Hantu Bilik Guru Disiplin 2

By -Akio-Akeichi-

5.8K 630 77

Kehidupan baru setelah menghabiskan peperiksaan akhir SPM! Terlepas daripada peperiksaan yang mencabar, merek... More

Prologue
Chapter 1
Announcement
Chapter 2
Chapter 3
Chapter 4
Chapter 5
Chapter 6
Chapter 7
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10
Announcement
Chapter 11
Chapter 12
Late Notice
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 22
Chapter 24
Chapter 25

Chapter 23

104 9 1
By -Akio-Akeichi-

"Abang!" Seru Eira apabila melihat suaminya hanya berdiam diri setelah ia melafazkan ayat-ayat tadi.

"Fa-lamma 'Alqaw Qala Muusa Ma Ji'tum Bihis-Sihr, 'Inna-LLaha Sa-Yubtiluh, 'In-Na-LLaha La Yus-Lihu 'Amalal-Mufsidiin. Wayu-Ḥiqqu-LLahul-Haqqa Bi-Kalima-Tihii Wa Law Karihal-Mujri-Muun... Sesungguhnya apa yang engkau tunjukkan itu adalah sihir! Sesungguhnya Allah akan membantu aku untuk mendedahkan kepalsuan sihir ini! Sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan! Dan Allah juga akan sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintah-Nya! Maka, sesungguhnya Allahlah yang lebih kuat dan lebih mampu mematahkan sihir ini! Dengan sebuah seruan nama-Mu, Ya Allah~~ Patahkanlah belenggu sihir yang mengikati kami ini! ALLAHUAKBAR!!!!" Lafaz Harraz yang segera menghentam lantai simen di mana ia berada dengan seruan kalimat 'Allahuakbar' yang lantang.

Angin kencang muncul sepanjang proses pematahan sihir tersebut. Mereka yang lain tidak putus-putus membaca ayat kursi. Namun, sepanjang proses pematahan sihir tersebut, tubuh mereka semua terasa disayat-sayat oleh berbagai rasa sakit yang amat. Membuat mereka hampir berputus-asa, bahkan Eira sendiri juga dapat merasakan perasaan tersebut. Ia bahkan tidak berdaya buat masa ini, dan berharap bahawa suaminya segera mematahkan sihir yang ada. Hinggalah..

"Ugh.. cough!" Sembur Kemy yang langsung batuk darah.

"Kemy!!!" Tempik Rafia apabila melihat sahabatnya itu tumbang.

"Ugh.. cough! J-jangan.. pedulikan aku.." Ucap Kemy yang batuk darah tanpa henti.

"T-tapi.." Ujar Fatin dengan cemas sambil menopang tubuh sahabatnya itu.

"Ughh.. s-selamatkan.. Haikal! I-itu.. itu yang penting!" Ucap Kemy dengan darah yang mengalir melalui sudut bibirnya.

Eira yang melihat sahabatnya berkata begitu langsung merasa kesal dengan dirinya sendiri. Ia begitu lemah sehingga ia tidak mampu bergerak pada saat ini. Membuatkan ia merasa sebuah perasaan marah pada dirinya sendiri kerana begitu lemah sehingga tidak mampu melindungi rakan-rakannya sendiri, sedangkan ia adalah ketua kepada mereka semua. Hal itu juga membuat Eira bersedih, bahkan menganggap bahawa ia tidak layak menjadi ketua. Ia melihat bahawa suaminyalah yang layak memimpin kerana jelas Harraz lebih kuat darinya. Harraz yang mengetahui isi hati sang isteri langsung tersenyum dicelah-celah kegiatannya saat ini.

"Audzubillahi minas-syaitānir-rajim.. Bismillahirrahmanirrahim~ Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mu'minin... Ali-Imran ayat 139! Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang yang beriman! Ingat sayang! Kekuatan yang sesungguhnya itu datang dari Allah! Seseorang itu mampu menjadi lebih kuat jika dia beriman dan bertawakal kepada Allah yang satu!" Lafaz Harraz yang ditujukan kepada isterinya yang tercinta.

