Dani Izzhan

By aeisaa

7.8K 372 30

Known as Mrs Dr Duda Nura Dani Amellyn telah dipaksa untuk bertunang dengan seorang doktor iaitu juga seorang... More

Dani Izzhan
Prolog
bab 1
bab 2
bab 3
bab 4
bab 5
bab 7
bab 8
bab 9
bab 10
bab 11
bab 12
bab 13
bab 14
bab 15
bab 16
bab 17
bab 18

bab 6

298 17 0
By aeisaa

"Umi!"

"Eh kakak dah sampai...makan dah?" Puan Dayana bertanya seraya memeluk Dani.

"Belum"Nura Dani mencapai balang kerepek di atas meja dan memakan kerepek itu.

"Okay pergi naik atas dulu nanti dah siap ibu panggil and then kita makan sama-sama " Nura Dani mengangguk kepalanya dan bangun menuju ke biliknya sambil membawa kerepek pisang bersama.

"Oit balangnya tinggal"Puan Dayana mengingati anaknya.

"Later Dani bagi balik umi,tata" Nura Dani berlari ke biliknya dengan balang yang telah disumbat ke dalam tote bag miliknya.Puan Dayana menggeleng kepalanya.

.

.

"Baba...jom keluar nak?" Nik Ian tiba-tiba mengajak.

"Ya anak...nak ke mana?"Nik Izzhan yang sedang duduk menonton televisyen sambil bersilang tangannya ke dada memandang Nik Ian yang masih berbaju tidur.

"Ezra kenapa belum mandi?" 

"Malas la baba kejap lagi la" Nik Ian menjawab sebelum memanjat sofa untuk duduk diatas riba babanya.

"Okay kalau gitu kita tak payah keluarlah sena-Aduh!!" terjerit Nik Izzhan kala sideburn miliknya ditarik Nik Ian,anak syurga.

"Sorry baba,tersengaja" perkataan 'ter' ditekankan.

"Oh nakal betul budak ni...tak apa meh baba pula gigit nak"Nik Izzhan meletakkan mulutnya yang sudah terbuka di lengan anaknya,nak tokok dia.Nik Ian laju-laju turun dari riba babanya.Nik Izzhan menangkap anaknya kemudian digomol anaknya sampaikan Nik Ian terkekek-kekek ketawa.

"Baba janganla HAHAHAHAHHAH"

"Ops tersengaja" Nik Izzhan meniru gaya anaknya dengan menekan perkataan 'ter' "okay anak pergi mandi" perutb Nik Ian digeletek lagi " and then siap,kita keluar jalan-jalan mana saja yang Ezra nak okay?"

"Okay baba" Nik Ian memanjat riba babanya kemudian dia memeluk tengkuk babanya dan mencium pipi Nik Izzhan

"AKH-sakitla Ezra"

Pipi Nik Izzhan digigit Nik Ian.

.

.

"Kenapa umi dengan abah tak call pun eh?Tak risau ke?"ujar Nura Dina hairan "takkan umi dan abah taknak batalkan plan dia orang tu,kesian la aku nanti nak kena jaga anak lelaki tu aduh" Nura Dina menggaru kepalanya yang tak terasa gatal "call aunty lah dia mesti la tau kan"nombor telefon auntynya di dail.

'Pick up la aunty urgent ni'desis hatinya.

"Hello? Is that you Dina?"soal satu suara garau dari talian sebelah sana.

"Ya Dina... Who's this?Where's aunty Dhia?" Nura Dina menjawab.

"Don't you remember me hun?" Nura Dina menggaru keningnya ' bagitahu je lah kau siapa bahalol jangan buang masa aku ergh' kesal Nura Dina dibuatnya.

"Siapa eh? Tak kenal la... boleh tak pass phone kat aunty saya ke awak ni curi phone aunty saya  ha?" teka Nura Dina.

