Unreachable Princess

Per luvvakie

181K 16.3K 1K

Aella, seorang Special Agent rank-S yang mahir dalam semua jenis seni mempertahankan diri. Seorang yang dihor... Més

| chapter 1
| chapter 2
| chapter 3
| chapter 4
| chapter 5
| chapter 6
| chapter 7
| chapter 8
| chapter 9
| chapter 10
| chapter 11
| chapter 12
| chapter 13
| chapter 14
| chapter 15
| chapter 16
| chapter 17
| chapter 18
| chapter 19
| chapter 20
| chapter 21
| chapter 22
| chapter 23
| chapter 24
| chapter 25
| chapter 27
| chapter 28
| chapter 29
| chapter 30
| chapter 31
| chapter 32
| chapter 33
| chapter 34
| chapter 35
| chapter 36
| chapter 37
| chapter 38
| chapter 39
| chapter 40
| chapter 41
| chapter 42
| chapter 43
| chapter 44
| chapter 45
| chapter 46
| chapter 47
| chapter 48

| chapter 26

3.2K 337 45
Per luvvakie

"JAEN? jay?" Panggil Liviania setelah melangkah masuk ke dalam palace. Dia kemudian laju menaiki anak tangga dan menuju ke biliknya.

Sebaik sahaja sampai di Estella, dua ekor wolve itu yang pertama dicari olehnya.

KREEKKK

Terhasil bunyi gesekan apabila pintu tersebut dikuak. Persekitaran yang sudah mula dikenali membuatkan dia secara naluriah melihat keadaan sekeliling biliknya. 

Semasa Liviania melihat keadaan sekeliling, matanya meliar mencari dua ekor wolve namun sayangnya bayang mereka pun tiada di situ.

Liviania pandang sekilas seorang maid yang baru tiba di hadapan pintu biliknya. Di tangan gadis itu terdapat sebuah beg besar yang dipenuhi dengan baju hanfu miliknya yang telah disiapkan oleh Olivia semasa di Euria.

"Where's my wolves?"

".........."

"Pergi cari mereka sekarang sekarang."

"B-baik, Your Highness." Jawabnya laju sebelum tergesa-gesa keluar dari situ. Perasaan gerun menyelubungi diri apabila berjumpa dengan pandangan dingin milik Seventh Princess yang dahulunya sangat polos dan naif.

Liviania melepaskan keluhan kecil setelah maid tersebut pergi. Dia kemudian menuju ke beranda dan membuang pandangan ke panoroma indah yang menjamah mata. Udara segar dan sejuk itu dihirup panjang.

Selepas beberapa ketika, maid tadi kembali semula. "Your Highness, mereka ada di halaman belakang palace."

'Halaman belakang?'

Liviania mengangguk faham.

•••

PANDANGAN terhenti pada dua ekor wolve yang sedang lena dibuai mimpi di bawah satu pohon besar yang redup. Halaman tersebut bersih daripada salji kerana para maid yang bertugas di situ sering membersihkannya.

"Morning, Wolves." Katanya usai melabuhkan duduk ke lantai simen disitu.

".........."

"Hm?" Laju Liviania sentuh dua ekor wolve tersebut setelah perasan tiada pergerakan langsung daripada mereka.

Ianya pelik, kerana mereka lebih-lebih lagi Jaen seorang yang sangat aktif. Jika dia tahu Liviania sudah kembali ke Estella, tidak mungkin dia akan bereaksi begitu.

"Jaen? Jay?" Tubuh kecil Jaen dibelai lembut menantikan jawapan balas.

Sesaat. Dua saat. Tiga saat.

Masih juga tiada balasan.

Air muka Liviania berubah cemas. Dia kemudian mengambil dua ekor wolve tersebut dan dibawa ke dalam pelukannya sebelum berlari masuk kembali ke dalam palace.

"Princess?" Panggil Rhea apabila dia melihat Liviania sedang berlari anak menuju ke biliknya.

"Rhea, panggil imperial doktor!" Arahnya dengan suara yang sedikit bergetar. Rhea yang terkejut melihat itu langsung berlari pergi ke main palace.

"Baik, Your Highness!"

•••

"JANGAN risau, kondisi mereka tidak membahayakan." Beritahu Oscar Scabridh kepada Liviania yang saat itu penuh dengan raut kegusaran diwajahnya.