Eira yang mendengar ayat yang dihafazkan oleh sang suami langsung tersedar dari pemikiran buruknya. Air mata mengalir melalui pelupuk matanya. Sedar bahawa apa yang ia fikirkan itu salah! Setiap kekuatan bukan hanya bergantung dari diri sendiri, melainkan kekuatan yang ia miliki itu datangnya daripada Allah. Eira sedar dan bersyukur kerana Allah menghadirkan seorang suami yang memahami dirinya baik luar mahupun dalam. Selama ini, yang melengkapkan dirinya, yang sentiasa berada di sisinya baik ia senang mahupun susah, Harraz sentiasa menyampaikan sesuatu yang mengubati hatinya.

Dari itu, langsung diseka air matanya dan gadis itu langsung mengucapkan kata-kata istigfar dan meminta pertolongan Allah seperti yang dikatakan oleh suaminya. Berkat kekuatan yang dimohon kepada sang Pencipta, Eira mampu bangkit sebaik sahaja ia melafazkan lafaz "Allahuakbar". Belenggu sihir yang mengikat kuat dirinya semenjak awal berjaya ia patahkan. 

"Subhanallah! Maha suci Engkau yang memberikan kekuatan kepada aku!" Ucap Eira dengan penuh rasa syukur.

"Ugh~~" Erang sahabat Eira yang lain.

"Abang!" Seru Eira sambil menoleh ke arah sang suami.

"Jangan risaukan abang dan yang lain! Abang sendiri yang akan handle sihir ni! Kamu pergi selamatkan Haikal!" Arah Harraz.

"Baiklah!" Sahut Eira.

"Abang Hadwan kekal bantu saya!" Pinta Harraz kepada Hadwan di sampingnya.

"Hm! Baik!" Sahut Hadwan yang masih bertenang walaupun hakikatnya ia menahan rasa sakit akibat sihir tersebut.

"Kalau begitu.. Syahiril! Kau bantu aku! Bantu aku sambut senior sebaik sahaja sihir dilepaskan! Aku yakin dia akan jatuh sebaik sahaja sihir dilepaskan!" Pinta Eira.

"O-okay!" Sahut Syahiril yang bersusah-payah untuk bergerak ke arah Eira di mana sihir masih lagi membelenggu dirinya.

Syahiril menuju ke arah Eira dan berdiri di samping Eira. Harraz dan Hadwan membuat persiapan untuk mematahkan sihir sepenuhnya. Fatin dan yang lain memastikan keadaan Kemy baik-baik sahaja walaupun mereka juga kesusahan menghadap sihir yang membelenggu tubuh mereka. Namun, keadaan Kemy perlu dititikberatkan kerana gadis itu sudah memuntahkan darah segar disebabkan sihir tersebut. Disebabkan risau, Eira tidak menunggu lama dan langsung mempersiapkan mentalnya untuk menyelamatkan Haikal! Eira tahu betapa risaunya sahabatnya itu terhadap Haikal. Jadi, dia tidak boleh lagi melengahkan masa lebih lama untuk membiarkan Senior Haikalnya itu sengsara dengan lebih lama.

"Audzubillahi minas-syaitānir-rajim.. Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mu'minin... Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mu'minin... Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mu'minin..." Lafaz Eira sambil meletakkan tangannya ke dinding di mana Haikal berada.

"Guahhhhhhh!!!" Teriak Haikal dengan tubuh mengejang sebaik sahaja mendengar lafaz yang Eira sebutkan.

"Wahai jin mahupun iblis yang mengekang jasad yang berada di atas! Aku tahu asal usulmu dan apa mahu kau atas jasad di atas! Aku perintahkan kau di atas nama Tuhanku, Allah untuk melepaskan jasad yang kau seksa itu dengan segera sebelum aku balas seksaan itu kepada kau berkali-kali lipat! Sesungguhnya Tuhanku sentiasa akan membantu aku!" Ucap Eira dengan tegas.