"hahaha okaylah ini Faiq ingat?" Nura Dina sudah panas punggung bercakap dengan orang ini 'masyaAllah ya tuhan,orang ni tak faham bahasa ke apa aku tak kenal dia...dia nak aku cakap bahasa orang zaman purba dulu ke bangang nau' ya maksud Nura Dina tu melukis.

"Ey bagi dulu telefon ni kat aunty saya,kejap lagi kalau nak bergayut ke goyang ke apa call balik haih semak la aku"marah Nura Dina.

"Chill jangan maghoh maghoh kejap I panggil aunty Dhia" ujar lelaki bernama Faiq itu.

"Kan senang kau panggil dari tadi" bebel Nura Dina membuatkan lelaki itu ketawa kecil.

"Hello Dina?Ye ada apa sayang?"

"Ha itu pun aunty...siapa tadi tu? menyibuk betul" tanya Nura Dina

"Itu Faiq Zafriel la your cousin...kenapa call ni?" terang Cik Dhia.

"Oh mamat tu ke... Ni aunty kat rumah Dina tu apa dah jadi sampai tak ada seorang pun call Dina tanya khabar?" Cik Dhia menggaru keningnya 'eh itu rumah kau manalah aku tahu,dah diorang tak call asal tak kau je call' bingung dia dengan anak saudaranya itu.

" Entah la Dina,kenapanya?"soal Cik Dhia.

"Tak Dina cuma nak tahu umi dengan abah tolak ke tidak risikan kawan umi tu,itu aje" tenang Nura Dina berkata.

"Risikan?Risikan siapa?Untuk siapa?Bila masa jadi ni?"Cik Dhia bertanya dengan nada hairan dan sedikit terkejut.

"Aunty tak tahu ke la...Ini haritu kawan umi dia datang merisik Dina untuk anak dia,anak dia tu pulak duda sebab tu Dina datang New Zealand lari rumah" Cik Dhia mengerut dahi hairan 'duda aje pun yang lari sampai New Zealand dapat apa pun tak tahu lah pergi dekat-dekat sudahla' desis hatinya.

"Tak tahu lah aunty,Dina...Eh nanti aunty tanya ya by the way aunty ada kerja ni  soon aunty call lagi okay by-" 

"Hey Dina,dah ingat Faiq siapa?" soal Faiq

"Ergh"keluh Nura Dina sebelum

'BIP'

Nura Dina mematikan panggilan.

.

.

"Assalamualaikum kak Yana" sapa Cik Dhia pada Puan Dayana yang sedang minum petang bersama dengan suaminya,Encik Nazri.

"Ha waalaikummussalam Dhia...lama tak nampak kau,pergi mana?" soal  Puan Dayana pada adik  bongsunya itu.

"Aku sibuk sikit sekarang kak butik tengah banyak collection baru so ramai customer hari-hari"Puan Dayana mengangguk kepalanya "ni kak aku nak tanya sikit...betul ke kawan kau datang merisik Dina?"

"Kau ni bertanya ni kalau bukan nak kepoh mesti nak jadi tukang sampai berita dekat Dina tu kan?" soalan berbalas soalan

"Hehe...tapi aku nak la juga tahu kau  ni pun" balas Cik Dhia.

"Kawan aku tu datang bukannya nak merisik Dina pun,dia tu datang nak merisik Dani tu...Dina tu aje yang syok sendiri sampai lari rumah" tenang Puan Dayana berkata.

"Hahahaha Dina ni buat aku suspense aje lah...dahtu kau tak bagitahu benda betul ke kat dia?"soal Cik Dhia pula.

"Tak sempat bercerita dengan budak tu,suka sangat buat assumption sendiri...penat aku"Puan Dayana mengeluh.

"Biasalah dia tu... Eh ni Dani dah terima ke?"

"Bagitahu pun belum sempat" Encik Nazri menyampuk.

"Itulah tu Dani tu sibuk betul buat apa pun tak tahu lah"Puan Dayana mengeluh lagi.

