πŠπ„π„π 𝐇𝐄𝐑 Β©

By Hanysfrh

71.6K 6.7K 882

Mystery | Romance π€π²π«πš 𝐗 π…πšπ«π‘πšπ§ "I Accepted Her" β€’β€’β€’ AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang d... More

AYRA X FARHAN
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10πŸ’
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 52
Bab 53
Bab 54
Bab 56
Bab 57
EPILOGUE
Extra

Bab 55

897 72 15
By Hanysfrh

BANG!

Bang!

Bang!

Kesemua lelaki bersut hitam itu tumbang. Zahrin terngadah tatkala melihat orang-orangnya jatuh ditembak. Pandangan naik menikam kelibat gadis berambut hitam panjang yang bersembunyi disebalik tangga. Butang kot hitam dibuka, pistol yang tersorok dipinggang dibawa keluar kemudian, berlari menerkam ke arah gadis itu.

Farhan terkaku ditempatnya. Lengan bapa mentuanya ditarik kebelakang. Mata meliar ke sekelilling. Tiada sesiapa. Tinggal mereka berdua dan jasad-jasad orang Zahrin yang lemah terkulai di lantai.

Ini kesempatannya.

"Uncle, saya check luar. Uncle check dalam, naik atas cari Tariq dan Theo. Saya menyusul kemudian. Pisau ni, uncle pegang. Butang merah yang ada dekat tepi ini, uncle tekan bila kecemasan. Bantuan akan masuk dan track uncle" bahu Haji Anuar ditepuk perlahan, sebelum berlalu meninggalkan lelaki itu.

•••

Pendengaran ditajamkan. Mata fokus memerhati sekelilling. Sunyi dan hening, tiada sesiapa melainkan bunyi angin dan burung.

Sreeet!

Telinga pantas menangkap bunyi itu. Tangan mencapai glock dipinggang lalu diacu ke hadapan. Kelibat seseorang berpelitup muka serba hitam menyapa pandangan. Kaki pantas mengejar langkah kelibat itu.

Namun, entah mana silapnya. Kaki tersadung dan dia jatuh. Lutut kuat menghentak tanah. Farhan mengaduh sakit. Mata melingas ke arah kakinya. Bulat matanya tatkala terpandangkan seekor anjing hitam yang elok lena di situ. Farhan menyumpah perlahan.

Pandangan di angkat kembali. Seperti yang dijangka, kelibat lelaki tadi hilang dari radar pandangannya. Nafas naik dan turun, penumbuk digenggam, kaki digagahkan untuk berdiri dan kembali semula ke dalam bersama Haji Anuar mencari rakan-rakannya.

Kreek!

Tubuh kembali pegun saat telinga menangkap bunyi patahan kayu itu. Suasana dia kembali. Keberanian datang menyapa, kaki di seret ke belakang lalu menyadung kaki figura misteri di belakangnya. Kaki jatuh melutut seraya tangan menerkam kolar baju manusia itu. Mata diluaskan, lantas dia terkaku apabila disapa dengan mata penuh ketakutan dan keresahan itu. Seluruh muka terlindung oleh sehelai fabrik kasar dan hanya menampakkan kedua mata. Pelitup waja itu ditarik kasar, senjata panjang yang berada dalam genggaman lelaki itu dirampas lalu dicampak ke tepi. Pandangan kembali  dihadapakan pada wajah itu. Farhan terkaku sendiri.

"Idris?!"

Farhan lantas bangun dari menindih tubuh itu. Cengkaman pada kolar laju dilepaskan. Dilihatnya Idris berusaha mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya. Usai, kad lesen perisik persendirian dibawah sebuah syrikat keselamatan berlsan dihadapkannya. Farhan capai kad itu kasar dan menelititnya dengan lebih mendalam.

"Kenapa kau tak bagitahu aku?"

"Aku tak boleh bocorkan identiti aku pada sesiapa or else, you'll be harm too"

"Kau polis. Kenapa minta tolong aku untuk selamatkan isteri kau? Kenapa tak maklumkan pada pihak atasan kau terus?" entah mengapa ada rasa geram bertumpuk di hati.

"Aku gagal misi sebelum ni Farhan, jawatan aku tinggal nyawa-nyawa ikan je. They refuse to help me! Ini misi terakhir aku sebelum berhenti. Aku dah tak nak libatkan diri dengan syarikat tu lagi. Isteri aku jadi sasaran sebab jawatan aku dan bos aku yang dasar pembelot pergi bocorkan identiti aku pada musuh kami" nafas lelaki itu turun dan naik.