"Kau siapa.. nak ganggu hidup aku? Kau itu siapa untuk halang aku? Ini hak aku! Ini milik aku!" Geram Haikal yang sebenarnya bukan Haikal.

"Wahai iblis.. jasad itu bukan kepunyaan engkau! Jasad itu adalah kepunyaan sang pemilik empunya jasad! Baik engkau nyah dari jasad itu sebelum batas kesabaran aku habis wahai iblis.." Ancam Eira.

"Kau juga sama! Kau sama dengan orang-orang itu! Berniat memisahkan aku dengan orang yang aku sayang! Berambus kau dari sini! BERAMBUS!!!" Teriak Haikal dengan sangat marah.

"Aku peringatkan lagi sekali wahai iblis! Keluar demi keselamatan dirimu atau aku akan bakar kau hidup-hidup!" Ancam Eira sekali lagi.

"Tidak akan! Tidak akan! Aku tidak akan biarkan engkau ambil dia dari aku! Aku tak akan biarkan kau ambil dia sama seperti perempuan iblis itu renggut dia dari aku! Grrr.." Amuk Haikal.

"Engkau sudah mengancam batas kesabaran aku! Maka, aku tiada pilihan! Baiklah, dengan kalimah La illaha Illallah... atas nama Tuhanku yang satu! Aku akan hapuskan kau.." Ujar Eira sambil membaca beberapa patah ayat suci al-Quran dengan tangan kanannya merapat ke dinding.

"Guahhhhhhh!! Arrrghhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Teriak Haikal.

Tubuh Haikal meronta-ronta di atas siling bilik tersebut. Kelihatannya makhluk tersebut terseksa akan ayat suci yang dilontarkan oleh Eira. Oleh kerana itu, Syahiril bersiap siaga untuk menyambut Haikal yang berkemungkinan akan jatuh pada bila-bila masa. Fiqah, dan Fatin tiada henti melafazkan zikir pelindung sambil menjaga Kemy yang semakin melemah. Dibalik itu, Harraz dan Hadwan sentiasa berjaga-jaga daripada belenggu sihir laknat yang semakin mengganas. Demi memudahkan urusan Eira, Harraz dan Hadwan menjadi titik utama yang perlu bertindak dari segi keselamatan semua orang.

"Sebaik sahaja Haikal jatuh.. kita lari!" Bisik Harraz yang didengari oleh semua orang.

"Baik!" Balas Hadwan sambil menganggukkan kepala, disertai oleh mereka yang lain.

"Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mu'minin... Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mu'minin... Wa la tahinu wa la tahzanu wa antumul a'launa in kuntum mu'minin..." Lafaz Eira berulang kali.

Tubuh Haikal semakin meronta kesakitan di atasnya. Namun, Eira tetap tidak bergeming dan terus menerus melafazkan patah ayat tersebut sambil matanya memandang tajam ke arah Haikal. Angin kencang bertiupan ganas sepanjang proses tersebut. Mereka yang lain bersiap siaga untuk berlari keluar sebaik sahaja Haikal jatuh dan disambut oleh Syahiril. Harraz dan Hadwan berusaha mematahkan sihir belenggu. Angin kencang juga tidak membantu kerana mereka terikat di antara dua situasi ini.

"AKU AKAN KEMBALI! AKU AKAN KEMBALI UNTUK MENUNTUT HAK! AKU AKAN KEMBALI! KEMBALI MENGAMBIL HAK AKU!!!!!" Tempik Haikal dengan marah ditengah kesakitannya.

