𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©

By Hanysfrh

69.8K 6.6K 882

Mystery | Romance 𝐀𝐲𝐫𝐚 𝐗 𝐅𝐚𝐫𝐡𝐚𝐧 "I Accepted Her" ••• AYRA HIJANNA Hidup yang bergelumang d... More

AYRA X FARHAN
PROLOGUE
Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10💍
Bab 11
Bab 12
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30
Bab 31
Bab 32
Bab 33
Bab 34
Bab 35
Bab 36
Bab 37
Bab 38
Bab 39
Bab 40
Bab 41
Bab 42
Bab 43
Bab 44
Bab 45
Bab 46
Bab 47
Bab 48
Bab 49
Bab 50
Bab 51
Bab 53
Bab 54
Bab 55
Bab 56
Bab 57
EPILOGUE
Extra

Bab 52

668 72 6
By Hanysfrh

"Argh!"

Tubuhnya ditolak kasar ke dinding. Bibir dikemam kuat. Tidak mahu meminum air haram itu. Perut yang membulat dipegang kuat, dia harus kuat untuk anaknya.

"Minum sekarang, kalau kau tak nak apa-apa jadi dekat anak kau!" Lehernya dicengkam kuat sekali gus menolak menghentak belakang tubuhnya ke dinding keras itu. Sakit.

"Aku tak akan minum air kencing syaitan tulah!"

"Oh? Kau tak nak?"

Nafasnya naik dan turun. Dada berombak kencang. Tudungnya sudah lencun dibasahi peluh dan simbahan air sewaktu mereka mengejutkannya pagi tadi. Tiara pula sudah terbaring lemah di lantai selepas dilibas dengan getah paip berulang kali. Gadis itu bernafas lemah.

"Black, ambil pistol tu" sepucuk pistol dibaling kemudian ditangkap. Terus muncung pistol dirapatkan ke perutnya. Jantung berdetak laju. Akalnya tidak dapat memikirkan cara melepaskan diri. Hidung dan dadanya sesak dengan bauan air haram itu.

"Jangan...jangan" bibirnya terketar-ketar seraya mata terpejam rapat. Loya tekaknya apabila hidung disapa dengan bauan busuk arak ditangan lelaki itu. Tangan naik menggenggam perlahan pucuk pistol itu seraya menolak jauh dari perutnya. Rahangnya dicengkam lelaki berambut kusut itu, mulutnya dipaksa untuk dibuka. Gelas disua rapat ke mulutnya namun belum sempat air itu turun masuk ke mulut gelas itu direntap seseorang dari belakang. 

"Apa bezanya tembak perut dia dengan bagi dia minum air kotor kau ni? Dua-dua boleh bunuh budak tu! Kenapa dengan otak kau? Okay tak?" tubuhnya dilepaskan ke lantai. Ari-ari terasa sakit akibat terhempas kuat ke lantai keras itu.  Gelas 'air kotor' tadi jatuh ke sisinya. 

"Keluar! Tak boleh pakai langsung" bunyi pintu terkatup menambahkan lagi gusar. Kaki seseorang berhenti di hadapan wajahnya, lelaki bersama pakaian serba hitam itu tunduk memandang wajahnya.

"Hai, sakit ke? Kesian dia ye" kepala diangkat lalu Ayra terpempan. Wajah itu tidak pernah asing dalam ingatannya, jelas lagi memori pertelingkahan dan sumpah lelaki itu terhadap keluargannya suatu hari dahulu. Amarahnya datang berganda dari biasa, namun tubuhnya terlalu lemah saat ini.

Zahrin.

"Sakit lagi hati aku kena khianat"

"Apa kena mengena dengan aku? Kenapa kena tempias semua keluarga aku? Ayah aku dah bertanggungjawab dengan semua ganti rugi yang pernah dia buat kan, apa lagi kau nak?"

"Ganti rugi tu takkan boleh hidupkan semula mak aku"

"So revenge can? Lepas balas dendam kau nak buat? Kau dapat apa? Puas? Kepuasan tu boleh hidupkan mak kau ke?" Dalam keperitan menahan sakit di bahagian rahim, mulut menjawab. Mata lelaki itu jelas menayangkan riak berang mendengar balasannya.

"Well at least, dia tahu aku tengah berjaya sekarang. Aku nak ayah kau mati macam mana mak aku mati dan aku perlukan... budak tu, anak kau untuk dapat semua harta. Kemudian, kita selesai. Clear?"

"Apa-apa cara pun tak akan boleh...hi..dupkan mak kau. Berjaya? Inilah kegagalan paling memalukan seorang manusia. Gunakan dendam untuk tiket kepuasan dunia dan bukan titik peluh sendiri" belakang kepalanya dicengkam kuat lalu dihentak ke dinding. Berpinar tatkala mata cuba menangkap wajah bengis itu.

"Kau tak payah nak memandai cakaplah perempuan. Semua ni tak akan jadi, kalau bukan sebab kau. Dia tak akan buat kalau bukan sebab kau" dahinya ditunjal-tunjal kasar.

Ayra terkelu. Sebab dia? Ada lagi yang dia belum ingat atau perkara itu sememangnya tidak pernah diceritakan?

"Apa maksud...kau?"

"Heh, is this a joke? Kau tak tahu? Tak apalah, nanti kau akan tahu. Kita jumpa lagi nanti, aku kena bersiap untuk hero pujaan hati kau datang" senyum sinis terukir dibibir itu, Penumbuk digenggam dan sebelah tangan menahan perut.

Zahrin bangun untuk beredar. Tubuh dipusingkan ingin menghadap bekas tunangnya yang terbaring lemah dilantai.