Farhan diam menghadam cerita rakannya itu. Dada berombak kencang. Terbit rasa kasihan pada lelaki itu walau sedikit.

"Kau seorang?"

"Tak. Aku berdua"

...

Ding!

Ding!

Tariq angkat kepala tatkala bunyi jam loceng bergema kuat ke segenap rumah agam itu. Dia bingkas dari duduknya menghampiri Theo yang tak tentu arah mencari 'pintu' yang mereka sebut-sebutkan tadi. Bahu lelaki itu ditepuk. Theo menoleh apabila Tariq memanggilnya.

"Kau dengar bunyi tu?"

Krak!

Bum!

"Rumah ni akan bertukar lagi! Fokus dekat semua sudut bilik, cari something pelik dan ganjil" tatkala pandangan dikalihkan semula ke sekeliling bilik. Kedua mereka terlopong. Perabot-perabot mula bergerak hilang radar mata digantikan pula barangan lain yang menampakkan senario sebuah bilik usang. Dinding juga mula beralih bagaikan sebuah pintu gelangsar tepi tetapi kemudian dinding yang lusuh berhabuk pula masuk perlahan-lahan menggantikan tempat dinding mewah tadi.

"Tolong!"

Theo terkaku apabila menangkap suara halus itu. Terpusing-pusing kepalanya mencari sumber tempat suara itu. Mata terpandangkan dinding yang bergerak berganti tempat di sudut cermin tadi. Ada tangan yang sedang berpaut di situ. Kaki berlari mendapatkan gerangan manusia yang sedang mengerang kesakitan di sana.

"Tolong! Arghh!"

"Tiara?!"

Theo lekas menyambut lengan isterinya. Tiara sudah jatuh terlepok dilantai bersama Ayra dalam genggaman. Tariq dipanggil, buat membantu Ayra yang sudah lemah bersama wajah pucat lesi persis mayat hidup. Tinggal beberapa meter saja sebelum laluan 'pintu' tersebut ditutup. Tiara sudah ditarik oleh Theo ke dalam  dakapan manakala, Ayra dipapah oleh Tariq kemudian, mereka bersama keluar dari bilik itu menerusi pintu utama yang terbuka dan hampir bertukar.

Sebaik keluar dari bilik tersebut, langkah masing-masing kaku. Semua memandang ke arah sebuah gambar besar yang hampir memenuhi siling dinding. Mulut terkunci, kepala mula menoleh ke arah Ayra yang masih terkaku bersama mata yang sudah digenangi air mata.

Gambar jelas menggambarkan ahli keluarga besarnya. Ayah ibu, dia, Aniq dan Aiman yang masih bayi, arwah atok dan neneknya juga satu-satu pakcik saudaranya, Dato'Mahmud.

"Kita kena keluar dari sini cepat"

Ayra mengangguk lambat-lambat. Belum sempat berpaling, satu suara menyergah.

"Not so fast"

Pandangan mereka gelap.

...

"Finally, most waited scene"

"Apa kau nak daripada kitorang hah?!" Farhan menjerit lantang. Amarahnya naik memuncak apabila sekali lagi dia ditahan, namun kali ini mereka semua ditahan serentak diruangan besar itu. Diikat tangan dan kaki.

"Aku tak suka nak buat macam ni. Tapi, kau yang paksa. Sesiapa saja waris sah harta pusaka Dato' Omar turunkan tanda tangan sekarang"

Sepi bertandang memenuhi segenap ruang. Mulut masing-masing terkunci rapat. Ayra yang berada dihujung masih berkerut-kerut dahi tatkala mendengar bait bicara yang keluar dari mulut Zahrin itu. Dato' Omar? Dia ingat, dia tak pernah lupa datuknya. Tapi, satu perkara yang tak pernah dia ketahui selama ini, sejak bila Atok ada Dato'? Beli ke? Apa aje kerja datuk dia?

"Tak boleh..." Haji Anuar bersuara. Menyentak kembali suasana hening tadi.

"Apa?" Zahrin menyoal bersama suara yang tertahan. Aura kegeraman kian menjelas.

"Ayra mengandung. Duit jatuh pada anak dia. Dia hanya dapat aset fizikal. Rumah, kereta dan lain-lain. Kalau duit yang kau harapkan, kau tak boleh dapat. Lahir budak tu, baru pemindahan harta boleh jadi sah"

Prang!