"Allahu la ilaha illa Huwa, Al-Haiyul-Qaiyum, La ta'khuzhuhu sinatun wa la nawm.. lahu ma fis-samawati wa ma fil-'ard, Man zhal-lazhi yashfa'u 'indahu illa bi-izhnihi, Ya'lamu ma baina aidihim wa ma khalfahum, wa la yuhituna bi shai'im-min 'ilmihi illa bima sha'a~ Wasi'a kursiyuhus-samawati wal ard, wa la ya'uduhu hifdzhuhuma Wa Huwal 'Aliyul-Azheem.... DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA KUASA LAGI MAHA PEMBERI PERLINDUNGAN! AKU DI SINI SEBAGAI HAMBA MEMINTA BANTUAN PERLINDUNGAN-MU YA RABB! HAPUSKAN BELENGGU SIHIR DAN LEPASKAN JIWA YANG DIKEKANG! ATAS LAFAZ NAMA DAN KALIMAH SUCI-MU! NYAHLAH KAU WAHAI IBLISSSSS!! ALLAHUAKBAR!!" Teriak Eira.

Slam!

Tangan kanan Eira menghentam dinding di bawah Haikal. Suara teriakan nyaring kedengaran dengan Haikal yang kehilangan kesedaran mula jatuh daripada atas. Syahiril dengan sigapnya menangkap Haikal. Sebaik sahaja Haikal disambut, Harraz dengan segera memberi perintah untuk melarikan diri. Bilik tersebut sangat bahaya untuk mereka menetap buat masa yang agak lama. Mereka tidak boleh lengah. 

Swoossshh~~ Swooosshhh!! Bang! Bang! Bang!

Angin bertiupan kencang ibarat melampiaskan kemarahan. Perabot dan kertas berterbangan di dalam ruangan tersebut. Tidak banyak masa lagi yang tinggal. Dengan tangkas, Fatin, Fiqah dan Rafia memapah Kemy yang lemah untuk berlari keluar. Hadwan mengawasi Syahiril yang membawa Haikal. Manakala Harraz menarik isterinya yang kewalahan agar keluar dengan segera dari bilik tersebut.

BLAM!

Pintu bilik tersebut tertutup dengan kasar sebaik sahaja mereka melompat keluar. Namun, suara perabot berlanggaran di dalam bilik tersebut masih kedengaran. Nafas mereka tidak beraturan. Sihir menjadi penyebab tubuh mereka kelelahan. Pintu yang pada awalnya terlihat dekat semasa mereka memasuki ruangan tersebut, tiba-tiba menjadi jauh. Memaksa mereka untuk berlari keluar sebelum pintu ditutup dengan kasar. Harraz kewalahan begitu juga dengan Eira.

"Segera! Segera kita tinggalkan tempat ini! Jika tidak.." Ujar Hadwan.

"AKU TAK AKAN TINGGAL DIAM!!! AKU AKAN KEMBALI MENGAMBIL HAK MILIK AKU!"Herdik sebuah suara dengan sangat marah, kedengaran dari dalam ruangan yang masih kacau balau walaupun mereka tidak dapat melihatnya disebabkan pintu yang tertutup rapat.

"Mari!" Ucap Harraz yang segera memimpin mereka untuk meninggalkan lokasi tersebut.

Huft! Huft! Huft!

Derap kaki kedengaran di sekitar koridor sekolah. Dengan nafas yang berat dan kewalahan, mereka tetap berlari demi meninggalkan bangunan tersebut. Situasi sungguh bahaya untuk mereka kekal di dalam bangunan ini lama-lama. Mereka berlari hinggalah tiba di kawasan pagar utama sekolah. Kawasan lapangan khas yang digunakan sebagai kawasan untuk meletakkan kereta. Hanya di sini sahaja tempat yang selamat untuk mereka.

"Ughhh... huft!" Engah Fiqah yang kehabisan tenaga.

"Haikal! Haikal!" Seru Harraz yang segera melihat keadaan sang sahabat.

"Kemy! Kau okay ke tak?" Tanya Rafia sambil memeriksa keadaan Kemy.

"Ugh.." Erang Kemy. 

