Mrs Mafia : Aslan Dewigh (sl...

By Alexell__

3.5K 319 60

Tengku Dary Ilyas menghalau seorang anak gadis yang baru sahaja berumur 13 tahun ketika itu tanpa bukti mahup... More

MRS. Aslan Dewigh
happy New year
Amaran
Capitolo 1
Capitolo 3
Capitolo 4
Capitolo 5
Capitolo 6
capitolo 7
capitolo 8
Capitolo 9
Capitolo 10
Capitolo 11(sedang edit)
Capitolo 12(sedang edit)
Capitolo 13 (sedang edit)
Capitolo 14(sedang edit)
Capitolo 15 (sedang edit)
Capitolo 17(sedang edit)

Capitolo 2

223 30 1
By Alexell__

PRANG!

Bunyi barang seakan jatuh dan pecah dari tingkat atas menyebabkan mereka yang berada di bawah terkejut.

Mereka saling berpandangan sebelum terfikir yang bunyi itu datang dari bilik Tengku Dareena. Tengku Dura dan Tengku Dary bangun dan terus berlari anak ke bilik Tengku Dareena. Mereka risau apa-apa akan terjadi pada anak bongsu mereka itu.

"Tengku Nur Dareena Inaaya. Open the door. Now!" tengking Tengku Dary dari luar bilik Tengku Dareena. Dia tidak boleh bersabar lagi jika anaknya itu keras kepala.

"No! I will not open the door. Because, you're cruel!" jerit Tengku Dareena dari dalam bilik.

Sebenarnya, Tengku Dareena membaling pasu bunga ke arah cermin meja soleknya oleh sebab itu bunyi pecah itu begitu kedengaran.

"I said, open the door. NOW!" melengking Tengku Dary dibuatnya apabila anaknya itu langsung tidak mendengar apa yang dia katakan.

"Seorang ja boleh tolong kita." Tengku Dura bersuara.

"Who?" soal Tengku Daaniyal.

"Daariya. Dia je boleh tolong kita."

"Nara tak akan datang mummy. As you know. Dia tak akan datang ke rumah yang dia pernah tinggal dan di rumah ni juga dia kena halau." Tengku Daaniyal berkata dengan sinis.

Tengku Dary sedar dia telah membuat satu kesilapan besar dengan menghalau anaknya itu keluar. Dia sedar dia menghalau tanpa bukti. Dia sedar, dia lebih percaya orang luar dari anaknya.

Tengku Dareena mencapai pistol di bawah katil lalu dia menembak ke arah slinding doornya. Slinding doornya itu pecah dan kaca berterabur sehingga dipenuhi di atas lantai.

Mereka yang berada diluar terkejut dan mula panik. Tengku Dura terus menyuruh Tengku Deedat menelefon Tengku Daariya untuk datang dengan segera.

Tengku Deedat yang mendengar arahan dari mummynya itu terus mengeluarkan telefon pintarnya yang berjemama Iphone 13 Pro Max. Dia mencari kontak nama Tengku Daaria.

Panggilan itu berbunyi tetapi tidak angkat. Tengku Deedat setia menunggu sehinggalah panggilan itu disambut oleh orang disebelah sana.

Tengku Daariya POV

Aku mencapai Iphone 11 Pro Max yang berada di meja sisi. Aku mengangkat telefon tanpa melihat gerangan yang menelefon. Kacau je aku nak tidur.

"Hello, Nara." Orang disebelah sana bersuara.

Eh, kenapa macam suara angah. Dia menjauhkan telefonnya dari telinga dan melihat nama yang tertera. Angah💕

"Patutlah, suara dia. Dia rupanya." Gerutu Daariya.

"Hello, haa...angah. Asal call Nara?" soal Tengku Daaria di hujung sana.

"Balik sekarang! Reena mengamuk." Tengku Deedat terus straight to the point. Tak kuasa nak bertapis.

Tengku Daariya yang mendengar nama kembarnya mengamuk terus mematikan talian. Dia berlari anak ke arah wardrobenya lalu baju hoodie kesayangannya dicapai. Kemudian, dia sempat capai tudung instant belakang pintu.

Setelah itu, dia terus berlari turun. Dia menjerit memanggil nama Achyls. Achyls yang sedang membuta bersama kawan-kawannya terjaga dari tidur. Dia menggosok matanya bagi hilangkan kabur.