"Ras Human-Beast sememangnya mempunyai stamina yang lebih besar daripada kita manusia, namun ianya tetap akan berbahaya jika mereka terlalu berlebihan dalam menggunakannya." Terang Oscar lagi.

Liviania tidak terkejut yang Oscar mengetahui dua ekor wolve itu ialah Human-Beast. Dia sudah menjangka lebih awal apabila membenarkan lelaki tua itu untuk menjalankan pemeriksaan terhadap mereka.

"Please don't tell His Majesty Emperor about this." Kata Liviania sebelum memicit dahinya yang terasa sedikit berdenyut.

Dia rehatkan kepalanya di sebelah tubuh kecil Jay yang sedang berbaring di katil bersama dengan Jaen.

"Yes, Your Highness." Jawab Oscar sopan.

"Terima kasih. Awak boleh pergi sekarang." Ucap Liviania tanpa memandang lelaki tua itu.

Dia ingat lagi arahannya kepada Jay yang dimana dia menyuruhnya untuk mengajar Jaen mengawal kemampuan fizikal mereka.

Selama mereka berada di Euria, maid dan beberapa knight yang bertugas di palacenya sudah diberitahu untuk membiarkan sahaja apa yang dua ekor wolve miliknya itu lakukan semasa ketiadaan dia.

Tidak disangka pula mereka akan menghabiskan masa dengan hanya berlatih sehingga membuatkan ketahanan tubuh mereka tidak dapat beriaksi cepat hingga menyebabkan mereka jatuh sakit setelah kehabisan tenaga dalaman.

".........."

Tengahari itu, semasa Rhea sedang mengemas bilik Liviania, kedua ekor wolve yang tadinya masih lena kini sudah mencelikkan mata.

"Wolve!" Panggil Rhea dengan nada gembira apabila melihat Jaen yang sudah bangun.

Suara riang yang sudah dikenali itu menyebabkan Jaen menoleh laju ke arah gadis yang kini sedang mendekati mereka.

Baru sahaja dia ingin menyahut namun apabila teringat yang Rhea masih belum tahu bahawa mereka ialah Human-Beast maka ditahankan sahaja niatnya.

"Baguslah korang dah sedar. Kesian Her Highness daripada pagi tadi risau." Bulu mereka diusap lembut oleh Rhea.

Jaen yang mendengar nama Liviania disebut serta merta menjadi aktif dan mengelilingi Rhea di katil.

"Awooo..."

Rhea tergelak kecil. Faham yang wolves itu sedang bertanya tentang tuan mereka.

"Princess sedang berjumpa dengan semua knight yang bertugas di palace ini."

Jaen menyengetkan kepalanya untuk melihat Jay yang masih berbaring malas. Mereka saling berpandangan. Pelik kerana Master mereka yang lebih suka berkurung di dalam bilik itu tiba-tiba mengadakan pertemuan dengan para knight.

Melihat Rhea yang berura-ura untuk bangkit, segera Jaen menggigit baju gadis itu meminta untuk diangkat.

"Awo!"

Rhea melihat gelagat wolve putih kecil itu sebelum tertawa lagi. Comel!

•••

"SO, this is everyone?"

"Yes, Your Highness."

Yami, lengkap memakai Knight Attire yang berwarna kelabu gelap, menunduk sopan ke gadis muda dihadapannya.

Ia tidak normal bagi gadis itu untuk tiba-tiba memanggil dan bertemu dengan semua knight yang bertugas di palacenya. Kelakuan aneh Liviania telah menimbulkan beberapa rumor di antara mereka.

"Let's have a little conversation about future."

"Oh???"

"...???"

Ekspresi hairan terpancar di wajah mereka. Perubahan yang berlaku kepada Seventh Princess agak pelik, tetapi nampaknya gadis itu telah semakin matang.

"Apa maksud Your Highness tentang masa depan?"

Tanya seorang knight yang berusia sekitar 30 tahun dengan rambut perang dan bermisai. Dia mempunyai saiz tubuh yang paling besar diantara knight lain yang berkumpul disitu.

Ya. Palace Liviania hanya memiliki 10 orang knight sahaja berbeza dengan palace milik keluarganya yang lain.