"Macam mana ni? Kedua-dua mereka nampak macam tak sedarkan diri.." Ujar Fiqah dengan nada risau.

"Nampaknya, kita kena keluar daripada sekolah ni dan hantar mereka berdua ke hospital terlebih dahulu!" Cadang Rafia.

"Mustahil!" Celah Eira dengan nada dan wajah yang tegang bercampur dingin.

"Kenapa?" Tanya Fatin.

"Kita tak boleh keluar daripada sini.." Bisik Eira dengan nada menekan sambil matanya memandang tajam ke sekeliling.

"Nampaknya kita sudah terperangkap!" Ujar Hadwan dengan wajah dan nada yang dingin.

"Maksudnya?" Tanya Syahiril.

"Sekitar kita.. saat ini penuh dengan aura bahaya! Jika kita merentasi batas sihir ini.. berkemungkinan benda bahaya akan berlaku pada ki-.. bukan! Berkemungkinan akan berlaku pada penduduk kampung juga kita!" Terang Eira.

"Jika kita tersalah langkah.. bukan diri kita sahaja dalam bahaya! Tetapi mereka yang berada di kampung sana juga akan berada dalam bahaya.." Fikir Rafia.

"Jadi.. kita nak buat apa sekarang?" Tanya Fatin.

"Kita hanya mampu berikan pertolongan awal dan biarkan mereka berdua berehat! Selebihnya.. kita hanya mampu berserah kepada Allah!" Ujar Eira.

"Baiklah kalau itu yang kau fikirkan terbaik untuk situasi sekarang.. kami akan ikut sahaja apa yang kau arahkan Eira!" Sahut Rafia.

"Buat masa sekarang.. kita tak boleh ke mana-mana! Sangat bahaya sekarang ni!" Ujar Hadwan.

"So, macam mana kita nak biarkan mereka berehat?" Tanya Syahiril.

"Buat masa sekarang... kita takde pilihan lain selain menaikkan khemah dekat lapangan ni! Kita tak dapat dekati mana-mana bangunan sekarang ni memandangkan aura kemarahan tu masih ada sekarang ni!" Jawab Eira.

"Tapi.. khemah kita di dalam.." Gumam Fatin.

"Korang semua stay sahaja dekat sini! Aku dan Abang Harraz akan masuk ke dalam untuk ambil barang-barang kita! Untuk tugas keselamatan.. Eira serahkan dekat Abang Hadwan dan kau, Rafia!" Ujar Eira sambil menepuk bahu sahabat baiknya itu.

"Okay! Serahkan dekat aku! Kau hati-hati!" Ucap Rafia sambil menganggukkan kepalanya walaupun dia sedikit cema

"Biar aku ikut sama!" Celah Fatin.

"Yeah! Aku pun nak ikut sama! Memandangkan barang-barang yang akan korang ambil juga boleh tahan banyak! Perlengkapan Kemy, khemah, dan bahan makanan!" Sampuk Syahiril.

"Okay! Fiqah dan Syahiril akan ikut kami!" Sahut Eira sambil menganggukkan kepalanya.

Dari itu, mereka semua berpecah kepada dua kumpulan. Eira dan yang lain bergegas ke bangunan di mana barang-barang mereka terletak. Aura di sekitar tidak begitu tenang, bahkan ia sungguh mengerikan.Bulu kuduk berdiri menahan rasa gelisah dan resah disebabkan aura yang mengerikan tersebut. Eira berpesan kepada mereka yang lain agar berwaspada pada setiap langkah dan tidak lupa melafazkan zikir penguat untuk berjaga-jaga. Tiba sahaja di bilik yang dituju, Eira dan yang lain segera mengambil barang-barang tanpa berlengah.

"Mari!" Ucap Eira dengan nada tegang.

"Baik!" Sahut mereka yang lain.