"Kau pahal jerit gila!" kasar Achyls menyoal. Ada kala dia memanggil cik muda. Ada kalanya dia hanya memanggil nama dan bercakap menggunakan kau, aku. Tengku Daariya tidak kisah. Mana-mana saja boleh.

"Pergi rumah daddy aku. Kau drive. Bawa kereta sport. Macam biasa kau pecut. Kena saman...kita bayar." Ringkas Tengku Daariya bertutur dan dia terus lari ke muka pintu. Dia hanya memakai selipar biasa sahaja. Pergi rumah Tengku Dary sahaja. Buat apa pakai sport shoes.

Achyls hanya mengikut dari belakang. Dia membawa kereta seperti yang dikatakam oleh Tengku Daariya. Dia memecut kereta itu.

End Of Tengku Daaria POV

Kereta sport yang berjenama Lamborghini Aventador itu dipandu dengan kadar yang laju oleh Achlys seperti yang diarahkan oleh Tengku Daariya.

Kereta itu meluncur laju di atas jalan sehingga ke perkarangan rumah elit. Achlys memandu masuk ke perkarangan rumah agam yang serba mewah.

Kereta itu diberhentikan betul-betul di hadapan pintu utama rumah agam itu. Anak buah Tengku Dary hanya memerhati gerangan yang bakal turun, serta ada juga yang berbisik.

Achlys keluar dari kereta serentak dengan Tengku Daariya. Tengku Daariya berlari anak masuk ke dalam rumah manakala Achlys mengatur langkah mendekati anak buah Tengku Dary. Achlys kenal mereka semua. Ada juga beberapa orang anak buah Tengku Dary yang tidak mengenali Achlys. Kerana, Achlys di bawah Tengku Daariya.

"Yow, how are you huh?" soal Achlys kepada salah seorang anak buah Tengku Dary atau lebih dikenali sebagai Zayn.

"Yow, macam yang kau nampak. Masih hidup. Tak mati lagi." Zayn membalas senada.

Achlys mengagukkan kepala dan memerhati ke semua anak buah Tengku Dary.

"Diorang tak kenal Tengku Daariya?" soal Achlys kepada Zayn. Sedari tadi dia hanya memerhati yang mereka pelik akan kehadiran Tengku Daariya.

"Tak." Zayn membalas ringkas dan mendatar.

Achlys menganggukkan kepala sahaja. Tidak mahu bertanya lebih.

TENGKU Daariya naik ke tingkat dua rumah agam itu di mana adanya bilik kembarnya. Dari jauh dia ternampak ahli keluarganya sedang mengetuk pintu bilik itu. Mummynya sudah menangis di atas sofa yang berada di hadapan bilik Tengku Dareena.

Isteri Tengku Deedat dan Tengku Daaniyal sedang memujuk ibu mertua mereka itu agar keadaan menjadi reda. Keadaan ketika itu sudah kucar kacir. Tengku Dary hampir sahaja ingin naik angin.

"Assalamualaikum." Tengku Daaria memberi salam kepada mereka yang ada di situ.

Tengku Dura berlari ke arah anaknya lalu dipeluk. Tengku Daariya sedikit janggal apabila dipeluk sebegitu. Dia memandang ke arah datuk dan neneknya lalu beralih ke arah kakak-kakak iparnya yang sedang memandangnya dengan senyuman.

"Daariya...Dareena tak nak keluar." Tengku Dura memberitahu kepada Tengku Daariya.

"Mummy duduk dulu. Nara boleh settle." Tengku Daariya berkata sambil membawa mummynya duduk di sofa itu kembali.

"Nara nak pecahkan pintu. Boleh?" soal Tengku Daaria.

"Buatlah." Ringkas sahaja jawapan yang diberikan oleh Tengku Dary.

"Biar along tolong pecahkan. Kau tu perempuan. Tak payah acah jantan." Tengku Deedat berkata sambil menyindir adiknya itu.

Sekuat mana pun adik mereka, tetap tak boleh lawan kekuatan lelaki. Tendang pintu tak roboh la weh.

"Reena!" jerit Tengku Daariya setelah pintu bilik Tengku Dareena berjaya di robohkan.

"Kakak!" jerit Tengku Dareena. Di sebabkan kesilapannya berlari dan dia terpijak kaca yang bertaburan.

