Ziyad Hayder

By _EISHA

847K 85K 13.9K

โš ๏ธBewareโš ๏ธ : Hiatus (Jika tidak mempunyai kesabaran yang tinggi, tidak digalakkan untuk singgah dan baca. Tun... More

๐“๐”๐€๐ ๐™๐ˆ๐˜๐€๐ƒ ๐‡๐€๐˜๐ƒ๐„๐‘
๐ ๐‘ ๐Ž ๐‹ ๐Ž ๐† ๐” ๐„
Chapter -1
Chapter -2
Chapter -3
Chapter -4
Chapter -5
Chapter -6
Chapter -7
Chapter -8
Chapter -9
Chapter -10
Chapter -11
Chapter -12
Chapter -13
Chapter -14
Chapter -15
Chapter -16
Chapter -17
Chapter -18
Chapter -20
Chapter -21
Chapter -22
Chapter -23
Chapter -24
Chapter -25
Chapter -26
Chapter -27
Chapter -28
Chapter -29
Chapter -30
Chapter -31
Chapter -32
Chapter -33
Chapter -34
Chapter - 35
Chapter -36
Chapter -37
Chapter -38
Chapter -39
Chapter -40
Chapter -41
Chapter -42
Chapter -43
Chapter -44
Chapter -45
Chapter -46
Chapter -47
Chapter -48
Chapter -49
Chapter -50
Chapter -51
Chapter -52
Chapter -53
Chapter -54
Chapter -55
Chapter -56
Chapter -57
Chapter -58
Chapter -59
Chapter -60
Chapter -61
Chapter -62
Chapter -63
Chapter -64
Chapter -65
Chapter -66
Chapter -67
Chapter -68
Chapter -69
Chapter -70

Chapter -19

14.9K 1.7K 594
By _EISHA

Hari ini merupakan hari di mana ibu bapa Sarah akan berjumpa dengan ibu bapa Ziyad. Sarah tak tentu arah, argh! Kenapa bersungguh Aunty Aisyah dengan Uncle Muhammad nak jumpa papa dengan ibu?

Dia bukanlah bakal menantu mereka. Kenapa dan kenapa argh! Sarah rungsing. Risau ketika mereka berjumpa, tanpa bertanyakan persetujuan Ziyad dan Sarah.

Tahulah orang-orang tua, bila dah tengok anak tu serasi. Nak aje di kahwinkan. Itu lah yang dirisaukan oleh Sarah sekarang.

"Sarah, dah siap ke belum nak?" Soal Datin Rosa. Dia mengetuk pintu bilik Sarah. "Sekejap ibu! Sarah sekejap lagi siap! Te...tengah nak pakai tudung!" Laung Sarah dari dalam.

Sarah menyembur minyak wangi di pergelangan tangannya lalu dia melihat buat kali terakhir penampilan dirinya melalui pantulan cermin.

Beg tangan di capai lalu dia cepat-cepat keluar dari biliknya. "Dah siap!" Ujarnya sebaik sahaja dia sampai di tingkat bawah. Dato' Hashim melihat penampilan anaknya itu.

Kemudian dia senyum manis. "Cantik anak papa pakai tudung." Pujinya lalu dia mengambil kunci kereta. Sarah sudah tersipu-sipu malu apabila di puji oleh ayahnya.

"Jom Sarah." Ujar Datin Rosa lalu dia menyentuh bahu Sarah. "Ouh ini ke tudung ibu yang Sarah nak pinjam? It looks great on you."

Sarah senyum manis.

***

"Why the hell mummy and daddy ajak family Sarah datang sini? Buatnya nanti diaorang tu nak jodohkan aku dengan Sarah? Oh god." Ziyad rungsing.

Dia tak kisah kalau datang hanya untuk makan malam. Serious dia tidak kisah langsung, tapi kalau melibatkan hal-hal yang serious. Mati sahajalah dia.

"Kau kenapa ni Yad? Bersiaplah bodoh, mak ayah mertua kau nak datang." Selamba sahaja nada Zain. Dia sedang memakai seutas jam di pergelangan tangannya.

Dan tanpa memperdulikan Ziyad, dia terus berdiri di hadapan cermin bilik abang kembarnya. Dia mengambil minyak wangi jenama Jo Malone lalu di sembur di pergelangan tangannya.