Segera mereka meninggalkan ruangan tersebut dan kembali ke lokasi di mana kumpulan 2 berada. Sesampai sahaja di lapangan, mereka segera membangun khemah manakala sebahagian daripada mereka merawat Kemy dan Haikal yang masih tidak sedarkan diri. Tidak sedar, malam sudah berlalu! Keadaan sekeliling sungguh gelap dan itu memaksa mereka untuk membina unggun api. Hal ini berlaku apabila bekalan elektrik tidak dapat berfungsi walaupun saluran elektrik kelihatan baik-baik sahaja. Terlihat seperti ada yang sengaja menutup suis utama elektrik di sekolah tersebut..

Eira yang tidak senang duduk, tidak berhenti dari meronda sekitar! Resah, gelisah dan risau menguasai dirinya pada saat ini. Dia melihat sekitar luar pagar sekolah. Walaupun dia tidak dapat merentas kawasan tersebut kerana aura hitam yang pekat itu, dia tetap meninjau tanpa melewati pembatas sekolah. Apa yang ia risaukan pada saat ini adalah keadaan orang kampung serta Emir yang dia jemput untuk membantu siasatan di kampung ini. Jika ilmu hitam ini diterap ke sekitar 4 penjuru kampung, maka mereka semua berada dalam bahaya. Itulah yang menyebabkan Eira daripada tidak senang duduk dan meninjau kawasan dan aura sekitar untuk mencari jalan keluar.. Hinggalah..

"Eira!" Seru Syahiril kepada Eira yang daripada tadi berjaga-jaga di sekitar dengan wajah yang tegang.

"Ada apa?" Sahut Eira.

"Jom makan! Walaupun kau resah daripada tadi.. kau kena juga makan!" Ujar Syahiril.

"Hmm.." Fikir Eira.

"Suami kau dah buat sesuatu tu! So, jomlah!" Hujar Syahiril.

"Okay!" Sahut Eira yang akhirnya mengalah apabila mendengarkan bahawa Harraz telah memasak sesuatu untuk mereka semua.

"Eira! Ni makanlah!" Pelawa Harraz sebaik sahaja melihat isterinya.

"Terima kasih.. abang!" Jawab Eira dengan lemah.

Harraz tersenyum apabila melihat isterinya kehilangan semangat seperti itu. Dia tahu bahawa sang isteri pada saat ini takut akan sesuatu yang bahaya akan mengancam mereka serta penduduk kampung. Sebagai suami, ia sangat mengerti mengapa isterinya seperti itu. Dia juga tidak dapat mengelak daripada merasa risau akan apa yang berlaku. Namun, ia perlu sentiasa rasional dan tenang. Hanya dengan itu sahajalah dia dapat berfikir jernih, dan dengan itu sahajalah ia boleh menjadi penyokong serta penyemangat kepada isterinya. Itulah tugasnya sebagai suami..

"Audzubillahiminasyaitonirrajim... Laa Yukallifullahu Nafsan Illa Wus'ahaa Lahaa Makasabat Wa 'Alaihaa Maktasabat Rabbanaa Laa Tuwaa Khidnaa Inna Siinaa Au Akhtho'naa Rabbanaa Walaa Tahmil 'Alainaa Isron Kamaa Hamaltahu 'Alalladzina Minkoblina Rabbanaa Walaa Tuhammilnaa Maa Laa Thoo Qotala Naa Bihi Wa'fu 'Ana Wakhfirlanaa Warhamnaa Anta Maulaanaa Fansurnaa 'Alal Qoumil Kaafiriin..." Lafaz Harraz dengan betul bacaan dan alunan merdunya.

"Huh?" Ucap Eira yang segera menatap sang suami sebaik sahaja mengenal ayat yang dibacakan itu.

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.." Ujar Harraz dengan tenang.

"......"

"Maka dari itu.. mereka pun berdoa kepada Tuhan.." Sambung Harraz.

