jugak kena marah dengan ibu aku. " panjang lebar Aria bercerita.Dengan reaksi mukanya yang tak puas hati.

" Haih dahla.Jom nanti lambat pulak. "

Sambil mereka berjogging sambil itu juga mereka berborak.

" Lis aku nak tanya kau sikit boleh? "

" Tanya lah. " Lisa memandang kawannya di sebelah yang seperti teragak-agak ingin bertanya.

" Tapi janji kau jangan marah. "

" Lah kau ni tanya pun belum macam mana aku nak marah.Tanya jela aku tak makan orang lah. " Lisa menunggu pertanyaan dari kawannya.

" Aku tengok kau ni lain macam je.Kau ada boyfriend eh? "

" Eh kau suka hati je claim aku ada boyfriend eh.Kau pun tahu kan aku tak suka bercouple bagai ni.Celah mana nya nak ada boyfriend.Dengan lelaki pun aku anti.Lainlah kau banyak scandal. " laju sahaja Lisa membidas.

" Eh scandal aku tu kesemuanya artis okay.Kau pun tahu kan yang aku setia dengan crush aku sorang tu je. "

" Iya tahu.Kawan aku ni walaupun banyak scandal tapi setia dengan crush merangkap kawan lelaki dia tu. " Lisa menggulingkan biji mata ke atas.Aria hanya tersengih.

" Cakap pasal crush kan.Entah-entah kau ni ada crush. " Aria terus meneka.Dia pun perasan dengan perubahan kawannya yang sentiasa tersenyum macam orang kena angau dah.

" Entah. " Lisa terus berlari meninggalkan Aria di belakang.

" Weh bagitau aku lah senah.Sampai hati kau kan buat aku macam ni ! " Aria terus mengejar langkah Lisa yang berada di hadapan.


Jimin
bot

buat apa tu?

Jim ada kerja sikit tadi

oh

masa tengah buat hw tadi Jim
ada send satu videa kan.Ha lepas
tengok rasa macam nak selam
kepala dalam air 🙄

HAHAHAHAHA SIAN DIA

suka eh buat orang macam ni

sabar jela dengan Jim ni

haah.kalau awak tak sabar
dengan saya dah lama awak
block saya.kan sayang? 😏

hm yaa

haih

ni memang tulus dari hati
ke tak?🤨

tulus lah

untuk apa nak tipu

HAHAHAHAHA saya tau.
saja je 😜

awak suka saya ek?

Continue Reading

You'll Also Like

266K 30.5K 77
#Book-2 of Hidden Marriage Series. ๐Ÿ”ฅโค๏ธ This book is the continuation/sequel of the first book "Hidden Marriage - Amazing Husband." If you guys have...
2M 111K 96
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
916K 54.7K 49
๐ˆ๐ง ๐ญ๐ก๐ž ๐“๐š๐ง๐ ๐ฅ๐ž๐ ๐ฐ๐ž๐›๐ฌ ๐จ๐Ÿ ๐‡๐ž๐š๐ซ๐ญ๐ฌ, ๐š๐ง๐ ๐ฉ๐ฎ๐ซ๐ฌ๐ฎ๐ข๐ญ ๐จ๐Ÿ ๐“๐ซ๐ฎ๐ญ๐ก๐ฌ, ๐‹๐จ๐ฏ๐ž ๐ฐ๐ž๐š๐ฏ๐ž๐ฌ ๐ข๐ญ๐ฌ ๐ฆ๐ž๐ฌ๐ฆ๐ž๐ซ๐ข๐ณ๐ข๐ง๐  ๏ฟฝ...
719K 38.1K 21
๐’๐ก๐ข๐ฏ๐š๐ง๐ฒ๐š ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐ฑ ๐‘๐ฎ๐๐ซ๐š๐ค๐ฌ๐ก ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ๐€๐ง๐ข๐ค๐š ๐‘๐š๐ข ๐ฑ ๐Š๐š๐›๐ข๐ซ ๐‘๐š๐ฃ๐ฉ๐ฎ๐ญ ...