Setegar Aisyah Humaira [COMPL...

By annursyakirah97

588K 21.3K 735

Tengku Adam Iskandar + Siti Aisyah Humaira. Tentang kahwin paksa antara mereka. Cekalnya hati sang isteri mel... More

Bab 1
Bab 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Bab 6
Bab 7
Bab 8
Bab 9
Bab 10
Bab 11
Bab 13
Bab 14
Bab 15
Bab 16
Bab 17
Bab 18
Bab 19
Bab 20
Bab 21
Bab 22
Bab 23
Bab 24
Bab 25
Bab 26
Bab 27
Bab 28
Bab 29
Bab 30 ??

Bab 12

17.7K 743 13
By annursyakirah97

“Assalamualaikum,” ujar Aisyah sedikit kuat lalu masuk ke rumah yang dirinduinya itu. Dia memasuki ruangan ruang tamu lantas melabuhkan punggung di hadapan walidnya yang sedang leka menonton cerita Tanah Kubur di saluran astro Oasis.

            “Waalaikummussalam,” ujar tiga beranak itu serentak. Hajah Mardhiah dan Usman datang dari arah dapur, membawakan cucur udang dan minuman ke meja kopi itu. Aisyah menyisip teh itu sedikit sebelum pandangannya difokuskan kepada tiga orang itu.

            “Adam tak singgah sekali ke?” soal Haji Shahrum, mematikan televisyen. Aisyah menggeleng. Dah biasa dah kena tinggal macam ni.

            “Tak. Dia hantar Aisyah lepas tu buru-buru pergi sebab dia ada urusan dengan kawan katanya.” Haji Shahrum mengangguk.

“ Ummi, walid, akhi, kita ada masalah besar. Bahkan lagi besar dari masalah dunia,” ujar Aisyah, membuatkan mereka terpinga-pinga.

            “Apa dia yang besar sangat tu?” soal Usman. Adiknya ini bukan boleh percaya. Kadang-kadang masalah yang kecil pun boleh jadi besar.

            “Masalahnya…”

            “Oh, ummi tahu. Kamu tengah cari baju pregnant ya? Kamu mengandung kan?” potong Hajah Mardhiah. Haji Shahrum dan Usman tergelak.

            “Ish, ummi ni. Ke situ pulak. Belum ada rezekilah ummi,” balas Aisyah sebak. Pregnant apanya, kalau sentuh pun tidak.

            “Okay, okay. Apa dia masalahnya?” soal umminya. Aisyah hampir terlupa.

            “Masalah yang datang apabila kita lambat pinang Syakirah untuk akhi Usman. Sehinggakan dia hampir terima pinangan dari kawan babanya semalam.” Usman tergelak besar.

            “Itu ke masalahnya? Ya Allah. Aisyah, Aisyah ingat jodoh tu Aisyah boleh atur ke? Kalau abang tak ada jodoh dengan dia nak buat macam mana?” balas Usman selamba, dan lega sebenarnya. Dahi Haji Shahrum berkerut memikirkan sesuatu.

            “Usman, janji tetap janji. Dan janji ummi dan walid pada Aisyah tetap kena penuhi. Lagipun, kamu tu dah tua, dah 25. Dah patut kahwin pun,” ujar Hajah Mardhiah. Haish, terunanya yang seorang ni. Masih tak serius dengan bab ni. Aisyah tersenyum menang manakala wajah Usman dah mencuka.

            “Okaylah, kalau macam tu. Petang ni selepas Asar, kita pergi rumah Syakirah.” Dan ujaran haji Shahrum itu membuatkan ummi tersenyum, Aisyah menjelir lidah kemenangan dan hati Usman membentak geram. It’s really about the time.

********************

Adam berjalan mundar-mandir dalam biliknya. Hatinya rasa tak tenang sedari dia balik selepas keluar dengan Aiman tadi. Wajah diraup kasar sebelum dia menghenyakkan badan atas katil. Ish, kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa sakit? Kenapa aku takut, kalau Aiman betul-betul ambil dia dari aku? Keluhan demi keluhan keluar dari mulutnya.