"Mesti sibuk dengan gambar-gambar dia tu kan"Cik Dhia berkata.

"Biasalah budak tu" Puan Dayana yang sudah masak dengan perangai anaknya itu.

.

.

"Izz tahu mummy dah tersilap merisik orang" cerita Encik nik Irman.

"Oh really mummy merisik untuk daddy?" Puan Eliana memandang Nik Izzhan tajam.

" Jangan nak merepek eh mummy dah elok-elok merisik dia untuk kamu,kamu nak cari pasal pass kat daddy lak" Puan Eliana menjeling.

"Hahaha by the way you know your mummy salah merisik orang,dia pergi merisik adik kepada bakal tunang Izz" Encik Nik Irman membuka cerita lagi.

"Aha okay then?" Encik Nik Irman menjeling Nik Izzhan yang seperti tiada perasaan itu.

"Bukannya hal besar pun lagipun adik si kakak tu tak sempat terima lagi kan" bantah Puan Eliana pada Encik Nik Irman.

"Yang mummy pergi meminang kakak perempuan tu buat apa?" soal Nik Izzhan hairan.

"Izz language!"tegas Encik Nik Irman.

"Sorry daddy, tapi mummy dah si adik tu taknak buat apa mummy masuk meminang si kakak pulak?"soal Izzhan lagi.

"Takkan kamu tak faham lagi mummy nak anak Aunty Dayana jadi menantu mummy, mummy tak kisah pun kalau bukan si adik yang kahwin dengan kamu." jawab Puan Eliana.

"Tapi mummy-"

"No but, muktamad.Kamu tak kesian kan Ezra ke Izz? Dia tu kecil lagi tau,dia tu perlukan kasih sayang seorang ibu.Kamu nak ke anak kamu membesar tanpa kasih sayang seorang ibu ha? tak kesian?" Puan Eliana menyoal.

"Kesian,tapi-"

" Mummy taknak dengar dah tapi kamu, mummy tahu  kamu nak cakap yang kamu belum bersedia nak buka hati kamu, jadi inilah masa yang sesuai kamu nak buka hati kamu tu cuba terima orang lain. Erika pun pesankan pada kamu sebelum dia meninggal,dah 3 tahun dia tinggalkan amanat tu.

Tergamak ke kamu nak jawab bila nanti Ezra tanya mana mama dia?Sekarang ni tak apalah lagi sebab dia belum bertanya tapi nanti kalau dia terdetik nak tanya macam mana kamu nak jawab? Izz kalau tak kesiankan mummy daddy kesiankan Ezra, dia tu kecil lagi."

" Betul apa mummy kamu cakap tu,anak kamu tu makin membesar...lambat laun dia tau juga.Kamu nak dia tau dari mulut orang lain lepas itu fikir negatif tentang kamu? Mestilah tak nakkan." sampuk Encik Nik Irman.

Jeda

"Anggap je perkahwinan kamu ni untuk Ezra,tak payah fikir lagi pasal cinta sebab cinta boleh dipupuk selepas perkahwinan.Dah lah mummy nak masuk tidur dah ngantuk jom daddy..." ajak Puan Eliana.

"Let's go mummy" Encik Nik Irman berlari kecil sambil tersengih sebelum memaut pinggang Puan Eliana yang telah berada dia hujung tangga.

"Izz setuju..."

Termati langkah pasangan merpati dua sejoli itu ketika mendengar persetujuan anak teruna mereka.Terus mereka memusing badan menghadap si teruna.

"Serious?"serentak mereka bertanya.

"Ya dengan syarat..."

"Syarat?"

"Si kakak tu mestilah ambil hati Nik Ian Ezra dahulu,kalau dia berjaya ambil hati Ezra...Izz akan pertimbangkan untuk jadikan dia isteri."jelasnya lagi.

"Okay mummy setuju"

" Daddy pun"

"Okay goodnight mummy, goodnight daddy" ucapnya kepada kedua orang tuanya itu.