"Kau...tak layak untuk ada sesen pun!"

"Benda muktamad Zahrin. Kau tak boleh ubah. Kau pun, bukan sesiapa dari keluarga kami" Haji Anuar membalas. Matanya jatuh pada wajah pucat anak perempuannya. Kemudian turun pula ke perut bulat itu. Ada rasa asing yang menusuk ke jiwa.

Farhan dikerusinya menayangkan riak selamba. Namun, tangan dibelakang ligat cuba membuka ikatan. Dia perlu menyentuh jam tangannya untuk memberi isyarat pada Firhad. Masih gagal. Bibir diketap seraya tangan mencapai berpusing-pusing cuba meleraikan simpulan.

"Kalau macam tu, bunuh anak tu"

"Zahrin!" Farhan berpaling apabila terdengar isterinya menjerit. Peluh turun merinik-rinik didahi licin itu. Tangan yang sibuk melerai ikatan tadi terhenti. Lama dia merenung wajah pucat kepenatan itu. Sudah lama tidak bersua muka. Pertelingkahan diantara mereka tempoh hari langsung dilupakan, kerana hanya ada rindu yang membelenggu.

"Oh, girl aku lupa pasal kau. Aku ada hadiah"

"Buka" arahnya pada orang bawahannya yang berdiri disudut hujung ruangan. Lelaki itu mengangguk kemudian menghampiri seorang gadis yang berpakaian serba hitam dan vest berlogo sama seperti milik Idris. Mungkin itu rakan sekerja yang diberitahu tadi.

"Haji Anuar, rindu isteri muda tak?" Kesemua mata terarah pada wajah keruh seorang gadis yang turut terikat dikerusi.

"Anayra!"

"Anayra?!"

Teriakan dari dua beranak itu berkumandang ke seganap ruang. Haji Anuar pula kaku apabila teringatkan anaknya yang turut berada di situ. Makin keruhlah hubungan mereka yang sudah sememangnya keruh ini.
Tambahan, apa pula yang bakal dia jawab pada anaknya itu nanti.

"Kau mak tiri aku?! What the..."

"Okay okay... aku tak ada masa nak layan drama keluarga korang. Bagi apa yang aku nak dan kita settle"

"Bagitahu aku berapa yang kau nak? Jangan ganggu sesiapa lagi" Farhan menawar.

"Aku tak perlukan tawaran kau. Aku nak semua dari orang tua ni. But, that was also a good offer. Mungkin Irana akan suka. Right girl?" Irana muncul dari belakang. Topi muka dibuka lalu dicampak ke tepi. Tangan membetulkan pegangan pada senapang dalam genggaman.

"Maybe. Years go by... orang tua tu mati tanpa sempat bayar aku. Ceh, dasar! That...would be a nice offer after years. Aku tak tau kenapa nyawa korang berdua ni liat sangat. Terpaksa aku guna orang lain" Irana tersenyum sinis.

"Kau..."

"Ye. Aku kerja dengan Dato' Mahmud tu, untuk balas dendam pada kau. Kebetulan dia ada niat yang sama untuk rampas harta anak buah dia sendiri and you guys... coincidentally we're a couple. Lagi senang kami nak buat kerja. Tapi, haih... sedih. Last minute, aku kena guna plan B"

"Kau bunuh Anissa!"

"Kau bunuh adik aku!"

"Eh, baru nak mengaku adik ke?" Tawa sinis gadis itu bergema. Kaki mengatur langkah mendekati sebuah pintu bilik diruangan sama. Sebuah plastik hitam dicampakkan ke atas meja bulat ditengah-tengah mereka semua. Zahrin mengisyaratkan gadis itu agar berhenti dan kemudian bercakap menerusi earplugs ditelinganya.

Kedengaran pintu utama dibuka. Terjenggul wajah Madam Hanis yang berjalan penuh gah ke arah mereka dengan kot putih di tubuh.

"Tak jelas lagi ke sayang? Hidup kamu semua diperhati dan dijejaki. Tapi, apa persediaan dan pertahanan yang kamu buat? Tak ada apa. Makin mudah kerja kamu untuk tangkap kamu. Tapi, budak ni menyusahkan lagi keadaan. Ada saja yang dia tahu dan ada saje benda yang dia nak buat dan cakap untuk pengaruhi orang"

"I can say, she's gifted. She know something might go wrong with this and that. Jadi, itu...agak menyusahkan. Ingat waktu dia kata jangan pergi lalu jambatan tu? She know. She knows" ditekan satu per satu perkataan 'she knows' itu.