            “Sekejap, macam mana Aiman kenal Aisyah ek? Rasanya Aisyah tak kenal Aiman,” dia berkata sendiri. Persoalan itu membuatkan dia mencapai Iphonenya di meja solek. Lantas nombor telefon Aisyah dicari sebelum butang hijau ditekan.

            “Tut…tut…” dia mendengus kasar. Ish, kenapa perempuan ni tak jawab call aku. Sekali lagi dia cuba. Nampaknya kali ini, talian disambungkan. Namun, bunyi bising dari sana membuatkan dahinya berkerut.

            “Assalamualaikum, bang. Maaf, Mayra tengah sibuk ni. Tapi, dalam setengah jam lagi Mayra balik.”

            “Eh, kau kat mana…” dan panggilan dimatikan. Pelik, apa yang dia tengah buat tu?

********************

 Panggilan dimatikan. Hmm… pelik. Selama ini, tak pernah pula dia telefon aku dulu. Tapi hari ni, tiba-tiba Adam yang menelefonnya dulu. Malas mengambil peduli, dia focus pada wajah Syakirah di hadapannya.

            “Syakirah, so macam mana? Enti terima ya? Ana tengok walid ana dengan baba enti tadi bukan main gembira dapat jumpa semula,” ujar Aisyah. Tak disangka-sangka, Haji Azman iaitu ayah Syakirah merupakan kawan karib Haji Shahrum semasa di sekolah menengah tahfiz pada zaman mereka. Tu yang gamat rumah ni dengan gelak tawa mereka tu. Sampaikan, dalam bilik Syakirah ni pun terdengar.

            “Aisyah, ana tak sangka pula yang enti betul-betul bersemangat untuk satukan ana dengan akh Usman. Tapi, ana tengok muka dia macam tak rela je. Ana risau kalau perkahwinan ni tak bahagia, kalau ana sekadar bertepuk sebelah tangan,” balas Syakirah, terbayang wajah Usman sewaktu dia membuka pintu hadapan tadi. Agak terkejut jugak dengan kedatangan yang tidak semena-mena itu. Dan kaki itu laju dibawa ke bilik. Segan. Tangan Syakirah dipegang oleh Aisyah.

            “Syakirah, dengar sini. Ana yakin ada hikmah atas semua yang terjadi ni. Dan ana pun pasti ini adalah yang terbaik untuk akh Usman, untuk ibu bapa kita. In shaa Allah, kalau semua redha, enti pun akan bahagia. Macam ana dengan abang Adam,” tutur Aisyah, tipu sedikit untuk tetap menyatukan dua insan itu. Meskipun, ayat terakhirnya tadi diucap sebak. Syakirah mengangguk.

            “Tapi, memang setiap kali ana buat solat Istikharah, dan terus tidur. Tak lain tak bukan, wajah akh Usman yang selalu muncul. In shaa Allah, ana berharap inilah yang terbaik untuk ana. Kalau macam tu, enti panggilkan ummi sekejap ya?” soal Syakirah. Aisyah tersenyum puas. Dia menyarung purdah dan keluar dari kamar itu dengan perasaan bahagia untuk abangnya.

            “Mak cik, Syakirah dah buat keputusan. Dia minta mak cik masuk ke bilik sekejap,” bisik Aisyah pada Hajah Izzah. Wanita itu mengangguk dan tersenyum lantas berlalu ke bilik anaknya. Aisyah melabuhkan pungguh di sebelah Hajah Mardhiah.

            “Ummi, mission accomplished,” ujarnya teruja. Usman yang mendengar mengetap gigi, geram. Namun, berdebar juga dengan jawapan yang bakal diberikan pada pihaknya meskipun dia tahu Aisyah suah memastikan segalanya berjalan lancar.

            Dua beranak yang sedang melangkah penuh sopan itu dipandang oleh semua orang. Usman memerhatikan Syakirah yang memakai purdah biru itu. Tenang rasanya, sejuk hatinya. Dia bersyukur kerana Aisyah memilih yang terbaik untuknya. In shaa Allah, dia akan jaga gadis ini sebaik mungkin, tekadnya dalam hati.