"Hm wangi perfume kayangan ni." Zain menilik botol minyak wangi itu lalu diletak semula botol itu. "Apa takut bos, dah berpengalaman ni."

"Diam ci—"

"Aip aip, tak mau carut. Allah marah, bersiap ya my twins. Tak sabar aku nak tengok kau kahwin dengan Sarah, nanti bagi tau aku how's your first night with her. Anak dara tu."

"Kau jangan nak lucah sangat boleh tak? Keluar."

"Eleh, tak sabar cakap. Sepak kau kang, jongang pula. Haih nasib kita share muka, cuma aku hensem sikit dari kau. K bye." Zain terus keluar dari bilik Ziyad.

"Huh tak hensem ni jugalah yang kahwin dulu."

***

Sarah hanya diam sepanjang acara makan malam. Hanya ibu bapa mereka sahaja yang rancak berbual, sesekali Zain atau Ziyad juga akan menyelit di dalam perbualan itu.

"Minggu depan ya Zain nikah?" Soal Tuan Muhammad. Zain hanya mengangguk lalu dia meletakkan sudu di atas pinggan, "nanti uncle dengan aunty datanglah. Zain akan buat invitation card VIP for you both and Sarah also. Nanti tunjuk je kad invitation dekat guards, nanti dia bagi masuk dalam."

"InsyaAllah kalau umur uncle panjang. Ha Ziyad, adik tu dah kahwin. Kamu bila? Tak kan nak jadi duda berhias sampai tua?" Ziyad tersedak.

Sarah terus menghulurkan air kepada Ziyad memandangkan dia duduk bersebelahan dengan Ziyad.

"Belum jumpa lagi uncle, takde pun yang sesuai untuk jadi mummy Eryan." Jawab Ziyad.

Zain mencuit lengan Eryan. "Siapa cakap? Aunty Sarah kan sesuai jadi mummy Eryan, I like her very much daddy."

Setelah mendengar celoteh Eryan, semua tergelak. Wajah Sarah sudah memerah kerana malu, aduh Eryan ni! Malu aunty tau!

"Kan Eryan... uncle tengok daddy tu memang serasi dengan aunty Sarah tu. Why not kahwin je." Zain menjadi penambah perisa.

Ingin sahaja Ziyad menyiku adik kembarnya itu, namun teringat pula dengan etika dan adab generasi Hayder.

Ketika berada di meja makan, etika dan adab sangat penting. Aspek itu sangat-sangat ditekankan dari zaman nenek moyang lagi.

Ziyad hanya mampu bersabar dan beristighfar sahaja di dalam hati. "Sarah graduate bila?"

"Hujung tahun uncle."

"Wah baguslah macamtu, uncle dengar cerita Ziyad nak buka balik kes hak jagaan anak. Boleh Sarah jadi peguam Ziyad."

"Boleh je uncle... Sarah tak kisah asalkan dia tu boleh bagi kerjasama dengan Sarah." Sarah menjeling Ziyad di sebelahnya itu.

"Jangan jeling-jeling uih! Nanti makin sayang! Auch!"

***

Ziyad berpeluk tubuh sambil dia memandang Sarah di sebelahnya, "kan manis tu pakai tudung." Komennya setelah sekian lama berdiam diri.

Sarah memalingkan wajahnya memandang Ziyad, "cantik ke? Style ni je I tau. Pin tengah astu belit."

"Tak payah nak ber'style' sangat. Cukup tutup aurat kau, tutup tempat yang sepatutnya di tutup. Style tu semua bukannya wajib pun, yang wajibnya tutup aurat."

"Esok dah masuk bulan March, how fast time flies. Is it little girl?" Ziyad menjungkit keningnya memandang Sarah. "Ye...yeah. Sekejap je lagi I nak habis belajar, lepastu dapatkan lesen guaman. Nanti I dah boleh jadi lawyer yang sah."

"Good for you." Kemudian, keadaan kembali senyap. Sarah memintal hujung tudungnya, "kau nak cakap apa? Cakap jelah. Tak payah nak pintal sana sini, gigit bibir bagai. Cakap."

"I..." Ziyad memusingkan tubuhnya. Supaya senang dia hendak memandang wajah Sarah. "I what?" Soal Ziyad. Sarah rasa nak terkucil bila Ziyad memandangnya dengan pandangan yang menyeramkan.