Ayra dan Farhan sama-sama tergamam. Sebelum
masing-masing tertunduk.

Prak!

Semua berpaling ke arah, bunyi kuat itu. Banyak betul benda nak pecah dan jatuh hari ini. Farhan mencerlung ke arah Tariq yang sudah berjaya melepaskan diri dan turut menghasilkan bunyi kuat dari kerusi.

"Jangan dekat!" Pistol dikeluarkan. Tangan menggenggam kemas senjata itu. Muncung diacukan pada lelaki-lelaki yang cuba menyerangnya tika itu. Sebal pula rasa bila rancangan hendak melepaskan diri secara senyapnya gagal. Tak pasal-pasal dia perlu tanggani semua ini seorang diri. Jujur, dia sedang takut sekarang ini.

"Letak senjata" seorang lelaki bertubuh tegap mengarah. Tariq pekakkan telinga. Kaki diangkat lalu dihentak pada ikatan tali milik Farhan dan Theo. Kedua lelaki itu kini bebas bersamanya.

"Aku tak faham apa kau nak dan aku tak nak faham. Lepaskan kitorang semua. I bet harga baju kau berganda-ganda lebih mahal dari jumlah asal 'hutang' mereka dengan kau, kan?" Dia menyoal sinis.

Klak!

Picu senapang ditarik Irana. Melangkah beberapa tapak menghampiri Tariq yang berdiri mengacu pistol ke arah mereka.

"Inara" Madam Hanis yang masih tenang berdiri di sebelah Zahrin menekan suaranya. Menghalang gadis itu, dari bertindak melulu.

"Letak senjata kau atau aku tembak perempuan ni" Irana bergerak merapati Ayra yang terikat dikerusi. Tangannya naik mencengkam belakang leher gadis itu.

Farhan terngadah tatkala isterinya menjadi sasaran. Dia berpandangan dengan Theo sebelum bersetuju untuk menurunkan senjata bersama-bersama.

"Tariq!" Theo berbisik perlahan. Menggesa lelaki itu agar meletakkan senjatanya.

Tariq buat tidak tahu malah terus menarik picu atas pistol. Tangan bersedia untuk menembak. Mata sudah menyasarkan pistol tepat pada lengan Irana.

"Letak pistol tu"

Bang!

Irana jatuh ke lantai. Lengannya yang ditembak tadi dipegang. Meraung kesakitan. Madam Hanis datang merapati gadis itu.

Ayra masih kaku ditempatnya. Jantung berdegup laju. Matanya jatuh pada kelibat Idris yang turut berada bersama mereka. Lelaki itu tampak sibuk membuka ikatan talinya. Tiara tenang disebelah Theo. Wajah kepenatan itu diamatinya.

"Aku nak harta tu! Aku nak sekarang!"

"I will not waste my whole life revenge effort for a pitty. Aku tak peduli kalau kau merempat sekali pun, aku nak rasa apa yang rasa!" Zahrin bagaikan sudah hilang pertimbangan, tembakan dilepaskan tepat pada Ayra dihadapannya.

"Ayra!"

Bang!

Darah melimpah keluar. Ayra kelu saat merasakan suatu pelukan melingkar disekelilingnya. Mata jatuh pada seseorang yang melindunginya dari tembakan tadi.

"Argh!" Zahrin menjerit kuat apabila tambakannya tidak mengena pada anak musuhnya itu. Rambut dikusutkan. Kemudian, senapang ditangan salah seorang anak buahnya dirampas. Belakang senapang diangkat ingin memukul gadis itu.

Namun langkahnya mati. 

"Polis!" Waktu itu, dunia seakan-akan terhenti. Tangannya direntap dari belakang. Raungan kuat namun tidak dipedulikan. Mata mencerlung pada Haji Anuar yang memandangnya dengan pandangan simpati.

Dia tak perlukan simpati itu...

Tidak...

"Tahan mereka semua" lantang suara Firhad memberi arahan pada orang-orangnya.





TBC

Saya tak baca atau suka genre action. But- this....is out of plan though.

5 chap to go!




Continue Reading

You'll Also Like

112K 4.4K 28
Cerpen Publish semula
2.7M 246K 86
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatk...
115K 3.8K 32
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...
428K 15.6K 70
𝐀𝐑 - π‘π€π˜π˜π€π - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...