            “Alhamdulillah, Syakirah setuju.” Dan tiga perkataan itu mengoyakkan bibir semua orang dengan senyuman, termasuklah Usman. Alhamdulillah. Dia menghulurkan sesuatu pada Hajah Izzah.

            “Mak cik, suruh dia sarungkan cincin ni pada jarinya. Hari ni, kami terus bertunanglah kiranya.” Dan mata semua orang terjegil, terutamanya Aisyah. Tak sangka pula yang Usman sepantas itu! Masa Aisyah tempoh hari pun, tak ada pertunangan. Terus berkahwin. Wah, hebatlah akhi!

            “Wah, bagus sungguh anak kau ni Shah,” ujar Haji Azman tergelak. Haji Shahrum sekadar tersenyum bahagia. Tak masuk dalam rancangan rasanya. Aisyah dan Hajah Mardhiah berpelukan. Dan Hajah Izzah menghulurkan kotak baldu merah itu kepada Syakirah. Syakirah tersenyum bahagia. Dia membuka kotak itu. Usman memandangnya tersenyum sambil mengangguk. Faham dengan anggukan itu, dia menarik keluar cincin itu dan menyarungkannya ke jari manis dengan perasaan indah yang sukar terungkap dengan kata-kata. Syukran ya Allah, kerana kau telah memakbulkan hajatku. Dan Aisyah tersenyum senang melihat pasangan itu. Mereka pasti bahagia.

********************

“Aiman, Aiman, Aiman. Ish, kenapa dengan aku ni?!” jeritnya melepaskan geram di hadapan tasik itu. Dia meraup wajahnya kasar. Matahari yang mula melabuhkan tirainya tidak dipedulikan. Sakit. Ya, sakit. Sebab persahabtan ini hancur hanya kerana seorang perempuan. Dia tak sepatutnya berkelakuan seperti tadi. Dia seharusnya bijak mengawal emosi. Keluhan demi keluhan terbit lagi.

            “Adam, aku minta maaf. Aku sedar, aku tak sepatutnya mencintai dia, sebab dia isteri kau. Dan sebab aku, hubungan kita retak,” kesalnya sendiri.

            “Perlukan telinga untuk meluahkan rasa?” soal satu suara. Aiman tersentak. Ish, siapa plak ni. Bulu roma berdiri tegak. Dahlah dah gelap kat sini. Dia pura-pura tak dengar.

            “Ni saya Amiralah. Haha. Awak, janganlah takut,” ujar suara yang memang berada di sebelahnya. Dalam kesamaran itu, dia cuba mengamati wajah gadis yang bertudung itu. Oh, dia. Haish, kacau betullah.

            “Mana kau tahu aku kat sini?” soal Aiman, kasar. Amira tersenyum.

            “Dah awak tu menjerit macam orang gila. Saya datanglah, tak sangka pulak orangnya awak. Macam ada jodoh kan?” soal Amira. Aiman menggeleng. Oh, tolong jangan mulakan bab luahan perasaan lagi.

            “Tapi mungkin saya memang tak ada jodoh dengan awak kot. Sebab mama paksa saya tunang dengan siapa entah. Dan sekarang ni, saya bergelar tunang oranglah,” balas Amira sebak. Hasratnya untuk memiliki Aiman tak tercapai. Namun, dia pasrah kalau inilah takdirnya. Aiman tersentak. Dah bertunang? Baguslah. Tak adalah kena kacau lagi lepas ni. Lega rasanya. Namun, hainya terasa kosong. Semua dah pergi. Adam, Aisyah, Amira. Dan dia? Keseorangan.

            “Hmm… maybe I should say, tahniah?” soal Aiman, tersenyum ikhlas. Dan Amira bahagia menerima senyuman itu. Sebab, Aiman tak pernah senyum padanya.

            “Thanks. Jadi, lepas ni, mungkin saya dah tak kacau awak lagi. So, for this last meet, saya sudi jadi telinga untuk awak ceritakan masalah awak. I know you have it.” Aisyah merenung tasik di hadapannya itu. Meski hatinya akan terluka mendengar luahan hati Aiman. Aiman mengeluh.