"I..."

"I apa sayang?" Ziyad semakin mendekatkan tubuhnya dengan Sarah. Biar Sarah lebih rasa gemuruh. "You look cute when you're nervous, little girl."

"Ee takde apalah."

"Make sure kau datang masa hari pernikahan Zain." Ziyad terus membuka topik lain. "Kenapa pula? Kan yang nikah tu dia. Bukannya I."

"Tak salah kot untuk kau datang."

"Salah lah, I bukan keturunan Hayder." Sarah merengus geram. "Datang aje... Zayra dengan aku ada. Jangan rasa kekok, all of my family tak makan orang. Semua makan nasi."

"Ye la tu, you tengok I tadi pun macam nak telan. Dinner tadi tak kenyang ke Tuan Ziyad Hayder?" Sarah memberanikan dirinya untuk melawan tatapan Ziyad.

"Yup... lapar pula bila tengok kau. Rasa nak gigit." Sarah memukul kuat dada Ziyad. Serentak itu, jejaka itu tergelak macho.

"Bencinya I cakap dengan you!"

"Jangan benci sangat sayang, nanti tersuka. Kalau dah suka, muka orang yang kau benci ni hari-hari kau tatap." Selamba sahaja nada Ziyad. Suka dia melihat wajah Sarah yang memerah itu.

"Kalau dah suka, tak semestinya kena tengok muka dia je."

"Yeah I know, kena tengok atas bawah." Potong Ziyad laju. Ingin sahaja Sarah mencekik jejaka itu. Dasar mulut takde insurance!

"You ni orang kaya tau Ziyad."

"Okay so?"

"Cuba you pergi amik insurance." Cadang Sarah. Ziyad memandang gadis itu, eee kenapa kau pendek? Susah aku nak tengok muka comel kau.

"Aku dah amik insurance."

"No I mean, pergi amik insurance untuk mulut you tu. Dari dulu lagi cakap asyik tak bertapis je. Sakit hati I tau tak?" Ziyad tanpa berkata apa-apa terus menjentik dahi Sarah.

"You! Sakitlah!" Sarah mengusap dahinya. Cemberut sahaja wajahnya. Dah cakap! Mamat ni makan besi dulu masa kecik, besi tu di kunyah-kunyah aje.

"Sakit ya? Mana yang sakit tu? Meh abang ubatkan." Ziyad berjalan mendekati Sarah. Selangkah Ziyad mendekati Sarah, selangkah Sarah ke belakang.

"Apa you nak buat ni Ziyad? Jauhlah! Eee haram tau tak?"

"Haram ya?" Sarah mengangguk perlahan. Dia sudah tersandar di dinding luar rumah, Ziyad meletakkan tangannya di tepi kepala Sarah.

"Then let's make it halal." Ziyad senyum menggoda.

Jantung Sarah sudah berdetak tidak senada. Oh my Allah! Kenapa Ziyad ni? Nak goda aku ke?!

To Be Continued

shut shut, perjalanan mereka masih jauh untuk halal . 700 votes and 250 comments unlock next chap

Continue Reading

You'll Also Like

718 61 19
๐˜ˆ๐˜ฅ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜Œ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ณ seorang lelaki yang mempunyai auranya tersendiri. Dingin dan tidak petah bercakap. Walaupun dingin dia cair ditangan Amanda Sca...
22.9K 2K 20
Berkahwin dengan artis terkenal malaysia bukanlah impian Aisara. Berkahwin bukannya kerana cinta, tetapi kerana si sang artis telah putus cinta. "AIM...
1.7M 34.1K 14
BOOK 1 MRS. RAYYAN [NEW VERSION] Full of dark side. "Dia, first love aku. Dia, seorang gadis yang berjaya membuatkan hati aku yang tak pernah tertari...
6.3K 194 13
2nd stories : "when stargirl meet starboy" ๐™ท๐šŠ๐š’๐š›๐š’๐šŽ๐š• ๐š‚๐šข๐šŠ๐š‘โ™ก ๐šก ๐š‰๐š‘๐šŠ๐šŸ๐š’๐šŽ๐š›๐šŠ ๐™ฐ๐šฃ๐š•๐šข๐š—โ™ก "People can lie about their feeling, but their...