"What's your name?"

"Nama saya Giff, Your Highness. Saya telah bertugas di palace ni sejak awak masih kecil lagi."

Jawab Giff seraya mengangkat bahunya dengan bangga, seolah-olah memberitahu Liviania untuk menghormatinya.

Liviania memandang Giff dan mengimbasnya dari atas ke bawah. Dia pernah mendengar maid berbual tentang seorang knight berambut perang yang sering membuli rakan setugasnya dan para maid.

"Since we're on this topic let me ask you something. Apa yang telah awak lakukan selama 3 tahun ni?"

".........." Wajah lelaki itu berkerut hebat.

Tiada jawapan, seperti yang Liviania sudah jangka.

"Yes. You're doing nothing. Next question. Apa yang awak akan capai dalam masa 3 tahun akan datang?"

"E-er..."

Melihat masih lagi tiada jawapan, Liviania kembali memberi fokus kepada 9 orang dihadapannya yang masih menunduk.

"Even though I've never visit you all, don't think that I don't know anything." Ucapnya dengan nada tegas.

"Dan Giff. Awak boleh pergi bertugas di palace lain mula saat ini. Congratulations." Sindir Liviania secara terang-terangan.

Dia tahu ramai yang mengelak dan seboleh-bolehnya tidak mahu bertugas di tempatnya. Dan kebanyakkan mereka yang ditugaskan disini hanyalah knight yang berasal daripada rakyat biasa. Sedangkan kebanyakan knight di palace lain berasal daripada keluarga bangsawan yang berpangkat seperti Count, Viscount, Baron dan yang seangkatan dengannya.

"Tsk!"

Giff mengacip giginya kuat menahan amarah sebelum melangkah pergi dari situ.

"Listen." Kata Liviania menggamit perhatian 9 orang knight yang ada disitu.

"Ada sesiapa lagi yang nak sertai Giff?"

"No, Your Highness!" Jawab mereka serentak.

Mata masih melihat ke tanah tidak berani untuk memandang gadis dihadapan mereka.

"Okay then. First of all..."

Crack!

Liviania membetulkan tulang lehernya. Dia meneleng ke kiri ke kanan sebelum turun dari kerusi yang dari tadi di dudukinya.

Semua yang ada di situ memandang, tertanya-tanya apa yang akan gadis itu lakukan seterusnya. 

Liviania berjalan melepasi mereka dan berhenti di hadapan peralatan pertempuran yang sudah usang dan lama. Kebanyakan pedang di situ juga sudah tumpul dan ada juga yang berkarat.

Seketika Liviania kelihatan seperti teragak-agak sebelum mengambil sebuah pedang yang paling nipis yang bentuknya seperti katana.

Di bilahnya terdapat ukiran huruf yang sudah tidak dapat dikenal pasti. Mungkin kerana ianya sudah dipenuhi karat dan kusam kerana tidak digunakan untuk jangka masa yang lama.

Whoosh! whoosh!

Liviania menghayunkan pedang tersebut beberapa kali sebelum memusingkan badannya ke arah Yami.

Yami, atau lebih tepatnya semua yang ada di situ memandang gadis tersebut dengan penuh kehairanan.

"Y-your Highness, tolong simpan semula pedang tu. Ianya berbahaya." Tegurnya bimbang.

Liviania hanya diam dan tidak mempedulikan apa yang dikatakan lelaki itu kepadanya. Dia memulakan pergerakannya sebaik sahaja dia selesai bercakap. Pedang itu kelihatan indah berlengkok, mengikuti pergerakan gadis tersebut yang sangat lincah.

"Heuuhk?"

Yami secara naluri pantas mengeluarkan pedangnya dari sarung yang terdapat di sisi pinggang apabila mengesan kehadiran gadis itu didekatnya.

Clang!

Kedua-dua pedang bertemu di udara, menghasilkan bunyi yang nyaring daripada logam. Yami terkejut dengan kesan hentakan yang dapat dirasainya di tangan setelah menahan pedang gadis dihadapan. 

Liviani yang lebih pendek daripadanya, menyerang dengan menggunakan kelajuan dan kekuatan yang luar biasa.