"Ya Tuhan kami.. janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah.. Ya Tuhan kami.. janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami... Ya Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kamu pikul.. Berikanlah kemaafan kepada kami.. ampunilah kami dan rahmatilah kami.. Engkaulah Penolong kami.. maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.." Lafaz Eira yang mengingat akan doa dari ayat terakhir surah al-Baqarah tersebut.

Harraz tersenyum buat kesekian kali apabila melihat isterinya terdiam setelah melafazkan doa dari surah kedua al-Quran tersebut. Mereka yang lain hanya melihat ke arah Harraz.

"Letakkan segalanya kepada Allah! Doa banyak-banyak kerana doa itu adalah senjata mukmin! Insyaallah.. Allah itu pasti akan membantu kerana dia adalah Maha Pemberi Pertolongan dan hanya satu-satunya tempat di mana kita boleh bergantung dan mengadu! Walaupun Allah itu tidak dapat dilihat dengan mata kasar! Yakinlah bahawa Dia itu sangat dekat dengan kita! Sangat dekat bahkan apa sahaja yang berlaku pada hamba-Nya!" Ujar Harraz.

Eira hanya berdiam diri tanpa berhujah apa-apa. Dia meresapi setiap kata-kata sang suami. Mengingat bait kata yang diungkapkan oleh Harraz. Harraz tahu apa yang difikirkan oleh isterinya. Sebagai suami, ia memberikan ruang untuk Eira bertenang dan meresapi apa sahaja yang telah ia sampaikan. Sekali sekala memberikan ruang kepada seseorang untuk bertenang juga antara salah satu langkah yang baik menurut Harraz.

Malam berlalu tanpa kata.. Tugas dibahagi kepada kumpulan. Berkawal, Berehat, dan Berjaga!

Kecuali...

Eira!

Kelihatannya, Eira tidak melibatkan diri dalam tugas tersebut. Ia membiarkan rakannya untuk memilih sama ada untuk berkawal, berehat atau menjaga mereka yang sakit. Dirinya pula menuju ke arah bangunan bilik guru disiplin berada. Tentu sahaja untuk melihat dan memerhati! Sama seperti apa yang ia lakukan pada kali pertama ia bergelar ketua Skuad Penyiasat Paranormal dahulu.

Tap! Tap! Tap!

Satu demi satu tangga didaki.. Sepi melanda sunyi malam. Hanya cengkering menemani setiap langkah yang Eira ambil. Namun, aura yang dia rasakan begitu mencengkam dan sungguh mengerikan. Lebih parah berbanding kes dia dengan Puan Hidayah, hantu bilik guru disiplin di sekolah lamanya. Namun, disebabkan ia sudah biasa dengan suasana yang sebegitu. Eira hanya mencekalkan hati sambil tidak putus berzikir kalimah 'Laillahaillalah'.

Creakkk...

Pintu bilik dibuka dengan perlahan. Lampu suluh daripada jam tangan khas yang dibuat oleh Kemy digunakan bagi melihat kawasan bilik yang begitu gelap. Tangan meraba dinding untuk mencari suis lampu!

Klik! Klik!

"Nampaknya.. suis tak dapat dinyalakan! Hmm.." Gumam Eira.

Dirinya melihat kawasan bilik yang gelap. Mencari suis utama bekalan elektrik. Dirinya merasakan sesuatu yang pelik berlaku kepada sekolah tersebut. Bagaimana tiada elektrik di sekolah tersebut sepanjang mereka melakukan penyiasatan? Sedangkan sebelum sekolah ini ditutup, arus elektrik bekerja dengan baik untuk para pelajar. Itulah apa yang dimusykilkan oleh sang gadis pada saat ini. Melihat ke sekeliling, Eira masih tidak menemukan suis elektrik, dan akhirnya berputus asa untuk mencarinya.

"Nanti tanya Abang Hadwan sajalah! Dia mesti tahu!" Fikir Eira apabila mengenangkan bahawa Hadwan adalah pengawal keselamatan disekolah tersebut.