            “Aku cintakan isteri Adam, Aisyah Humaira. Aku simpan, aku pendam. Dan Adam tak pernah sayangkan Aisyah. Layanan dia teruk. Bukanlah kes dera but I know his mouth. Then, dia nak ceraikan Aisyah after a year diorang kahwin. Semata-mata untuk jawatan CEO. Hati aku, sakit. Dia buat macam tu dekat Aisyah. Then, just now we met. Dia mintak pendapat aku. Dan aku marah, tengking dia dan beritahu hal sebenar bahawa aku cintakan Aisyah. So, our friendship? Mestilah hancur. Aku tahu semua ni salah aku. Aku tak patut cintakan isteri dia, but it was too late. Aku tak sanggup tengok Aisyah merana. Aku cakap lagi, masa Adam dah lepaskan Aisyah, aku akan pastikan aku akan jaga Aisyah elok-elok.” Air mata lelaki itu menitis. Sedih, bukan kerana cinta. Tapi, kerana persahabatan. Amira turut mengalirkan air mata. Sakit, sakit hatinya mendengar setiap patah perkataan yang terluah dari bibir Aiman. Namun, dia sedar, dia bukan sesiapa di hati lelaki itu.

            “Sungguh beruntungnya perempuan yang bernama Aisyah ini, Aiman. Sebab, dia akan dijaga oleh awak. Memang saya sedar, saya bukanlah sesiapa. Tapi, nasihat saya, jangan biarkan persahabatan awak berdua putus. Meski apapun sebabnya. Dan, lagi satu. Kalau awak dah memiliki Aisyah, jagalah hati dia betul-betul. Sebab, bila dia dah dilukai untuk pertama kali, makan dia akan berfikir banyak kali untuk memaafkan lelaki tu,” balas Amira, mengesat pipinya yang basah. Suara dikawal supaya nampak seperti biasa. Aiman mengangguk.

            “Terima kasih Amira.  Sebab sudi dengar cerita aku yang agak kebudak-bukan ni. Dan.. aku minta maaf sebab tak dapat nak balas cinta kau,” ujar Aiman, cuba melihat wajah itu. Namun, Amira pantas mengangkat punggung dan mengalihkan mukanya. Tidak mahu Aiman perasan rasa luka yang terpancar melalui wajah itu.

            “Sama-sama. Okaylah, saya balik dulu. Saya pun minta maaf, kalau selama ni, saya terlalu menganggu awak. Tapi, jangan risau sebab lepas ni… saya dah tak akan kacau awak lagi. Saya pergi dulu, Assalamualaikum.” Amira menutup mulutnya dan berlalu pergi. Air mata yang jatuh bercucuran tidak dihiraukan. Sakit, sebak di dada tatkala meninggalkan lelaki itu. Namun, dia sedar bahawa Aiman memang tak akan pernah mencintainya.

            Aiman sekadar mengangguk dan termenung. Dan dia… dah berjaya diusir dari hidup kau, Aiman. Ini yang kau nak kan? Ah! Aku lebih kusut dengan masalah persahabatan dengan Adam. Tasik di hadapan dipandang kosong.

********************

“Assalamualaikum.” Aisyah membuka pintu lantas menapak masuk ke rumahnya. Badan direbahkan atas sofa. Tudung dicabut. Penatnya, tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Senyuman menghiasi wajah itu.

            “Kau dari mana, hah? Sekarang baru balik,” soal Adam kasar, lantas melabuhkan punggung di hadapan Aisyah. Aisyah tersentak. Posisi badan ditegakkan lantas air liur diteguk.

            “Mayra dari rumah bakal isteri atau tunang kepada akhi Usman. Ni, baru balik lepas meminang dialah,” balas Aisyah jujur. Wajah Adam yang sedikit serabut itu diperhatikan. Kenapa macam tak terurus je?

            “Oh,” balas Adam malas. Patutlah muka bahagia semacam.

            “Abang kenapa? Macam ada masalah je?” soal Aisyah takut-takut. Sedar, yang dia tak patut tanya soalan privasi macam tu. Ya lah, kan Adam dah kata jangan sibuk hal dia kan. Tapi, tak salah pun kalau Aiyah ingin tahu. Adam mendengus kasar.