Yami cuba menepis pedang itu dengan kuat dan memberi pukulan balas. Liviania yang kelihatan tenang itu memegang pedang dengan posisi dimana dia menggenggamnya secara terbalik dan berpura-pura menerima pukulan Yami. Sebaliknya, dia memutarkan pedangnya di sekeliling pedang panjang lelaki itu sebagai serangan balas.

Kkk-kkrrg

Bunyi kasar cakaran logam kedengaran apabila pedang Liviania menghampiri pegangan pedang panjang lawannya. Mereka begitu rapat sehinggakan kepada penonton yang melihat, kedua-dua orang itu kelihatan seperti berpelukan.

"Kuuuuagh!"

Yami terkejut dengan kekuatan dan keahlian gadis itu dalam swordmanship. Dia cuba menepis pedang Liviania dengan kuat sebelum hujung bilah pedang milik gadis tersebut berhenti tepat di lehernya.

Pergerakan mereka berdua automatik berhenti. Sesaat kemudian kedengaran bunyi pedang yang jatuh ke tanah.

Yami memandang pedangnya yang kini sudah berada di tanah manakala hujung mata pedang Liviania yang berada di lehernya.

"!!!?"

Halaman palace yang tadinya riuh dengan suara mereka berlaga pedang dan suara para knight disitu serta merta hilang. Hanya suasana sunyi yang memenuhi tempat itu. 

Semuanya hampir tidak percaya dengan apa yang mereka saksikan.

Yami Hayde. Salah seorang knight yang berada di penghujung level Hiraken. Knight terkuat yang ada di palace Liviania, kalah dalam beradu pedang.

Lebih-lebih lagi, orang yang mengalahkannya ialah Liviania Avira, gadis yang kononnya lemah dan baru tersedar dari koma beberapa bulan lepas.

Tetapi ini adalah realiti.

"That's it. Saya nak kamu semua sekurang-kurangnya mampu kawal pedang kamu sehingga ke tahap itu."

"Yes, Your Highness!" Jawab mereka serentak. Kali ini suara mereka dipenuhi dengan kobaran semangat. Liviania yang perasan akan hal itu tersenyum senang sebelum mengangguk.

Kini, mereka pasti faham apa yang dimaksudkan olehnya sebentar tadi tentang 'masa hadapan'.

".........."

"And Yami akan jadi Captain kamu semua mulai hari ini." Katanya sebelum beredar dari situ.

"Yes!"

Yami yang masih terduduk dibantu oleh beberapa rakannya untuk bangkit semula. Matanya tidak lepas daripada memandang bayangan gadis yang semakin menghilang daripada situ.

"W-woahhh.."

"Aku tak tahu nak cakap apa."

"My heart still beating fast!"

"Oi, Kuro! Tutup mulut kau sebelum lalat masuk." Kata seorang knight kepada kawannya yang masih lagi terpempan dan tidak bergerak.

".........." lelaki yang dipanggil Kuro tadi ditepuk-tepuk sebelum yang lain mula ketawa.

Apabila kawan-kawannya masih teruja dengan apa yang mereka saksikan tadi, Yami masih terdiam. Jantungnya yang masih berdegup laju dipegang sebelum tertawa kecil.

"Haha, shit."

•••

HI!

SIS DAH SELESAI EDIT CHAPTER SEBELUM NI. AND SAYA CADANGKAN BACA BALIK KALAU NAK LEBIH FAHAM. SEBAB ADA BANYAK PART YANG SAYA BETULKAN BALIK.

BTW IM BACK! <3++

Continua llegint

You'll Also Like

139K 11.6K 38
Gamers. I wish to be one of them. And I want to meet her. Quinn Eden. Semoga kita akan berjumpa. (all the characters and Photos belong to their owne...
26.4K 644 28
Setelah koma selama 4 dekad, akhirnya Jefri sedar jua dari komanya dan tidak menyangka beliau kini berada di tahun 2030. Namun apa yang memeranjatkan...
229K 12.7K 44
Hi surprise suka tak hadiah dari aku?! Haha kelmarin kau mandikan aku. Harini aku mandikan kau. Kau nak tahu tak tu air apa. Haha tu air longkang. An...
99.8K 1.3K 29
Sebagai seorang anak kampung, Kifli tidak terkecuali daripada melakukan kemungkaran dan kenakalan. Kadangkala kenakalannya hanya mendatangkan musibat...