"Reena!" Daariya menjerit untuk kali yang kedua dan dia terus memeluk tubuh adiknya itu. Tipulah kalau dia tidak rindu akan adiknya itu. Kembar mana boleh berpisah.

Tengku Daariya memerhati kaki Tengku Dareena yang terkena kaca itu terlampau dalam. Darah mula keluar dari telapak kakinya itu. Tengku Dareena merasakan dunianya seakan berputar, dia terus pengsan dan tidak sedarkan diri. Tengku Daariya yang merasakan adik kembarnya itu tiada lagi sebarang suara...dia terus memanggil adiknya itu berulang kali tetapi tidak ada respon. Dia terus mengarahkan Tengku Dary untuk membawa anaknya itu ke hospital. Tengku Dary hanya bersetuju sahaja. Dia tidak mahu membantah. Nanti keadaan menjadi lebih teruk.

"Kau tak pergi hospital ke Nara?" soal abang sulungnya iaitu Tengku Daaniyal.

"Tak. Nara nak balik rumah terus. Jaga Reena. Dia ja adik korang. Anggap aku adik yang dah mati." Tengku Daariya berkata kemudian dia berlalu pergi.

Langkah Tengku Daariya terhenti apabila pergelangan tangannya dipegang oleh Nur Hazwanie iaitu isteri kepada abang sulungnya.

"Nara, jomlah balik duduk dengan abang long and kak long. Janganlah pergi. Kesian mummy." Nur Hazwanie cuba memujuk adik iparnya itu. Tetapi, dia tahu...adik iparnya tidak akan termakan pujukan itu. Dia juga sudah arif akan perangai keluarga mentuanya itu. Salah bapa mentuanya juga kerana menghalau anak keluar dari rumah tanpa bukti. Hanya percaya apa yang diberitahu bulat-bulat. EGO.

"Kalau Nara tak nak duduk dengan abang long and kak long, Nara boleh duduk dengan kak ngah and bang ngah." Nur Farhanie isteri kepada abang keduanya Tengku Deedat bersuara.

"Takpelah. Terima kasih. Korang anggap jelah yang Nara tak pernah wujud dalam family Tengku Dary. Nara minta maaf kalau Nara lukakan hati korang. Tapi, Nara kena pergi. Anggap sahaja Tengku Nur Daariya Inara telah mati." Tengku Daariya berkata lalu dia terus berlari keluar dari rumah itu.

Achyls yang perasan akan kelibat Tengku Daariya berlari anak ke arah kereta, dia terus menekan punat kunci kereta. Dia meminta diri kepada Zayn. Dia terus masuk ke dalam perut kereta dan kereta itu terus dihidupkan.

Kereta itupun meluncur keluar dari perkarangan rumah itu. Achyls hanya memandang Tengku Daariya yang hanya mendiamkan diri sedari tadi.

"Kau nak pergi mana?" soal Achyls kepada Tengku Daariya.

"Balik rumah." Ringkas jawapan yang diberikan.

Achyls menganggukkan kepala dan matanya tunak memandang jalan raya. Dia fokus memandu. Tengku Daariya melemparkan pandangannya ke arah luar. Dia ingin melihat keadaan luar.

Lama kelamaan, mata Tengku Daariya memberat. Dia tertidur. Hanya Achyls sahaja yang ralit berborak di telefon. Entah apalah yang diborakkan. Tengku Daariya tidak faham bahasa yang digunakan oleh Achyls.

-TBC-

Happy reading❣️

Updated : 23/2/2022

-Typo itu satu kesenian. Jadi, tegurlah kalau ada typo. -

Continue Reading

You'll Also Like

72.4K 1.8K 33
"Kau jangan jadi bebal sangat boleh tak?" - RAYYAN MIKHAEL "Sampai hati panggil saya bebal.." - MYA ELMIRA "Dah kau bebal nak buat macam mana?" - RAY...
1.8M 79.9K 146
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu...
51.4K 2.3K 60
"Nama aku Ahmad Arif, nama kau Seroja kan?" AHMAD ARIF. Baru sahaja kenal beberapa hari, Seroja sudah melakukan kesilapan terhadap rakan sekelasnya i...
365K 25.1K 62
☞︎︎︎ COMPLETED ☜︎︎︎ (Previously known as The Mysterious Girl) "Don't leave me if you already know who I really am" Erlin Diyana.Seorang perempuan yan...