Pap!

Tubuh sasa itu rebah ke lantai dengan  belakang kepala yang dibasahi darah. Kedua mereka tergamam, Ayra angkat kepala memandang sahabatnya itu.

"Apa kau buat?"

"Tak...tak tau" Tiara mencampak jauh kayu besi itu. Dirinya dimamah amarah yang mencengkam jiwa. Tidak sanggup melihat rakannya dikasari seperti tadi. Tergapai-gapai tangan mencari sesuatu kemudian, dia perasan akan kayu besi disisinya. Tidak berfikir panjang terus kepala lelaki itu dipukulnya.

"Ayra jom!" Lengan Ayra ditarik, membantu gadis itu bangun. Bila-bila masa saja Zahrin boleh sedar, mereka perlu cepat mencari jalan keluar.

Sebaik keluar dari bilik itu,  tangga yang melingkar naik ke atas didaki. Pintu dikuak, kedua mereka tergamam saat di sapa dengan pandangan sebuah koridor cantik lagi mewah bak istana. Terkaku seketika melihat dekorasi ukiran tukri di setiap bingkai pintu dan tepi-tepi dinding.

"Cepatlah, tunggu apa lagi" Ayra menggesa Tiara dari belakang. Tahu cantik, tapi sekarang bukan masa untuk mengamati apa-apa. Mereka harus mencari jalan keluar. Bunyi derapan kaki yang kencang dari belakang mengejar mereka.

"Tu, menyorok dekat bilik tu!" Tiara menarik lengan Ayra berlari menuju ke sebuah bilik yang sedikit terceruk dihujung koridor. Ayra akur kemudian digagahkan juga kaki untuk berlari selaju mungkin.

Pintu bilik tersebut dibuka. Gelap dan sunyi. Pintu ditutup perlahan tanpa bunyi. Masing-masing tersandar ke pintu, nafas ditarik perlahan-lahan.

Dum! Dum! Dum!

Ayra tepuk dahi. Kemudian lengan Tiara digoncang, dagu diayun ke atas meminta rancangan lain untuk lari dari 'mereka'.

Tiara garu kepala. Bergegar badannya tatkala pintu dia ketuk-ketuk kuat dari luar. Mata melilau mencari sesuatu yang boleh membantu mereka keluar dari kekalutan ini. Tidak lama sebelum kornea mata menangkap sebuah rak buku pada dinding kiri.

Bagaikan merasakan sesuatu, kaki melangkah mendekati rak itu. Tangan meraba-raba segenap rak, buku dan menarik beberapa buku yang tampak mencurigakan.

"Tiara apa kau..."

Kreeek...

Rak besar itu terbuka kepada dua bahagian membentuk pintu laluan masuk ke suatu ruang disebalik rak itu. Tidak berfikir panjang, terus sahaja bilik misteri itu dimasuki. Bagaikan sistem censor, rak itu kemudiannya tertutup sendiri. Tangan saling bertaut antara satu sama lain, dada naik dan turun, cuba mengambil nafas.

"Kita masih dekat dalamkan?" Ayra pandang wajah kepenatan Tiara.

"Nampaknya macam itulah" keduanya mengeluh berat. Badan melurut jatuh kebawah, bersandar pada dinding. Kepala berlaga antara satu sama lain.

"Sorry baby, aunty ingat kita dah nak keluar tadi" Perut yang sedikit bulat itu Tiara pegang dengan rasa bersalah. Pengalaman yang mengerikan, diculik oleh entah siapa-siapa.

"Maaf libatkan kau" kekura tangan Tiara diperutnya dipegang.

"Hei, it's written on the sky. Aku bersyukur kau tak sorang-sorang, bayangkan kau dengan baby aje, No... how would you survived then? Thanks to Allah bagi aku idea untuk buk kepala dia tadi. At least, kita dah dekat rasanya dengan emergency exit dekat tingkat ni"

"Macam mana kau tahu?"

"Tadi masa aku tengok-tengok koridor cantik tu, ada satu pintu ni warna putih dan atas dia ada tulis something exit. Rumah besar ni kut, ada emergency exit bagai"

Ayra diam tidak membalas. Otaknya mula mengingatkan Farhan. Hubungan dia dan lelaki itu mungkin belum baik sepenuhnya, namun berapa lama sangat dia mampu untuk 'berdiri' sendiri? Pasti ada sahaja perkara yang memerlukan pertolongan suaminya itu. Ditambah pula dengan keadaannya berbadan dua saat ini. 

Ketepikan segala konflik dalam perhubungan ini. Buat masa sekarang, dia...rindu.


TBC

emergency exit? Bilik rahsia? whattt?
Nah...

Continue Reading

You'll Also Like

19.2K 932 35
Seorang CEO bersifat dingin yang menyamar menjadi barista hanya untuk mendekati seorang gadis sekaligus bakal isteri yang mahu dijodohkan dengannya...
330K 17.5K 49
Pertemuan mereka suatu kesalahan. Namun membawa kepada suatu hubungan yang istimewa. Seorang ustaz disatukan dengan seorang gadis sosial. Start: 17...
384K 14.8K 70
𝐀𝐑 - 𝐑𝐀𝐘𝐘𝐀𝐍 - "I'm looking for the right one, Nadra. Then, I'll straight off to propose her, marry her and treat her the way she deserves, an...
114K 3.7K 32
Season 1 Chef Di Hati Leftenan (Dizhwar Jazib) Dia...Mera Jeevan Leftenan Dizhwar Jazib & Veera Khawla Disclaimer: All right reserved...