"Night" ucap mereka serentak

.

.

"Kakak? buat apa tu?"

"Ya umi, tak ada buat apa pun tengah edit gambar je ni"jawab Nura Dani Amellyn.

"Kakak...semalam ada orang datang..."

"Aha okay kenapa dengan orang tu?" soal Nura Dani hairan.

"um orang tu datang masuk meminang..."

"Meminang siapa? Dina?"soalnya lagi.

"tak bukan, dia masuk meminang kakak."jawab Puan Dayana.

Mouse yang tadinya bergerak kini berhenti.Kepalanya yang tadi memandang laptop kini memandang ibunya.

"Apa? Biar betul umi ni." kini tubuhnya sekali menghadap ibunya 

"Betul la kakak,tak percaya pergi tanya abang Daniel."kata Puan Dayana serious.

"and then Umi terima ke?"

"Belum terima lagi nak tahu keputusan kakak dulu." mendengar saja kata uminya itu terus dia meletakkan ke tepi hal 'meminang' itu.

"Nantilah kakak fikirkan, umi kakak nak keluar kejap nak cari port gambar baru boleh?" pintanya pada Puan Dayana.

" Hish kakak ni, ini yang malas umi nak bercakap benda serious dengan kakak asyik ada je alasan nak mengelat." marah ibunya.

" Umi ini pun benda serious la ni."

"Apa-apa je lah kakak ...kakak jangan la selalu mengelat pasal hal ni, ini untuk masa depan kakak juga.Buatnya bakal tunang kakak tu duda kakak nak?Umi tak ada masalah atleast dah ada cucu seorang" tegas uminya.

" Duda? Cucu? seriously umi? sampai hati nak kakak tunang dengan duda" dia mencebik.

" Iya serious...kakak umi ni makin hari makin tua tahu,ini cucu sorang pun tak ada lagi anak-anak semua dah besar panjang."jawab Puan Dayana.

"Hmm kakak muda lagi la umi nanti- nantilah umi eh?Ha tak pun umi pergi minta abang Daniel kahwin dulu,dia tu dah lama sangat tunang.Dimulut dia asyik cakap tak sedia aje." katanya sambil menyumbat barang ke dalam beg dah bersedia nak lari dari perbincangan uminya ini.

Puan Dayana memandang tajam kearahnya 'haihla budak ni... macam-macam alasan' desis hatinya

"Eee orang cakap fasal dia sibuk nak cakap fasal abang.Abang Daniel tu dah cakap nak tunggu kak Alisa kamu habis belajar dulu. Ish...ikut kakaklah malas dah umi nak layan" ucap Puan Dayana,merajuk.

"Hehe sorry la ibu, by the way kakak pergi dulu ya dah lambat ni.." pipi ibunya dicium,tangan ibunya di salam."sayang ibu, bye ibu"

"Iya hati-hati,jangan balik lewat sangat" jerit uminya.

"Okay ladyboss" jeritnya sebelum menghidupkan enjin keretanya.




TBC
Lately ni maybe saya lambat update sebab saya dalam minggu exam.'Tudia la time takdak exam tak rasa nak menulih dah ada exam gatai pulak nak menulih ih'. Btw thanks dah sudi baca and kalau suka ringankanlah jari tekan button vote tu thank you

Continue Reading

You'll Also Like

292K 4.1K 30
Rajveer is not in love with Prachi and wants to take revenge from her . He knows she is a virgin and is very peculiar that nobody touches her. Prachi...
1.9M 107K 89
Daksh singh chauhan - the crowned prince and future king of Jodhpur is a multi billionaire and the CEO of Ratore group. He is highly honored and resp...
446K 14.9K 40
My back was pressed against the wall, and our faces were merely inches away. He gently placed a finger below my chin and tilted my face upward. I tri...
4M 257K 100
What will happen when an innocent girl gets trapped in the clutches of a devil mafia? This is the story of Rishabh and Anokhi. Anokhi's life is as...