            “Ya, memang. Memang aku ada masalah. Masalahnya adalah kau!” balas Adam, lantas mengangkat punggung. Mundar-mandir di hadapan Aisyah. Dahi Aisyah berkerut. Pening kepala sekejap melihat lelaki itu.

            “Apa kena mengena dengan Mayra pulak?” soalnya pelik.

            “Sebelum tu, aku nak tanya. Kau pernah kenal dengan Aiman ke sebelum kita kahwin?” soal Adam, mencari kejujuran dari mata hazel itu. Dahi Aisyah semakin bertambah kerutannya.

            “Siapa Aiman? Mayra tak ada kenal sesiapa nama Aiman pun,” balas Aisyah, jujur.

            “Aiman, kawan aku. Yang suka tenung kau masa reunion kat hotel hari tu.” Aisyah cuba mengingati nama tersebut. Mindanya ligat berputar. Wajah itu pernah dilihat semasa di hotel dan … oh ya di PASTI.

            “Oh, dia tu. Ada, masa tu kita tengah tunang. Dan dia nak ambil anak saudara dia, hah masa tulah Mayra perasan sikit muka dia. Then, terjumpa kat hotel. Dah, tu je. Lepas tu, Mayra dah tak pernah jumpa dia dah,” ujar Aisyah. Adam tersentak. Namun, dia mengangguk. Dia tahu Aisyah jujur.

            “Kenapa? Apa kaitan dia dengan Mayra, sampaikan abang nampak kusut macam ni?” soal Asyah, cuba mengorek hati lelaki itu. Adam berhenti dan kembali memandang wajah itu, sakit tiba-tiba untuk mengatakan hal yang sebenarnya.

            “Dia cintakan kau. Dan dia marah aku sebab tak jaga kau.” Aisyah tersentak, matanya terjegil. Dia…cintakan aku?

            “Dan, bila aku cakap aku akan ceraikan kau, dia marah. Dan dia akan jaga kau, kalau aku dah lepaskan kau nanti.” Sakit, bertambah sakit. Adam rasa hatinya bagai disiat sendiri dengan kata-katanya. Dan dia keliru? Mengapa mesti dia sakit? Hati Aisyah bertambah luluh mendengar kata-kata Adam. Soal Aiman tidak dipedulikan kerana dia bukan sesiapa.

            “Abang, abang memang akan lepaskan Mayra ke? Tak boleh ke kalau kita masih kekal dalam perkahwinan ni? Mayra rela abang nak berkasar ke apa ke, yang penting Mayra tak nak kita berpisah,” ujar Aisyah sebak. Air matanya mengalir laju. Adam tersentak. Perasaan aneh wujud di hatinya. Entah kenapa, dia rasa bahagia mendengar kata-kata Aisyah.

            “Kau…serius dengan kata-kata kau? Tapi, kenapa? Kau tak pernah bahagia dengan aku pun kan? Kau…” Aisyah lantas memeluk belakang badan Adam.

            “Sebab… Mayra cintakan abang.”

****************

P/s : Amacam? Mayra aka Aisyah dah confess her feeling. Wah, wah. Makin berdebar rasanya! Wait for the next chappie okay!

Continue Reading

You'll Also Like

1.5M 45.1K 79
Adella Kaysara yang periang. Adella Kaisara yang manja. Adella Kaysara yang cantik dan Adella Kaysara yang baik! Baik sehingga orang sanggup memperma...
816K 33K 95
Pertemuan yang tidak disengajakan antara Damian dan Kaisara telah merubah hidup mereka berdua. "Do i look like a murderer to you?" Soal Damian. "To...
347K 15.3K 71
Perigi cari timba? Ada aku kisah? yang penting aku stalker setia kau! Salah ke kalau perempuan lamar lelaki? Salah ke perempuan tackle lelaki? Salah...
24.8K 531 73
Kisah cinta doktor dan jururawat yang bekerja di hospital swasta yang sama dan telah berkahwin serta hidup bahagia walupun dalam kesukaran 𝐙𝐮𝐟𝐚𝐫...