Eira memeriksa kawasan tersebut buat kali terakhir hinggalah..

"Hiks.. hiks.. hiii.. hiks.."

..suara esakan kedengaran daripada bilik sebelah. Jika diingat-ingat, bilik sebelah merupakan ruang kesihatan di mana pelajar berehat jika tidak sihat. Dan bilik tersebut sangat dekat dengan bilik guru disiplin yang dikatakan berpuaka tersebut. Berdasarkan apa yang Eira ketahui, bilik rawatan juga menjadi salah satu kawasan yang keras bagi sekolah tersebut sehingga tidak ada pelajar lagi yang berani datang ke situ. Oleh kerana was-was dan perasaan ingin tahu, Eira bergerak keluar dan menghampiri bilik tersebut.

Shaaa~

Angin bertiupan secara tiba-tiba, namun tidak mengganggu Eira yang sudah hampir mencapai tombol pintu bilik tersebut.

Shaaa~

Klik!

Pintu dibuka dan..

"Sholatullah~ Salamullah.. ala yasin.. habbi billah.."

..nada dering telefon Eira berbunyi menandakan adanya panggilan masuk!

BLAM!

Pintu yang tadinya Eira buka langsung tertutup dengan kuat sehingga membuatkan Eira terkejut!

"Astagfirullah.. Allahuakbar!"

Beristigfar beberapa kali untuk menenangkan dirinya akibat rasa terkejut oleh pintu yang tiba-tiba tertutup. Namun, telefonnya masih berdering membuatkan Eira mahu tak mahu melihat kepada nama yang tertera. Menghela nafas panjang..

"Nampaknya kau main-main dengan aku! Takpe.. aku biarkan untuk hari ini memandangkan aku ada urusan lain di sini!" Ucap Eira lalu bergerak meninggalkan bangunan tersebut.

Klik!

"Assalammualaikum!" Ucap Eira yang menjawab panggilan telefon dengan nada tenang bercampur lega.

Sebuah senyuman terukir di bibirnya sebaik sahaja ia mendengar suara sang pemanggil. Langkahnya meninggalkan bangunan tersebut juga terlihat senang. Segala beban dan rasa cengkaman yang ia rasakan sebentar tadi langsung hilang oleh kerana panggilan tersebut. Menatap bulan penuh di malam hari itu, Eira berbual dengan sang pemanggil dengan nada yang girang..


*Assalammualaikum para readers semua~ Finally chapter ni terpublish juga! Maaf you all.. Akio tak dapat update citer ni punya lama giler! Well~ satu hidup Akio tetiba hadap tsunami mendadak~ haha.. well.. tunggang terbalik semua sekali and banyak perkara nak settle! Plus.. draft novel ni pun hilang.. T^T.. Akio sampai terpaksa renew balik jalan cerita untuk novel ni and baca balik kisah dia dari awal! Terlalu banyak jalan cerita yang Akio lupa.. so.. well.. Akio kena draft balik untuk citer ni gerak! Insyaallah Akio akan cuba usahakan next chapter dalam masa terdekat! Okay you all~ Akio also miss you guys so much~ Thank you for keep supporting me~ Ciao~*

Continue Reading

You'll Also Like

328K 14.5K 200
• 𝓬𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮𝓭 • Kedatangan budak baru, anak pengurus ladang tinggalan kolonial, telah membangkitkan 'sesuatu' yang lama terpendam di daerah se...
6 0 2
Kisah seram [OG]
6.3K 112 6
watak utama Family Choi Choi Minho x Jisoo Choi Yeonjun Choi Soobin Family Kim Kim Taehyung x Jenni Kim Hyunsuk ( Choi Hyunsuk ) Kim Taeyong ( Lee Ta...
10.3K 842 60
Mengisahkan Asya, seorang budak perempuan yang tinggal di kampung saka. Memiliki keunikan dan kemampuan biasa namun mampu menjadi luar biasa kerana i...